Friday, December 30, 2011

HujAn...SayU je RasA

Petang ni hujan pulak kat PJ. Nak buat kerja pun rasa kurang bermaya. Baca pulak ayat kat internet tadi ada pulak kena-mengena dengan cerita aku. Rasa sayu pulak. Sedih bila asyik teringat. Terfikir dugaan yang agak teruk aku rasa tahun ni. Mengajar aku macam-macam. Muhasabah diri sendiri. Terasa banyak kekurangan tapi syukur. Ada yang membantu. Ada yang menyokong. Tak kurang juga yang beri teguran. 

Perkara yang terjadi baru-baru ni pun banyak mengajar aku. Dah tak nak ingat tapi bila berjumpa dengan orang yang berkenaan baru aku dapat tau cerita sebenar. Sedih bila aku dapat tau aku ni dipergunakan. Rasa tak mahu percaya pun ada. Sedih jugak bila orang-orang di sekeliling yang tahu perkara tu bagitau orang tu dah cerita yang bukan-bukan pasal aku. Tapi mujur juga mereka ini tahu cerita yang sebenar. Mereka bersimpati. Pada orang yang tak tahu, terpulang pada pandangan masing-masing dia orang nak fikir apa. Aku tak perlu nak risau. Aku bukannya kenal mereka dan mereka tak kenal aku. Aku hanya berfikir yang positif. 


Aku dalam keadaan nak melayan perasaan sekarang. Bohonglah kalau aku cakap aku tak teringat pasal kawan  yang dah tak jadi kawan tu. Macam-macam dah aku tolong dia tapi ini yang aku kena terima. Sabar ya aku

OpiS LaiN

Hari ni kerja kat opis di Petaling Jaya. Kena datang sini, nak buat kerja kat sini. Nak jenguk-jenguk staf lagi. Banyak benda yang kena update.





Yok! Buat kerja....

Wednesday, December 28, 2011

Ramalan Tahun Tikus 2012 Mengikut Horoskop Cina

Lagi sekali aku suka letak benda macam ni. Jangan percaya sangat untuk golongan muslim tapi boleh ambil untuk buat rujukan tambah baik diri sendiri.

Aku salin zodiak aku kat sini. Zodiak lain yang nak tengok jugak boleh pergi kat laman web ni http://www.moonslipper.com/chinese-zodiac.html



The Rat
Rats are charming, elegant and clever. They can be a bit gossipy and prone to being distracted. They’re also thrifty and excellent at handling money. Family and close friends are exceptionally important to them. The Rat is charming beyond words and throughout his undoubtedly long life he will always be popular and have many friends that are dear to him.

Forecast for 2012 The Rabbit Year of 2011 might have seemed quite dull and plodding for the majority of Rats. Patience is not one of the Rat’s strongest virtues! So, the entrance of the exciting fast-moving Dragon Year will suit the Rat just fine! The Chinese Zodiac in 2012 indicates it will be a most successful and memorable year for those born under the sign of the Rat. It is important to seize opportunities and be positive as the year begins – this is a new year, a fresh start and it’s going to be exciting! Work will provide opportunities for promotion or, the Rat wishes to change jobs, interesting employment offers. The beginning of 2012 and September through November will be the most favourable times for their career. If the Rat feels that love luck has eluded him in the past, the Year of the Dragon will change all that! Romantic encounters can and will occur throughout the whole year with May to June and December particularly active. For those who are attached, increased social activities with their loved ones will be special and fun. The Rat can be a bit of a pushover when it comes to demands being made on him by family, friends or work colleagues. If they feel under pressure or don’t want to do something, this is the year for Rats stand up for themselves! 2012 can be a most successful and happy year for all born under this sign. 

Interesting Rat Facts:
Zodiac Stone: Garnet
Special Flower: Narcissus
Best Hours: 11 pm -1 am
Season: Winter
Horoscope Colors: Black, White, Purple

Tuesday, December 27, 2011

SamBUngAN Hobi Dolu2

Dulu pernah cerita pasal kegemaran aku di masa lapang iaitu menonton rancangan korea. Rancangan yang paling aku suka adalah We Got Married. Suka sangat cerita tu sampai berkali-kali aku buat entri. Aku pernah cerita kat sini, kat sini dan kat sini.

Ni aku nak tambah lagi pasal rancangan ni. Ada new couple yang aku suka tengok. Nak pulak melibatkan ahli kumpulan yang aku suka sangat-sangat iaitu Leeteuk dari Super Junior....Wahhhhhhh! Suka...suka....suka. Aku baru je dapat tengok memandangkan kat rumah komputer sudah siap pasang wireless receiver yang adik aku baru beli. jadi aku dapat meneroka rancangan kesukaan aku sesuka hati hehehe..

Anyway apa yang aku suka tentang couple baru ni - Leeteuk dan Kang Sora, diaorang sangatlah awkward tapi sangat berterus terang (somehow I wish to be brave like Kang Sora - she can express her feeling  well even though she is so cutely shy) dan saya suka cara Leeteuk tunjukkan his way of PDA (Public Display Affection) yang sangatlah somantik. Saya suka lelaki yang sebegitu. Cukup menghargai dan menghormati wanita. I strongly like! hehehe.

Kalau rasa nak tengok apa yang saya cakap ni betul ke tidak cuba lihat kat muka laman ni dulu http://wegotmarriedsubs.blogspot.com/ 
dan cari pasangan Leeteuk & Kang Sora. Ada juga couple yang lain, korang boleh tengok sendiri.

Kat bawah ni gambar pasangan Leeteuk dan Kang Sora

kredit: wegotmarriedsubs.blogspot.com


Enjoy!

Friday, December 23, 2011

NilAi.UbAh.TukAr

Baru hari ni dapat menaip. Same old things to do. Kerja menyemak SKT staf-staf bawah seliaan. Ada yang puas hati, ada yang tak puas hati. Bertanyakan kenapa markah yang rendah. Aku menerangkan beberapa perkara yang membuatkan markah rendah.Nak kena cakap baik-baik. Benda yang kita nak adili orang ni tak boleh ikut perasaan sangat. Betul-betul kena based on performance. Tak capai tahap yang kita nak takkan nak bagi markah yang baik kan. Tak adil pada staf yang berusaha lebih. Pening jugak kan. Tapi aku perlu adil. Tak selalu orang akan dapat markah tinggi. Aku ingatkan diri aku jugak.

SBPA aku dah sign, biarpun dapat tau ada perjumpaan antara PM dengan CUEPACS. Bagi aku, takde masalah tentang SBPA tu. Sistem yang bagus untuk masa hadapan. Bagus jugak untuk transformasi pekerja perkhidmatan awam ni. Takkan nak gaji tinggi tapi kerja takuk lama lagi kan. Mestilah ada perubahan yang seiring dengan kenaikan gaji. Ni pada pandangan aku lah. Masing-masing boleh buat pilihan. Tak perlu dipengaruh, terpengaruh atau mempengaruhi sesiapa.

Duit bonus dah dapat tapi aku tak boleh pakai pun. Nak kena bayar untuk kes yang hari tu. Bukan rezeki aku nak merasa duit bonus tu (huhuhu T.T). Biarlah janji aku dah selesaikan kes. Macam aku cakap jugak sebelum ni, bila dalam kesusahan dia akan datang cari aku. Memang betul, baru-baru ni dia mesej aku. Nak minta tolong lagi. Langsung aku diam dan aku terpaksa padam talian handphone aku. Dah tak mau diganggu lagi. Aku hairan sampai terfikir tak ada rasa malu ke dia ni. Hari tu dah puas hambur macam-macam kat aku, lepas tu boleh sesuka hati nak minta tolong. Hmmmmmm, malas nak fikir dah. 

Nota kaki: My dearest friends yang baca ni, sila ambil perhatian, saya dah tak pakai no 017 tu lagi. Sila telefon saya di talian 019 saja ya.

Tuesday, December 13, 2011

KaWaN.KeS PoliS

Sejarah dalam hidup aku pergi balai polis minggu lepas. Tak pernah pergi selama seumur hidup ni tapi terpaksa jejak kaki kat sana. Eh, bukan bukan aku kena tangkap buat salah. Tapi aku nak buat report. Ada kes yang  melibatkan aku. 

Hari Jumaat tu terpaksa mintak EL semata-mata nak selesaikan kes. Berulang-alik aku nak kena selesaikan perkara ni. Perkara yang betul-betul bagi pengajaran kat aku. Berhati-hati berkawan dengan orang. Aku dah cuba berhati-hati dengan orang ni sebab dah tau perangai dia tapi mengenangkan keselamatan diri yang tak terjamin, jadi ambil keputusan selesaikan guna kuasa pihak berkuasa.

Ya, dia memang marah. Marah yang amat. Sampai menuduh aku perempuan paling s*** dia pernah jumpa. Aku tak kisah dia nak cakap bukan-bukan. Orang yang tengah panas hatinya memang sesuka hati keluarkan segala perkataan yang tak enak didengar. Tapi tak fikir kesannya masa akan datang. Aku dah terbiasa dengan perangai kawan yang sebegitu. Memang dia akan marah dan maki hamun tapi bila dia dalam kesusahan dia tak akan cari orang lain lagi dah. Kawan yang s*** macam aku jugak yang dia cari nanti.

Cukuplah kali ni nak tolong dia. Lepas daripada kejadian tu, aku memang dah tak nak mengaku dia tu kawan. Bagi aku, dia bukan seorang yang baik. Langsung tak menghargai kawan yang banyak tolong dia. Dia pandai cakap yang bukan-bukan pasal aku.

Takpelah, aku sikit pun tak ambil hati atas apa yang dia buat. Aku pun takde rasa nak balas dendam. Bagi aku, aku hanya manusia biasa yang bukan selayaknya nak menghakimi dia. Ada yang lebih berhak. Biar Tuhan balas apa saja yang dia lakukan bukan saja aku tapi orang lain yang pernah dia sakitkan. Doa orang yang teraniaya memang dimakbulkan. 

Nota kaki: Mencari kekuatan moral untuk diri sendiri. 

Friday, December 02, 2011

Kes AmuK Kat LibRaRy

Pagi tadi datang opis dengan senang lenang. Bawak kereta pun tahap sederhana. Seronok kan dah hari Jumaat. Memang bersenang-lenang lah. Nak pulak esok cuti dan esok juga ada hari keluarga, jadi riang ria terlebih sikit.

Sampai kat opis, naik tangga nak masuk pintu utama, terkejut tengok rak kat luar ada yang jatuh dua tiga buah. Pastu tengok kerusi panjang yang letak sebelah dengan rak dah tercampak kat bawah. Tong sampah pun sama tercampak. Sampah dah bersepah-sepah atas lantai.

Masuk dalam opis kebetulan terserempak dengan staf. Tanya staf tu, dia bagitau ada pelajar mengamuk semalam kat libary. Aku tengok dalam library pun ada kesan amukan. Habis kemek tong sampah besi dalam library. Staf bagitau, student campak tong sampah tu kat staf sebab berang staf nak ambil gambar dia.

Aku masih tak tau kenapa student tu mengamuk tapi ada staf yang cakap student tu sakit  mental. Semalam siap polis datang dan hantar student tu ke hospital. 

Terkejut gak dengar. Pertama kali aku dengar orang mengamuk kat library. Student pulak tu. Nak kata musim exam, belum masanya lagi. Tapi entahlah, mungkin student dah tak tahan dengan tekanan. Berat kot tekanan dia sampai jadi macam tu.

Nota kaki: Kesian gak dengan student tu tapi aku ada kerja tambahan la pulak. Nak kena buat laporan lengkap hantar ke Ketua Jabatan. Hmmmmmm....

Nota kaki 2: Boleh jadi salah satu pengalaman nak cerita kat anak cucu nanti. Boleh tahan juga kan kerja kat library ni. Macam-macam ada...

Wednesday, November 30, 2011

NoV SudaH MaU PergI, DiS pUla MaRi

Hari ni hari terakhir bulan November. Esok dah 1 Disember. Pejam celik pejam celik dah tinggal sebulan je lagi untuk tinggalkan tahun 2011. Tahun baru Islam baru je bermula. Dah macam-macam azam nak buat. Untuk tahun baru orang putih ni tak tau dah nak fikir azam apa. Copy+paste azam masa Maal Hijrah boleh kan?

FaMilY DaY PTAR

Saja nak pampang gambar ni kat sini. Aku pun join dengan keluarga. Cuma mak dengan adik yang ikut. Ayah nak berehat selepas balik haji. Adik-adik yang lain sibuk pulak.Tapi takpelah, janji aku dapat pergi. Best wooo....dapat banyak sponsor hehehehe...Hadiah-hadiah mestilah menarik

Tuesday, November 29, 2011

NetBook

Sekarang tengah buat tinjauan nak beli netbook (laptop kecik). Nak cari yang standard aku boleh buat kerja dan pakai internet (dan main games sikit-sikit hehehe).

Sebelum ni takde keinginan pun nak beli, memandangkan takde keperluan dan komputer di rumah masih boleh pakai. Tapi memandangkan aku dah terminate W***x internet connection kat komputer bawah maka komputer dah tak berfungsi. Cuma menyimpan data-data lama. dan agak susah aku nak guna.

Jadi, aku cari sesuatu yang memudahkan untuk aku bawa ke sana dan ke mari, ruang untuk bersantai sambil bekerja, serta ruang untuk aku mengemas kini entri blog dengan cepat (itupun jika rajin hehehe), maka keputusan untuk mencari netbook adalah tepat.

Cuma, menunggu sumber kewangan yang mencukupi dan aku boleh mula netbook hunting selepas ini.

Teringat masa mula-mula pakai laptop. Waktu tu semester 4 diploma (tahun 2004 rasanya). Mula-mula dapat agak sedih, sebab dapat laptop takde jenama. Tapi lepas tu seronok pakai sebab memenuhi kehendak (aku dapat main games, tengok anime, buat kerja dengan speksifikasi yang agak ok ketika itu).

Teringat kenangan tengok anime Samurai Kyo Deeper sepanjang malam sehari sebelum exam dengan best friend , Kay Oone. Kerja gila. Mujur pointer ok. Teringat juga yang laptop aku jadi barang wakaf roommate. Guna sampai tak hingat tuan hehehe. Pernah juga laptop tu jadi bahan lepas geram. Dah beberapa kali kena baling, akibat perangai dulu yang agak hangin. Mujur sekarang dah takde tragedi baling-baling barang. Dah insaf..hehehe agaknya. Laptop yang sama jugak yang banyak berjasa masa sambung belajar degree dulu. Masih simpan lagi projek-projek kerja dulu-dulu. Tapi sayang, laptop tu tak boleh On dah sekarang. Habis semua khazanah terkubur dalam laptop tu. Siap dengan gambar-gambar lama.

Aduy lah, teringin nak hantar laptop lama tu pergi servis, aku nak ambil balik semua data-data nak simpan kat hard disk lain. Tak nak hilang kenangan berharga huhuhuhu...

PeNat SeHhhh...

Haiya..manyak sibuk lo (gaya amoi cina cakap hehehe). Banyak sangat benda sampai tak sempat nak buka blog nak tulis apa-apa yang patut. Minggu-minggu sebelumnya terlalu banyak aktiviti perah otak (maksudnya kerja lah tu...)

Tapi yang tajuk atas tu takde kena mengena pun dengan penat kerja. Ni nak cakap pasal telefon saya. Sudah penat kot nak ada dua nombor ni. Terlalu banyak gangguan. Sudah ada yang berani nak main-main dengan aku. Taulah terpampang 'private number' kat skrin telefon aku. Sangat kurang ajarlah tu. Mentang-mentang aku tak boleh nak call balik. Suka suki je nak kacau-kacau orang.

Tu belum campur lagi dengan orang yang entah apa-apa. Jadi tak senang hidup aku dibuatnya.

Dah lama fikir nak tamatkan perkhidmatan nombor maxis ni. Asyik tertangguh je. Tak sempat nak buat apa-apa.

Aku cuma nak tunggu bila aku telefon akan ada perempuan yang jawab macam ni "Harap maaf, nombor anda sudah ditamatkan perkhidmatan. Terima kasih."

Nota kecil: Kepada kawan-kawan yang ada nombor telefon saya, sekiranya nombor maxis itu tidak berfungsi lagi, maka faham-faham jelah. Sila guna nombor yang lagi satu untuk menghubungi saya. Terima kasih heheheehe 

Saturday, November 12, 2011

DataNG Dan PerGi

Tengok blog dan web orang. Banyak kisah datang dan pergi. Maksud aku, kehadiran insan baru dan pemergian orang terdekat.

Macam minggu lepas, baca dalam FB kawan, dia beritahu tentang pemergian ibu tersayang. Takziah atas pemergian ibunya. Benarlah manusia itu "Daripada Allah dia datang dan kepada Allah juga dia pergi". Ada juga beberapa berita pasal "pergi" ni. Minggu lepas juga, dapat berita tentang tok saudara ku yang dah pergi mengadap-Nya.

Masa raya haji juga dapat berita pemergian salah seorang rakan sekerja. Meninggal akibat accident. aku dapat tau masa masuk kerja hari Selasa. Sedih juga memandangkan kawan sama angkatan, pustakawan tapi dia kat INTEC. Kira senior aku. Muda lagi. Baru umur 30 tahun. Beliau pergi meninggalkan suami dan anak beliau yang masih kecil.

Masa mesyuarat khamis lepas baru dapat tau cerita sebenar beliau meninggal. Rupa-rupanya dia tercampak keluar dari kereta. Yang paling teruk lepas tu digilis lori. Masa ketua jabatan kami cerita hal tu, kami masing-masing tergamam. Mujur cerita lepas dah habis meeting.

Dah habis bab tu, yang ni nak cerita bab lain pulak. Nak cerita pasal kawan yang dah menerima orang baru dalam famili dia. Tahniah atas kelahiran anak sulung Ita. Kawan seangkatan juga yang baru bersalin pertengahan bulan oktober. Baru sekarang aku nak ucap tahniah hehehe. Tapi takpe aku dah mesej dia awal-awal masa dapat tau dia dah bersalin. Baby perempuan. Comelnya! Jeles lak aku. Bila turn aku hehehe (kahwin pun tak lagi berangan nak dapat anak hehehe).

Nak ucap tahniah juga kat my BFF yang dah selamat bertunang masa 1 Oktober lepas. Tahniah Sal!! Semoga jodoh berpanjangan sehingga ke jinjang pelamin. Sori banyak-banyak tak dapat datang masa majlis tunang. sibuk nak uruskan ayah yang nak pergi haji. Jangan risau, masa kahwin memang I datang. Dah janji kan.

Nak ucap tahniah juga untuk my officemate yang bertunang hari ni ke esok....tak ingat pulak tarikh dia. Dah selamat juga dia. Mesti berseri-seri muka dia sekarang. Apa-apa hal pun doakan yang terbaik untuk Fazlina. Semoga jodoh berpanjangan hehehehe. Aduy aku pulak yang rasa tak sabar-sabar hehehe.


Nota kecil: Sila doakan semoga saya mendapat jodoh yang baik. Sekarang ni memang tengah berkawan dengan seseorang. Masih dalam proses mengenali hati budi. 

LibRary.Me.WoRk

Banyak yang berlaku minggu ni. Mostly focus on work. Benda-benda yang perlu diselesaikan untuk hujung tahun. Kursus Isnin depan dah banyak pesediaan dibuat. Aku lebih tumpukan kepada pendaftaran dan jemputan. Dah dapat senarai nama peserta yang terlibat. Kali ni jemputan kepada peserta kampus cawangan juga. Fail-fail nota kursus juga dah disiapkan. Tunggu untuk diedar. Teringat berpeluh-peluh berjalan balik ke opis bawak nota-nota setebal dua rim. Pergi fotokopi kat Main Library. Yang tukang bawak pun perempuan jer dua orang. Tapi berbaloi rasa bila dah siapkan fail-fail tersebut. Mesyuarat untuk kursus pun dah dibuat hari Khamis lepas, nak tahu perkembangan kursus. Kebanyakan dah hampir siap. Tunggu masa kursus nanti je. Hopefully barjalan lancar.

Rabu petang ada perbincangan bajet perjawatan untuk tahun 2013. Aku perlu fokus pada dua tempat. Tempat aku sekarang, PTAR 2 dan lagi satu PTAR Jalan Othman, memandangkan aku tengah memangku tugas ketua library sana. Perbincangan berlanjutan sampai pukul 5 lebih. Tak boleh lama-lama sebab library nak tutup. Cuti pertengahan semester ni library cuma buka ikut office hour. Masa balik ke opis nampak opismate berhenti tepi jalan. Tayar kereta dia pancit. Mujur bos aku tumpangkan dia hantar balik. 

Lepas bajet perjawatan, aku pergi site visit ke PTAR JO esok harinya. Ada nak buat library makeover. Jumpa dengan interior designer. Dia akan berikan kertas kerja terbaru untuk library. Ada masa untuk aku fokus benda lain dulu sebelum projek ni jalan. Aku kena buat follow up dengan Bahagian Fasiliti untuk stor baru kat PTAR JO. 

Lepas ni nak kena semak balik senarai tugas semua staf. Bulan 12 ni ada audit perjawatan pulak. Nak kena semak untuk PTAR 2 dan PTAR JO sekali. Risau ada senarai tugas staf yang sama. Nanti kena tarik pulak staf kat tempat lain. Kena semak betul-betul.

Habis yang ni nak kena selesaikan pula permohonan OT staf untuk tahun depan. Aku kena buat lagi untuk staf PTAR JO. Banyak lagi yang kena tengok dan perhati. Sampai sekarang tak berpeluang lagi nak ke sana buat kerja. Lebih banyak fokus kat kampus induk. Biasalah dah hujung tahun ni banyak yang perlu dirancang dan dijalankan untuk tahun depan.

Minggu depan ayah dah nak balik Malaysia. Alhamdulillah, dah tak lama. Mujur juga hari ayah balik tu betul-betul habis kursus. Dah minta cuti awal-awal dengan bos. Aku ambil cuti sampai dua hari. Alang-alang cuti banyak lagi, boleh cuti sekejap. Boleh rehat-rehat sebelum nak masuk kerja balik. 

Friday, October 07, 2011

DiaRi KerJA MinGGu ni

Tengah berkejar menyiapkan kerja-kerja yang perlu disiapkan. Persiapan Hari Mesra minggu depan dah hampir 80% siap. Sekarang, tengah mengejar dengan muka tak malunya pada fakulti untuk dapatkan jumlah pensyarah dan pelajar. Semua tu untuk audit perjawatan. Nak menguruskan hal pelajar-pelajar yang nak konvo, sibuk nak membayar denda dan pulangkan buku yang dipinjam tapi tak pulang-pulang. Ada juga yang dah hilangkan buku tapi liat nak bayar. Lain-lain pun ada. Sampai dah ada yang jumpa dengan pemangku ketua pustakawan kata dah pulang tapi disalahkan library yang tak rekod. Sudahnya, library kena cari balik buku-buku tu dan check pada cctv, nak lihat bukti pelajar ni dah pernah pulang buku. Keputusannya, kemudian selesaikan.

Semalam ada mesyuarat jabatan. Satu hari suntuk. Banyak isu yang dikupas. Lebih-lebih lagi sekarang, library di fakulti dalam proses untuk lanjutkan waktu perkhidmatan. Sebelum ni buka hingga 9.45 malam. Sekarang, di PTAR 3 dah mula lanjutkan sehingga 12 tengah malam. Faculty library lain akan menyusul. Perubahan yang menarik dan tak menarik. Menarik untuk pengguna dan tak menarik untuk staf. Tapi kena berfikiran positif. Untuk keselesaan pengguna.

Isu stock take juga, banyak yang nak kena dibuat. Buku-buku yang nak dikira jumlah. Belum campur dengan buku-buku yang bermasalah. Nak kena asingkan dan masuk dalam senarai.

Lepas habis Hari Mesra, kena bersiap sedia pula untuk kursus jabatan. Pegang portfolio undangan dan perasmian. Dah kena mula war-warkan kepada kampus induk dan cawangan mengenai kehadiran. Nota-nota penceramah lagi dan hal-hal lain.

Mula 24hb dah kena pangku jawatan. Nak memegang amanah ni kena bersedia. Memang seronok dapat elaun tapi memikirkan beban tugas ni sebenarnya amanah. Bos dah yakin kata aku boleh. Berdoa selalu supaya aku boleh seperti yang diharapkan. Nampak macam senang, diusahakan juga agar aku boleh.

Nota kaki: Selalu ingat ayat ni "Sentiasa Bersedia".

Monday, October 03, 2011

HAti DInG DonG

Suppose tugas saya sekarang adalah membuat kerja. And I knoe it is my duty. Somehow, I feel like doing nothing. Got mild stress from a lot of work. Last week was hectic. I don't have time for myself. Totally, working out with my mind and body. Both in work and personal life.

Apa-apa hal pun nak fokus juga pada kerja. Tapi ingatan masih nak selit-selit cerita peribadi. Nak pulak sekarang ni asyik terdengar perkataan "jodoh", "kahwin", "pasangan", "suka", "sayang" and whatsoever related to the issue. Seriously, semalam tengok kat tv, keluar klip-klip video artis kahwin, sudah terasa cemburu memikirkan "Bila agaknya turn aku?" Suka tengok baju-baju yang dipakai, pelamin yang cantik, hantaran pun cantik. Teringin sangat nak merasa (harus sabar).

Sebelum ni, memang susah nak fikir pasal benda-benda tu. Totally euwww. Tapi semenjak umur dah meningkat ni, mulalah rasa nak menggatal. Siap dah bayang nak tema kaler apa, nak jemput siapa, nak buat kat mana, semua tu dah terbayang tapi masalahnya TIADA pasangan. Bukan tak nak berusaha, puas sudah. Namun, sebagai manusia perlu menerima bahawa jodoh di tangan Tuhan. Kita sebagai mestilah tak jemu-jemu berdoa.

Bersempena dengan keberangkatan ayah saya menunaikan haji esok, aku pun teringin nak bagitau ayah supaya dipertemukan jodoh yang sesuai denganku (balik karang nak bagitau, nak bagitau awal-awal segan pulak rasanya)

Nota kaki: Sebenarnya hati ni dah ada rasa ding dong. Ada seseorang yang berjaya buat hati saya jadi resah. Tapi hubungan kami ni agak complicated. Tak tahu nak terangkan.

Wednesday, September 21, 2011

WorKinG ModE

Back to work mode...Definitely needs to finish some work before getting 'surat memangku kerja'. Hai, banyak lagi ni. Kertas kerja Hari Mesra dah siap. Kejap lagi, pergi Main library nak hantar borang permohonan pendahuluan pelbagai. Nak dapat bajet untuk Hari Mesra. Pukul 10 karang ada janji temu dengan Dr. Zuriah, Pengarah GBS. Ada perkara yang perlu dibincang dan diperjelas pasal GBS. Petang karang, ada kelas kemahiran maklumat untuk pelajar Sarjana. Nak kena siapkan borang kehadiran dan penilaian kelas.

Esok, masih sama. Pagi ada mesyuarat PTAR 2, petang ada kelas kemahiran lagi. Hari Jumaat ada Majlis Suaraya UiTM. Tak tahu nak pergi ke tak. Tahun lepas tak sempat nak pergi. Ada kerja kena siapkan.

Buat masa ni, siapkan kerja di sini dulu. Ura-ura bulan 10 nanti, baru aku ke PTAR JO. Itu pun, aku sekejap kat sana, sekejap kat sini. Pun dengar-dengar cerita kemungkinan aku akan ke sana terus. Banyak lagi aku nak belajar ni. Kat sini pun dah pegang Unit Perkhidmatan Pelanggan dan Maklumat rasa kecah lagi. Masih ada kesilapan yang aku buat. Bila memangku yang sana, jawatan dah berubah. Dengar nama 'Ketua' pun macam dah gah tapi aku ilmu kurang lagi. Harapnya, Ketua Jabatan berubah hati. Moga-moga tak jadilah rancangan pindahkan aku.

Sekarang tengah work out dengan homework, cari alasan kenapa aku tak perlu pindah. Bukan tak nak, tapi aku lebih diperlukan di sini. Kat sini banyak kemahiran aku boleh belajar dan mengajar. Pelajar pun ramai.

Apa-apa hal pun aku kena siapkan maklumat ni sebelum diminta. Okay, mari bekerja.

Wednesday, September 14, 2011

RuiN My DaY

Tersilap melakukan suatu perkara yang tak sepatutnya aku buat. Rasa menyesal pun ada. Benar-benar buat hati aku tercalar. Totally ruin my day today.

Hilang mood nak buat apa-apa. Mula otak rasa nak melayang-layang. Perut pun terasa sebu.

Kenapa itu berlaku?

Tabahkanlah hati.


Nota kaki: Kadang-kadang rasa payah kan nak ikut expectation orang. Kita ni bukan sempurna. Banyak kelemahan lagi.

Friday, September 09, 2011

HandpHone

Ohh...rasa sungguh rugi sekarang ni. Tak dapat nak masukkan gambar yang menarik masa makan tengah hari tadi. Walaupun, menu makan tengah hari tadi begitu ringkas dan ringan tapi disebabkan hiasan yang dihidangkan tu menarik sampai terasa sayang nak makan pulak (dan seperti biasa, rugi saya tak dapat masukkan gambar yang menarik itu atas kesilapan teknikal)..Ni yang terasa nak beli handphone baru. Sejak dua menjak ni, handphone meragam pulak. 

Taulah nak perli aku yang kurang pakai handphone sekarang ni kan. Nak buat perangai tak semenggah pulak. Memang buat aku berangan-angan nak beli handphone baru. Tunggulah, ada rezeki nanti aku tukar. aku takdelah nak beli yang canggih-canggih cukuplah ada apa yang aku nak kat handphone tu. Aku nak handphone tu ada function mp3 player dan kamera yang cantik gambarnya cukup. Yang lain tak nak. 

sekarang, nak kena survey lah handphone yang menepati citarasa. Dah tanya kat adik-adik. Untung ada adik lelaki, senang nak minta tolong dia orang survey.Dah ada beberapa pilihan tapi aku aku berkenan yang satu ni. 

Nak tahu apa dia handphone tu? .......Tunggu aku dapat dulu nanti aku tunjuk hehehe

Tuesday, September 06, 2011

LibRary

Hari ni aku berpuasa. Ganti puasa dan nak ambil berkat puasa sunat hehe. Tahun ni sangat berazam untuk dapat pahala sunat 6, jadi kena tunaikan. Senang juga puasa. Tak payah semak fikir nak makan apa masa sarapan pagi. Tahun ni juga mak dah tak nak buat rumah terbuka sebab lebih fokus untuk buat kenduri doa selamat sempena ayah yang akan pergi tunaikan haji tak lama lagi. Tapi, apa-apa hal pun pada kawan-kawan yang nak datang beraya, silakan, jangan malu-malu. Cuma bagitau awal-awal, senang nak sediakan apa-apa. Ni pun aku dah dapat pelawaan nak datang ke rumah.

Ok, macam tak kena pulak apa yang aku tulis kat sini dengan tajuk yang di atas. Saja nak buat intro lain dulu hehe...Ok, sekarang kita masuk tajuk. Cakap pasal library, lately heard new stories about newly redesigned of Selangor Public Library. Situated at new location, in Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Sec 13, it gives such a pleasure to users. Kenapa macam tu? Sebabnya tempat itu sangat menarik sampai kita tak terfikir itu adalah perpustakaan. Sebenarnya, aku takde pengalaman pergi ke sana, cuma dapat pengalaman daripada rakan sepejabat dan gambar-gambar yang dikirim. Bila tengok gambar-gambar tu, rasa hati tu sangat teruja. Bayangkan, di perpustakaan ada gimnasium, tak ke menarik tu? Ada kafeteria dan yang paling best ada studio teater 6D. Dulu, famous dengan 3D. Sekarang library Selangor ada 6D, tak ke canggih tu?

Nampak menarik kan. Kebetulan tengah mencari info menarik pasal library ni, dapat surf satu blog ni. Kat sini blogger ni cerita pengalaman dia ke library ni. So, credited to The DIY Mum for having this great experience to share. Korang boleh klik kat sini jika nak tau lebih lanjut pasal perpustakaan ni.

Teringin nak curi masa pergi library ni. Dah alang-alang aku kerja kat Shah Alam kan, boleh juga nak jejak kaki kat sini. Nak dapat pengalaman lain daripada yang lain. Boleh juga nak tambah ilmu untuk buat learning commons kat library aku ni.

Korang semua pun jangan lepaskan peluang pergi ke perpustakaan ni tau. Dah pergi, boleh kongsi cerita dengan aku.

Nota kaki: Agak-agak kalau dating kat library ni, boleh tak? Saja nak cuba pengalaman lain...tapi masalahnya aku takde sapa-sapa nak ajak dating huhuhuhu...Ada sapa-sapa nak dating dengan saya pergi library?


Monday, August 22, 2011

BelaNja MakaN

Semalam adik aku, Abang Chik belanja kami sekeluarga makan. Takdelah makan benda mahal. Beli KFC je bawak balik rumah. First time, dapat merasa dia belanja makan hehe cuma masa berbuka dia tak ada sebab dia pergi berbuka puasa dengan kawan-kawan Politeknik dia.

Adik aku belanja kami makan ni sempena gaji pertama dia. Alhamdulillah, adik aku dah sebulan kerja kat Kilang Perodua di Rawang. Sebelum ni nak dekat setahun tak bekerja. Duduk lepak rumah, main game. Bukan tak nak cari kerja tapi Abang Chik ni lain macam sikit. Nak pilih-pilih kerja. Lagi satu dia selalu tunggu keputusan nak sambung belajar tapi bukan rezeki dia. Sampai sekarang, masih takde lagi peluang untuk dia sambung belajar.

Sebelum ni pernah juga dia kerja tapi jodoh tak panjang. Dua hari je sempat bekerja. Alasan adik aku masa tu, tempat kerja jauh. Dekat TTDI sana. Mula-mula dapat kat Bangsar, boleh terima lagilah sebab boleh naik LRT je tapi tiba-tiba bos dia nak tukarkan tempat terus adik aku minta berhenti. Ayah ngan mak pun tak berapa setuju pasal tukar tempat kerja tu. Agak jauh dari rumah. Transport pun takde. Nak tak nak kenalah cari kerja lain. Lepas daripada tu, adik aku dapat temu duga lagi. Adalah dalam tiga kali termasuk yang Perodua ni, semuanya adik aku berjaya dapat tapi akhirnya dia pilih Perodua. Jadi semangatlah dia dapat kerja kat sana. Siap dah cari rumah sewa. Alhamdulillah, sekarang tengok happy je dia kerja. Mak ngan ayah pun dah tak risau sangat. Kalau tak hari-hari duk menyuruh adik aku tu cari kerja hehee..

Nota kaki: Terima kasih Abang Chik belanja kami makan. Lain kali boleh belanja lagi hehehe. Oh, nak tunggu adik aku lagi sorang ni bekerja pulak. Boleh merasa lagi adik beradik belanja makan.

Nota kaki 2: Nak tumpang menyempit kat sini nak bagitau, dah siap buat kuih raya pun. Tak banyak cuma 3 jenis kuih. Tahun ni tak beriya sangat nak buat. Beli pun tak banyak. Bagi cukup-cukup rasa je. Kira ok lah tu kan.

RamA-RamA dAlaM PeruT.PrOduk KesiHataN

Tengok tajuk kat atas pun dah tau kan apa yang rasa. Oh, bukan sebab nervous nak jumpa big boss macam kita buat salah. Juga bukan rasa nervous nak naik pentas ataupun rasa duk dak duk dak jumpa seseorang yang kita suka secara diam-diam tetiba tegur kita. Bukan, bukan.

Rasa tak selesa dalam perut yang buat aku rasa macam ada berpuluh-puluh rerama terbang dalam perut aku ni. Nak tahu kenapa? Kejap, aku cerita. Sebelum ni, aku ada pergi farmasi beli ubat untuk ayah (kejadian ni berlaku sebelum puasa) dan hari tersebut farmasi ni ada buat pemeriksaan kesihatan secara percuma. Jadi, aku pun cuba buat. Aku tengok pegawai farmasi tu letak alat kat atas ibu jari tangan dan terpampang kat monitor apa yang ada kawasan sekitar kuku. Agak kagum jugak bila aku tanya kat pegawai tu, dia kata bila check kat kuku kita dah tau penyakit apa yang ada dalam badan kita. Jadi, hasil pemeriksaan yang aku dapat, pegawai tu cakap aku takde penyakit yang kronik (Alhamdulillah) cuma aku ada banyak angin dan toksin dalam badan. Memang betul dia cakap tang angin tu, sebab aku rasa tak selesa. Kejap-kejap sendawa. Kadang-kadang sampai sakit tu tangkap belakang badan aku jika aku berdiri terlalu lama atau duduk terlalau lama. Adalah dia cadangkan ambil pil-pil yang bersesuaian tapi aku cuma buat tak tau hehehehe.

Mesti korang fikir apa kena-mengena aku buat pemeriksaan dengan sakit perut aku sekarang kan. Haa, ni nak sambung lagi. Cerita tak habis lagi tau. Semalam aku tolong mak aku check stok produk kesihatan dia. Tinggal tiga kotak je. Kira banyak jugak yang terjual. Sambil-sambil tu mak aku cerita pasal kawan-kawan dia yang dah ambil produk ni. Kira ramai jugak yang alami perubahan. Majoriti yang ditanya, ramai dah dapat perut yang kempis. Ada juga yang hilang berat badan. Mak aku yang sebelum ni susah nak turun berat badan pun dah dapat turun 4 kg dalam masa dua minggu. Selain tu, ramai juga yang bagitau setiap kali memerut akan keluar warna hitam. Mak aku cakap benda tu toksin yang dah dikeluarkan daripada badan.

Bila aku dengar mak aku cerita macam tu, aku pun mula bagitau kat mak pasal ujian kesihatan yang aku buat sebelum tu. Terus mak aku suruh cuba makan produk ni. Oh lupa nak cakap produk ni nama Green Fit keluaran Avail Beauty. Boleh cuba tengok kat laman web ni http://www.availbeauty.com/. Aku pun cubalah malam tadi sebelum tidur. Sangat sedap. Rasa epal hijau yang manis. Cuma minum sekali sehari tapi untuk orang yang kurus macam aku ni kena selang sehari. Sekotak ada 30 sachet 15 sachet (dah confirm jumlahnya!!). Harga tak mahal pun cuma RM75 (sempat lagi kau promote ye hehehe). Baru malam tadi cuba, pagi tadi lepas sahur perut aku dah terasa nak membuang. 3 kali aku ke tandas, barulah rasa lega huhuhu. Yang aku perasan pagi tadi, masa bangun badan aku rasa ringan je. Rasa mengantuk pun kurang. Kalau tak tiap kali lepas sahur mesti nak tidur sekejap, tapi hari ni tak tidur pun. Elok je drive ke opis takde rasa mengantuk dan letih. Alhamdulillah, dah ada kesan positif. Lusa boleh cuba minum lagi hehehe.



Nota kaki: Pada sesiapa nak tau lebih lanjut, boleh hubungi mak saya (Asiah Endot) 019-9808015 tak pun boleh email kat ninaalias@gmail.com jika segan nak cakap kat telefon. Pada kawan-kawan, korang boleh je contact aku bila-bila masa kecuali selepas 10 malam heheh

Tuesday, August 16, 2011

Aku YanG Stabil hehe

Baru nak nak menaip entri ni lepas sekian lama MALAS nak menaip. Banyak faktor yang menyebabkan aku jadi MALAS. Salah satunya peratusan malas di bulan puasa agak melonjak, jadi nak menaip tak dapat. Sebab idea kureng. Ditambah pula dengan kerja yang perlu disiapkan: FCORP, learning commons project, stock take, nak pindah buku ke perpustakaan Puncak Alam, naziran perjawatan, Hari Mesra Pelanggan dan lain-lain yang menuntut aku mengadap meja opis menjadikan aku takde masa nak menaip (baca blog orang je yang sempat hehehe). Dan lagi, masalah peribadi yang menggangu. Penat melawan perasaan. Ambil masa nak bagi emosi tu stabil balik. Walaupun kadang-kadang teringat, tapi gagahkan juga buat-buat tak tahu. Terasa sakit tapi tak dibiarkan lama. Lepaskan macam tu je. Alhamdulillah, aku dah stabil balik.

Sekarang ni fokus banyak pada kerja-kerja. Boleh menyibukkan diri seperti selalu. Nak pulak, puasa dah tinggal separuh bulan. Nak mengejar lagi pahala Ramadan yang mana sempat kejar. Rutin pun dah balik macam dulu-dulu. Sebelum ni, jarang ada masa kat rumah. Sekarang ni, dah boleh lepak-lepak. Masa lepak pun dapatlah tengok cerita-cerita korea yang mana tak sempat tengok. Anime pun ulang tayang. Download dan baca manga online. Hehehe seronok dapat buat benda favorite.

Cuma rasa nak raya tu tak ghairah dan teruja macam dulu kot. Tahun ni santai je. Tak sibuk-sibuk nak buat kuih raya. Baju pun tak sakan nak beli sebab dah ada baju nak pakai. Mak jahitkan (sayang mak!). Balik kampung pun biasa-biasa je. Arwah tok dah takde jadi sambut dengan keluarga makcik pakcik yang ada. Mujur adik beradik mak ramai. Boleh jadi meriah jugak.



Nota kaki: Nak tunggu bonus yang tak masuk-masuk lagi. Bila agaknya nak dapat? Tapi dapat pun bukannya aku nak buat apa-apa hehehe

Wednesday, August 03, 2011

WakTu BerbuKa Dan ImSak MalaYsia 1432H

sila klik url di bawah untuk ketahui waktu berbuka dan imsak


Ada juga maklumat-maklumat menarik yang disediakan oleh Jakim. Sila layari di http://www.islam.gov.my/



[Iklan] Malam SimfoNi KasiH UiTM

Malam Simfoni kasih 2011 is an annual event, organised by Budiman Foundation UiTM which aimed at gathering as many as possible the alumni of UiTM. This year MSK will be held on 1 October 2011 (Saturday) at 8.00 p.m. in Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam.

Apart from meeting old friends, this event is held with hope to collect donation for Budiman Foundation Fund UiTM and Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) Fund.

The Guest of Honour for this particular event is Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong and Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

It is hoped that MSK ‘11 would receive an endless support from the alumni/corporate entities/organisations through table and advertisement space purchasing before or on 15 August 2011.

For more enquiries, please contact:
Malam Simfoni Kasih 2011 (MSK ‘11) Secretariat
Alumni Relations centre
Students Affairs and Alumni Division
Level 3, Budisiswa Building,
40450 Shah Alam
Tel    :03-55443322/2068/2053/2058/2011
Fax    :03-5544 2888






(sumber: laman web uitm - www.uitm.edu.my)

Sunday, July 31, 2011

SaLam RamaDan

Selamat berpuasa semua. Minta maaf jika ada sebarang perkataan, perlakuan dan perbuatan aku yang tak menyenangkan. Semoga Ramadan kali ini menjadi Ramadan yang indah untuk kita semua



Selamat berpuasa  ;)

Friday, July 29, 2011

LawATan PenandA araSan - UTM

Rabu lepas pergi ke UTM buat lawatan penanda aras. Nak melihat dari segi pemprosesan kerja dan perkhidmatan kat sana. Dalam perjalanan singgah sekejap ke UiTM Kuala Pilah, N9. Ada mesyuarat pengurusan. Memandangkan orang atasan perpustakaan pun pergi, jadi sempatlah singgah ke UiTM. Perjalanan ke sana agak lama. Macam biasa, nak masuk UiTM mesti jauh ke dalam. Serupa jugak kat UiTM Kuala Pilah ni. Siap lalu kat jirat cina lagi huhuhu...

Tapi bila dah sampai, rasa kagum pun ada. Bukan nak puji lebih-lebih tapi memang cantik tempat tu. Teringat masa mula-mula masuk belajar kat UiTM Merbok. Bangunan sikit je tapi cantik. aku baru pertama kali pergi ke sana. Kami disambut oleh staf perpustakaan. Jumpa my junior yang jadi librarian kat sana, Farawahida. Makin kurus dan lawa hehehe. Singgah minum pagi, pastu masuk ke perpustakaan. Bermesyuarat sekejap. Ada isu-isu menarik yang dibincangkan. Lepas habis mesyuarat, kami dibawa melawat sekitar perpustakaan. Ada dua aras je, tak besar pun tapi cukup nak menampung kemudahan pelajar. Cuma, ada sikit penambah baikan yang perlu dibuat. Dah habis melawat, makan tengah hari lauk orang Nogori. Lauk gulai masak lemak ikan gelama masin, ayam masak kicap pedas, kangkung goreng pedas...semua pedas-pedas tapi sodap. Dah habis makan, singgah solat. Dapat singgah kejap kat rumah tamu untuk solat. Ynag lelaki, solat kat surau kolej. 

Lepas tu baru bertolak ke Skudai. Sampai dalam pukul 9 kat hotel, check in, rehat kejap pastu keluar makan kat Johor Bahru. Masa ni dapat makan Kuah Asam Pedas Johor. Memang terbaikkkkk. Pekat dan pedas. Sampai licin lauk tu aku bedal. Singgah Uptown JB. Tak beli apa-apa pun tapi dapat jugak lah tukar bateri jam kat sana. Punyalah jauh sampai ke JB tu hehehe. Balik hotel, terus tidur.

Esok pagi, breakfast kat hotel. Oh, lupa nak cakap, kami tidur kat Pulai Springs Resort. Cantik tempat tu. Bilik hotel pun cantik. Lepas tu, baru check out dan bertolak ke UTM. Staf-staf Library UTM peramah. Kami dibawa melawat ke sekitar UTM. Banyak juga yang kami berkongsi idea untuk buat transformasi. Tengah hari kami dijamu dengan Nasi Beriyani istimewa. Memang sedap. Dah habis makan dan melawat, singgah solat kat masjid UTM. Baru bertolak ke Ayer Hitam untuk shopping hehehee..

Tapi yang tak bestnya, perut aku dah rasa tak berapa sedap. Sakit memulas. Hilang mood nak beli apa-apa. Cuma beli kerepek je. Yang lain dah siap beli pasu, bantal, cenderamata..aku je tak beli. Bertambah tak syok sepanjang perjalanan, asyik nak ke tandas. Mula-mula ingat aku sorang je, rupa-rupanya ada orang lain pun yang sakit. Aku ingat keracunan tapi bila fikir balik, perut aku tak tahan kot. Sepanjang hidup aku, yang ni aku makan paling banyak. Sampai senak perut nak sumbat makanan. Nak pulak banyak lauk yang pedas-pedas, tu perut jadi tak tahan. Sampai aku jadi lembik semalam masa nak sampai kat Shah Alam. Semua orang risau tengok aku sebab aku yang paling teruk. Rasa malu gak tapi dah aku yang buat perangai. Sendiri tanggunglah jawabnya huhuhu...Mujur masa balik ke rumah, perut tak buat hal sangat. Kira sempat jugak aku tengok separuh masa kedua perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Singapura masa aku sampai. Dah habis tengok, terus mandi. sapu minyak kat perut terus tidur huhuhu...

Lagi satu yang bestnya masa lawatan ni, dapat tengok movie yang best. Sepanjang dua hari lawatan, rasanya 4 movie dapat tengok habis. Cerita KL Gangster, Kongsi, Khurafat dengan Adnan Sempit. Yang lain tu dapat tengok sekejap je. Masing-masing bila dapat tengok cerita lawan-lawan dan kongsi gelap, mula terpengaruh dengan ayat-ayat skrip. Sampai Ketua Pustakawan pun boleh melawak dengan ayat skrip hehehe. Seronok.

Friday, July 22, 2011

VirUS Tak SiHat

Aku dilanda virus tak berapa betul sekarang. Tak tau sebab apa tapi dua tiga hari ni aku tak berapa sihat. Demam kejap panas kejap kebah. Bersin pun ada timing. Kadang-kadang bersin sampai tak larat lepas tu ok dah lama sikit baru bersin balik.

Penat sangat kot. Banyak kerja kena buat. Makan pun ala kadar macam nak tak nak je.

Malam tadi cakap dengan mak pasal ni. Mak dah naik risau. Dia takut aku ada simptom denggi. Aduyai, mintak dijauhkan.

Dua tiga hari ni gagah jugak nak pergi kerja. Selagi boleh pandu kereta ulang alik kira ok lagi la tu kan kan...

Cuti esok nak rehat puas-puas. Janganlah ada gangguan esok. Tapi, kalau ada pun aku buat tak tau je hehehe

Thursday, July 21, 2011

HatI Yang SakIt

Apa yang aku dah lakukan ni?

Kenapa dengan aku sekarang?
Walaupun sudah meminta maaf tapi kenapa hati masih terasa sakit...

Rasa kecewa kerana tak diberi peluang untuk mnerangkan hal yang sebenar...

Biarlah...

Moga Tuhan bukakan pintu hati dia itu...suatu hari nanti kebenaran akan ditunjukkan kepadanya..

Sesungguhnya aku dah memaafkan dia...

Wednesday, July 20, 2011

KerJa YaNg InDah

Haha banyak sangat kerja sampai tak sempat nak update blog. Terlalu banyak yang nak disiapkan sebelum semester baru dibuka. Nak pulak menjelang puasa ni, lagi banyak kursus dan mesyuarat kena hadir. Tak nak ganggu bulan puasa.

Sekarang, fokus pada projek Stock Take. Banyak buku nak kena semak baca. Kulit dah jadi gatal-gatal kena habuk buku. Hidung pun dah gatal-gatal jugak. Menggagau cari ubat yang doktor bagi nak kurangkan gatal. Esok nak bagi taklimat kat staf pasal projek. Semua carta alir dan lampiran aku dah siap cetak. Tunggu nak bagi esok masa taklimat.

Minggu depan lagi sibuk. Dah tinggal seminggu nak puasa. Ada benchmark visit yang kena ikut. Nak kena siapkan juga projek FCORP. Dah bising-bising ketua projek minta siapkan course outline.

Aduh, kurang sudah masa nak berjimba-jimba. Entah bila dapat lepak-lepak dengan kawan-kawan. Masa untuk diri sendiri pun tak ada ni huhuhu

Friday, July 01, 2011

PoSitiVE ThinKinG

Thoughts of the day - Positive Thinking.


Be in positive mind even though people cursing at you.

Don't lose your confidence when people look down on you.

Listen when someone shared his/her problem with you.

Think positive when something bad happen to you.

Wednesday, June 22, 2011

Baru TaU kENapA

Baru tau kenapa hati aku berdebar-debar tadi. Rupa-rupanya ada berita yang aku dapat. Bukan satu tapi dua. Elok pulak tu satu berita baik, satu berita buruk.

Aku cerita yang buruk dulu. Taklah teruk sangat tapi dah jadi kes polis. Aku baru dapat tau ada student hilang harta benda kat library. Kejadian tu berlaku Isnin lepas. Aku dapat tau pun bila bos bagitau. Staf maklumkan agak lewat. Tapi tak mau salahkan sesiapa sebab masing-masing ada hujah. Tinggal nak cari jalan untuk selesaikan. Bos pun dah buat laporan dan beri penerangan sikit kepada staf berkenaan hal ni. Ada tindakan pembetulan yang perlu dibuat. Memandangkan CCTV yang sedia ada tak cukup, staf kena buat kerja meronda sekali sekala kat kawasan perpustakaan. Notis juga sudah ada tapi kadang-kadang ada tangan yang gatal suka cabut notis. Jadi, penyelesaiannya, letak je seberapa banyak notis yang boleh. Kalau ada tangan gatal yang cabut, kita tampal yang baru. Yang penting, setiap pengguna tahu perpustakaan sudah membuat langkah berjaga-jaga. Manusia ni kena selalu diingatkan. Kalau tak jadi mudah terlupa. Tapi, sekuat mana pun langkah berjaga-jaga diambil, kadang-kadang tewas jugak dengan kelicikan manusia kan. Benda yang memang dah nak berlaku, tetap akan berlaku. Cuma, kita boleh mengawal untuk kurangkan kes je. Eh, banyak cakap pulak aku pasal ni. Yelah, aku pun pernah ada pengalaman kena curi hehehe...

Ok...sudah bab tu. Aku nak cerita bab lain pulak. Berita gembira ni pun bukan aku punya. Aku tumpang gembira untuk orang lain. Budak lelaki yang sedang aku berkawan sekarang ni sebenarnya dah berhenti kerja. Dah tak tahan kerja kat tempat lama. Adalah dalam 2 minggu berhenti. Tadi baru dapat berita dia dah dapat kerja baru. Biar pun gaji tak banyak tapi bagi aku dah cukup baik daripada takde kerja langsung kan. Alhamdulillah, awal bulan 7 dia mula kerja. Harap-harap dia seronok kat tempat kerja baru dia.

DeBaraN HaTi

Hati ni berdebar tiba-tiba. Tak tau kenapa. Rasa laju je denyutan jantung ni gerak. Otak dah tak boleh fokus. Rasa mengantuk yang teramat. Padanlah buat ujian psikologi tadi tak seratus peratus jujur.

Pelik rasa. Macam rasa debaran hati ni orang lain punya.

Mungkin kesan semalam. Perbualan dengan seseorang semalam yang menimbulkan rasa keliru. Kadang-kadang susah nak faham perasaan orang. Kata-kata yang dikeluarkan tak sama dengan apa yang hati rasa. Memaksa kita yang memang dah sedia tak faham untuk fikir lebih lagi.

Sungguh sampai sekarang tak faham. Tak nak fikirkan sangat tapi tak boleh lari rupanya. Buat sakit kepala.


Monday, June 20, 2011

FamilY daY HKL

Sabtu lepas ikut Hari Keluarga Jabatan Surgical (tak pasti nama tu betul ke tak) HKL. Saja nak join family day tempat keja mak. Tapi aku memang selalu ikut apa-apa aktiviti opis mak ni. Jadi peneman mak hehehe. Tapi hari tu kami pergi bertiga, aku, mak dan Abang Chik. Abang Chik ikut sebab dia tau tempat yang kami nak pergi ni. Tempatnya kat Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat. Dekat dengan kawasan rekreasi Sg. Congkak. Klik sini untuk tau pasal Nur Lembah Pangsun.

Kami sampai sana pukul 8.40 pagi. Waktu tu tak ramai lagi staf yang datang. Organizer pun tak nampak muka lagi. Kawan-kawan mak pun baru berapa kerat je yang datang. Disebabkan masa yang ada, aku dan Abang Chik berjalan sekitar kawasan. Agak menarik tempatnya. Betul-betul Eco Resort. Ada sungai, tasik, tapak perkhemahan, ada dusun buah-buahan, kolam ikan, siap ada stadium kecil. Memang sesuai kalau nak buat apa-apa aktiviti team building, family day or camping. Kemudahan yang disediakan agak lengkap. Ada asrama, vila, dewan seminar tertutup dan terbuka, dewan makan dan yang paling penting tandas.

Dah habis meronda, baru organizer sampai dan kami diberi sarapan. Nasi lemak dia agak lain. Dia letak halba, serai dan halia kat dalam nasi, jadi aroma dia sedap dan sambal dia pun terbaik. Puas hati makan. Lepas sarapan, kami terus ke stadium. Stadium dia atas bukit. Masa naik memang semput sebab bukit agak curam. Tak payah susah-susah nak buat warm up. Dah sampai, kami diberi sedikit senaman sebelum memulakan aktiviti sukaneka. Kami dibahagi 4 kumpulan. Aku kena masuk kumpulan lain, terpisah dengan mak dan Abang Chik. Mak kumpulan Kuning dan aku kumpulan Hijau. Macam-macam aktiviti sukaneka ada dan yang paling best diuruskan fasilitator Nur Lembah Pangsun (semuanya lelaki dan budak-budak muda...i like!). Antara acaranya ialah Belon Oh Belon (passing belon kat kawan sekumpulan ke belakang), Gula-gula dalam tepung, Pecah belon, Rabun Oh Rabun (Seorang ahli kena pakai kain penutup mata dan kena ambil seberapa banyak belon yang boleh. Ahli kumpulan kena bagi arahan dari kotak kawasan yang disediakan) game ni paling banyak main menipu hehehe. Lepas tu ada Musical Chair

Dah habis aktiviti, kami rehat dan makan tengah hari. Nasi ayam disediakan. Pun sedap. Aku suka tapi tak dapat makan banyak. Sebab lepas tu ada aktiviti lagi. Waktu petang, acara kemuncak sukaneka ialah tarik tali dalam sungai. Paling best dan paling seksa bagi aku. Sebab aku kena tarik 7 kali. Sampai kaki aku berdarah luka kena pasir dan batu. Kenapa aku kena tarik sampai 7 kali? Sebabnya untuk team aku, Hijau kitaorang kena tarik 2 kali untuk first round lawan dengan team Kuning. Kalah. Kali kedua, team aku lawan team Biru untuk dapatkan tempat ketiga. Yang ni kena tarik sampai 3 kali. yang tak bestnya team aku kalah lagi. Yang baki lagi dua tu, aku kena import masuk team Kuning. Mak yang tarik aku masuk team dia. Mujur dapat juara. Tak sia-sialah aku berbasah dan berluka. Tapi memang seksa lepas tu, tangan aku sakit sampai sekarang huhuhu.

Aktiviti yang berikutnya, berakit dan bina menara batu. Kami naik rakit yang disediakan dan cari batu-batu untuk buat menara di pelantar yang disediakan di hujung sungai. Kumpulan yang paling tinggi bina menara dikira sebagai pemenang. Lagi sekali, pasukan aku kalah sebab ada orang sabotaj, jadi menara kami jatuh. Tapi aku tak kisah pun sebab acara yang akhir sekali yang aku tak sabar-sabar nak buat. Flying Fox! Tapi risau jugak sebab masa aktiviti berakit tu hujan turun. Takut tak jadi naik Flying Fox. Alhamdulillah, hujan turun sekejap je, jadi dapat peluang. Sementara menunggu peluang nak naik Flying fox, ada seorang fasilitator bagi penerangan dan aku sempat borak-borak dengan dia. Rupa-rupanya dia buat part time kat situ. Student KLMU. Aku ceritalah pasal aku pernah jadi komander dulu. Part yang lepas ni aku suka sikit hehe...Dia tanya umur aku berapa..aku suruh dia teka. Yang bestnya dia cakap umur aku 25 tahun hehehehe...Aku bagitaulah umur aku lagi tua. Dia tak percaya. Siap cakap "Akak nampak mudalah" hehehehe kembang aku sekejap. Dah habis borak-borak, dia keluarkan sesuatu dalam beg. Aku ingatkan apa, rupa-rupanya anak ular sawa. Dia suruh aku pegang. Aku dengan selamba pegang. Takdelah geli sangat. Seronok pegang ular. Kulit dia sejuk.

Lepas tu baru aku dapat buat flying fox. Agak tinggi jugak nak naik ke pelantar tu. Mengah sekejap. Tapi bila dah dapat turun tu rasa tak puas hati pulak sebab sekejap sangat rasanya. Nak kata gayat, tak jugak. Tapi kalau tengok bawah tu masa nak rentas tasik, boleh tahan gak rasa gerun tu. Dah habis semua aktiviti tu barulah, masing-masing tukar baju dan bersiap-siap. Dapat pulak minum petang. Makan sandwich tuna dan telur dan kuih lapis. Pun sedap. Mak siap ambil lebih nak bawak balik. Masa ni, organizer pun bagitau juara keseluruhan untuk Family Day. Kumpulan mak jadi juara. Team aku pulak dapat tempat ketiga. Kira okay lah tu kan...

Nota kaki: Kalau sempat, aku masukkan gambar ya. Nak tunjuk gambar aku pegang ular

Friday, June 17, 2011

JumPa KawAn LamA

Seronok betul dapat jumpa member-member lama. Macam-macam cerita ada. Tapi yelah, dah lama tak jumpa, biasalah habis keluar cerita-cerita lama. Tadi terserempak dengan kawan masa belajar dulu. Dia ni antara kawan lelaki yang rapat dengan aku dan geng-geng. Dekni, Ariza, mesti korang kenal dengan Azam kan.

Banyak sembang dengan dia tadi. Dari kafe kat Menara sampailah kat opis aku, PTAR 2 ni. Siap stop kejap tengok result dia pastu sambung balik borak-borak. hehehehe memang best. Yang tak tahan, boleh dia kacau makcik Sal yang dah lama tak contact tu. Siap berlakon jadi librarian kat Kedah kata Sal tak pulang buku lagi. Terkejut makcik tu dibuatnya. Aku dah terkekeh-kekeh gelak. Tu lah Azam, perangai tak berubah. Dari zaman diploma dulu sampai mengajar anak orang sekarang. Aku tak taulah macam mana rupa dia jadi pensyarah kat Merbok tu.

Cakap pasal kawan lama ni jugak, semalam buat lawatan ke Pusat Sumber Petroleum di KLCC. Masa lawatan tu ada sesi perkenalkan staf. Aku perasan ada seorang student internship kat situ macam aku kenal. Aku duk fikir jugak kat mana aku jumpa dia. Masa sepanjang lawatan tu, aku asyik fikir je kat mana aku pernah jumpa. Last last masa dah abis lawatan, baru aku teringat. Rupa-rupanya budak ni junior komander kat Merbok dulu. Bila aku tegur dia, dia pun perasan. Dia pun tanya "Akak ni komander jugak dulu kan." Aku pun menggangguk je lah. Lepas tu mulalah borak-borak dengan dia. Tapi sayang, masa tak panjang. Tak sempat nak borak-borak lagi. Tapi takpe, ada masa boleh jumpa lagi.


Nota kecil: Teringat kenangan masa belajar kat Merbok dulu. Ahhh, rindunya nak balik ke sana. Nak jumpa kawan-kawan lama.

Wednesday, June 15, 2011

LazY SonG

Hari tu kawan opis ada buat entri pasal ni. Boleh klik kat sini kalau nak baca.

Kali ni aku pulak yang rasa. Nak dedicate untuk diri sendiri. Dear me, please enjoy this song




The Lazy Song

Today I don't feel like doing anything

I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone
'Cause today I swear I'm not doing anything

I'm gonna kick my feet up then stare at the fan
Turn the TV on, throw my hand in my pants
Nobody's gon' tell me I can't
I'll be lounging on the couch just chilling in my Snuggie
Click to MTV so they can teach me how to dougie
'Cause in my castle I'm the freaking man
Oh yes, I said it, I said it
I said it 'cause I can

Today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone
'Cause today I swear I'm not doing anything
Nothing at all, nothing at all
Tomorrow I'll wake up, do some P90X
Find a really nice girl, have some really nice sex
And she's gonna scream out
This is great
(Oh my god, this is great)

Yeah, I might mess around
And get my college degree
I bet my old man will be so proud of me
But sorry pops, you'll just have to wait
Oh yes, I said it, I said it
I said it 'cause I can

Today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone
'Cause today I swear I'm not doing anything
No, I ain't gonna comb my hair
'Cause I ain't going anywhere
No, no, no, no, no, no, no, no, no

I'll just strut in my birthday suit
And let everything hang loose
Yeah, yeah, yeah, yeah, yeah
Yeah, yeah, yeah, yeah, yeah, yeah

Oh, today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone
'Cause today I swear I'm not doing anything

Nothing at all
Nothing at all
Nothing at all

BangUn LewaT

Pagi ni terbangun lewat. Gara-gara semalam. Tak tahu kenapa semalam jadi rasa teramat letih. Mungkin kerana faktor gegaran semalam, aku dapat rasa kesan dia sikit. Pening kepala sekejap. Ditambah pula kerja yang memerlukan aku menggunakan sepenuhnya otak dan badan untuk fikir dan mengangkat buku-buku. Sampai berpinar mata aku buat shelf reading. Nak kena siap semak baca 17 rak sampai Jumaat ni sebelum proses stock take bermula. Nak siapkan juga laman web FCORP yang tinggal 40% lagi.

Belum tambah hal peribadi lagi. Tu yang menambahkan rasa letih. Tau-tau bangun tadi dah pukul 6.30. Selalu awak bangun 5.20, ni dah terlajak 1 jam. Kelam kabut aku dibuatnya tadi. Sungguh, aku tak dengar langsung bunyi jam. Sungguh ajaib. Sebelum ni, sepenat atau selewat mana aku tidur aku akan tetap terbuka mata kalau dah dengar bunyi jam. Tadi, aku bangun lepas terdengar orang bagi kuliah Subuh kat masjid. Mandi ala askar, solat pun agak kelam kabut, keluar rumah jam 6.45. Cepat kan! Teringat zaman jadi komander dulu. Serba pantas. Mujur ada pengalaman. Boleh jugak guna masa kecemasan hehehe..

Yang pasti selagi aku keluar rumah sebelum pukul 7, aku akan selamat sampai kat opis sebelum jam 8. Tadi pun aku drive tahap kelajuan yang sederhana. Rasa letih tu ada lagi. Tapi ada satu benda yang aku tak faham, kalau tidur awal mesti rasa letih sangat. Kalau tidur lewat, esok pagi mesti cergas. Takkan hari-hari aku nak kena tidur lewat. Macam pelik je kan.

Tuesday, June 14, 2011

DeNgar Radio UFM

Masa kerja aku suka dengar siaran ni. Rasanya UiTM kot yang ada siaran radio sendiri. Kalau ada universiti lain yang buat, sila maklumkan kat aku. aku nak dengar.

Pada mereka yang ada kat area Shah Alam boleh buka frekuensi ni di 93.6 fm.

Mereka yang berada di luar Shah Alam, boleh layari secara online UFM Live

Siaran ni bermula jam 7 pagi hingga 7 petang.

Selamat mendengar!

LelAki Itu...

Sejak dua menjak tiga menjak ni, aku dilanda gangguan daripada opposite gender...

Hairannya, masa aku menggedik nak berkawan dengan lelaki, takde pulak nak berkawan.

Bila tak mahu menggedik, berduyun tibaaaaa gangguan tersebut. Rasa nak off handphone je. Biar aman sikit.

Yang tak paham, dah cakap tak berminat nak layan, masih lagi nak menghantar mesej-mesej. Nak suruh aku cakap bahasa tamil ke baru nak faham.

Ingat lagi dulu masa kenal dengan mamat ni. Sekali je jumpa dia lepas tu terus tak jumpa dah. Sebabnya, aku tak suka perangai dia. Belum apa-apa dah sibuk gatal nak pegang tangan orang. Belum lagi bab kita orang berlawan pendapat. Cukup sinis dia memerli hal-hal cinta dan institusi perkahwinan. Aku ingat lagi dia pernah cakap "Ala tak payah kahwin pun boleh dapat semua", "tak payah cinta-cinta ni, kita bukan nak setia pun. Berlambak perempuan boleh cari" dan lagi satu "Bukan budak perempuan KL suka sosial ke. Awak kan budak KL. Takat pegang tangan dengan peluk-peluk ni benda biasa je kan." Bengang je aku rasa sampai aku terfikir biar tuhan buka hati dan minda dia. Bagi kesedaran minda dan sivik. Biar ada rasa hormat dengan perempuan. Bagi dia betul-betul rasa sakit akibat jatuh cinta. Masa tu baru dia tahu, penangan cinta ni.

Dan aku rasa apa yang aku cakap kat atas tadi macam dah terjadi kat mamat ni. Mungkin tuhan dah buka hati dia. Masalahnya, aku yang jadi mangsa. Dah lama kami tak jumpa. Dekat 3 tahun. Aku ingatkan dia dah lupakan aku. Bagi aku memang sepatutnyalah dia boleh lupakan aku sebab kami hanya berjumpa sekali saja dengan ending yang best. Takde senyum-senyum, tergedik-gedik masa nak cakap babai. Aku blah macam tu je lepas aku basuh dia habis-habisan. Sikit pun aku tak pandang dia. Agak thrill kan. Memang masa tu rasa sakit hati sangat sampai tak nak pandang muka dia. Umur je dah masuk 30 tapi perangai tak matang langsung.

Sekarang, boleh kata hari-hari dapat mesej dia. Tanya khabarlah, say good night lah. Bab rindu, tak yah cakaplah, sampai naik muak dengar. Tapi minta ampun dan maaf, aku tak nak keluar dah dengan dia. Cukuplah pengalaman dulu. Karang aku takut mulut aku keluar api, terbakar hangus dia pulak nanti.


Cukuplah....

Monday, June 13, 2011

MemAng NaK kEna TuL nI...

Bengang. Pagi-pagi sudah bikin hati rasa panas. Siapalah yang kurang ajar hack emel aku. Habis hantar emel mengarut kat semua orang dalam mail address aku.

Tak pasal-pasal kena tukar password baru. Aduh, aku tak pernah kacau orang. Nak buka spam mail pun payah. Tak pasal-pasal kena hack.

Hilang mood nak buat kerja.

Saturday, June 11, 2011

CuCi KerEta

Mode sekarang. Penat yang amat. 

Baru lepas cuci kereta. Bukan sebuah tapi dua buah. Basuh kereta Myvi dulu. Dah abis basuh, tengok sekejap hasil kerja sendiri. Puas hati. Nampak kereta mak dah berkilat.

Turn berikutnya kereta aku. Tapi hari dah makin gelap. Biasalah cuci masa dah petang rembang. Cepat-cepat bersih dan vakum. Tapi kalau dah kereta sendiri tak boleh nak main cincai basuh. Mesti ada je yang nak dicuci  bagi betul-betul bersih.

Basuh punya basuh tengok langit dah gelap. Aku cepat kemaskan semua. Masuk dalam rumah. Last last hasil kerja kereta sendiri tak tengok lagi. Dah gelap. Tak nampak. Kena tunggu esok baru nampak hasilnya.

Tuesday, June 07, 2011

MiNi ReuNioN BFF

Dah masuk petang macam ni, mulalah malas nak buat kerja. Jadi, buatlah entri baru. Nak cerita pasal semalam.

Semalam buat mini reunion dengan BFF (best friends forever) masa belajar dulu. Tak cukup korum sebab Cik Salfarina dan Cik Marli tak datang. Dia orang tak dapat datang sebab ada hal. Yang ada cuma aku, Ariza, Dekni dan Maziah. Dapat buat reunion ni pun sebab Maziah ada kursus kat KL. Dia ni je yang jauh. Tinggal kat Perlis. Yang lain semua kerja kat area KL dan Selangor. Nasib baik ada kursus. Kalau tak entah bila nak jumpa lagi. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri.

Mula-mula janji nak jumpa kat lobi hotel Grand Pacific tempat Maziah check in tapi memikirkan yang jalan kat situ agak sesak, nak pulak jumpa lepas waktu kerja, anda semua boleh bayangkan betapa payah nak ke sana. Last last aku call Dekni minta ubah tempat perjumpaan. Kata putus jumpa kat Tasik Titiwangsa. Disebabkan aku orang pertama sampai, jadi aku kena tunggu yang lain-lain. Sementara menunggu, aku ambil peluang lepak tepi tasik. Masa kat sana, aku cari kerusi rehat dan duduk. Bila sorang-sorang, korang taulah apa aku akan buat kan. Ya, aku duduk termenung. Masa tu mulalah nak fikir yang merapu. Siap boleh kata "Best gak kalau lepak sini petang-petang. Kalau aku tengah kecewa ke patah hati ke, boleh jugak datang sini jogging sorang-sorang". Siap fikir nak bawak bekalan baju dari tempat kerja. Sebelum keluar opis terus tukar baju siap-siap pastu singgah terus hehehe.. tapi entah bila masa aku nak kecewa pun aku tak tau hehehe.

Orang kedua sampai Ariza. Elok pulak kelam kabut nak cari parking. Aku pun main hentam je cakap aku kat mana-mana. Kesian orang tu nak cari parking. Rupa-rupanya tak jauh pun dia parking tapi terpaksa tukar park kat sebelah kereta aku. Masa ni, kami duk sembang-sembang. Macam-macam cerita keluar. Sempat call Maziah tanya Dekni dah sampai nak ambil dia dari Arkib. Elok lepas call dia, call Dekni pulak. Betul-betul baru sampai kat situ. Menunggu lagi ketibaan minah berdua tu. Pukul 7 lebih baru sampai. Singgah solat sekejap kat surau. Boleh pulak aku melawak dengan Dekni pasal tempat ambil air wuduk. Kawasannya agak terbuka. Kalau berdiri, dinding tu cuma paras dada. Boleh nampak kawasan luar. Nak pulak mengadap betul-betul berhadapan dengan surau lelaki. Aku cakap kat Dekni nak ambil wuduk kena jalan itik. Tak nak bagi nampak aurat. Kalau berdiri je mesti orang lelaki kat depan boleh tengok dengan percuma rambut kitaorang yang cantik ni hehehe. Mengekek Dekni ketawa masa nak ambil wuduk.

Dah habis solat, baru kami cari warung makan. Aku cadang pergi ke Satay Station. Saja nak cuba kat situ. Agak besar restoran terbuka tu. Sesuai untuk melepak. Kami duduk berdekatan dengan skrin besar. Nak tengok cerita Nora Elena (entah betul ke tak aku eja sebab aku tak berapa tengok sangat. bukan tak nak tengok tapi tak sempat). Bila dah order, masing-masing sambung lagi bercerita. Masa makanan sampai, masing-masing daripada muka happy jadi semacam je. Bukan sebab apa pun, cuma makanan agak sikit. Tapi makanan bolehlah tahan sedapnya. Ariza lagi kesian. Nasib dia kurang baik kot. Boleh pulak nasi goreng paprik dia ada serangga macam belalang kecil kat atas nasi. Kurang selera nak makan tapi terpaksalah telan sebab dah lapar kan. Bila dah habis makan, rasa macam lapar lagi. Terus kami order sate ayam 30 cucuk. Tapi yang menghabiskan sate, aku dengan Ariza je. Orang yang beriya-iya nak makan sate (Dekni) boleh pulak makan sikit je. Nasib baik perut aku muat lagi. Kalau tak rugi je tak dapat nak habiskan sate tu. 

Bila dah habis, jalan ke parking. Sampai kat situ lepak-lepak kejap. Sambung cerita lagi. Sempat jugak tangkap gambar. Part ni seronok sikit sebab kereta semua jenis Saga. Macam buat kelab tak rasmi je. Masing-masing bergambar dengan kereta sendiri kecuali Maziah yang menempel sebab dia menumpang orang. Dah habis bergambar, borak barulah nak balik.

Apa-apa hal pun memang best. Seronok jumpa kawan-kawan lama ni. Rasa macam tak nak balik pun ada. Tapi memikirkan semua kerja besok (hari ni lah tu!), nak tak nak kenalah balik...


Nota kaki: Terima kasih Dekni, Ariza dan Maziah. Nanti jumpa lagi cuma tak tau bila kan. Kalau boleh bagi lengkap korum hehehe

Nota kaki 2: Nak tunggu berita gembira seseorang. Harap-harap menjadi hendaknya hehehehe

Tuesday, May 31, 2011

JurNal Ke VieTnam

Baru balik dari Vietnam sabtu lepas. Masuk ni dah tiga kali pergi ke sana. Mesti korang semua tertanya-tanya kenapa aku suka sangat pergi sana kan? Jawapannya ialah sebab aku suka shopping kat sana. Macam-macam aku boleh beli. Nak pulak semua tu aku boleh dapat dalam satu kawasan je. Tak payah nak pergi jauh-jauh. Cakap je nak apa...kasut, baju, kain ela, beg, topi, perhiasan rumah, cenderahati...semua tu ada kat Ben Tanh Market. Ala macam korang masuk kedai arked kat Jalan TAR tu tapi pasar ni besar yang dipenuhi kedai-kedai kecil. Luas kedai tu ibarat pakcik aku cakap saiz dalam 2x2 mtrpersegi. Kecil kan. Jarak antara kedai yang bertentangan pun kecil je. Panjangnya macam korang depakan kedua-dua belah tangan. Sempit kan. Kalau lalu tak langgar orang memang tak sah. Tapi shopping punya pasal memang sanggup redah.

Yang paling seronok, jarak hotel ke Ben Tanh Market tu sangatlah dekat. Tak sampai 5 minit pun. Sampai mak aku cakap, Tak payah singgah tandas awam kalau nak buang air. balik hotel je. Bayangkan punyalah dekat. Oh lupa, aku pergi sana dengan mak, adik bongsu aku Aiman, Makde dan suami, Pak Cik Man, Mak Itam dengan Pak Itam dan kawan mak, Makcik Yatimah. Kami berlapan pergi sendiri. Tak pakai agensi pun sebab Makde cakap aku dengan mak dah mahir kawasan ni. Kami ke sana selama 3 hari. Bertolak hari Khamis sampai KL hari Sabtu. Pergi dengan Air Asia je. Perjalanan ambil masa selama 1 jam 50 minit. Waktu di sana lewat 1 jam dari Malaysia tapi matahari cepat naik dan turun. Kalau kita kat sini pukul 7 matahari dah naik, dekat sana pukul 5.30 pagi dah macam pukul 7 pagi.  Petang pulak, pukul 5.45 dah boleh solat Maghrib. Kalau ada kawan-kawan yang berhajat nak pergi Vietnam, cakap dengan aku. Kita boleh pergi tahun depan. Aku boleh tolong arrange kan.

Kat sana, aku paling suka shopping baju kurung. Baju kurung dia sangatlah cantik. 3 kali aku pergi sana mesti ada baju kurung yang aku beli. Macam mana aku tak beli, Dah lah potongan baju tu cantik, kemas jahitan, siap ada labuci penuh kat bahagian dada dan tangan. Mahu tak geram tengok. Tambahan pulak harganya murah (dalam RM70-200). Lagilah suka hati nak beli kan. Masa aku singgah butik baju ni, ada seorang wanita, orang Malaysia, beli baju tersangatlah banyak. Rupa-rupanya, kakak ni jual baju kurung kat Malaysia.

Cakap pasal orang Malaysia, sepanjang aku ada kat sana, setiap masa aku boleh jumpa orang Malaysia. Dah macam duduk negara sendiri pulak. Yelah, toleh kiri orang kita, toleh kanan pun orang kita jugak. Masing-masing ada tujuan datang ke Vietnam. Ada yang saja bercuti tapi majoriti nak membeli belah. Sampai orang Vietnam yang jual barang pun dah pandai cakap Bahasa Melayu. Bangga sekejap rasa. Orang luar boleh cakap bahasa kita.

Pasal makanan pun tak perlu risau. Ada restoran halal disediakan. Paling popular Restoran 4 Season dan Kedai Makan Shamsudin. Walaupun orang Vietnam(muslim) yang buka restoran ni tapi masakan memang tak jauh beza dengan Malaysia. Kira boleh telan juga makanan yang disediakan. Harga mungkin sedikit mahal tapi berbaloilah. bukan senang nak cari restoran halal kat negara orang kan.


Itu je kot cerita aku masa di Vietnam. Nampak seronok kan!

Nota kaki: Maaf takde gambar disediakan sebab tak ambil banyak. masa diperuntuk lebih untuk shopping saja.

Nota kaki 2: Cerita kat Korea pun aku tak masukkan lagi kan kan...bilalah aku nak buat...hmmmm

Monday, May 30, 2011

SAGMEN 50 BLOGLIST BLOGER BARU

Photobucket


Saja nak join ni... korang boleh check kat blog cikgu ni http://wancikgumuzik.blogspot.com/2011/05/iisshhhkkk-sagmen-bloglist-untuk-bloger.html

Sebab apa join???
- nak tambah kenalan
- Nak share cerita dengan blogger lain

Kebaikan join??
- Dapat tambah kenalan blogger
- Dapat share cerita
hehehe

Saya nak cadangkan blogger yang boleh maju dengan jayanya (Tapi tak paksa ya penama di bawah ni join)

Cik Ariza

Monday, May 16, 2011

KenDuri KaHwIn SepuPu daN PertAndinGan BolinG KeluarGa Nik Chik

Hari ni nak berceloteh lagi. Nak cerita pasal kenduri sepupu dan pertandingan boling keluarga minggu lepas.
Sabtu minggu lepas balik kampung. Kami bertolak awal pagi sebab hari yang sama kenduri sepupu dibuat. Masa kami sampai kat rumah pengantin, jam dah pukul 11. Kami terlewat sikit je masa sepupu nikah. Tema warna perkahwinan Kak Ina warna pink. Kebetulan, aku dengan mak pakai baju ikut tema. Dah alang-alang datang kenduri, kami tolonglah apa-apa yang patut. Aku tolong siapkan lauk-pauk pengantin, mak pulak potong buah kat belakang rumah.

Sempat jugak aku tangkap gambar majlis walaupun tengah sibuk layan tetamu. Suka tengok majlis orang hehehe. Majlis sendiri tak tau bila huhuhu. Masa hari tu, cuaca agak panas. Terik sangat. Bermandi peluh aku dibuatnya. Kalau aku dah macam tu, tak taulah pengantin macam mana rasanya kan. Kesian tengok Kak Ina dengan suami berdiri tengah panas. Tapi biarlah panas macam mana pun, mekap Kak Ina tetap maintain hehe.

Bila dah petang, orang dah ramai balik. Masa ni kami baru dapat berehat. Kumpul dengan sedara mara lain, borak-borak ajelah kerjanya. Keluar lah cerita pertandingan boling keluarga. Nak diikutkan keluarga belah ayah ni dah banyak kali buat pertandingan boling, cuma kali ni baru famili aku dapat turut serta. Masing-masing dah tak sabar nak tunjuk skill. Aku dengar je tapi dalam hati dah teruja sebab dah lama tak pegang bola boling hehehe

Esoknya, pagi-pagi lagi dah sampai kat Kuantan Plaza. Sementara nak tunggu saudara mara yang lain, aku pergi ke tandas tapi kena tahan dengan cleaner pulak. Kata baru cuci tandas. Terpaksalah tunggu nak dekat 15 minit baru boleh masuk. Macam tak berbaloi tunggu pun ada, tandas serba kurang. Dengan paip air takde, pastu sabun pun tak disediakan...aduh rasa macam nak tahan je air kencing tapi faham-faham jela takkan nak biarkan je. Karang tergedik-gedik pulak masa nak main boling.

Ok..stop pasal tu. Cerita pasal boling ni pulak, ada 5 pasukan. Aku tak dapat masuk pasukan mak ayah. Kena team up dengan pasukan lain. Dengan Pak Yu dan Cik Yu. Aku dalam pasukan hijau. Baju pun kena pakai kaler hijau. Mak Ayah pasukan kuning. Abg Chik pasukan oren. Masa mula-mula, Pak Yu dah bagitau pasukan hijau ni jarang menang. Selalu dapat tempat ke-4 atau 5 je. Aku bagitau tak kisah, janji dapat main boling. Tapi dalam hati teringin gak nak dapat tempat best-best hehehe.

Masa dah main tu, sempat jugak tengok team-team lain. Hebat masing-masing. Aku rasa tercabar pulak. Tapi markah aku pun lebih kurang je. Mujur game kedua aku agak bagus point. So, seronok sikitlah.

Bila tiba pengumuman, tu yang paling mendebarkan. Masing-masing duk menunggu siapa jadi juara. result dia seperti berikut: Juara - Merah, Naib Juara - Hijau, Ketiga - Kuning, Keempat - Coklat, Kelima - Oren.

Jadi, macam korang tengok kat atas dah tau kan aku dapat apa kan. Hehehehe....kalau tak tau meh sini nak cakap. Alhamdulillah kami dapat Naib Juara. Seronok sangat Pak Yu dan Cik Yu suami isteri. Yelah selama ni jarang dapat. Kali ni ada rezeki dapat naib juara. Cuma terkilan sikit sebab beza markah kami dengan juara cuma 17 pin je huhuhu. Tapi, apa-apa hal pun memang seronok dan happening masa main boling hari tu.

Kat bawah ni gambar-gabar hari kejadian. Tak banyak pun ambil. Ni pun aku ambil dari Facebook makcik aku hehehe


Yang ni gambar masa kami dapat hadiah. Masing-masing muka happy

Pasukan Hijau

Gambar dengan pengantin

Yang ni famili aku dan famili Makde bergambar dengan pengantin

Monday, May 09, 2011

SeLamaT Hari Ibu

Hmmm sebenarnya nak buat entri lain dulu tapi masa tak ada nak buat. Jadi buat entri pasal ni. Walaupun dah lepas sehari tapi nak jugak cakap selamat hari ibu kepada mak, Asiah Endot. Mak lah the best mother ever (rasanya semua anak akan cakap macam tu kan hehehe).

Tak ada buat majlis apa-apa pun tapi semalam dapat jugaklah bagi best gift kat mak. Semalam ikut masuk bowling tournament yang dibuat salah satu jabatan opis mak. Kebetulan mak ajak dan aku memang suka giler, jadi beria-ia lah aku ikut.

Tournament tu buat kat Flamingo Ampang. Sampai kat sana dalam pukul 9.30 pagi. Masa sampai, dah diberi borang nama peserta. Mata aku dah bersinar tengok hadiah-hadiah yang terpampang atas meja. Nak pulak, hamper besau-besau kan. Rasa cam best kalau dapat satu. Dalam hati dah target nak dapat satu hamper tu. Nak bagi kat mak kalau dapat. Sedang elok pulak, announcer bagitau hadiah akan diberi kepada 8 orang individu yang terbanyak jatuhkan pin bagi kategori lelaki dan wanita. Aku dah mula pening. Aku bukannya hebat sangat nak main boling ni. Takat 100 lebih tu bolehlah. Tapi apa-apa hal pun aku tetap nak dapat. At least tempat ke-8 pun cukup lah (tu tempat terakhir tau).

So, lepas tu bermulalah tournament. Aku dengan mak beria-ia main. Nak pulak dua game je,kenalah bersungguh-sungguh kan. Tapi memang mencabar betul lah. Dengan orang yang mengacau, dengan orang yang nak tangkap gambar tengah-tengah alam. Ganggu konsentrasi aku nak melempar je. Tapi Alhamdulillah, aku masih boleh bermain dengan baik. Campur dua game aku berjaya dapat 245 jatuhan pin.

Yang paling seronok, masa pemberian hadiah. Tak disangka-sangka aku dapat jadi juara. Rasa macam mimpi pun ada hahahaha. Masa dia umumkan nama aku tu, terus aku cium tangan mak. Aku dapat hamper besar dengan baucer RM100. Masa tu tengok muka mak berseri-seri je hehehe. Aku siap bagitau tu hadiah hari ibu yang aku nak bagi. Mak senyum.

Walaupun tak sebesar mana, tapi aku rasa dah cukup seronok dapat puaskan hati mak. Yang paling penting aku pun seronok sama.

Nota kaki: Pertama kali dapat jadi juara main boling. Setakat ni banyak kumpul sijil penyertaan je huhu