Thursday, March 22, 2012

KerJa MaLam

Hari ni giliran aku kerja malam kat library juga hari pertama untuk minggu ni aku bekerja. Tiga hari lepas aku bercuti menjaga kebajikan rumah. Mak dan ayah kursus jadi aku ambil alih tugas menjaga adik kecik. Biasalah, aku je satu-satunya anak yang masih tinggal dengan mak ayah. Adik-adik lain duduk kat Shah Alam dan Rawang.

Kalau nak diikutkan ini bukan pertama kali aku kerja sampai malam. Pernah juga sebelum ni, bekerja sampai pukul 11 dan 12 malam. Itu pun kerja lebih masa jika ada program-program besar yang melibatkan aku jadi AJK. Memang akan pekerja yang 'terlebih rajin' masa tu hehehe. Ini pun bukan kali pertama aku kerja on duty ni. Sebelum ni pernah juga kerja Sabtu dan Ahad.

Cuma, ini kali pertama kerja di library sendiri. Sebelum ni, kerja lebih masa untuk pegawai selalu kena pergi library induk. Perubahan baru  setelah diluluskan pihak pengurusan. Jadi, pustakawan di perpustakaan fakulti dapat menjalankan tugas di perpustakaan masing-masing. Masuk pukul 1 balik pukul 10. Macam di tempat aku ni, pustakawan akan bekerja malam 2 kali seminggu ikut giliran. Jadi, hari ni giliran aku selepas beberapa orang rakan pustakawan lain dah menjalankan tugas bermula minggu lepas.

Selepas ini, akan ada lagi giliran bertugas malam sehingga habis semester ni.

Nota kaki: Selamat bertugas kepada mereka yang bertugas malam :)

Thursday, March 15, 2012

Pra Bengkel PS

Pagi ni semangat gila nak pergi pra bengkel...nak taip ringkas-ringkas je ni. Kejap lagi nak masuk bengkel dengar ceramah dulu. Bengkel dijalankan selama dua hari. Selamat perbelanjaan makanan aku untuk dua hari. Yelah, hujung bulan ni kena berjimat cermat. Duit gaji dah makin berkurang. Harapnya, tunggakan gaji boleh dapat cepat. Banyak nak pakai duit bulan depan. Nak tukar mata wang asing lagi, nak simpan sikit untuk renew insurans dan cukai jalan lagi, nak bayar hutang PTPTN lagi...hmmm, kena rancang betul-betul perbelanjaan aku ni.

Friday, March 02, 2012

HaRI Ini DalAm SejaraH

Sebenarnya tajuk kat atas tu untuk cerita semalam. Memandangkan semalam tak berkesempatan nak buat entri jadi baru hari ni aku dapat taip. Ok, kenapa jadi hari semalam jadi HARI INI DALAM SEJARAH? Sebabnya ada beberapa benda yang pertama kali dapat aku rasa dalam satu hari. Yang pertama, aku merasa pergi kerja ke Shah Alam naik komuter dari Sentul. Pertama kali juga pergi kerja naik komuter. Pertama kali pergi dan balik kerja menunpang orang sekejap. Banyak kan...

Semuanya berpunca sebab aku tak pergi kerja dengan kereta aku sendiri. Ini pun kira pertama kali jugak aku pergi kerja kat Shah Alam ni tak bawak kereta hehehe.

Kenapa jadi macam tu? Puncanya satu je. Kereta aku kena pecah semalam. Ada orang pecah tingkap dengan niat nak mencuri benda dalam kereta. Malangnya bagi si pencuri tersebut, kereta aku tiada barang berharga disimpan. Malah duit pun aku tak tinggal. Lebih malang lagi bagi si pencuri tu, dashboard aku dah rosak dan tak boleh bukak. Maka mungkin dengan malang yang dirasakan oleh pencuri tersebut, dia sempat merosakkan kereta aku dan berjaya membuat aku rasa malang kerana perlu mengeluarkan wang untuk bayar balik apa yang dia dah rosakkan. Sungguh kesian dan sungguh kurang ajar pencuri itu. 

Mungkin korang terfikir kenapa dalam keadaan yang sebegitu cemas, aku masih lagi kena pergi kerja. Percayalah, jika tak ada hal yang begitu penting, aku akan ambil cuti kecemasan. Tetapi, disebabkan aku kena jadi penceramah dan tenaga pengajar untuk sesi latihan kepada rakan-rakan pustakawan satu jabatan pada hari semalam, maka aku tetap kena pergi kerja. Rasa serba salah nak batalkan sesi latihan. Makanan dah tempah, undangan pun dah diberi. Tak mungkinlah nak batalkan. Nak pulak semester baru akan bermula minggu depan. Dah mula sibuk nanti.

Bila bercakap pasal komuter, perkara yang tak boleh lari, tren yang lewat sampai. Selama mana pernah aku naik komuter, rasanya setiap kali akan ada kes tren lewat tiba. Semalam pun sama. Aku dah sampai lebih kurang pukul 7.15. Tren berikutnya dalam 7.40. Sememangnya aku dah berfikir yang aku akan terlewat masuk pejabat memandangkan tinggal lagi 20 minit sebelum msuk waktu. Sedang berfikiran sebegitu, tiba-tiba ada pengumuman yang mengatakan tren akan lewat tiba atas hal yang tak dapat dielakkan. Aku dah mula menggelabah. Bukannya apa, jika masuk pejabat dan terus buat kerja tak apa. Ini aku sedang berada dalam mod sebagai seorang penceramah yang mana waktu aku kena mengajar adalah 9.00 pagi. Dah mula mengira waktu nak sampai pukul berapa nanti.

Sudahnya memang lambat dan aku rasa tak selesa. Seboleh mungkin aku akan tepati janji tetapi mujurlah rakan-rakan dah tau kes aku ni, maka aku dimaafkan. Mujur juga aku berjaya memberi ceramah dengan tenang. Cuma bila masa rehat dan habis ceramah, cepat je aku terfikir pasal kereta tu. Alhamdulillah, mak bagitau kereta dah siap baiki. Risau jugak kalau aku terpaksa ambil cuti hari ni sedangkan banyak kerja lagi nak disiapkan.

Nota kaki: Dugaan pada hari pertama bulan ketiga tahun dua ribu dua belas. 1/3/2012. Ada jugak yang pertama kan kat situ.