Wednesday, January 27, 2010

UweEeee~~~naK pEgi GathEring

Yay..Triple S Malaysia dah confirm.

Yay nak pergi gathering....seronoknya...

Gathering hari ahad, 7 feb 2010 jam 12 tgh kat Sunway Piramid...


*Ada sapa2 nak join? leh confirm kat sini


aku suka ^^

Tuesday, January 26, 2010

SaKit TeLingA

Pernah korang rasa telinga tersumbat pastu berdengung.Dan lagi best,suara korang tu korang rasa cam dah cakap kuat tapi orang sekeliling anda tak dengar sangat pun.Tu salah satu kesan akibat telinga tersumbat.

Macam tula aku rasa sekarang.Rasa tak selesa sangat.Sebab telinga berfungsi sebelah je.Yang sebelah lagi,apa yang aku dengar rasa bergema.Berlapis bunyinya.

Tak sakit sangat tapi tak selesa.Betul2 tak selesa




*Ujian yang datang tatkala aku begitu memerlukan fungsi pendengaran yang sempurna.Sekarang baru aku tau macam mana rasanya jadi orang pekak...huhuhu.Cepatlah baik

Monday, January 25, 2010

HuHUHu

Aaaaaaaaaaa....!!!~~~

Saja nak jerit macam tu.

Owh...macam mana ni.Nak amik cuti ke tak?Hmmm

Karang tak amik rasa cam sayang pulak tak ikut.Kalau cuti pulak...banyak pulang wang terbang melayang2...Arghhhh!susahnya...

Nak kena duk diam2 pikir....Hmmmmmm

Friday, January 22, 2010

MaCam-MacAm HaL

Letih.Macam2 masuk dalam otak hari ni.Tadi baru habis perbincangan dengan bos dan staf.Serius!Minggu depan penuh dengan aktiviti.

Letih.Semalam dah MC pun masih terasa letih

Letih.Fikir pasal hal kerja.Kerja yang tertangguh,yang sedang dibuat,kerja yang baru ditambah

Letih.Melayan kerenah student yang macam2





...Tapi aku tetap seronok



*Sekian.Puisi yang tak seberapa dari aku [-.-']

Wednesday, January 20, 2010

KerJa.TemUjAnji

Mengantuk pulak pagi2 nak update entry.Hmmm,selalu nak update pagi2.Kenapa?Masa ni student kurang.Taklah sibuk sangat nak melayan orang.Nak pulak mood tu bertukar2.Kejap nak buat kerja cepat2,kadang2 nak lambat sikit.Ikut keadaan hehehe...

Ok...semalam dah siapkan laporan analisa,sambung buat panduan guna WebOPAC.Petang tu dah siapkan panduan,tunjuk kat bos kejap.Bos approve terus simpan dalam pendrive pergi ke main library nak print.Hantar kat staf JPM singgah jap tempat kawan sebelum turun ke bilik seminar.Ada taklimat pasal modul binding.Banyak gak benda baru belajar (cukup suka ada ilmu2 baru camni.Otak sentiasa update.Fresh!)

Pagi ni sambung kerja cam biasa.Jaga opis sebab bos pergi meeting.Check planner jap.Baru teringat esok pagi ada temujanji dengan doktor kat hospital.Kalau sekejap boleh pergi kerja,kalau tak EL lah jawabnya huhuhu.Entah apalah doktor tu nak check esok...Hmmmm

Tuesday, January 19, 2010

Hujung MingGu

Wah...dah lama tak update entry dalam ni.Banyak jugak nak cerita.Tak sabar2 nak menaip.Rasa laju jer jari ni nak menekan2 papan keyboard hehehe.


Ok...ok...kita mula dengan hujung minggu yang lepas.Biasalah,Sabtu lepas bangun pagi (tu pun mak yang kejutkan melalui telefon).Mula2 terfikir gak "Mak ni buang tebiat ke nak kejutkan orang pakai call2 ni",rupa-rupanya mak ada kat pasaraya masa tu.Dan mati2 aku ingat baru pukul 8 rupa-rupanya dah 10.30 (hahahaha terlajak tidur rupanya aku ni).Mak dah siap bagi arahan suruh kemas rumah.Katanya rombongan pakcik makcik dari kampung nak datang rumah.Nak pergi melawat makcik sakit kat hospital Seremban.Maka,aku dengan baik hatinya(Yela tu, kalau tak suruh,takdenya aku nak mengemas rumah tu) kemaslah rumah.Tak banyak sangat aku kemas.Takat vakum apa2 yang patut jer sebab minggu sebelum tu aku dah kemas rumah.Dah habis kemas,mak dengan ayah pun sampai.Banyak barang diaorang beli.Mak kata nak buat mee soto.Lagi sekali,aku dengan baik hatinya menolong mak di dapur (hu,anak sapa lah rajin ni).Petang tu,pakcik2 dan makcik2 sampai.Diaorang singgah terus lepas melawat makcik aku kat Seremban nun.Masa ni lagilah kelam-kelibut aku dibuatnya.Dengan budak2 (dua orang je pun,taklah banyak mana),dengan makcik2 yang nak rehat,dengan pakcik2 yang lapar tahap kebulur(hehehe sori ye pakcik2ku sekalian,ni saja ja nak bagi ayat sedap),memang kesibukan yang ketara.

Esok paginya,dah riuh rumah aku.Mak dengan makcik2 rancak berborak sambil masak nasi lemak.Aku??Cuma siap2kan pinggan mangkuk cawan,siapkan tempat makan (kami makan bersila beramai2..pergh!rasa cam kat kampung huhuhu syahdunya).Dah habis sarapan,makcik2 dah ada agenda lain.Shopping!!Lagi sekali aku dengan baik hatinya meneman mak dengan makcik2 pergi shopping.Kami pergi Jalan TAR.Aku parking kat area dengan ofis lama aku dulu.Sementara nak tunggu gerombolan lagi satu sampai(kami pergi dengan dua buah kereta), mak dengan mak itam dan mak teh jalan2 kat sekitar.Aku singgah opis lama.Dapatlah jumpa officemate lama,cik Ariza dengan Fairuz.Borak2 kejap pastu barulah aku pergi cari gerombolan shopping.Makcik2 tu semua nak shopping tudung.Masing2 memang habis sakan shopping.Penuh sebakul tudung2 nak dibeli.Mak pun sama.Aku???Tak payah beli pun.Nanti boleh share dengan mak hehehehe.Habis shopping,balik rumah makan tengahari.Kebetulan kakak sedara dari Johor datang,singgahlah kat rumah kejap.Dah habis makan dan solat,barulah pakcik2 makcik2 dengan kakak sedara & family bersiap2 nak balik.Memang kecohlah petang tu.Dengan mak teh tertinggal barang,pak itam tertinggal ubat,macam2 lagilah.Fuh,memang kecoh tapi seronok hehehe

Wednesday, January 13, 2010

MenGajaR

Semalam aku ada sesi mengajar student.Kira kelas mengajarlah.Nak pulak student muda beberapa tahun je,rasa gemuruh tu ada gaklah.Tapi disebabkan pe yang aku nak ajar ni memang tak semua orang tau,kira aku agak berbanggalah (sikit je tau!) nak mengajar.

Boleh gaklah aku mengajar orang ye.Selama ni memang aku tak berapa yakin nak mengajar sebab aku ni jenis cepat naik darah kalau orang tak berapa nak faham.Mau dicepuk2 jer tapi mungkin sebab aku minat dengan subjek ni,jadi aku rasa seronok.Kalau ade orang soal,lagi aku seronok nak jawab.

Sebenarnya mengajar ni memang kena ada minat kan.Kalau tak kesian kat budak2 yang nak belajar.Tak dapat ilmu yang secukupnya.Macam mana diaorang nak tau kan..hmmmm

Pagi ni memang kena memeningkan dirilah jawabnya.Nak kena buat laporan pasal mengajar semalam....huhuhu tapi takpe,tetap seronok...


.....diam....
...tarik nafas....

BERUSAHA!!!!!!!

\^^9

Monday, January 11, 2010

Besday AbG cHik

Semalam besday adik aku,Abg chik.Tahun ni dia dah 21 tahun.Dah dapat kunci kebebasan tapi tak nampak bebas mana pun hehehe.

Pergi meraikan besday dia kat Restoran Johnny's petang tu.Makan steamboat.Puas hati makan tapi tak puas hati sebab berat badan bertambah huhuhu.Sebelum singgah restoran tu,aku,Amir,Abang Chik pergi main2 kat taman keluarga.Ala tempat yang banyak2 game kat shopping complex tu.Saja nak jadi budak2 sekejap.Macam2 game dok main.Lempar bola keranjang,lumba kereta,main puzzle hohoho seronok gila!

Dah habis jadi budak2,pergi masuk pasaraya kejap.Cari sushi nak makan malam karang sambil tengok AJL.Bukan main banyak sushi Amir nak ambik tapi aku cakap tak payah,bukannya boleh habis pun.Tak baik membazir.

Masa dah habis makan kat Restoran Johnny's pulak,mak ajak singgah Big Apple.Beli donut.Pergh!memang makan sakan lah malam ni.Elok2 balik jer,masing2 buat apa2 yang patut dulu pastu tercegat depan tv.Best gak AJL malam tu.Masing2 buat persembahan yang boleh diangkat ibu jari(bukan jari kaki).Memang mantap.Tapi malam tu memang nampak Aizat begitu menyerlah hehehe.Tak sia2 dia upah penyanyi India tu.Memang menambah perisa kat dalam lagu tu.

Dah nak dekat habis2 rancangan AJL,makcik sedara pulak datang dengan famili dia.Nak hantar barang kat kampus anak dia.Sempat jugak makcik aku tu shopping kat Sogo hehe.





*Oh ya,semalam dah berjaya tolong mak jual perfume kat pelanggan.Tak pasal2 aku jadi saleswoman sekarang...

Friday, January 08, 2010

.....

Pagi tadi ada mesyuarat kat PTAR 1 pasal post mortem bengkel mesra pelanggan. Banyak jugak benda yang dibincangkan. Laporan penilaian,isu2,dan prosedur baru yang dicipta untuk kegunaan staf di bahagian hadapan(kaunter).Kalau diluluskan, prosedur ini akan diseragamkan ke semua perpustakaan hehehe. Agak2 pening lalat nak buat prosedur ni. Mujur ada rujukan yang boleh ditengok. Memang mesra pelangganlah lepas ni kalau prosedur ni ada hahahaha. Papehal pun satu perkembangan baru untuk perpustakaan.

Habis mesyuarat memang tepat dengan waktu rehat. Jumpa Yuyu,Zu ngan Wan pergi lunch sama2 kat Anggerik Deli.Masing2 teringin nak makan ala2 western biar pun duit takde sangat hehehe.Dah teringin nak wat camne kan.

Mula2 nak makan meatball spaghetti pastu dah tengok menu lain mulalah pening2 lagi nak pilih.Last2 aku pilih Black pepper chicken dan chocolate milkshake.Slurrrrp!sedapnya!tambah2 plak milkshake.Begitu enak(kredit kepada tukang buat air tu...memang wallllllllaaaa).Puas hati makan kat situ.Nak pulak hari Jumaat,waktu rehat panjang,maka lagi lamalah kitaorang lepak2 kat situ.Biasalah macam2 cerita ada hehehe...

Dah habiskan masa kat situ hampir satu jam lebih,barulah kitaorang balik opis.Masa tu rasa tak larat jalan.Kekenyangan.Berbukit2 pulak tu.Semput je jalan kaki balik ke opis hehehe






*Hmmmm,aku dah tau kat mana nak cari milkshake yang sedap dan murah hehe ^^

Thursday, January 07, 2010

UiTM dah ada Naib CanseloR BarU

Bermula 1 Jan 2010, UiTm dah ada naib canselor baru menggantikan naib canselor sebelum ni Tan Sri Dato' Seri Prof. Ibrahim Shah. Tan Sri Ibrahim Shah bersara selepas 6 tahun mengemudi UiTM.

Sekarang ni, Naib Canselor baru UiTM ialah Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

HaRi ni RaSa HepI SanGat2

Muahahahaha....

Wednesday, January 06, 2010

SaRapaN

Minggu ni dah minggu ketiga pergi sarapan dengan kak Syakirah kat Bangi Kopitiam.Bukan kat Bangi tapi kat Sek. 7 Shah Alam.Mau jenuh aku nak ulang alik pulak Bangi-Shah Alam semata2 nak pergi sarapan.


Nak tau kenapa selalu pergi kat situ.Jawapannya....entah,saja suka2 hahahahahaha.Takdelah.Sebenarnya agak best sarapan kat situ.Tempat strategik,dekorasi cantik(ala2 antik..siap ada koleksi barang2 antik kat satu sudut),harga boleh tahan dan yang penting makanan sedap(bagi akulah,kalu orang lain aku tak tau)....


Lagi satu, dia ada promosi untuk makanan.Maknanya ada set2 tertentu dan pastilah harganya lebih murah berbanding beli satu2 hidangan.Favorite aku, set A(roti bakar 2 keping, telur separuh masak 2 biji dan air kopi) dan set C(nasi lemak, telur separuh masak 2 biji dan kopi putih Ipoh(Ipoh White Coffee))...yang set C ni aku melantak bila betul2 lapar.


Cuma,kat sini tak ada banyak pilihan makanan kerana tema restoran ni lebih kepada melepak2 bukan setakat tempat makan semata2.Konsepnya ialah "Muhibah".Maknanya,kita datang kat situ sambil beramah mesra(bukan dengan pekerja restoran tu tapi dengan orang yang korang pergi sekalilah...tetapi kalau nak berkenalan pe salahnya, ye tak hehehehe)....





Oklah, tu je kot.Opsss, sebelum tu nak tunjuk gambar salah satu hidangan kat Bangi Kopitiam


Nampak menyelerakan..kan.Tu Dolly noodle dry with sausage and egg(mak aih panjang betul namanya)

*kalau nak tau pasal Bangi Kopitiam klik sini

Monday, January 04, 2010

Sambut Tahun BaRu

Dah masuk beberapa hari tahun baru,aku baru nak update cerita.Anyway,tahun ni lain sikit sambut cara tahun baru.Kalau sebelum ni,kebanyakan duduk kat rumah,tengok tv bunga api meletup-letup tapi tahun ni pergi bercuti.

Aku dah ambil cuti awal2 hari Rabu dan Khamis (30&31hb).Mak suruh tak tau apa sebabnya mula2 tu.Aku ingatkan nak balik kampung je tapi mak cakap nak pergi Seremban.nak melawat makcik sakit.Pastu tetiba mak cakap suruh bawa baju lebih.Mungkin ada apa2 nanti.Sebagai anak yang baik,aku ikut je.Dalam hati bukan main melonjak2 macam kanak2 riang hehe.

Masa bertolak tu semua ikut kecuali Amir sebab dia kena kerja.Kesian dia hehe.Masa tu jugak dapat tau,kami akan bercuti ke Melaka.Wah!Melaka lagi.Rasa2nya banyak kali dah pergi Melaka tahun tu hehehe tapi takpe seronok sebab dapat berjalan2 lagi.

Yang paling best,bukan setakat Melaka jer,ke Johor pun sempat singgah siap melepak2 kat Jeti Tanjung Emas kat Muar pastu pergi ke Batu Pahat.Akhirnya!!! dapat gak jejak kaki kat Johor hahahaha.Kat Melaka pun puas berjalan2 cuma tak smepat nak naik belon panas kat Dataran Pahlawan.Takut gayat hahaha.Balik dari Melaka singgah Negeri Sembilan melawat makcik lagi barulah balik ke rumah.Fuh!!memang syok.Ornag lain pergi tengok bunga api meletup2,aku pulak pergi berjalan2 + sesi melihat2 orang hehehe..

Kena marah

Semalam kan...aku kena marah dengan mak.Tak taulah pe angin yang melanda mak ku yang tersayang tu sampai beria2 benar dia marah aku.Puncanya cuma aku tak kemas rumah.Huhuhu...

Sedih tau.Dahlah kena marah...kaw2 pulak tu.Mak siap cakap
"Kalau ada orang tanya pasal kau,mak cakap je kamu ni pemalas!!"
Wah..sampai camtu sekali.

Tapi bila ingat2 balik kan...memang kelakar.Selalu aku kena marah bab2 kemas rumah.Ketahuilah ibuku,dalam banyak2 kerja rumah ada dua perkara yang cukup benci saya buat...."Kemas rumah...Lipat baju"

Tolonglah...mana2 lelaki yang berkenan dengan saya.Sila2lah rajinkan diri untuk dua perkara di atas (statement yang confirm aku tak dapat bakal suami hahahaha)