Friday, January 08, 2010

.....

Pagi tadi ada mesyuarat kat PTAR 1 pasal post mortem bengkel mesra pelanggan. Banyak jugak benda yang dibincangkan. Laporan penilaian,isu2,dan prosedur baru yang dicipta untuk kegunaan staf di bahagian hadapan(kaunter).Kalau diluluskan, prosedur ini akan diseragamkan ke semua perpustakaan hehehe. Agak2 pening lalat nak buat prosedur ni. Mujur ada rujukan yang boleh ditengok. Memang mesra pelangganlah lepas ni kalau prosedur ni ada hahahaha. Papehal pun satu perkembangan baru untuk perpustakaan.

Habis mesyuarat memang tepat dengan waktu rehat. Jumpa Yuyu,Zu ngan Wan pergi lunch sama2 kat Anggerik Deli.Masing2 teringin nak makan ala2 western biar pun duit takde sangat hehehe.Dah teringin nak wat camne kan.

Mula2 nak makan meatball spaghetti pastu dah tengok menu lain mulalah pening2 lagi nak pilih.Last2 aku pilih Black pepper chicken dan chocolate milkshake.Slurrrrp!sedapnya!tambah2 plak milkshake.Begitu enak(kredit kepada tukang buat air tu...memang wallllllllaaaa).Puas hati makan kat situ.Nak pulak hari Jumaat,waktu rehat panjang,maka lagi lamalah kitaorang lepak2 kat situ.Biasalah macam2 cerita ada hehehe...

Dah habiskan masa kat situ hampir satu jam lebih,barulah kitaorang balik opis.Masa tu rasa tak larat jalan.Kekenyangan.Berbukit2 pulak tu.Semput je jalan kaki balik ke opis hehehe






*Hmmmm,aku dah tau kat mana nak cari milkshake yang sedap dan murah hehe ^^

0 comments: