Monday, January 04, 2010

Sambut Tahun BaRu

Dah masuk beberapa hari tahun baru,aku baru nak update cerita.Anyway,tahun ni lain sikit sambut cara tahun baru.Kalau sebelum ni,kebanyakan duduk kat rumah,tengok tv bunga api meletup-letup tapi tahun ni pergi bercuti.

Aku dah ambil cuti awal2 hari Rabu dan Khamis (30&31hb).Mak suruh tak tau apa sebabnya mula2 tu.Aku ingatkan nak balik kampung je tapi mak cakap nak pergi Seremban.nak melawat makcik sakit.Pastu tetiba mak cakap suruh bawa baju lebih.Mungkin ada apa2 nanti.Sebagai anak yang baik,aku ikut je.Dalam hati bukan main melonjak2 macam kanak2 riang hehe.

Masa bertolak tu semua ikut kecuali Amir sebab dia kena kerja.Kesian dia hehe.Masa tu jugak dapat tau,kami akan bercuti ke Melaka.Wah!Melaka lagi.Rasa2nya banyak kali dah pergi Melaka tahun tu hehehe tapi takpe seronok sebab dapat berjalan2 lagi.

Yang paling best,bukan setakat Melaka jer,ke Johor pun sempat singgah siap melepak2 kat Jeti Tanjung Emas kat Muar pastu pergi ke Batu Pahat.Akhirnya!!! dapat gak jejak kaki kat Johor hahahaha.Kat Melaka pun puas berjalan2 cuma tak smepat nak naik belon panas kat Dataran Pahlawan.Takut gayat hahaha.Balik dari Melaka singgah Negeri Sembilan melawat makcik lagi barulah balik ke rumah.Fuh!!memang syok.Ornag lain pergi tengok bunga api meletup2,aku pulak pergi berjalan2 + sesi melihat2 orang hehehe..

0 comments: