Wednesday, November 25, 2009

Eheh

Pagi ni ngantuk dan rasa malas tu begitu memuncak ketika bangun. Tapi memandangkan hari ni last day sebelum cuti, terpaksalah ku menggagahkan diri untuk bangun. Dah siap2 (hari ni memang agak lembab aku bersiap, memang betul2 ku paksakan diri) tapi sampai opis tetap awal daripada orang lain. Sebabnya bila dah dalam kereta, memang terasa cam bawak kapal terbang. Kejap je sampai hehehehe.

Sedar tak sedar dah 4 bulan aku kat tempat kerja baru ni (Fuyo!). Rasa cam baru je masuk minggu lepas. Sedar tak sedar gak, aku selalu bangun awal nak pergi keja. Takat ni tak pernah lagi aku bangun lewat yang betul2 lewat hehe. Masa kat tempat kerja dulu ada pernah sekali (eh, dua kali kot) aku terlajak tidur sampai pukul 9. Pergh, masa tu memang kelam kelibut dibuatnya. Gelabah abis tapi tetap cool bila tepon bos "Bos, saya lewat skit. Ada hal peribadi" kuikuikui padahal bangun lambat. Hal peribadi lah konon..ceh. Tapi betul masa tu memang gelabah. Maklumlah baru pertama kali kerja lepas graduate. Rekod nak kena cantekkk!

Tu taklah bermaksud aku nak buat kerja jahat kat tempat baru ni (eheh..skit2 jer hehe). Cuma yela, kalu aku dah terbiasa buat rekod baik (baiklah konon) memang tak pernahlah aku nak buat benda yang tak berfaedah. Tak best lah camtu. Biarlah orang kata aku budak lurus (sebab ikut rules sangat...tapi atas jalanraya ikut suka suki aku je hehe)...ahhh...aku peduli hapa! Janji hidup tak kacau orang. Harap2lah aku dapat kekalkan perangai ku yang ni (bukan yang kat jalanraya tu..adik2 sila jangan ikut perangai saya ni...memandulah dengan berhemah ya).


Haa..pagi tadi pergi singgah main library. Ada tazkirah. Lepas tu ada makan2. Eheh, nasi lemak tu. Banyak betul nasi dia. Semua tu dah siap dalam bungkusan. Jadi, kami amik jer bungkusan tu dan blah. hehehe senang kan...Aku pun tapau je. Balik makan kat tempat aku. Privacy skit hehe.

Hmm, apa lagi ye. Takde dah kot. Oh, cuma hari ni mungkin duduk kat meja rujukan. Ada student datang nak tanya macam2 soalan. Time2 cuti sem pun ada student kan. Takpe2, tanggungjawab tu. Kena laksanakan sebaik mungkin (ayat tak leh tahan)...ok...hwaiting (ni maksudnya berusaha dalam bahasa korea)

eSok sayA CuTi

Dimaklumkan esok saya cuti sampai hari Isnin....Yay! seronoknya dapat balik kampung...

Monday, November 23, 2009

RefReshinG ModE

*Refresh mode*...ChanGe! (haha macam nak tukar jadi Sailormoon pulak)

Anyway...hari ni cam biasa sudah masuk Isnin yang baru. Takde pape sangat cuma sambung dengan projek cuti sem. Tengok menengok, pantau memantau....rajin gak staf2 buat kerja...yela, mesti kena siapkan sebelum buka sem baru. Nanti susah pulak student nak cari buku.

Hmm, hujung minggu lepas takde pape yang menarik dibuat. Buat keja yang biasa dibuat, relakskan diri tapi yang tak bestnya tak dapat nak tido. Susah betul nak lelapkan mata. Bila dah lelapkan mata, Subuh sudah nak mari. Yang tambah tensennya, macam ada pakatan tak rasmi, ada pulak gangguan dari handphone, pagi2 Sabtu dan Ahad. Wrong phone call, Non-stoping SMS-es, menjejaskan jam tidur aku. SMS yang best takpe gak...ni tak..bagitau caller ringtone punyer update la, expired credit la, info "ON SUKAN" la.....aishh, saja ja.

Sama cam malam tadi, pun tak leh tido. Mujurlah aku leh bangun cam biasa dan pergi keja cam biasa. Kalau ngantuk, camne aku bawak keta nanti? Syukur, selamat sampai tempat kerja. Pagi ni breakfast berat sikit, tengahari nanti leh lepak kat surau, tido hehehe...



Okay, nak tukar mode

*Working mode*...Change!!!

Friday, November 20, 2009

PeneMan

Lately ni, tiap kali pergi dan balik kerja...asik bukak Red fm...cuma time pagi jela, kejap2 aku tukar dengan Hot fm sebab nak dengar Panggilan Hangit hehehe (i like...)

Kenape saya dengar Red fm?

Cuba bukak dan dengar sendiri hehehe..takdelah...pilihan lagu memang best...tapi lagu omputih je la..bukan apa kadang2 dapat dengar lagu2 lama (macam tadi dapat dengar lagu N'Sync yang dah lama sangat tak dengar pastu lagu YMCA pastu favorite lagu aku "I Look To You" Whitney Houston" pergh...memang best)

Kalau lagu versi korea pulak aku sekarang ni suka berulang2 kali dengar lagu Rain "Rainism" dengan Hwangbo "Arisong" (maaf SS501 sebab tak dengar lagu kamu sangat)...

Kalau kat rumah pulak, peneman aku sekarang adalah citer anime "Nodame Cantabile" (ni tengok kat Animax Astro). Jam 7 petang, aku akan pastikan aku ada kat depan tv (sebenarnya aku dah ada depan tv kul 6 ahaks) nak tengok anime. Malam tu pulak, sambung anime lagi hehe (memang jiwa "otaku" betul aku ni). Tengok The Adventure of Avatar (tak pasti sangat tajuk dia tapi rasanya camtulah kot) yang adik aku download...memang super lawak yang best.






*Agak2 korang ada ke orang yang leh terima aku yang camni....ke patut jer aku kawen dengan watak anime...hmmm?susah nak jawab?...*fikir*....susah kan

Tuesday, November 17, 2009

BiLik KerJa BarU

Yay! Semalam projek baru cuti sem dah mula. Banyak kerja nak kena buat masa cuti sem ni. Walaupun camtu ada gak student yang datang guna library. Ada gak yang tak nak balik (ataupun tak boleh balik hehehe).

Banyak nak kena ubah kat library. Kat Aras 2, kena ubah susunan buku. Bahagian Rujukan kena letak kat belakang *sigh* buku banyak tu. Tapi takpe untuk kesenangan dan keselesaan pegguna. Kat Aras 2 gak, aku ada bilik baru. Kat bahagian koleksi Buku Kualiti. Agak besar bilik tu. Dan agak terperosok sikit. Kalau masuk kat Pintu Aras 2 tu tak jumpa pun lagi bilik tu. Kena jalan depan sikit baru nampak. So, semalam staf tukar susunan rak dalam bilik tu. Ikut arahan aku hehehe. Sebab aku yang nak duduk situ nanti. Yang best siap ada set sofa lagi. Nanti ada partition pulak, huu leh buat macam2 dalam bilik tu hehehehe. Nanti ada dua tempat aku kena jaga. 1) meja rujukan & kaunter khidmat pelanggan dan perkhidmatan maklumat kat Aras 1. 2) Aras 2 - bilik kualiti dengan rak terbuka....pergh! Macam banyak kan kerja aku...takpe2 keseronokan bekerja.

Aras 3 lagi banyak nak kena ubah. Hampir kesemua rak nak kena ubah susunan buku. Memang agak mengambil masa. Mujur aku cuma tolong sikit2 sebab Aras 3 tu Kak Syaakirah punya tempat. Papehal memang kena rujuk dengan dia dulu. Lagipun Aras 3 special sikit. Law Collection. Memang lain lah cara susunan dia. Kalau silap memang tak leh jumpa la buku tu huhuhu

Hari ni sambung lagi projek....caiyok!

Monday, November 16, 2009

Pagi Isnin yang tak best

Huih..memang tak syok maa...kurang tido sebab asik2 terjaga kerana dia... pagi2 mandi pun tak best kerana dia...Pergi kerja pun tak selesa kerana dia... dan sekarang ni badan aku lemah kerana dia..



semua kerana DIA!!!








Dugaan di hari Isnin...SAKIT PERUT!

Friday, November 13, 2009

~Kimi Wa Petto~



Ni ada satu lagi citer menarik untuk dikongsi. Sape kenal Matsumoto Jun? Ala yang berlakon dalam citer Gokusen 1 tu, yang jadi hero budak sekolah tu dengan Yankumi (hehe citer ni memang best). Haa, dalam citer Kimi Wa Petto pun dia jadi hero. Yang kelakarnya dia jadi "pet" pada Iwaya Sumire (Koyuki). Memang kelakar habis. Paling comel bila dia buat muka "sweet puppy" sambil goyang2 kaki kat atas bila dia baring. Wah! so cute and sweet..(buat ku terasa nak ada "pet" macam dia gak hahahaha). Citer ni keluar tahun 2003. Dah agak lama tu kan..

Sebab apa terkeluar pasal citer ni? Sebabnya ada terdengar berita yang citer ni akan buat dalam versi korea dan hero yang berlakon jadi "pet" tu adalah KIM HYUN JOONG...Wah!!!!!! Seronoknya...hahahaha. Tak sabar nak tunggu citer tu siap. Bolehlah tengok Kim Hyun Joong berlakon lagi. Mesti sweet dia berlakon jadi "pet" (ku dah bayangkan macam mana rupa dia...*senyum sinis*)...Dengar khabar pihak produksi masih tak dapat lagi watak heroin....kemungkinan penggambaran akan dibuat bila watak heroin dah ada. (Kalaulah Hwang Bo jadi heroinnya...kan best...ahaks)

Papehal pun, sama2lah kita tunggu apa berita selanjutnya dan ni ringkasan cerita Kimi Wa Petto (dengan link sekali)

After a terrible day at work and a bad break up, Iwaya Sumire played by Koyuki returns home sad, depressed, and most of all lonely. However, at the front of the apartment she finds an unconscious young man lying in a cardboard box. Feeling sorry for him, she takes him into her home and nurses him back to health. As the young man, played by Matsumoto Jun, gets better he begins to like her place and resolves not to leave her. In fact, he even professes that he'll do anything she wanted if she allowed him to stay. Sumire looks over at a picture of the golden retriever that she had when she was a child and jokingly says to him, "You can stay if you become my pet."
To her surprise, he agrees. She names him Momo.
Based on Yayoi Ogawa's manga series of the same name. Also known as "Tramps Like Us" (TokyoPop licensed American version).

http://www.mysoju.com/kimi-wa-petto/

Thursday, November 12, 2009

BreaKfasT

Hmmm..hari ni breakfast mahal sket..walaupun duit dah tak seberapa (tapi masih mampu tuk shopping sket ahaks) tapi nak gak berlagak makan kat tempat mahal...



takpe2....pengalaman2...






*moral of the story - bila masuk gaji jer baru boleh makan kat tempat mahal2

Tuesday, November 10, 2009

Nodame cantabile


citer ni best giler. Aku dah tengok versi anime..memang lawak abis hehehe. Baru perasan ada versi drama. Dah lama citer ni keluar. Tahun 2006. Tapi memang lawak habis..ni ku ada sediakan ringkasan cerita. Nak terangkan sendiri, malas la pulok hehehe...papehal aku cadangkan korang tengok dlu...baru komen.

Based on the hit comic book by Tomoko Ninomiya, this is a fun-filled quirky romantic story of two very opposite people.
Megumi Noda, or “Nodame” is a piano student at Momogaoka College of Music. An extremely talented pianist who wants to be a kindergarten teacher, she prefers playing by ear rather than reading the music score. She is messy and disorganized, takes baths several days apart and loves to eat, sometimes stealing her friend’s lunchbox when it is filled with delicacies.
Shinichi Chiaki, is Momogaoka’s top student. Born into a musical family, he is talented in piano and violin and has secret ambitions to become a conductor. An arrogant multi-lingual perfectionist who once lived abroad in the music capitals of the world as a young boy, he feels mired in Japan because of a childhood phobia.
They meet by accident. Nodame quickly falls in love, but it takes much longer for Chiaki to even begin to appreciate Nodame’s unusual qualities. Their relationship causes them both to develop and grow. Because of Nodame, Chiaki transfers into the Conductor Division, leads a student orchestra and begins to have a broader appreciation of people's musical abilities. Because of Chiaki, Nodame faces her fears and enters a piano competition. Opportunities open up as both begin taking risks, stretching themselves far more than they ever thought possible.

Update: ni link citer tu

Monday, November 09, 2009

SamBungan entri....

Hari ahad pulak, aku bangun,tido,bangun balik,sambung tido...last2 bangun kul 11 sebab dah janji dengan abang chik nak hantar dia pergi kursus. Kat mana? Bandar Pinggiran Subang. Nak tau pergi Google...

Ingatkan aku sorang je la yang nak hantar..sebab mula2 ajak, suma tak mau pergi pastu bila ku cakap tempat yang aku nak hantar tu dekat dengan shah alam, mak aku terus nak ikut. Mak kata nak pergi tengok ikan kat Akuarium sebelah Wet World tu. Si kecik tu bila dengar pasal nak tengok ikan pun mulalah terkinja2 nak ikut gak. Yang amir pulak last2 minute baru nak ikut sebab tak tahan kena leter dengan ayah pasal dia main game hehehe kesian...

Ingatkan lagi, amir yang nak bawak kereta. Last2 aku gak sebab masing2 cakap aku lagi PANDAI jalan kat kawasan situ (aku pun tengok peta pe!).

Nak sampai kat sana tu bukannya senang. Mau dekat dua, tiga kali sesat. Mujur aku ni terer (perasan!)..jumpa gak akhirnya. Dah hantar abang chik tu, kitaorang singgah makan kat kedai mamak jap (citer tamil kat kedai tu best!) barulah perjalanan seterusnya ke shah alam. Ramai gak orang kat situ. Risau pulak takde parking tapi mujurlah tengah2 mencari tu ada sebuah kereta keluar, aku pun amik lah tempat dia. Dah puas main2, tengok2, tangkap gambar, barulah kami balik....

ada cerita lagi ni, ingat dah abis takat tu je ke ha...

Aku ingat nak basuh kereta bila dah sampai rumah. memandangkan cuaca elok, aku pun mulalah siap2 walaupun penat memandu tadi tak hilang lagi. Ingatkan kereta aku je yang nak kena basuh. Mak dengan penuh belas ihsan mintak aku tolong basuh kereta dia. Disebabkan aku anak yang baik dan dah alang2 aku nak membasuh kereta, aku pun tolonglah basuh kereta mak. Mujur si kecik tu ada, aku angkut dia sekali jadi tukang cuci. boleh tahan gak warna hitam kat dalam air sabun tu bila cuci kereta mak. Nampak sangat lama tak basuh hehehe. Yang sadisnya, masa aku basuh kereta aku...kucing aku dengan bijak dan selambanya memanjat bumbung kereta dan melepaskan sisa air kucilnya kat atas tu. Warghhhh! Terbakar aku. Penat2 aku basuh, sesedap rasa je dia buat macam tu. Bertuah punya kucing! Mujurlah aku ni tuan dia. Kalaulah kucing tu orang lain punya..siaplah kau aku kerjakan. Tak pasal2 aku kena basuh balik tau..huhuhu

Amir pulak masa tu barulah terhegeh2 nak basuh kereta dia. Nak tak nak, aku tolong dia basuh (lagi sekali basuh kereta!). Yela, dah nak dekat Maghrib, kenalah basuh cepat2. Tapi lepas tu, senyum lebar. kereta suma berkilat..puas hati!




Malam tu, tido awal. Penat giler!

SleePY MonDay

Ngantuk, letih, lenguh...

Seriyes ngantuk giler skang ni. Ini semua disebabkan the whole busy weekend. Pergh, tak ilang2 lagi letih ni maa....

Sabtu lepas, janji dengan mak nak ajak keluar pergi tempat baru...Wangsa Walk Mall kat Wangsa Maju. Sementara tunggu mak balik kerja, buat kerja rumah dulu. Basuh baju dua kali mesin, tu pun ade sebakul lagi tak basuh (basuh keesokan harinya hehehe sebab tak muat ampaian). Petang tu lepas mak balik kerja, baru jer nak keluar, hujan lebat giler. Mula keluar aura2 malas tapi disebabkan semangat punyer pasal ditambah pulak dengan adik2 yang nak ikut sekali (pergi ramai2 baru best), tunggu jugaklah hujan tu reda.

Elok jer nampak titik2 air hujan tu dah makin sikit, aku pun pe lagi, cepat2lah ajak suma2 keluar. Ingatkan keluar tu takde apa nak beli...

*sigh*

Terbeli gak kasut baru dengan komik (lagi!) siap jadi ahli kedai buku lagi (kena bayar yuran tahunan dia...hmmm, kena rajin2 membeli kat sana la jawabnyer huhu). Sempat gak jejakkan kaki kat Jusco pastu. Singgah makan kat food court. Kat situ ade favorite food aku...black pepper chicken with omellete rice....huish sedapnya sesedap nama yang diberi! Dah alang2 kat Jusco..pe lagi...SUSHI war!!!
muahahahaha...lepas tu BIG APPLE DONUT war!!!

Haa..terlupa lak..de satu insiden terjadi kat aku...huhuhu bikin malu jer wei. Masa beli air kat drinks section tu..leh pulak aku terlanggar tempat letak air mineral. Air yang aku pegang dalam tray jatuh habis...tak tinggal setitik pun dalam cawan. Memang hebat lah cara aku langgar menda alah tu. Masa tu aku rasa nak sorok jer muka kat balik tray tu huhuhu tapi seriyes muka aku penuh dengan cahaya ketenangan. rilek jer macam takde apa. Akak cashier yang jaga air tu siap bagi air yang baru sebab dia tengok muka aku ikhlas kot..hahhahaha
*seriyes aku TAK MALU nak pergi sana lagi...ala macam lah menda tu tak pernah jadi kat korang kan..kan...kan*

Malam tu, abang sedara dari kampung datang. dia kata baru lepas accident, kereta rosak abis tapi ada kerja tak siap lagi. Tak pasal2 malam tu amir dengan abang chik jadi driver dan escort abang sedara aku...aku??lepak2 makan donut sambil tengok bola hahahaha. Tapi malam tu aku tido kul 4 pagi, sebabnya nak menunggu abang sedara yang sorang tu dengan adik2 aku balik, punyela lama pastu nak kena tunggu abang sedara yang lagi sorang datang nak ambik abang dia(abang sedara ku yang eksiden tu la). Nasib baiklah ada kim hyun joong teman aku malam tu hahahaha (kat internet yer) takdelah aku bosan melangut sorang2 sampai kul 4 pagi.

Huh...panjang pulak citer ni...takpe2, hari ahad punyer citer sambung next entry...

Friday, November 06, 2009

Terima kasih En Hafiz hehehe

Terima kasih lah banyak2 kat kamu yang bagi saya peluang bwk keta persona hitam kamu...mmg besh! lain kali saya nk drive lg yer hehehe

Thursday, November 05, 2009

Puas hati dapat makan sushi!!!

Petang tadi kena pergi main library. Ada demo pangkalan data. So, aku datanglah dengan my colleague, kak Syakirah. Sampai kat sana je, aku terus masuk dalam pusat IT, lepak2 bukak tenet sementara nak tunggu orang yang nak bagi demo tu.

Huhu, bosan yang amat demo tu. Aku siap boleh gelak ketawa, suka suki, suka ati kat belakang tu dengan ayu dan hafiz (yang perasan comel hohoho). Ntah hapa2 kitaorang merapu kat belakang tu. Tapi aku sempat tangkaplah pe yang tukang bagi demo tu cakap. fikir2 aku, nanti aku nak cuba kat tempat aku.

Time balik tadi, aku tengah berkira2 nak pergi Jusco. Dalam hati cam 50-50 je. Yela, baru abis bayar hutang kereta, ptptn, bil tenet, topup touch N go...mau duit aku tinggal ciput je. Nak tunggu gaji, fuh...lama lagi tu.Tapi......ada pulak sesuatu berlaku tadi yang buat aku terus ubah pendirian. AKU PERGI JUSCO!

Masa tengah bawak kereta, dekat bulatan sek. 13 (ala yang dekat dengan stadium shah alam tu), aku hampir2 nak langgar bontot kereta myvi. Punyalah be***p, b***h perempuan yang bawak kereta tu, boleh pulak dia berhenti mengejut masa kat bulatan tu padahal dia nak terus ke kiri, kau bawak jela kereta tu. Yang pergi berhenti, jengok2 ke kanan (sedangkan masa tu takde kereta langsung), sapa suruh. Mulalah kena sumpah seranah dengan aku. Huh!

Opss....



*diam*



(tak pernah pulak aku nak maki hamun orang camtu)


*tarik nafas*


Ok, sambung balik. Sampai je kat Jusco, otak aku dah terbayang2 sushi yang menyelerakan tapi sempat lagi singgah MPH (cari komik) hehehe. Lepas dah beli komik (abis duit aku lagi), aku terus ke pasaraya, pilih2 sushi yang comel, bayar, balik rumah, mandi, pakai baju, solat....DAN....

Makan SUSHI! Yay!

Wednesday, November 04, 2009

Rajin taK?

Ada sesapa yang rajin tak? Aku dah naik busan ni..hari2 de email invitation suh aku buat facebook..

kalau ada sesapa rajin...tolong buat untuk aku. pandai2 korang lah nak letak apa kat situ. Pe??
Nak upah?? Ade..ade....

Keluar dari rumah korang, jalan terus, belok kiri, belok kanan, jalan terus lagi, nampak ade kedai yang macam hidup segan mati tak mau pastu tanya orang kat kedai tu mintak gula2 harga 20 sen(leh dapat 4 bijik) pastu cakap kat orang kat kedai tu aku belanja...orait....konpem lepas ni korang dapat sedas dua penumbuk....cantik kan upah tu...

Dah..dah jangan ngarut. Pegi buat keja!

p/s: pasal buat profile aku kat facebook tu aku gurau2 je. Jangan ngengada nak buat tuk aku...Pang karang baru tau

AhaKs

semalam bukak tenet...tengok Kim Hyun Joong ngan SS501 buat persembahan lagu Love Like This...maaaa! seronoknya..suka giler tgk diaorang menari. Buat aku nak menari...So sweet and so cute maaaa! Suka...suka....suka...suka.

Tuesday, November 03, 2009

Penenang JiWa

Tiap kali aku rasa kusut...putus fius..bengang...keliru (bkn lagu nurul-ajai)...dll

ni lah yang buat aku rasa tenang...

nak tau..klik sini

amacam..best?

Takde Api!

Rumah semalam blackout untuk yang ke berapa kali...Ntah! aku tak tau. Elok2 aku baru nak angkat takbir solat Isyak tetiba...PAP! Habis gelap rumah. Dengan jiwa tenang(dalam hati takut gak) aku teruskan solat. Masa tu cam terasa jer ada orang kat sebelah (huhu takut!)

Dah abis solat, cepat2 turun bawah join adik2 aku. Amir tengah sibuk menempek setem kat surat2 klien dia, aku pun tetiba rajin join lah dia menempek setem tu...hahaha sonok gak.

Yang tak boleh tahan tu, ayah siap rilek jer main sudoku kat bawah api lilin...hahahaha ingatkan study pe la rupa2nya tenggelam dalam keasyikan meletakkan nombor2 dalam kotak empat segi. Aku pun pernah main sudoku ni tapi sekejap je lah. Nak tunggu datang mood lagi...hmmmm lama lagi kot hehehehe

Konon bajet nak tido awal lah sebab takde letrik...last2 baru nak lelap mata...letrik dah ada balik. Aku pun bangun dengan secepat mungkin, amik baju, duduk depan seterika, gosok pastu sangkut baju........pergi tido balik.......AMAN!!!

Tukar LaYout LaGi

Disebabkan jiwa kacau ditambah dengan rumah takde bekalan letrik semalam...maka hari ni aku tukar layout lagi...










puas hati aku!

Monday, November 02, 2009

MerEpek!!

seriyesss aku nak merepek petang ni. Napelah hari ni sejuk sangat. Napelah hari ni otak aku cam dibuai2 angin lalu menyebabkan minda aku berjalan ibarat printer dot matrix. Napelah kaki aku gatal sangat dari tadi sampai tangan aku ni dah leh keluar kuku kucing nak garu2..








Sekian, habis aku merepek hari ni..

MondaY

Today is Monday. New week and new month begin. New stories, new gossips and...new love??Nah, still more time to enjoy...










Ayat yang ntah hapa2 pagi ni...