Tuesday, November 17, 2009

BiLik KerJa BarU

Yay! Semalam projek baru cuti sem dah mula. Banyak kerja nak kena buat masa cuti sem ni. Walaupun camtu ada gak student yang datang guna library. Ada gak yang tak nak balik (ataupun tak boleh balik hehehe).

Banyak nak kena ubah kat library. Kat Aras 2, kena ubah susunan buku. Bahagian Rujukan kena letak kat belakang *sigh* buku banyak tu. Tapi takpe untuk kesenangan dan keselesaan pegguna. Kat Aras 2 gak, aku ada bilik baru. Kat bahagian koleksi Buku Kualiti. Agak besar bilik tu. Dan agak terperosok sikit. Kalau masuk kat Pintu Aras 2 tu tak jumpa pun lagi bilik tu. Kena jalan depan sikit baru nampak. So, semalam staf tukar susunan rak dalam bilik tu. Ikut arahan aku hehehe. Sebab aku yang nak duduk situ nanti. Yang best siap ada set sofa lagi. Nanti ada partition pulak, huu leh buat macam2 dalam bilik tu hehehehe. Nanti ada dua tempat aku kena jaga. 1) meja rujukan & kaunter khidmat pelanggan dan perkhidmatan maklumat kat Aras 1. 2) Aras 2 - bilik kualiti dengan rak terbuka....pergh! Macam banyak kan kerja aku...takpe2 keseronokan bekerja.

Aras 3 lagi banyak nak kena ubah. Hampir kesemua rak nak kena ubah susunan buku. Memang agak mengambil masa. Mujur aku cuma tolong sikit2 sebab Aras 3 tu Kak Syaakirah punya tempat. Papehal memang kena rujuk dengan dia dulu. Lagipun Aras 3 special sikit. Law Collection. Memang lain lah cara susunan dia. Kalau silap memang tak leh jumpa la buku tu huhuhu

Hari ni sambung lagi projek....caiyok!

3 comments:

i-za said...

wah! berhijrah kt tmpt lbh privasi ek.. hehe..

ninaAlona said...

haah..tp x siap lg...ujung thn br leh guna kot huhuhu

i-za said...

lor, ye ke.. hehe.. xpe, x lame lg je tu..