Thursday, February 25, 2010

SenGal BahU

Pagi tadi dah buka mata sebelum subuh.Pasal apa?Bahu sebelah kiri dah terasa sakit-sakit.OMG, aku dah salah tidur.dalam hati aku dah fikir"Confirm aku tak boleh nak pusing kepala aku belah kiri laju-laju"

Serius...Sakit!!

Wednesday, February 24, 2010

OtAk daH seMak

Pagi tadi terlanggar belakang kereta orang masa nak pergi kerja..Semak otak!
Masa sampai ofis,bahagian kaunter blackout...Semak otak!
Masa bukak email ofis,dah ada macam2 mesej dalam tu.Yang paling semak,aku kena hantar balik borang permohonan ke luar negeri sebab tak lengkap...Semak otak!
Masa sampai kat bahagian pentadbiran PTAR 1,borang permohonan kena isi balik sebab dah hilang...Semak otak!
Masa balik ke ofis,boleh terlupa nak fotostat I/C untuk kes ASB...Semak otak!
Masa tu jugak aku lupa nak minta referral letter kat Pejabat Pendaftar untuk temujanji dengan doktor...Semak otak!
Terpandang barang2 yang tertinggal masa pergi seminar kat Terengganu tu yang bukan main banyaknya dan beratnya huu...Semak otak!
Terfikir pulak nak pergi balik ke Main Library dengan Pejabat Pendaftar lepas ni....Semak otak!



Arghhhhhhhhhhh

Thursday, February 18, 2010

SeminaR PustaKawaN

Hari ni kat opis boleh pulak blackout.Sekejap je lah tapi kalau kerja tadi tak save mau haru aku jadinya nanti.Tak pasal-pasal aku nak kena buat balik laporan aduan pelanggan huhuhu

Mata aku masih lagi merah cuma dah nampak kurang sikit.Aku tak maulah tengok komputer sangat.Rasa berair je mata aku ni.Lepas emel laporan kat bos, aku belek-belek apa yang patut untuk hari esok.

Oh ya!

Esok bertolak ke Trengganu.Ada seminar pustakawan untuk perpustakaan UiTM.Semua pustakawan dari Perpustakaan UiTM seluruh negara akan hadir.Banyak perkara yang boleh dibincangkan.Semestinya ada pembentangan kertas kerja.Aku tengok aturcara yang baru print tadi,boleh tahan juga tajuk-tajuk pembentangan nanti.Profesor-profesor terkenal akan membentangkan kertas kerja.Antaranya Profesor Datuk Dr. Ahmad Ibrahim Bajunaid, Naib Presiden INTI College.Semoga hebat pembentangannya nanti.




Tapi aku tak kemas lagi baju-baju yang nak dipakai.Terfikir juga nak letak kereta kat mana?Ok ke tinggal camtu je?Ke nak suruh adik hantar?Hmmmm....

Wednesday, February 17, 2010

SaD StoRy

Tetiba nak tulis cerita dalam bahasa asing.Boleh je kan~~^^


Not feeling good today.Why?Because still feel sleepy.Four days of holiday makes me feel so good to wake up late and indeed i wake a little bit late.Plus taking some medicine pills cover my long period of sleep.

Nice time I'ved on last weekend but there are a few things make my mood really swing.My left eye suddenly left a clear red mark(eventually gets slightly bigger).Today make it twice I have gone to clinic to ensure that my eyes are OK.Yes, the doctor explanation relieved me.It's not an ill.It's just a trauma of hitting something or a bug came into the eye.The recover part maybe take some times.I hope not to longgggg I have to wait.Really, it makes me feels uncomfortable.People look at me like I am an alien(YES!!with one red eye anyone will thought me as an alien.STRANGE ALIEN!)

Last Monday, went to lecturer's son wedding bash.Nice wedding.But me not looking so nice.How can I be?With my red eye, do you think I look nice?Ohhhh NO.I don't want to go at first but afterall what my lecturer have done to me,I don't think I can't let pass of this plus my best friend will come to pick me.Definitely I have to go.Thank to God, I have my reward after that.I will not tell you - aha NO ^^

I just hope i will recover this uncomfortable situation as I feel less confident each time I met people(you know what I mean).Oh really.



*Get back to work now

p/s:Ariza,aku jumpa Irsalina kat sini.Dia kerja kat UiTM gak ^^

Friday, February 12, 2010

FreE GiFt

Semalam dapat call daripada P1.Mula-mula ingatkan entah sapa-sapa yang call sebab keluar nombor yang tak dikenali.Dua kali handphone berbunyi tapi tak dapat nak angkat sebab tengah kerja(melayan pertanyaan student).Lagi satu memag aku tak berapa suka nak jawab nombor yang tak dikenali.Jadi aku biarkan.

Masa tengah driving balik,ada SMS masuk.Aku dengan kelam kabutnya tengok isi SMS tu.Kalau nak diikutkan malas nak tengok sebab aku tak suka ada gangguan masa aku tengah drive.Tapi memandangkan nombor yang tak dikenali tu hantar mesej jadi aku tengok jelah.

Rupa-rupanya itu mesej daripada P1 yang mengatakan mereka akan datang ke rumah aku esok(hari ni lah!) untuk beri free gift.Aku cuma balas dua patah perkataan jer "Yes.TQ" memandangkan aku dalam situasi yang tak berapa sesuai untu jawab panjang-panjang(sebab aku tengah drive kan) walaupun dalam hati..Yay!!dapat hadiah..Lepas tu orang dari P1 call tanya ada orang ke tak kat rumah nanti dan aku membalas Ya.Mereka cakap mereka akan datang dalam masa pukul 10.00-5.00 petang untuk penghantaran.Dalam hati aku "Tak kisah kamu nak datang pukul berapa pun,janji aku dapat hadiah" hehehehe...

Ada beberapa jam je lagi dan masih menghitung waktu...hahahaha macam hape jer ayat









......*Aku tengah membayangkan macam mana rupa free gift tu (kalau dapat laptop pun ok gak ahaks!!)


Update: Akhirnya!!Aku dpt cute mini MP3 hehehe.Terima kasih P1.lehla aku bawak pegi Trengganu nanti

Thursday, February 11, 2010

AddiCted to We GoT MarriEd Again~~NeW CouPLe

Sebenarnya dah lama tengok cerita ni balik(akhir tahun lepas).Ada jugak mengikuti perkembangan cerita ni tapi tak menyeluruh.Cuma sekarang ni dah gila tengok balik.Sebabnya........ada couple baru yang cukup kiut dan seronok ditengok episod diaorang.


Buat pengetahuan semua,pasangan baru yang dimaksudkan adalah Jo Kwon dari kumpulan 2AM(leader) dan Son Ga In dari Brown Eyed Girls.Di kalangan peminat mereka digelar sebagai Petite Couple.Kedua-duanya sama kecik dan comey.


Yang buat aku seronok nak tengok sebab gelagat diaorang dalam tu.Dengan husband yang suka berleter macam ala-ala rapping dan wife yang suka mengusik husband.Hari-hari ada je perkara yang seronok berlaku.Paling best aku suka masa diaorang sama-sama rekodkan lagu masa sambutan krismas.Menakjubkan yang lagu mereka begitu popular.Tajuk pun seakan-akan kena dengan diaorang "We Fell In Love"....Awwwww so cute hehehehe


Maaf tak dapat nak bagi link sebab takut youtube dah tak simpan video tu tapi kalau nak tengok, try search kat youtube dan cari "WGM JoKwon&Gain" tak pun "WGM Petite Couple".Tengoklah sendiri nanti hehehe


Ni gambar pasangan tu


Borang Bercuti Ke LuaR NegAra

Kejap lagi nak hantar borang ke luar negara.Bahagian pentadbiran nak cepat sebab borang aku kena hantar ke VC dan seterusnya ke kementerian.Berdebar2 aku tau..

Tarikh bercuti tu jauh lagi(walaupun tinggal dua bulan je tapi nampak cam jauh gak) tapi sebab banyak prosedur,borang kena hantar awal.

Rasa terketar-ketar tangan nak bagi.Doa banyak-banyak agar permohonan berjaya.

huhuhu

Amin!!!

\^^/

Wednesday, February 10, 2010

BerSungguh-sunGGuh

Pagi tadi buka emel.Ada satu emel yang dilanjutkan oleh ketua jabatan aku.Emel berkenaan survey daripada salah satu vendor pangkalan data.Survey yang dijalankan untuk pengguna pangkalan data tersebut.

Agak menarik soalan2 yang diberi.Antaranya "Berikan cadangan agar kami dapat meningkatkan perkhidmatan kami".Yang bertambah menarik bila mendapat maklumbalas daripada pengguna. Tak semua pengguna berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan.Betul tak semua tapi yelah dah adatnya macam itu.

Ini semua membuatkan aku berfikir,Adakah aku masih kurang baik dalam memberikan perkhidmatan??

Ya...kalau kurang,aku kena perbaiki diri agar menjadi lebih baik.Sekurang-kurangnya di tempat aku ini.

Semoga aku berjaya. Amin!!

^^

Monday, February 08, 2010

GathEring yaNg To GathEr-GatHer

Hahaha puas hati semalam.Penat tak yah cakap.Rasa habis tenaga dah ku perah semalam.Gathering yang masyuk.Walaupun aku gamble sorang2 je pergi tapi PEDULIKAN semua itu.Yang penting seronok habis.

Segalanya memuaskan.Dari tempat makan,orang2 yang happening ke acara yang menarik..Fuhh!Tak rugi lah aku bayar RM50(termasuk kos makan+tol+contribution untuk Kyu Jong punya Birthday Project)...Admin Triple S pun siap bawa patung gorila hadiah kat Kyu Jong tunjuk kat kami semua...Memang cute sangat!!(tak sempat nak ambil gambar.Ramai sangat yang nak bergambar dengan gorila tu huhuhu)



Makanan kat Restoran FullHouse pun sedap.Memang menarik!!Betul2 tarik selera orang nak makan.Dekorasi tempat tu pun cantik.Purely white(jarang tengok restoran warna putih..nampak cute heheh).Aktiviti2 pun ok.Siap kena tulis mesej untuk birthday Kyu Jong.Aku tak tau nak tulis apa, jadi aku tulis apa2 jelah yang terlintas dalam otak.Yang sempat aku tengok,ada seorang peminat fanatik Kyu Jong sanggup buat mesej yang cantik2.Siap potong kertas2 warna,tulis dengan pen kaler2 huuuuuuuu!!Tapi tengok muka dia semalam memang puas hati sangat2 dengan hasil dia tu.Hopefully,Kyu Jong dapat rasakan apa yang peminat tu tulis kat dia.Dengan bersungguh2 tu tau!




Oklah.Ni gambar2 yang sempat diambil masa Gathering hari tu.Enjoy~~






Ni gambar badge Leader(Kim Hyun Jong).Yang ni free sebab aku member Triple S




Yang ni pulak badge Kyu Jong.Aku beli sebab minat dia hehe





Poster SS501.Free gak





T-shirt Triple S Malaysia+badge+poster...semua tu aku punya





Membership card...nombor ahli yang cantik




Restoran Fullhouse






Set makanan yang aku pilih.Thomas's Favorite Meal.Ada spageti+mushroom sup+ice lemon tea(gelas comey)






ni pulak dessert yang manis2 hehe sedap~~yummy


Bergambar dengan Kak Aidah.Dia ni peminat fanatik SS501.Siap nak pergi konsert Persona kat Bangkok dan Encore kat Korea.Cayalah akak!!



Lastly,kami bergambar ramai2 sambil nyanyi birthday song dalam bahasa korea (pic credit to Triple S Malaysia: www.triplesmalaysia.com)




Friday, February 05, 2010

Tak SabAr-saBar

Yuhu...hujung minggu ni memang ada aktiviti nak buat. Nak pulak dua2 hari ada aktiviti.Esok nak pergi Hi-tea party tempat keja mak kat Hotel Grand Season, lusa pulak nak pergi Gathering. Uweeeee~~~~ tak sabarnya hahaha...


Oh ada satu cerita best. Semalam kucinku pergi klinik.Mak dengan AbangChik yang bawa.Semalam memang keadaan dia agak teruk.Lemah tak boleh nak bergerak.Tak mau makan.Asyik tidur je.Kalau nak diikutkan Selasa hari tu dah nampak dia sakit tapi tak seteruk semalam.Mak cerita, masa AbgChik riba dia dalam kereta,banyak bulu2 badan dia gugur.Badan panas semacam.Mak dah panik.Tak menyempat2 nak pergi klinik cepat2.Risau jugak mak ya huhuhu..Masa kat klinik,veterinar tu ambil suhu badan.Memang panas! 39.5 ⁰C...pastu ambil darah,timbang berat badan....kucin aku ringan.Tak sampai berat badan normal.Kena bagi makan banyak2 ni.Dalam RM143 mak kena bayar untuk semua tu termasuk khidmat konsultan huhuhu....

Alhamdulillah malam tu kucin aku dah sihat.Pagi tadi dah bising2 mengiau nak makan hehehe


*Mahal gak ya nak berubat kucin sakit....orang pun tak bayar banyak tu kalau pergi klinik huhuhuhu

Tuesday, February 02, 2010

CeRita baLik KampUng

Balik kampung hujung minggu lepas.Sampai hari Isnin
Tak banyak aktiviti tapi banyak cerita
Biasalah...kalau balik kampung makcik2 pakcik2 suka cerita macam2
Biasa saja rasanya...

Hari Isnin malam Ahad dapat berita.Tok sedara meninggal.semoga rohnya dicucuri rahmat.
Isnin tengahari singgah hospital.Lawat salah seorang sedara yang sedang koma..


Petang sebelum balik KL, singgah Bukit Gambang Waterpark.Saja2 nak main air.Seronok~~

Hmmm tu jer kot..



p/s: maaf tak ada gambar nak tunjuk.Tak terasa nak ambil gambar sepanjang cuti ni.