Wednesday, February 10, 2010

BerSungguh-sunGGuh

Pagi tadi buka emel.Ada satu emel yang dilanjutkan oleh ketua jabatan aku.Emel berkenaan survey daripada salah satu vendor pangkalan data.Survey yang dijalankan untuk pengguna pangkalan data tersebut.

Agak menarik soalan2 yang diberi.Antaranya "Berikan cadangan agar kami dapat meningkatkan perkhidmatan kami".Yang bertambah menarik bila mendapat maklumbalas daripada pengguna. Tak semua pengguna berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan.Betul tak semua tapi yelah dah adatnya macam itu.

Ini semua membuatkan aku berfikir,Adakah aku masih kurang baik dalam memberikan perkhidmatan??

Ya...kalau kurang,aku kena perbaiki diri agar menjadi lebih baik.Sekurang-kurangnya di tempat aku ini.

Semoga aku berjaya. Amin!!

^^

0 comments: