Thursday, December 30, 2010

TahNiaH MalaYSia!!

Aku berbangga. Akhirnya Malaysia berjaya memenangi Piala AFF Suzuki. Walaupun aku tak berapa nampak sebab duduk jauh dari tv (Aku tengok kat luar semalam) tapi aku tau pemain Malaysia bermain dengan cantik semalam.

Tahniah jugak kat Safee Sali kerana berjaya jadi penjaring gol terbanyak.

Aku bangga!!


Yang lagi best....ESOK CUTI!!

Wednesday, December 29, 2010

CerITa KelaKar

Semalam keluar dengan my so called-what-he-wants-me-to-think-him-as-my-husband-to-be (aku cakap macam tu sebab dia suka bising-bising yang aku ni bakal isteri dia...hampeh...habis semua famili dengan member-member dia tahu....huhuhu)...temankan dia pergi opis dia kejap, nak ambil barang. Lepas makan malam kat Nasi Ayam Mancongkam, kitaorang gerak ke Sunway. Masa tu hujan lebat. Sepanjang perjalanan, aku tengok hujan mencurah-curah turun. Takde petanda hujan nak berhenti.

Masa kat opis dia pun macam tu jugak. Bukan main lebatnya hujan turun. Kesian pulak kat encik Dia, sampai basah bahagian bawah masa nak pergi ambil barang. Aku yang selamat sebab duduk dalam kereta je hehehe.

Ok, kenapa aku banyak cerita pasal hujan?...Bukan kerana kumpulan Hujan (huhuhu Noh dah bertunang, aku kecewa) tapi ada cerita yang berkaitan dengan hujan.

Masa balik dari opis encik Dia ni, entah hapa mimpi dia boleh ajak member main snuker. Aku dah tentu terpaksa ikut. Janji nak ambil kat area simpang Padang Balang. Masa tu masih hujan tapi dah kurang sikit lah. Nak dijadikan cerita, member encik Dia ni tunggu kat kedai gunting rambut. Masa nak dekat sampai, aku dah nampak kawasan tu macam banjir sikit sebab air dalam longkang dah melimpah keluar. Kami berhenti kat tepi tu. Member tu baru nak mulakan langkah tiba-tiba dah terjelepok jatuh kat depan. Terkejut kami dibuatnya. Nak gelak tak jadi sebab kesian. Ingatkan takat tu saja. Member tu dah bangun balik dan berlari-lari anak nak elakkan hujan dengan lopak banjir tu. Masa tu aku dah nampak dia nak buka pintu belakang. Aku alihkan sekejap je pandangan pastu encik Dia cakap "Eh, mana budak ni menghilang? Tadi nampak dia nak buka pintu." Rupa-rupanya lagi sekali mamat tu jatuh. Kali ni baik punya sebab dia betul-betul jatuh dalam longkang. Habis satu badan ada dalam longkang. Bila dia bangun tu, reaksi dia memang cukup kelakar. Habis satu badan basah kuyup siap dengan kepala basah macam orang baru lepas mandi sungai. Masa tu aku dah tak tahan, gelak sepuas-puasnya. Encik Dia lagilah tak payah cakap. Gelak sampai tak ingat dunia. Yang member tu muka selamba je bangun. Buat macam takde apa-apa. Cuma cakap "Aku nak balik tukar baju jap. Ni dah macam mandi rupanya." Masa tu kami gelak lagi sekali dengan tuan punya badan yang jatuh tu. Hehehehehe....Dalam kejadian yang tak dijangka tu boleh lagi mamat tu main dengan baik lepas tu. Encik Dia dah kurang fokus sebab asyik gelak je.

Serius sampai sekarang aku teringat-ingat cara mamat tu jatuh. Dah banyak kali rewind ni. Aduihlah, sakit perut aku. Mujurlah member tu jenis yang sabar. Kalau tak habis kami di maki hamun.


Nota kaki: Aku rasa setiap kali lalu tempat tu, aku akan jadi gila sekejap, senyum sorang-sorang tak pun gelak. Hahahahahaha....lawak giler. Bayangkan orang jatuh longkang macam chipsmore...sekejap ada, sekejap takde kihkihkihkih

Tuesday, December 28, 2010

Falling SlowLy

Recently listening to this song..





Falling Slowly
by Glen Hansard &Markéta Irglová
OST Once

I don't know you
But I want you
All the more for that
Words fall through me
And always fool me
And I can't react
And games that never amount
To more than they're meant
Will play themselves out


Take this sinking boat and point it home
We've still got time
Raise your hopeful voice you have a choice
You've made it now


Falling slowly, eyes that know me
And I can't go back
Moods that take me and erase me
And I'm painted black
You have suffered enough
And warred with yourself
It's time that you won


Take this sinking boat and point it home
We've still got time
Raise your hopeful voice you had a choice
You've made it now


Take this sinking boat and point it home
We've still got time
Raise your hopeful voice you had a choice
You've made it now

Falling slowly sing your melody
I'll sing along

Monday, December 27, 2010

AkU YanG DaLam DiLema

Sedang berada dalam dilema. Perkara terpenting yang memerlukan kekuatan rohani dan jasmani aku. Hmmmm, walaupun aku nampak tenang tapi sebenarnya aku tengah berdebar menghitung hari. Dah beberapa hari aku berfikir perkara ni. Betul-betul mencabar minda aku.

Benar, dia dah menyuarakan hasratnya. Sampai sekarang tak percaya. Rasa macam dalam mimpi. Berkali-kali jugak menyedarkan diri, berpijak di bumi yang nyata tetapi setiap kali tulah dia mengingatkan ku perkara yang itu.

Keliru sangat-sangat ni. Macam-macam dilema . Kalau nak ikutkan tak bersedia tu, memang hari-hari boleh kata tak lagi. Tapi sampai bila.

Aku dah mohon petunjuk...nampaknya petunjuk tu dah mula tunjukkan jalan. Cuma aku kena benar-benar yakin. Di saat ini aku benar-benar memerlukan pertolonganNya. Sepatutnya aku kena solat Istikharah dah. Mohon dibukakan jalan. Benarkah atau tidak keputusan yang ku ambil tu. Terbukakah hati kedua ibu bapa ku? Sudah terbuka jugakah hatiku ini.

Aduiiiii....aku tak tau nak kata apa. Nampak sangat aku nak melengah-lengahkan perkara ni.

Wednesday, December 22, 2010

DuGaan Di Pagi HarI kAt OpIS

Huhuhuhu...pagi-pagi lagi dah kena dugaan. Kenapalah kad staf boleh pulak rosak. Tak boleh nak masuk kawasan opis. Bengang je rasa. Ikutkan hati yang dibisik syaitanirrajim, mahu je ku baling kad tu keluar tingkap. Mujur Allah sedarkan aku dari bisikan tu.

Nasib baik ada staf aku kat belakang. Dia yang tolong touch kat reader. Walaupun aku dah cakap kat dia terima kasih tapi aku nak jugak bagitau kat sini "Terima kasih banyak-banyak, Encik Rahman." Aku tak tahu berapa kali dah dia ni asyik tolong aku. Tiap kali aku susah, mesti time tu dia ada. Nasib baik orang bujang. Kalau dah kahwin, mesti bini dia ada unsur-unsur cemburu kat aku huhuhu

Hari ni dah agak sibuk. Pagi ada tazkirah, pukul 10 karang pulak ada persiapan barang-barang kursus esok. Mungkin kena singgah ke hotel.

Aduh! bila pulak aku nak pergi buat kad baru ni? Lepas tu nak kena pergi Bahagian Fasiliti pulak nak aktifkan kad ni..

Sabar Nik....Sabar.....Dugaan ni.



Nota kaki: Pagi ni dah hilang separuh mood. Muka ni pulak dah tak reti nak senyum. Berkerut je dari tadi. Sabar....sabar....Cuba manis-maniskan muka.

Tuesday, December 21, 2010

PerUbaHan BaRu kAt OpIS

Hari ni kat opis tak ramai staf. Ada lebih kurang 10 orang daripada jumlah yang sepatutnya 19 orang. Bos aku pergi Penang. Ada kursus kat sana start semalam. Tinggal aku dan Kak Syaakirah, pegawai yang ada kat sini. Staf yang lain pergi kursus juga. Kat Jempol, Negeri Sembilan. Empat orang yang pergi. Staf yang lain ada yang bercuti.

Suasana kat sini macam biasa. Kurang pengguna sebab masih dalam mode cuti semester. Tapi ada juga student yang datang ke library. Kebanyakannya student Asasi Undang-Undang. Dia orang memang masuk awal. Tapi kat sini ada perubahan lagi. Bilik kerja baru untuk staf dah dibuat semenjak minggu lepas. Semalam, staf angkat meja dan peralatan masing-masing pindah ke tempat baru. Aku pun sama. Kena pindah tempat baru lagi. Rasa-rasanya dalam tahun ni je dah 3 kali aku berpindah tempat. Cuma aku tak masuk je lagi. En Rahman, juruteknik komputer kami tengah upgrading komputer dalam bilik aku. Komputer tu agak lembab sikit jadi kena upgrade sikit nak bagi dia laju.

Disebabkan bos takde, aku lah yang kena memantau tugas-tugas sepanjang proses pemindahan. Berhempas pulas tengok staf angkut barang satu persatu. Sepanjang proses tu juga, kami ada berbincang tentang kedudukan meja staf. Hmmm, harap lepas ni takde masalah takde PC bila suruh buat kerja. Kalau tak jadi haru biru lagi masa nak siapkan SKT baru-baru ni.

Masing-masing pun nampak seronok sikit dah ada tempat baru cuma ada sesetengah kurang berpuas hati. Tak taulah kenapa. Tapi aku bagitau pada mereka perkara macam ni perlu dibiasakan. Perubahan itu penting untuk kebaikan. Cuma takdelah terlalu mengejut. Nanti jadi lain pulak. Perubahan ni kena buat perlahan-lahan. Barulah dapat sesuaikan diri.

Bermula esok, aku dan Kak Syaakirah sibuk balik. Nak buat persiapan sempena kursus hari khamis dan jumaat nanti. Mujur juga buat kat hotel UiTM, jadi persiapan tempat dan makanan dah boleh diuruskan dengan cepat. Cuma tinggal kit kursus untuk dilengkapkan dan tetamu jemputan. Harap-harap takde masalah berlaku. Walaupun dah biasa jadi urusetia kursus, tapi kena jugak berjaga-jaga kan.

Monday, December 20, 2010

RaSa Itu LaGi

Aku sudah berterus terang. Mengharapkan dia untuk memahami. Tapi nampaknya aku yang kena memahami. Betul kata orang, susah untuk menghalang perasaan seseorang.

Aku sebenarnya rasa serba salah. Aku tak mempunyai apa-apa perasaan pada dia. Dan dia pun mengerti bahawa antara kami adalah kawan tapi macam yang aku cakap tadi susah untuk menghalang dan menidakkan perasaan seseorang.

Tak mahu rasa itu terus membelenggu dia, aku sering beritahu dia agar membuka peluang mengenali orang lain. Lagipun umur dia yang masih muda, masih panjang perjalanan hidup dia. Bak kata orang lagi "Muda-muda kenalah enjoy dulu".

Masih banyak peluang untuk dia. Juga peluang untuk aku muhasabahkan diri. Sampai bila harus aku tutup perasaan ini, aku sendiri tak pasti. Tapi aku sentiasa berdoa agar hati yang tertutup ini akan terbuka suatu hari nanti. Menerima dan menyayangi sepenuh hati.

Thursday, December 16, 2010

Adik AngKat.FeElingS.EiTher FriEnd Or LovE.

Malam tadi, aku keluar. Punya lama tak keluar malam. Semuanya pasal adik angkat aku. Dia ajak keluar. Katanya tension sangat. Mulanya tak nak keluar sebab memikirkan kepenatan badan dan otak disebabkan SKT tapi kesian pulak kat dia, aku pun jadi je lah.

Aku cakap dengan mak..kata keluar dengan kawan. Mak aku tanya siapa? Aku diam sekejap. Tak tau nak cakap apa...last last aku terpaksa tipu...Maaf sangat-sangat mak. Aku cuma kata nak ke Platinum Walk.

Sampai je kat rumah adik angkat aku, dia ajak pergi Selayang. Ke kolam air panas. Aku setuju je. Sebenarnya aku tak mau pergi jauh-jauh tapi tengok muka dia yang semacam tu, aku tak terkata apa-apa. Sepanjang perjalanan memang kami senyap. Dia senyap sebab tension, aku diam sebab penat. Masa tu terfikir gak macam mana nanti kalau dah sampai kat sana kami diam jugak. Huhuhu aku tak tau nak cakap apa. Dan sememangnya aku seorang yang susah untuk mulakan perbualan kalau topik tak ada.

Tapi bila dah sampai je, kami cari gerai makan, duduk, order air, lepas tu habis satu-satu ayat keluar dari mulut adik angkat aku tu. Aku dengar je lah. Kadang-kadang menyampuk sikit. Bila makin lama duduk, makin rancak pulak kitaorang borak-borak. Siap masing-masing buat lawak, gelak-gelak. Jadi lega pulak. Takdelah hambar sangat rasanya.

Kadang-kadang aku tak terasa pun yang kitaorang ni baru kenal. Rasanya macam dah bertahun-tahun kenal. Punyalah nak kata betapa rapatnya(maksud aku dari segi perbualan ye...bukan tempat duduk) kami masa tu. Macam dah kamceng habis. Sampai tak sedar kitaorang lepak sampai pukul 11 malam.

Tapi satu yang buat aku rasa risau sekarang. Aku dah mula perasan yang adik angkat aku ni macam dah ada rasa suka kat aku. Aku jadi nervous pulak. Aku tak maulah fikir bukan-bukan tapi dari cara dia cakap tu aku rasa aku boleh agak.

Aku bukan tak suka dia. Dia memang seorang kawan yang best. Boleh borak apa saja. Boleh kongsi cerita. Tapi dari segi perasaan, aku memang kawal diri aku. Macam terasa ada tembok kat depan aku yang aku cipta sendiri. Pasal apa? aku pun tak tau. Tapi cerita kami memang banyak persamaan. Sebab tu aku rasa aku boleh kamceng dengan dia. Dia faham aku, aku faham dia. Tapi sampai bila kami jadi kawan? Hanya Tuhan saja yang tahu...

Nota kaki: I tend to not letting my feelings get me because i don't want to get hurt or hurting somebody. Am I right or wrong?

Wednesday, December 15, 2010

SKT

Setelah berhempas pulas berhari-hari, akhirnya aku berjaya menyiapkan SKT aku sendiri...esok lusa aku bakal pening nak evaluate staf aku sendiri huhuhu...

Good luck to myself tomorrow and ever ~~~

Monday, December 13, 2010

AdiK ANgkAt.JoM HeBoh

Hujung minggu lepas banyak perkara tak sangka berlaku. Tak rancang pun nak jadi tapi kuasa Tuhan semua boleh jadi kan.

Asalnya, aku ada adik angkat. Baru kenal dengan dia masa aku pergi luar negara. Budak ni rajin bercakap. Suka sangat nak berborak dengan aku. Aku yang kurang bercakap pun dah jadi sama kecoh macam dia bila borak. Nak dijadikan cerita, adik angkat aku ni ajak keluar minum. Kebetulan kitaorang ni tinggal dekat-dekat. Sabtu tu aku pun keluar lah jumpa dia. Dah alang-alang tengahari, kitaorang keluar makan tengahari terus. Lepas tu, dalam bosan-bosan tu terus bagi idea kat dia, ajak pergi Jom Heboh kat Bukit Jalil. Dia setuju ajelah. Masa sampai kat sana kenderaan memang banyak tapi kami dapat jugalah parking kereta dekat dengan karnival tu. Adik angkat aku ni pulak beria-ia. Dia siap cakap "Nak cari awek barulah. Kat sini ramai gadis-gadis." Aku pun beria-ia sokong budak ni. Tapi yang tensennya "Akak pun boleh cari bakal suami kat sini." Saja je nak kena sedas dua kat budak ni. Taulah aku tak kahwin lagi. Pulak tu dia pulak sibuk-sibuk nak carikan calon untuk aku. Hui, sabar ajelah. Mujur kitaorang tak duduk lama kat situ. Nanti entah apa jenis lelaki dia nak kenalkan dengan aku tak tau lah. Dah habis beli barang dan usha orang, baru kitaorang balik. Tu pun singgah minum kat kedai makan. Lama gak kitaorang lepak. Borak-borak. Nak dekat Maghrib baru aku balik.

Masa balik, aku cerita pulak kat mak. Beria-ia pulak mak nak pergi. Katanya tak pernah pergi lagi Jom Heboh. Maka Ahad tu aku keluar pulak dengan mak dan adik kecik. Kami pergi waktu tengahari, tak sangka pulak boleh jadi jem teruk masa tu. Masa aku pergi sebelum tu taklah seteruk ni. Hampir sau jam kami nak cari parking je. Mujur jugalah mak perasan ada tempat kosong dan mujur jugak aku bawa Myvi mak. Senang sikit nak drive. Yang paling best, parking dekat satu jam, pergi shopping tak sampai satu jam pun. Terus balik. Kitaorang tak sempat pun makan tengahari. Balik rumah ingat nak pergi makan. Mak dah tak larat, terus tidur. Aku pulak tak boleh nak tidur. Puas jugak pusing-pusing. Last last pergi main game PS 2. Puas hati. Malam tu baru makan. Tu pun suruh adik-adik pergi pasar malam.

Puas jugak berjalan dua hari tu. Macam-macam makanan aku borong. Dapat jugak kutip beg macam-macam warna. Heh, puas hati.

Thursday, November 25, 2010

SiapA PuNya KerJalah Ni...

Heheheh siapa punya kerja duk hantar emel pencari jodoh kat aku. Kelakar betul. Macam terdesak sangat aku dibuatnya...hahahahaha

Mehla aku tolong promosi sikit benda ni. Mana tau ada yang nak mencari jodoh ;)

Masuklah kat laman web ni

KerJa DaN CuTi

Mengantuk pulak hari ni. Nak pulak ada sengal-sengal, lenguh-lenguh kat badan. Bahana duk mengubah meja-meja belajar kat library masa Hari Gotong-Royong kelmarin. Banyak jugak perubahan kat ofis ni. Aku berubah tempat lagi sekali. Duduk kat depan tepi kaunter OPAC. Tapi nanti aku akan pindah masuk ke dalam bilik. Kemungkinan bulan depan, baru pindah masuk. Hmmm, lagi sekali berpindah. Tempat aku sekarang bakal jadi Kaunter Informasi. Akan ada shift, maknanya aku tak akan duduk di kaunter ni sorang-sorang. Nanti bertukar-tukar staf. Dekat sini, ada lagi perubahan akan berlaku. Bilik kerja staf akan diubah di Aras 1. Aras 3 pun dah ubah kedudukan meja belajar dan rak. Agak menarik kali ni, student mungkin terkejut dengan perubahan  yang kami buat. Bersungguh-sungguh aku, Kak Kirah dengan bos memerah idea nak ubah persekitaran. Cuma Aras 2 belum lagi. Takde idea nak buat. Serabut sebab banyak benda nak kena setel lagi.

Semalam buat Majlis Perpisahan staf yang bersara dan berpindah kampus. Dua orang semuanya. En. Shaari yang akan bersara minggu depan dan Cik Fatimah yang akan berpindah ke Kampus Kuala Terengganu. Aku ditugaskan untuk membalut hadiah. Panik sekejaplah masa nak balut hadiah sebab tersilap potong kertas pembalut. Lagi panik kertas pembalut tak cukup sebab hadiah besar sangat. Last-last aku tibai kertas putih nak tutup ruang yang terbuka hahahaha...oklah janji tak buruk. Masa waktu makan, masing-masing bawa potluck. Ada staf bawa nasi dagang versi Kelantan, bos bawa spaghetti kuah merah. Aku pulak bawa dadih..coklat dan strawberi (permintaan bos). Ada lagi yang lain. Ada kek coklat kukus, kek coklat badam, apam comel, keropok lekor losong, nugget, puding buah, sumi dan lain lain. Air pun buat sendiri. Nak jimat duit. Bajet untuk majlis keraian takde. Jadi buat jelah apa-apa yang termampu. Seronok dalam sedih sebenarnya semalam. Seronok sebab majlis simple tapi dengan kehadiran Puan Ketua Pustakawan dan Ketua Jabatan datang jadi menarik. Sedih sebab majlis ni majlis perpisahan. Kedua-dua staf ni memang ada kelebihan mereka sendiri. Rasa sayang nak lepas tapi yelah dah tiba masa mereka pergi, kenalah relakan.

Hari ni pulak nak siapkan kerja. Nak siapkan laporan jam latihan staf untuk mesyuarat khas besok. Bajet perjawatan baru siap hari tu. Tazkirah pun ada esok sebelum mesyuarat. Isnin minggu depan ada bengkel. Bengkel 3 hari.

Tapi yang seronok, lepas bengkel aku dah mula bercuti. Tak sangka sekejap je masanya. Tinggal beberapa hari je aku akan keluar negara. hahahaha seronoknya...

Nota kaki: Nak siapkan kerja yang banyak ni cepat-cepat. Tak mahu ganggu masa cuti aku nanti....Uweeee~~ 

Monday, November 22, 2010

UmuR.JoDoH

Dah nak masuk bulan Disember 2010 tak lama lagi. Maknanya, tahun depan umur aku menginjak lagi satu. Dah boleh dikategorikan sebagai umur penghujung 20-an. Wuuuuu...menakutkan hehehehe.

Bila umur tu dah makin lanjut, mulalah kedengaran bunyi-bunyi halus di belakang. Bercakap tentang jodoh. Nak pulak masa balik kampung baru-baru ni, makcik-makcik beria-ia cerita pasal anak masing-masing yang dah pasang niat nak kahwin (kebanyakannya sepupu lelaki dan yang lagi sadis...mereka semua tu muda daripada aku). Aku yang mendengar ni muka tetap selamba tapi dalam hati tu...hanya Tuhan yang tahu. Kadang-kadang kesian jugak tengok muka mak. Tapi mak pun tau perasaan aku. Mak cuma cakap "Takpelah, aku seronok anak-anak ada kat sisi lagi. Taklah merasa anak tu dah jauh." Aku cuma senyum je. Aku pun tak salahkan makcik-makcik. Mungkin dia orang risau tengok aku tak berpunya. Risau takut aku jadi anak dara tua. Aku lagi risau sebenarnya ni tapi buat-buat tak risau je hehehehe.

Yang pasti, aku tahu, pertemuan, jodoh, rezeki dan ajal semua di tangan Allah. Cuma kita yang perlu rajin berdoa tanpa putus asa. Jangan sekali kali merintih. Jodoh itu ada, cuma termaktub di Loh Mahfuz sama ada cepat atau lambat.


Nota kaki (tiba-tiba nak pakai ayat Melayu..nampak menarik ^_^): Mentang-mentang dah cuti sekolah, nak pulak asyik dapat kad undangan..gatal lah nak buat entri pasal ni. Saja nak sedapkan hati sendiri hohohoho

Tuesday, November 16, 2010

Hari Raya.ArwAh ToK

Baru je seminggu tak menulis kat blog ni tapi rasa macam dah lama. Ada perkara yang membuatkan aku agak lambat menulis. Sebelum terlupa nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat.

Tahun ni tak balik beraya kat kampung. Macam tahun-tahun lepas. Memang jarang balik. Tapi tahun ni raya mungkin dah tak menarik macam dulu. Meriah mungkin, sebab adik beradik mak ramai cuma dah tak jadi menarik sebab Tok dah takde.

Hari ni genap seminggu arwah Tok pergi. Masih terasa kehilangan Tok. Nak pulak esok raya. Lagi terasa. Tapi walaupun Tok dah takde, raya kena sambut jugak. Makcik makcik semua bercadang nak buat tahlil lagi esok. Cuma keluarga aku dan Makcu yang takde esok. Esok juga ada majlis aqiqah anak saudara.

Cakap pasal arwah Tok, macam-macam memori ada. Tapi rasa sekejap sangat Tok pergi. Macam baru semalam je jumpa Tok, borak-borak, usik Tok. Tau-tau je Tok dah takde. Teringat lagi kenangan dengan Tok masa raya puasa lepas. Masa tu Tok dah tak sihat tapi masih lagi boleh bercakap dan bergurau. Tok memang seorang yang suka bergurau. Ada je ayat-ayat dia yang boleh buat orang tergelak. Masa raya tu tak tau pun, rupa-rupanya raya terakhir Tok dengan kami. Tapi aku perasan ada beberapa perkara yang tak pernah dibuat Tok sebelum ni, semuanya ada masa raya. Tok macam tau je yang dia akan pergi.

Salah satu perkara yang aku ingat, arwah Tok sebelum ni memang jarang bergambar. Dia memang tak suka orang ambil gambar dia. Kalau ada cucu yang nak tangkap gambar, cepat-cepat dia mengelak. Kadang-kadang dia tolak je kamera tu. Tapi masa raya baru ni, arwah Tok sendiri tak kisah pun, siap senyum lagi walaupun muka tak pandang kamera. Banyak jugak gambar dia yang ada dalam kamera. Tok macam dah tau yang gambar-gambar tu bakal jadi kenangan bila dia dah takde.

Ada lagi perkara lain tapi aku tak mau cakap. Dah rasa sedih ni. Karang menangis pulak. Bila cakap hal arwah Tok, makin banyak memori yang keluar. Jadi makin sentimental pulak.

Yang pasti, raya tahun depan dan seterusnya dah tak menarik lagi. Satu-satunya Tok yang ada pun dah pergi. Cuma nanti dapat sambut dengan keluarga dan saudara mara je.

Al-Fatihah untuk arwah Tok dan Toki sebelah mak dan ayah...

Tuesday, November 09, 2010

StAtus akU SekAranG ni

Rasa nak menangis lagi tapi tak leh nangis kuat-kuat. Nanti budak-budak kat sini pandang semacam je...

Nangis dalam hati je lah...uhuk huhuhuhu T.T

BaD NeWs

Pagi ni dapat tau mak dengan ayah balik kampung. Keadaan tok agak teruk. Sampai tak boleh bangun. Sekejap sedar sekejap tak. Risau. Tapi aku tak boleh balik. Tak minta cuti lagi. Hari Jumaat ni baru boleh balik. Tok satu-satunya grandparents yang masih ada. Arwah Toki dah meninggal masa kecik-kecik dulu. Arwah Toki dan Tok sebelah ayah pun sama, dah meninggal masa aku kecik lagi.

Aduh. Tak tenang aku nak buat kerja. Pagi lagi ni.Ya, Allah. Panjangkan umur Tok ku. Amin.

Ni baru satu aku dapat. Ada lagi berita yang best. Ada projek besar kena buat lagi. Tak tahu mampu buat ke tak. Nak kena belajar jadi programmer pulak. Nak kena buat Outline program untuk fakulti. Kerja yang ada pun rasa tak menang tangan. Projek cuti semester pun baru nak mulakan. Tambahan kerja nak kena tolong buat paper work untuk library sini punya entrance dengan security gate dengan book drop machine.

Ya Allah, mohon permudahkan kelancaran kerja-kerjaku.

Monday, November 08, 2010

Aku GilA aniMe!

Cuti tiga hari yang best campur (+) tak best. Best sebab puas dapat bantai tengok 2 buah anime bersiri. Aku semakin gilakan anime dan komik (perangai masih muda walaupun umur dah tua hahaha). Yang tak bestnya, aku berjaya mengopakkan duit membeli anime tu dan menambahkan berat badan huhuhuhu (tula makan je kerjanya.

Tapi tetap puas hati gak sebab aku suka dengan anime yang aku beli tu. Tak tau kenapa aku suka....dah memang sejak azali kot! (boleh pakai ke alasan ni?)

Sebelum ni gila beli drama korea dan jepun. Sekali sekala je datang angin dia. Tapi yang anime ni memang dah lama. Sejak aku sekolah lagi rasanya. Sampai sekarang aku tak habis-habis minat.

Selalu aku dengar orang cakap kalau tengok benda-benda kartun ni orang kata perangai macam kartun. Tapi aku rasa tak kot. Aku rasa lagi cepat belajar matangkan diri kalau tengok-tengok imej yang menarik betul tak? (bagi akulah hehehe). Aku tak pernah dengar pun orang kata perangai aku macam budak-budak. Yang aku selalu dengar "Apa pasal pemikiran kau jauh ke depan" tak pun "Kau ni pelik." Orang kata kalau orang suka tengok anime ni suka mengelamun tapi aku tak. Kalau tak caya tanya kawan-kawan. Meamng jarang sangat diaorang tengok aku ni berkhayal. Yang selalunya Dekni hahahaha (sempat jugak aku kutuk kau kan Dekni). Ok..ok ayat nak sedapkan diri je yang atas tu...

Yang suka cakap aku macam budak-budak kalau tengok anime ni ayah aku sorang je. Tapi kan, bukan ke orang yang buat anime tu orang dewasa. Takkan budak-budak je yang boleh tengok. Mesti ada yang orang yang dah besar-besar tengok kan. Lagi satu kat Jepun kan ada kategori-kategori komik atau anime macam komik lelaki, komik perempuan, komik seram, komik budak sekolah, komik adult content only (yang ni 18 tahun ke atas je yang boleh tengok tau).

Tak kisahlah janji aku pakai duit aku sendiri beli semua tu. Yang penting aku gembira hehehehe.

Yang kat bawah ni anime yang aku tengok:

Kaichou Wa Maid Sama. Aku suka watak lelaki dalam cerita ni

Yang ni pulak Special A Class (S.A) Cerita pasal budak-budak pandai dalam kelas khas 
Ada lagi anime yang aku tak tengok.
1) Full Metal Panic! - aku baru tengok sikit. Ada 4 season dalam DVD ni.
2) Saiunkoku Monogatari - aku takde DVD nye lagi. Nak beli tapi mahal lah pulak tapi jalan cerita best. Tunggu ada duit baru nak beli.
3) nak try cari Hanakimi punya anime. Setakat ni tak jumpa lagi.
4) Nak cari Shichi Henge jugak. DVD Dramanya dah ada. Komik pun aku dah baca online tapi anime tak jumpa lagi.
5) Rasa-rasa nak buat koleksi Sailormonn. tapi tengok dulu sebab aku tak berkenan dengan watak Usagi tu. kalu tak aku kena cari yang lain.


Tuesday, November 02, 2010

TeRteKan

Hari ni dihujani lagi isu yang sebenarnya dah hangit bagi aku. Semalam pun masih isu yang sama. Dah tak mau layan semua tu tapi bila dibangkitkan semula oleh orang atasan, jadi demotivated rasanya. Kesian kat bos aku yang tersepit dalam keadaan ni. Bukannya dia rela. Tapi isu yang sekecil itu dipebesar-besarkan macam kami buat kesalahan yang besar.

Dan aku sekarang ni cukup alergik dengan perkataan "membangau" (dalam erti kata lain, cari alasan menyalahkan orang lain macam lagu "Bangau oh Bangau" tu). Bos aku dah lama ban perkataan tu. Disebabkan satu kenyatan yang diberi bos aku dalam membalas isu yang dibangkitkan oleh pelajar dan juga sebab aku memberi kenyataan yang dikatakan "defensive", terus kami dituduh "membangau". Puas aku menilik ayat-ayat mana yang dikatakan aku "membangau" tu. Memberi kenyataan tentang situasi sebenar berlaku di perpustakaan, yang mana tiada langsung nama sesiapa yang terlibat, bolehkah dikatakan "membangau"?

Disebabkan isu ni, membuatkan aku rasa tertekan. Tambahan pula takde sokongan daripada ketua sendiri buat aku rasa lagi down. Mujur juga ada insan yang masih memahami situasi yang berlaku kepada kami. Kata-kata yang ringkas daripada beliau membuatkan kami yakin dengan kebenaran yang kami lakukan. Terima kasih kepada Puan Pemangku KP.

Aku suka ada yang sudi mendengar. Pengajaran bagi aku dan bos (dan mungkin semua yang membaca ni). Dengar luahan staf. Dengar dari sebelah pihak saja tak mencukupi. Jangan terus menuduh tanpa usul periksa. Belajar terima kritikan.

Monday, November 01, 2010

DuIT PoKEt.BeRcUti

Uweeuuuuu baru masuk dua minggu dapat gaji.....dah hampir separuh buat belanja. Tak bayar hutang lagi tu huhuhuhu.... esok lusa, bayar duit kereta, bil internet dengan takaful.....maunya tinggal baki atas pagar ala-ala nak jatuh tak mau jatuh je...

nak tarik nafas jap.....huuuuuu......


Gara-gara penangan nak melawat tempat orang, aku kena buat perbelanjaan mengikat perut...bukan belanja berhemah ye....

Tapi takpelah...nak berjalan punya pasal.....

Tapi bila difikir-fikrkan balik, bulan 11 ni dapat gaji awal kan
hikhikhik.....
bolehlah nak menampung bayar hutang-hutang yang tergendala...

Ada lebih boleh buat belanja kat negara orang nanti....
Yahooo!
Cuti pun dah diluluskan....duit pun dah bayar kat agen...
Bulan depan dah boleh fly.....
Yeyeh...
Boleh naik kapalterbang lagi.....
Oh yeah!!!

Resipi Baru

Semalam datang angin nak masak Pasta Carbonara. Hari tu mak ada cerita masa rumah terbuka kakak saudara ada buat pasta ni. Mak kata teringin nak buat tapi entah macam mana aku pulak yang jadi tukang masak hehehe.

Sabtu lepas, terus aku cari kat Internet pasal resepi ni. Aku tengok-tengok jugak resepi-resepi yang sesuai sebab kadang-kadang Internet ni tak boleh percaya sangat. Ada sesetengah resepi tu tak masuk dek akal langsung. Masa tengah cari-cari tu, masuklah satu blog ni. Agak ringkas blognya tapi resepi yang diberi dalam tu agak menarik. Jadi aku cuba tengok-tengok resepi lain yang ada dalam tu. Nampak sedap pulak bila setiap resepi tu disertakan gambar, ada sesetengah resepi tu siap ada gambar sebelum dan selepas dimasak. Bila rasa dah puas hati, aku salin resepi. Bukan satu tapi dua resepi aku ambil.

Esok harinya (semalam lah tu!), aku ajak adik kecik temankan aku shopping barang untuk resepi. Puas jugak berpusing dalam pasaraya tu nak mencari bahan segala bagai. Dengan keju yang dua tiga jenisnya, nak cari daging kisar lagi, yogurtlah, entah apa-apa lagi. Sampai je rumah terus aku siapkan bahan. Kalau boleh nak sempat masak sebelum mak pergi kerja. Mujur jugak mak datang tolong. Dapatlah siapkan pasta carbonara tu. Dah siap, mintak mak cuba. Risau takut-takut tak sedap tapi jaranglah resepi yang aku buat tak menjadi. Mak aku kata sedap cuma masin sikit hehehe (tu pun mak yang letak garam dan penambah perisa...) TAPI kiranya menjadi lah kan kan ^_^. Lepas tu aku buat lagi satu resepi, Cheesy Potato. Agak mengambil masa sikit, mak aku tak sempat nak bawa bekal cuma dapat rasa masa balik kerja (aku simpankan untuk mak). Aku suka resepi ni sebab bahannya ringkas dan ada benda yang aku paling suka...KENTANG dan KEJU! Wuuhuu. Terima kasihlah pada puan pemberi resepi ni. Dapat jugak aku masak-masak hahahaha. Kalau nak cuba boleh check kat blog Sy Bakin' & Cookin' (Credits to Pn. Syaliza Ramlan). Ada lagi resepi lain kat situ.

Cakap pasal resepi ni, teringat pulak minggu lepas, buat Mee Sizzling. Dah lama nak buat sebenarnya, bahan-bahan pun dah ada tapi cuma masa je tak ada. Minggu lepas jugaklah yang sempat buat dengan mak. Leceh jugak nak siapkan tapi tetap seronok sebab menjadi jugak. Puas hati!

Sebelum ni pun, ada jugak resepi baru aku belajar. Makaroni Bakar dan Makaroni Keju. Boleh dikatakan tangan aku ni memang menjadi sebab kalau buat je mesti sedap (hahahahaha perasan tak hingat). Kalau nak diikutkan aku ni bukanlah rajin memasak. Leceh tau bab masak-memasak ni tapi kalau angin aku datang semua benda aku nak cuba. Setakat ni semua aku dah cuba cuma aku kurang sikit bab-bab dessert. Setakat puding tu ok lah, kalau kek dengan pastri aku jarang cuba. Sekali je aku pernah cuba buat Butter Cake tapi kek tu kurang menjadi. Tak kembang hehehehe. Lepas tu tak cuba-cuba nak buat kek. Tunggu angin karut-marut sampai baru nak cuba kot hehehehe.

Oklah..nanti nak cuba masakan lain pulak.





p/s: baru aku perasan...semua resepi kat atas tu kebanyakannya western style kan....mat saleh betul (gara-gara tengok channel Food Network kat Astro habis semua resepi barat nak cuba..ahaks)

Monday, October 25, 2010

T.T

Definitely not in the mood for work.....

Rasa nak nangis je....

Ya Allah tabahkanlah hatiku...kuatkan semangatku....

TekaNan.StudEnt.MamPUKah?

Had read those my beloved friend's blog. Masing-masing buat terapi ek?

Kebetulan juga saya membuat terapi tapi dengan cara saya sendiri. Tidak membazir duit cuma membazir tenaga je hahahaha (gaming and gaming and gaming...i like!)

Dengan stress yang diberi orang atasan atas satu kejadian yang membuatkan aku rasa jadi macam tak betul kejap (aku hampir terlibat dalam kemalangan gara-gara tak fokus disebabkan kes itu. Mujur mak tak tau!). Betul-betul menahan perasaan. Student sekarang memang naik minyaklah. Tahukah kamu, staf bawahan seperti kami yang akan menjadi mangsa gara-gara komen tak bertuah kamu. Ingin saya ingatkan masa-masa belajar ni lah kamu perlu diajar supaya menjadi orang yang mempunyai tingkahlaku terpuji bukan orang yang perlu disua-sua. Semua minta mesti dapat!

Aku juga pernah menjadi pelajar dulu. Aku pernah merasa kesusahan menjadi seorang pelajar dulu. Dan sesungguhnya bila aku bekerja nak pulak dalam menguruskan pelanggan(student pulak tu), barulah aku tau rupa-rupanya tak mudah nak ikut kehendak semua orang. Betul! Amat payah. Orang atasan kata lain, staf kita kata lain, student pula minta yang bukan-bukan...yang mana perlu diturut? Akhirnya menjadi orang yang di tengah-tangah akan tersepit seterusnya kelemasan gara-gara nak memenuhi permintaan. Cukup susah untuk bernafas. Namun perlu diteruskan. Kerja itu ibadah. Nawaitu kena betul. Jalan sentiasa diluruskan. Halangan ditempuh. Belajar mengenai kehidupan.

Takpelah STUDENT. Suatu hari nanti kamu akan belajar, dalam dunia pekerjaan yang bezanya beribu kali ganda daripada masa belajar, kamu akan tempuhi. Masa itu kamu akan hargai apa yang kamu lalui dulu. Itu pun kalau kamu ada kesedaran. Kalau tak, lalui lah hidup anda sepertimana orang lain nak bukan seperti apa yang kamu mahu.

Thursday, October 21, 2010

TahNiah!

Oh lupa pulak..yang ni boleh aku cakap....

Cuma nak ucap tahniah kat kawan seorang ni....

Kawan sekelas masa diploma dulu.....Tengku Adil @ budak-budak kelas panggil dia Anton..

Dah sambung belajar kat luar negara..Melbourne, Australia. Aku tak sempat nak tanya dia sambung masters ke PhD...

Sebenarnya segan jugak nak tanya sebab jarang bercakap dengan dia ni huhuhu

Papehal pun tahniah dan selamat maju jaya kat Anton...fuhuhu seronok dapat belajar kat luar negeri.

Mode SeKarang Ni

Teringin nak tulis pasal sesuatu tapi takut nanti ayat tu memakan diri...

Hmmm...baik simpan je dalam hati....

RuMUSan AkTIviTi MiNggU LepAs

Terlalu banyak nak cerita. Banyak perkara berlaku minggu lepas. Jadi pening pulak nak cerita satu-satu. Senang aku buat rumusan apa yang aku rasa terbaik yang aku jumpa sepanjang aktiviti yang aku buat.

Hari Mesra PTAR 2
Tahun ni kali kedua buat hari mesra kat tempat aku. Tapi tahun ni agak grand sikit sebab ada bajet. Kebetulan tempat kami merupakan lokasi terakhir selepas PTAR 1, PTAR FSPU, PTAR 3 & PTAR 4. Jadi kami buat majlis penutupnya sekali. Dan nama aku naik jadi bendahari maka tugas duit advance dan perbelanjaan jadi urusan aku. Risau jugak mula-mula sebab dapat duit advance hampir 3K. Masuk pulak dalam akaun sendiri. Jadi gabra sangat, takut terbelanja duit tu. Mujur gak aku ni seorang yang berhemah (perasan lagi!). Jadi duit tu betul-betul guna untuk urusan hari mesra je. Memandangkan aku jugak merangkap biro aktiviti dan hadiah, jadi kerja bertambah-tambah. Nak mencari-cari hadiah yang sesuai, nak fikir pulak games mana yang menarik. Betul-betul menuntut keperahan otak nak memikirkan idea-idea menarik. Mujur juga dapat bantuan daripada ketua dan staf. Alhamdulillah, perjalanan hari mesra sepanjang 2 hari tu (ditambah dengan majlis penutup pada petang hari terakhir) berjalan dengan lancar. Aku dapat tau daripada bos, majlis kami tu menjadi buah mulut staf-staf yang hadir. Banyak yang memuji kelancaran program dan hadiah-hadiah. Alhamdulillah sekali lagi, berkat usaha kami yang bekerja. Tak sia-sia jugak aku balik lewat ke rumah (selalunya lepas maghrib) selama seminggu semata-mata nak siapkan program ni.

Bengkel Amalan Terbaik
Sekali lagi menjadi urusetia. Kali ni terlibat dengan pendaftaran. Agak sibuk juga memandangkan bukan staf library sini je, staf dari cawangan pun datang jugak. Sehari sebelum, AJK ramai turun padang, kemas dan buat persiapan. Aku tolong bahagian hadiah dan cenderahati masukkan barang dalam door gift. Banyak juga benda dalam goodies bag tu. set manicure, lanyard library, notepad, pensel, button badge (comel sangat), gula-gula dan asam. Sangat menarik! Dan esok harinya aku datang awal. Macam biasa selesaikan hal kerja sendiri dulu, baru uruskan hal bengkel. Alhamdulillah berjalan lancar walaupun terdapat sedikit isu tapi masih terkawal. Pendaftaran dilewatkan sedikit tapi tak menjadi masalah kerana masih mengikut masa yang ditetapkan. Ada satu cerita kat sini. Aku terserempak dengan kawan lama. Masa belajar dulu. Aku dah pernah cerita pasal mak ayah dia meninggal baru-baru ni dalam blog aku. Mula-mula perasan belakang dia tapi tak pasti sama ada betul ke tak orangnya tu. Lepas tu memang dah ditakdirkan kami betul berjumpa, dia betul-betul lalu depan aku. Tak tau macam mana tiba-tiba terpanggil nama dia. Agak terkejut dia bila dengar nama dipanggil. Aku pun jadi terkejut tengok reaksi dia macam tu. Agak lama kami berborak. Macam-macam cerita keluar. Yang paling best, dia boleh bagitau dia mimpikan aku malam sebelum tu. Huuu, bagus betul mimpi dia. Cerita lain, dia ajak aku pergi kenduri kahwin dia bulan 12 ni. Kawan ni siap cakap kalau aku tak datang, dia nak cari aku kat UiTM ni. Huuuuu....aku cuma boleh bagitau dia aku tak berjanji tapi aku usahakan untuk datang. Cerita yang lagi satu aku dengar dan yang ni buat aku rasa kagum, rupa-rupanya ada kawan sekelas kami yang tengah buat PhD. Orang yang aku tak sangka-sangka pulak tu. Tapi mungkin dah rezeki dia. Aku cuma doakan semoga dia berjaya dapatkan title DR. tu. Bila cakap macam tu buat aku terfikir nak sambung belajar je hehehe. Okay habis bab ni.

Bengkel CoP
Kali ni aku jadi peserta. Agak berat pengisian begkel kali ni. Betul-betul sentuh bab pengurusan library. Aku satu kumpulan dengan Kak Fiza(pustakawan PTAR 3 - senior kat kedah dan masa degree) dan Anuar (Puncak Alam - junior masa degree). Yang lain semuanya orang besar-besar. Aku rasa kami bertiga je yang muda-muda dalam group 8 orang tu. Yang bestnya kami bertiga senyap je sebab tak boleh nak mencelah orang-orang senior bercakap. Cuma jadi tukang taip dan cantikkan slide presentation hehehe. Hari tu aku balik lambat gara-gara masa pembentangan yang agak panjang.

Hari Persaraan Ketua Pustakawan
Hari yang agak kelam kabut. Aku jadi urusetia lagi sekali. Kali ni jadi Urusetia sambutan. Banyak protokol kena ikut. Sebabnya Naib Canselor dan orang besar datang. Jadi persiapan kena buat sehabis baik. Bos aku pun dah jadi kelam kabut. Sekejap kat pentas, sekejap kat kerusi tetamu VIP, sekejap kat ruang makan. Kami pun ikut kelam kabut. kaki aku masa tu tak yah cakaplah. Rasa macam tak jejak lantai pun. Walau macam mana pun, majlis tetap berjalan lancar. Aku sempat bertegur sapa dengan Cik Aniey dan Cik Nurul. Puan Azizah dan keluarga En. Haron pun datang jugak. Puan nampak makin cantik. Sempat dia tanya kat aku dia nampak cantik ke tak? hehehe. Aku menjawab dengan seikhlas hatinya yang dia memang cantik. Yang seronoknya, walaupun VC sibuk dengan tugas dan sepatutnya beliau cuma datang sekejap je tapi VC memang seorang yang sporting. Beliau dan isteri sanggup tunggu sampai habis majlis. Siap makan-makan lagi. Bila acara "send-off" tu agak sedih. Aku sebenarnya tak nak menangis pun tapi entah kenapa bila terpandang Puan Azizah pastu tengok En. Haron salam dengan staf-staf terus je airmata aku bergenang. Puan Azizah yang cool tu terus je bagi tisu kat aku. Alih-alih tengok dia pun menangis jugak hehehe. Anyway happy pension day to Tn. Hj. Haron. Hmmm, dah takde orang yang happy go lucky macam En. Haron nak tegur-tegur staf. Tapi apa-apa pun kami dah ada big big boss baru hehehe...peace  ^_^ v

Tuesday, October 12, 2010

CeriTa kerJa.sTudeNt.

Pagi ni rasa ngantuk sangat. Sama ada aku tak cukup tidur ataupun kesan ubat batuk yang tak hilang lagi. Tekak pun rasa tak selesa je. Asyik-asyik batuk. Sampai mencucuk-cucuk dada. Sakit huhu T_T.

Tapi, walau sakit macam mana pun kerja tetap kena jalan. Pagi ni mungkin tak sibuk sangat. Cuma siapkan kerja-kerja hakiki. Statistik yang perlu disiapkan dengan diari aktiviti yang perlu ditambah. Tengahari dan petang karang mungkin agak sibuk. Persiapan tempat dan raptai untuk bengkel esok.

Aku dah siap bawa bekal baju lebih. T-shirt free library bagi sempena bengkel. Hadiah atas sumbangan staf library yang berusaha sungguh-sungguh dalam pekerjaan hehehe. Kaler biru turqoise. Sekali pandang macam kaler baju tempat kerja lama aku. Memang tak lari dari kaler favorite aku.

Student pulak macam biasa, banyak kunjungan. masing-masing tengah sibuk nak siapkan assignment. Memandangkan minggu ni minggu terakhir kuliah sebelum masuk study week. Sekejap je rasa. Lagi dua minggu mereka nak exam. Ah! teringat kenangan masa belajar dulu. Seronok!

Hmmm, semalam dah dapat surat salinan permohonan. Harap-harap diluluskan. Dapatlah pergi luar negara sekali lagi. Sibuk aku nak mengumpul duit nak bayar ke agensi dan nak berbelanja sakan hehehehe. Mak pun dah bagitau awal-awal suruh sediakan duit tukaran. Huhuhu tak sabarnya....

p/s: ariza, aku terjumpa orang yang sebijik macam sharizal kat sini. Aku ingatkan dia sambung belajar balik hehehe rupa-rupanya orang lain. Haa..lagi satu, terjumpa dengan orang yang mukanya sama macam Zain tapi yang ni lagi hensem ;) hahahaha. Kerja kat library jugak tapi kat bahagian lain.

Monday, October 11, 2010

Aku MenGomel

Setelah menyiapkan pelarasan bajet program hari mesra, otak aku kena dibahagi lagi untuk majlis-majlis besar yang lain. Ditambah lagi dengan kerja hakiki yang masih tertinggal tak dibuat kerana banyak program lain yang menuntut tanggungjawab yang besar. Kadang-kadang rasa macam robot pun ada. Buat banyak benda dalam satu masa. Kadang-kadang rasa macam komputer pun ada. Sekejap On kat situ, Off kat lain, hibernate benda lain, Run benda lain. Mujur otak ni ada banyak saraf. Boleh bahagi pada banyak benda. Kira terer gak aku sebab masih tak keliru dengan tugas-tugas aku yang kena jadi macam-macam rupa bentuk AJK.

Pagi tadi baru habis mesyuarat AJK sambutan Majlis Pesaraan Ketua Pustakawan. Ada gak tugasan mencabar. Antara tetamu yang hadir ialah Dato' VC. Sememangnya perlukan protokol. Jadi kami berbahagi tugas untuk menyambut tetamu-tetamu VIP.

Baru jap tadi dapat t-shirt hadiah sempena Bengkel Amalan Terbaik. Esok kena pakai t-shirt untuk kerja persediaan dan raptai bengkel. Mujur ada kat dengan bangunan tempat kerja aku (Library kami tingkat bawah, tempat bengkel tu diadakan kat tingkat atas). Tapi yang pastinya library kami nanti menjadi tempat persinggahan, transit, letak barang, tumpang makan, solat dan lain-lain. Yang penting tugas aku kena berjalan lancar pada hari bengkel tersebut. Mujur ada Kak Syaakirah. Dia yang tolong siapkan senarai peserta bengkel memandangkan aku ada komitmen lain.

Baru siap satu tugasan.....
Belum lagi yang lain-lain. Bengkel CoP tak tau apa cerita. Siapa pesertanya, informasinya takde sape yang maklumkan. emel pun tak nampak. Tak taulah apa jawatankuasa tu buat. Mujur aku dapat tau daripada Bahagian Sumber Manusia. dapatlah sikit-sikit info pasal CoP tu.

Friday, October 08, 2010

SuPer MighTy WoMan

WAAAAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHH!

Puas hati menjerit. Fuh lama gila tak masuk blog ni. Sampai password pun dah hampir-hampir lupa tapi yang magiknya jari tu pantas menekan keyboard menaip password. TANPA memerlukan bantuan otak. SO COOL! Agaknya sebab dah terbiasa heehee.

Tajuk kat atas tu merujuk kepada ME! yang teramat sibuk sepanjang lepas RAYA sehingga habis bulan OKTOBER! Sebabnya terlalu banyak program berjalan secara berturutan, tertib serta menarik tertarik aku memang meletup! (Apa ni?)

tak boleh bercerita panjang. Korang suma tengok list dah bawah pun dah tau berapa banyak kerja aku kena buat ok.

Kerja Aku
1) Hari Mesra FSPU - Urusetia -> 21 Sep 2010
2) Hari Mesra PTAR 3 & 4 - Urusetia -> 22-23 Sept 2010
3) Hari Mesra PTAR 2 - Urusetia -> 5-6 Okt 2010
4) Majlis Penutup Hari Mesra PTAR - Bendahari + AJK Aktiviti, Hadiah -> 6 Okt 2010
5) Hari Mesra INTEC -> 7 Okt 2010
6) Bengkel Amalan Terbaik - AJK Sambutan & Pendaftaran -> 13 Okt 2010
7) Bengkel CoP -> 14 Okt 2010
8) Majlis Persaraan Ketua Pustakawan - AJK Sambutan ->15 Okt 2010
9) Temujanji dengan pakar ENT ->19 Okt 2010
10) Mini Konvensyen KIK Zon Tengah UiTM - AJK Pengangkutan & Logistik - 26-27 Okt 2010

See... banyak kan.... I suka....kerja hakiki tak campur lagi ni hehehe...memang very the Super Mighty woman.

p/s: saya demam hari ni tapi datang kerja jugak. pekerja yang berdedikasi kan (saja nak puji diri sendiri)

Tuesday, September 07, 2010

EnTri GambAr DaLam HanDpHonE AkU

Ni gambar-gambar yang ada dalam HP aku. Saja nak tayang kat sini hehehehe

Yang ni masa pergi berbuka dengan kawan baik hari Sabtu lepas kat Wangsa Walk Mall


Yang ni pulak gambar donut bentuk sushi dari Big Apple..comel sangat

Gambar yang ni masa pergi pesta flora kt Putrajaya


Last sekali, gambar ikan kat Akuarium Shah Alam

PerliNdunGan daN SimpAnan

Heh...senang cerita bendanya ialah takaful (aku tak suka panggil insurans sebab maksud dan cara tak sama). Apa-apa hal pun aku dah selamat mengurus duit(dalam erti kata lain, mengopak. Kalau nak sedap, menyimpan duit) aku tiap-tiap bulan untuk takaful ni. Bukan apa, jaminan masa hadapan. Aku ni bolehlah nak mengurus sikit-sikit pasal duit. Cuma, kadang-kadang tu TERLEBIH belanja sikit hehehe.

Puas jugak aku mencari mana-mana takaful yang sesuai tapi yang ni jugak aku berkenan. Banyak faedah. Di kesempatan ini jugak, aku nak promosikan kawan baik aku ni. Dialah yang jadi ejen aku sekarang.

Oh ya lupa pulak, aku ambil Prudential BSN Takaful. Aku suka sebab banyak bagi aku faedah. Salah satu, cara Islam yang halal (maknanya tak ada Riba'). Yang lain ialah kad perubatan. Walaupun aku ni kerja kerajaan yang mana kebanyakan kos perubatan adalah percuma tapi malang tu tak berbau kan. Kemalangan boleh berlaku di mana-mana. Jadi untuk memudahkan aku nak bayar dan menjimatkan kos perubatan, maka aku ambil takaful ni.

Aku tak nak cerita panjang-panjang. Nak tau lebih lanjut, korang semua boleh pergi blog dia kat SINI. Nanti korang boleh tanya banyak-banyak.

p/s: Takpe kan dekni aku tolong promote kamu ye hehehe (nanti aku letak kat ruang iklan aku)

NoVel Lain PulAk

Hiaarrrhh!

Hahaha...saja nak jerit-jerit macam tu. Pagi-pagi dah bukak blog lepas selesaikan kerja yang wajib dibuat. Kerja sampingan, kejap lagi sambung. Hari ni datang awal ke opis. Pukul 7.30 dah mula buat kerja apa-apa yang patut. Pastu sambung buat shelf reading campur kemas-kemas sikit kat bahagian novel. Bila dah kemas tu, mulalah tangan gatal-gatal nak belek-belek novel. Kebanyakan aku ambil novel English sebab novel Melayu aku boleh baca koleksi emak yang dah ada beratus tu. Sempat sambar dua buah novel. Ah, novel yang dulu aku ambil "Mr Fabolous and friends" tu tak sempat aku nak habiskan sebab jalan ceritanya agak kureng. Jadi tinggal "Re-inventing Tara" je. Sekarang ni aku tambah novel lain untuk jadi bahan bacaan masa kat kampung (entah ada masa ke tak nak baca nanti).

"The Party Season" by Sarah Mason dan "Number Ten" by Sue Townsend. Cover buku cantik! Tengok jalan cerita pun ok, jadi aku ambil je la. Hopefully interesting.

 

Monday, September 06, 2010

Persediaan RaYA

Hari ni masuk hari yang ke 27 berpuasa. Tinggal 3 hari nak raya, InsyaAllah maka dengan itu, tinggal berbaki 2 hari kerja sebelum aku bercuti. Tahun ni aku ambil cuti agak lama. Dalam 8 hari, mula Khamis ni sampai Khamis minggu depan. Pelan habiskan cuti kat kampung semuanya. Huu, tak sabar-sabar. Banyak aktiviti nak buat sempena raya ni. Mak pun bersemangat kali ni. Beriya-iya buat kuih raya pelbagai jenis. Kira-kira dalam 8 jenis dah ada sekarang. Belum campur dengan yang dibeli. Oh ya, dalam 8 jenis tu ada beberapa kuih yang aku buat tau ehehehe. Tetiba rajin pulak nak buat. Sebelum ni aku bukan tak nak buat tapi takut. Takut tak jadi. Tapi lepas aku dah train skill aku dengan begitu mantop, maka kali ni aku buat dengan mudah (bukan nak riak tau!). Lepas ni boleh pelawa Tok rasa kuih aku hehehe. Tok suka benda-benda manis ni. Ingat lagi sampai sekarang favorite dia air Coke. Kalau dia dapat air tu sebotol yang 1.5L tu pun boleh habis hehehehe.

Raya tahun ni sama macam tahun lepas. Bawa dua buah kereta. Yang pastinya Saga aku akan jadi mangsa. Awal-awal lagi aku dah topup Touch 'N Go banyak-banyak. Senang sikit. Tambah pulak pakai Smart Tag lagi pantas jadinya. I like! Ayah pun aku dah siap belikan Smart Tag baru. Kenapa aku kena beli? Sebab aku cekau dia punya. Nak tak nak kena ganti lain lah.

Rasa-rasanya tahun ni memang banyak barang nak kena bawa balik ke kampung. Walaupun tahun ni aku rasa paling banyak sekali menjengah balik ke kampung tapi takpe aku tak kisah. Janji Tok gembira, mak ayah pun gembira. Adik-adik tak yah cakaplah, masing-masing duk fikir tak dapat tengok channel Astro kat kampung. Dah siap plan aktiviti-aktiviti nak menghilangkan bosan duduk lama-lama kat kampung. Aku? Selagi ada novel, komik, buku Sudoku, Word Search, aku takkan bosan.

Malam ni nak tolong emak ayah masukkan duit raya dalam sampul. Huhuhu, aku pun sama, kena keluarkan pengeras duit raya. Mengenangkan anak-anak buah yang begitu ramai, rasanya macam tak cukup je tapi takpe yakinkan diri supaya cukup. Janji mereka semua senyum bila mintak duit raya dengan mak long diaorang ni kan kan.

Okay...Selamat Hari Raya semua! Semoga raya ni menjadi satu hari kemenangan yang terindah dan terbaik! Jangan lupa datang rumah terbuka aku nanti ye. Nak datang masa bukan rumah terbuka pun boleh tapi pastikan tuan rumah ada ye hehehehe

Salam TakZiah

Aku cuma nak ucapkan takziah pada seseorang atas kematian ibu bapa beliau dalam kemalangan baru-baru ini. Walaupun dia mungkin tak tahu kewujudan blog aku ni, aku cuma nak menyampaikan salam takziah atas kesedaran sesama umat Islam.

Mungkin dah lama benar aku tak menegur dia atas sebab-sebab tertentu tapi percayalah aku sedikit pun tak ada perasaan yang tak elok pada dia. Jangan bimbang, aku tak pernah membenci dia, cuma kurang bertanya khabar. Sungguh aku bukan seorang yang pendendam. Sudah lama aku biarkan kejadian yang dulu tu berlalu.

Berita kemalangan yang aku dengar daripada kawan buat aku rasa terkejut. Serta-merta aku mengingatkan diri bahawa ajal bila-bila masa je boleh tiba. Kesemuanya sudah ditentukan. Aku berharap beliau sekeluarga akan tabah menghadapi dugaan Tuhan. Simpati juga mengenangkan beliau sudah menjadi seorang anak yatim piatu. Ditambah pula dengan hari raya yang akan menjelang tak lama lagi. Sungguh berat dugaan beliau sekeluarga.

Pada Hanis Diyana, Salam takziah daripada aku. Semoga roh ibu bapa kamu dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Friday, September 03, 2010

SeNyuM

Hari ni rasa nak senyum je. Kenapa entah? Kerja ada je. Banyak macam selalu. Tak pernah putus-putus mesyuarat. Masuk hari ni campur dengan dua hari lepas aku kerja dah 5 kali aku ada mesyuarat. Bulan puasa tahun ni banyak benar mesyuarat. banyak benda nak kena buat lepas raya ni.

Checklist program lepas raya
a) Hari Mesra kat tiga tempat - PTAR3&PTAR4, PTAR FSPU & PTAR2
b) Bengkel Amalan Terbaik
c) Bengkel COP
d) Hari persaraan Ketua Pustakawan
e) Mini Konvensyen KIK
f) Bengkel Fail Meja

hmmm....banyak....banyak....

tapi takpe...rasa nak senyum jugak...


Senyum tu kan sedekah ;)

hehehe

Friday, August 27, 2010

[UPDATE]RuMusaN InduKsi

Akhirnya..benda yang dijanjikan dah tiba...

Banyak benda aku nak cerita ni. Banyak benda aku terjah sepanjang dua minggu lebih aku berkursus. Belum lagi tambah cerita aku balik kampung. Jadi, aku mula satu-satu dulu. Kita mulakan dengan induksi ye.

Aku bertolak kat sana dengan menumpang kawan satu jabatan. Kami berempat (aku, Ayu, Moja@Hafiz, Farabie) bertolak dengan kereta Moja dan kami berkonvoi dengan 3 buah kereta lain. Yang aku kenal masa tu cuma Anuar dengan Amir. Yang lagi dua orang tu tak kenal (tapi aku kenal diaorang dah masa kursus tu...lama beb! dua minggu tu...). Kami sampai Perak dalam pukul 3. Masa sampai, aku dan Ayu daftar bilik dan ambil seterika tapi lepas tu kena tukar bilik lain sebab bilik kami air-cond rosak. Lepas tu, kami dibahagi kumpulan dan aku dengan Ayu bernasib baik dapat satu kumpulan (itu pun ada bantuan hehehehe). Lepas tu, aku cerita dalam bentuk rumusan seminggu sebab aku malas nak taip panjang-panjang.

Minggu Pertama
Hari pertama, kami dah dibahagi dua kumpulan besar (Wawasan dan Warisan) dan kami menggunakan dua dewan yang berbeza mengikut nama kumpulan. Aku dan yang lain-lain dalam Wawasan. Masa kat dewan pulak kami dibahagi lagi dalam kumpulan yang kecil. Aku dan Ayu dalam kumpulan 10 dan tambah dengan ahli-ahli yang lain, kami semua ada 11 orang. Kami semua kena buat aktiviti membina kumpulan dan menara impian. Oh, aku lupa. Aku dilantik menjadi penolong ketua kumpulan. Tugas yang tak akan lari jauh dari aku tak kira mana-mana aku pergi. Mesti ada je jawatan aku kena pegang. Okay, sambung balik. Lepas dah buat carta organisasi, logo, bendera, visi, misi dan menara, kena buat pembentangan malam tu. Semua ada 5 kumpulan dan macam biasa kumpulan kami yang terakhir. Aku rasa kumpulan kami buat yang terbaik dan yang lain pun ok tapi ada benda yang buat aku terasa malam tu tapi aku tak mau fikir bukan-bukan, jadi aku stop kat situ je. Lepas tu, kami ada kelas tiap-tiap hari dan yang penting tiap-tiap pagi kami kena menyanyi lagu Negaraku dan Wawasan 2020. Tapi yang best, kami makan 6 kali sehari tu pun minggu kedua aku dah muak sebab menu sama je. Dalam minggu tu jugak kami diberi tugasan. Dua tugasan individu dan dua tugasan kumpulan. Tugasan individu tak susah tapi kena buat tiap-tiap hari. Buku kerja tu tiap kali penceramah habis bagi ceramah kami kena tulis balik kandungan ceramah dalam point-point. Ada 10 point untuk setiap tajuk dan tak silap aku ada dalam hampir 20 tajuk yang ada. Aku sememangnya buat dengan bersungguh-sungguh sebab selalu disogok cerita-cerita orang gagal oleh penceramah setiap kali kelas. Buat takut hamba saja...padahal takdelah gempak sangat yang beria-ia kata orang ramai gagal. Kalau nak tahu kenapa aku kena bersungguh-sungguh, sebabnya di penghujung induksi ada peperiksaan, jadi, nak kena studi. Memang agak mencabar jugak, sebab masa untuk studi tu boleh dikatakan takde. Setiap hari, ada aje aktiviti kena buat sampai ke malam. Bila dah balik bilik, tak fikir benda lain dah. Badan mesti dah buat port baik atas tilam, lepas tu Zzzzz...
Dalam dua minggu induksi tu, cuma ada sehari je cuti. Masa tu pulak nak kena siapkan kerja-kerja lain yang kena dibuat. Dengan assignment individu,kumpulan, aktiviti berkumpulan, nak kena prepare pulak untuk buat persembahan masa malam gala lagi, memang penuh masa cuti tu dimanfaatkan. Lagi sekali tak dapat studi.

Minggu Kedua
Minggu paling sibuk. Dengan aktiviti sukaneka yang bermacam-macam ragam (tak terkecuali aku)..dengan kelas lagi..fuhhh,memang sibuk. Aku rasa takde kerja lain dah aku buat sepanjang kursus. Rutin yang sama je. Pagi breakfast, pastu pergi kelas, pastu minum pagi, pastu kelas balik, makan tengahari pulak, solat, pastu masuk kelas lagi, minum petang, aktiviti riadah, makan malam, buat kerja individu, tengah malam baru tidur. Haa, macam tulah tiap-tiap hari. Tpai, time sukaneka tu best. aku paling suka part main tarik tali. Beria-ia aku tarik sampai luka tapak tangan. Tapi berbaloi! menang tau. Puas jugaklah. Dapat merehatkan otak setelah disumbat dengan macam-macam isi ceramah masa kelas. Yang lagi seronok bila dapat siapkan group assignment. Aku dapat rasakan aura puas terpancar kat muka aku bila pegang assignment yang dah siap dibinding tu. Bukannya satu tapi dua. Agak bangga jugaklah dengan group sendiri masa tu, dapat siapkan kerja. Yang selepas ni lagi best, kami kena fikir idea untuk buat persembahan untuk malam dinner. Mula-mula dah ada idea nak buat rakaman video - sketsa pasal nilai-nilai murni. entah macam mana, ustaz rahman(ketua kumpulan aku...kami panggil dia ustaz sebab dia ada aura ustaz hehehe) bagitau kumpulan kami (kumpulan 10 Wawasan) kena bergabung dengan kumpulan 5 Warisan. Jadi, nak tak nak, aku kena pergi meeting dengan kumpulan belah sana. Kira aku, ustaz dan En. Ariffin jadi wakil kumpulan yang kena pergi berbincang. Mula-mula bincang, aku dengan uztaz pakat nak kekalkan idea dan kumpulan sebelah sana ok. Sebab diaorang baru nak brainstorm idea nak buat persembahan. Mula-mula nak buat Sketsa P Ramlee tapi lepas tu tak jadi sebab diaorang kata nak cari sesuatu yang hampir sama dengan kumpulan kami. Yelah, at least tak lari jauhla topik. Entah macam mana, ada seorang ahli kumpulan bagi cadangan suruh buat boria, masa tu kebetulan dia tengah tengok boria dalam YouTube. Dan kebetulan ahli-ahli kumpulan sana memang happening. masing-masing otak gila-gila, jadi semua setuju nak buat. Yang bestnya, sorang pun tak tau nak menari boria! Masalahnya masing-masing dah gian goyang tangan, tapi tak tau nak koreograf. Masa tulah jugak, aku rasa aku buat statement yang aku rasa nak cekik diri sendiri lepas tu. Aku tercakap kat ustaz yang aku pernah menari boria dulu (gara-gara jambori komander tu punya pasal) dan kebetulan ketua kumpulan 5 yang kebetulan jugak ahli-ahli diaorang panggil ustaz fauzi (kami punya ketua nama ustaz rahman hahaha berapa kali aku nak sebut nama dia) terdengar aku cakap macam tu. dan secara automatiknya aku dilantik pengajar menari boria secara tak rasmi. SUNGGUHLA!..aku rasa nak ketuk-ketuk je kepala aku masa tu tapi nak buat macam mana...Mula-mula tu memang segan sangat..sebab kumpulan sana ramai lelaki dah tu pulak perangai sorang-sorang huuu seriously crazy...tapi lepas-lepas tu jadi kelakar pun ada. Sebab masing-masing kayu. Susah nak menari. Puas jugak aku jerit macam Linda Jasmin dalam Akademi Fantasia nak mengajar diaorang menari (baru ku tahu ku ada bakat lain sebenarnya hehehehe). First day, memang kelakar. Lagu dah ada (Boria Miskin Kaya - Senario). Aku ciptalah sikit-sikit geraktari yang ringkas supaya senang mamat dan minah kayu ni boleh menari. masing-masing berterabur menari. Ikut gaya suka hati sendiri. Tapi enjoy! bila dah lepas berlatih, diaorang ada ajak ahli-ahli kumpulan kami join. Dan-dan time tu jugak ustaz rahman suruh aku dengan En. Ariffin join. Siap tanya lagi sapa lagi yang boleh join. So, masa kami balik bincang dengan kumpulan, ada jugaklah yang nak join, tapi tak ramai. Memandangkan masa persembahan tu lama (dalam 10 minit), jadi kami bahagi dua. Kumpulan 5 buat boria dan kumpulan kami buat group video. Tapi 4 orang ahli termasuk aku kena masuk boria. Kami ambil masa 3 hari je nak berlatih boria dan alhamdulillah tak sia-sia. Masa malam gala tu, kumpulan kami yang paling banyak dapat sambutan hehehehe...masing-masing happy. aku ingat lagi masa menari tu memang terpaksa buang perasaan segan. Mula-mula jelah rasa segan, lepas tu bila dah duduk atas pentas tu, aku rasa dah tak ingat hapa pun. Syok menari hahahaha! memang best, sampaikan geng-geng boria tu cakap dengan aku diaorang tak puas. Rasa nak naik balik atas pentas tu dan menari lagi. hahahahaha asbestos punya perangai. Tak sedar tinggal sehari je nak exam. Hari-hari terakhir macam biasalah, sibuk nak hantar semua kerja-kerja dan studi untuk exam. aku ingat lagi, masa studi tu, aku banyak tidur hehe penat tak hilang lagi. Tapi biasalah, cakap hal studi mulalah mulut tu nak menguap je. Tapi bersengkang mata jugaklah baca nota-nota yang tebal sangat tu. Bila time exam tu, punyalah nervous sampai teringat-ingat masa belajar dulu. otak sibuk menghafal macam-macam ayat azimat. Alhamdulillah, aku rasa berbaloi jugak tidur pukul 2 pagi, soalan tu aku boleh je jawab. Rasa macam air mengalir, idea dalam otak aku masa tu. Dapat keberkatan kot hehehe...

Apa-apa hal pun, aku dah berjaya lepasi induksi tu. cuma tak tau apa keputusannya. Aku harap luluslah hendaknya...amin...


Ni aku letak gambar-gambar masa kejadian. Have a look ;)
Ahli kumpulan aku - TITAN (Kump. 10)


Menara kumpulan kami - Menara Pandora
Ni kami punya carta - Pandora Tree

Tengah sibuk buat assignment kumpulan. Serius tu
Masa Sukaneka (muka aku terlindung belakang kakak pakai tudung pink huhu)
Yeah! Kumpulan Boria 5 & 10. Best wooo!


sumber: Noredayu pic's. Thanks Ayue!

Thursday, August 26, 2010

SelAmaT Hari KemErdekaAn!!

Sebelum aku terlupa, aku nak ucap Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-berapa adik-adik?
Tak tau?..
Meh sini nak bagitau
Kita sekarang menyambut kemerdekaan yang ke-53 ya adik-adik sekalian.

Tak tau tema merdeka tahun ni?
Tak tau jugak?
Ok...kakak pustakawan nak bagitau lagi...
Tema tahun ni ialah "1 Malaysia menjana tranformasi"

Nak tau logonya macam mana?
Nak tunjukla ni..
Macam ni ha...

Nak tau rasionalnya logo ni?
Logo ini melambangkan Visi Negara iaitu mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Ia mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa

Lagu baru sempena kemerdekaan juga ada. Liriknya kat bawah


LAGU 1MALAYSIA


Berdiri teguh di bumi nyata
Untuk Semangat Satu Malaysia
Sepakat Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan

Perpaduan Merapat-rapat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia


Korus

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus 2x

Satu Malaysia untuk semua

Pencipta Lagu : Nik Nizam
Penulis Lirik : Lokgha



Ok...Tu aje..terima kasih...

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia!

TazKiRah BulaN RamaDhan

Tadi pergi PTAR1 dengar tazkirah. Banyak ilmu baru belajar lagi hari ni. Nak pula Ustazah yang memberi tazkirah tu sungguh bersemangat walaupun dalam bulan puasa. Terima kasih Ustazah Hjh. Norrihah!

Antara yang sempat aku tangkap masa dengar tazkirah tu:
- Bulan Ramadhan adalah bulan penghapus segala dosa dan merupakan bulan keberkatan.
- Bulan Ramadhan merupakan masa untuk kita menjaga kesempurnaan zahir dan batin
- Bulan dilimpahi nikmat yang banyak
- Bulan rezeki yang melimpah ruah

Ada satu perkara yang aku suka masa Ustazah bagi. Beliau ada beritahu Bulan Ramadhan ni merupakan bulan bonus pahala untuk lelaki dan perempuan dengan mengerjakan "sunat luarbiasa" untuk pasangan yang berkahwin. Bonus pahala untuk lelaki adalah membenarkan isterinya bangun awal untuk melakukan solat sunat Tahajjud dan lelaki itu sendiri yang menyiapkan makanan untuk bersahur. Manakala yang wanita kerana melakukan solat-solat sunat pada waktu malam yang tak dapat dilakukan pada bulan-bulan biasa. Menarik kan!

Lagi satu, Bulan Ramadhan adalah bulan "berjemaah". Sebabnya satu keluarga dapat mengeratkan silaturrahim ketika "berjemaah" semasa sahur, "berjemaah" semasa berbuka, lagi untung "berjemaah" waktu Maghrib dan yang kelakar tapi masih relevan nak shopping raya pun "berjemaah" :)

Sedekah paling afdal adalah sedekah di bulan Ramadhan.

4 golongan yang syurga rindukan ialah:
- pembaca Al-Quran
- orang yang memelihara lisan
- orang yang memberi makan pada orang yang lapar
- orang yang berpuasa di bulan Ramadhan

Akhir sekali, "Seseorang yang memberi makan pada orang yang berpuasa akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu"

Friday, August 20, 2010

BooK That HavE ReaD and goiNg tO be ReaD

Just finished read a book Arousing Suspicions by Marianne Stillings. Very sexy suspense. A good story indeed (walaupun cover buku tu menimbulkan isu-isu seksualiti hehe sebab tu saya tak letak...ala, bukan teruk mana pun gambar tu...cuma peluk-peluk je). It is a story about a dream interpretor named Tabitha accidently involved in a series of murder cases  in California which lead her to Inspector Nate Darling, a young handsome detective. She who has a gift that can see a vision of someone's dream just by touching them, interpreted one of her clients  whom having a few bad dreams - and it's all about murdering people. Next day, a news came out on someone being murdered and the surprise is the victim was being murdered exactly like the visions Tabitha had from her client. Inspector Nate investigate the case but seems not to believe Tabitha.  But after another cases which had the exact details like Tabitha's information, he suspects Tabitha may have connections to those cases. Kalau nak tahu selanjutnya, baca sendiri ye hehehehe..Morals of this story are appreciate your gifted talent and do not underestimate someone's talent. Even though people might not believe you, be strong and confident of who you are.

Okay, continue to read another book or books, I guess ;). 'Re-inventing Tara' by Lennox Morrison and 'Mister Fabulous and Friends' by Celia Brayfiled