Thursday, December 16, 2010

Adik AngKat.FeElingS.EiTher FriEnd Or LovE.

Malam tadi, aku keluar. Punya lama tak keluar malam. Semuanya pasal adik angkat aku. Dia ajak keluar. Katanya tension sangat. Mulanya tak nak keluar sebab memikirkan kepenatan badan dan otak disebabkan SKT tapi kesian pulak kat dia, aku pun jadi je lah.

Aku cakap dengan mak..kata keluar dengan kawan. Mak aku tanya siapa? Aku diam sekejap. Tak tau nak cakap apa...last last aku terpaksa tipu...Maaf sangat-sangat mak. Aku cuma kata nak ke Platinum Walk.

Sampai je kat rumah adik angkat aku, dia ajak pergi Selayang. Ke kolam air panas. Aku setuju je. Sebenarnya aku tak mau pergi jauh-jauh tapi tengok muka dia yang semacam tu, aku tak terkata apa-apa. Sepanjang perjalanan memang kami senyap. Dia senyap sebab tension, aku diam sebab penat. Masa tu terfikir gak macam mana nanti kalau dah sampai kat sana kami diam jugak. Huhuhu aku tak tau nak cakap apa. Dan sememangnya aku seorang yang susah untuk mulakan perbualan kalau topik tak ada.

Tapi bila dah sampai je, kami cari gerai makan, duduk, order air, lepas tu habis satu-satu ayat keluar dari mulut adik angkat aku tu. Aku dengar je lah. Kadang-kadang menyampuk sikit. Bila makin lama duduk, makin rancak pulak kitaorang borak-borak. Siap masing-masing buat lawak, gelak-gelak. Jadi lega pulak. Takdelah hambar sangat rasanya.

Kadang-kadang aku tak terasa pun yang kitaorang ni baru kenal. Rasanya macam dah bertahun-tahun kenal. Punyalah nak kata betapa rapatnya(maksud aku dari segi perbualan ye...bukan tempat duduk) kami masa tu. Macam dah kamceng habis. Sampai tak sedar kitaorang lepak sampai pukul 11 malam.

Tapi satu yang buat aku rasa risau sekarang. Aku dah mula perasan yang adik angkat aku ni macam dah ada rasa suka kat aku. Aku jadi nervous pulak. Aku tak maulah fikir bukan-bukan tapi dari cara dia cakap tu aku rasa aku boleh agak.

Aku bukan tak suka dia. Dia memang seorang kawan yang best. Boleh borak apa saja. Boleh kongsi cerita. Tapi dari segi perasaan, aku memang kawal diri aku. Macam terasa ada tembok kat depan aku yang aku cipta sendiri. Pasal apa? aku pun tak tau. Tapi cerita kami memang banyak persamaan. Sebab tu aku rasa aku boleh kamceng dengan dia. Dia faham aku, aku faham dia. Tapi sampai bila kami jadi kawan? Hanya Tuhan saja yang tahu...

Nota kaki: I tend to not letting my feelings get me because i don't want to get hurt or hurting somebody. Am I right or wrong?

5 comments:

pelangioren said...

adik angkat...
hurm..sumtimes a lil bit hard to evaluate them..
the feeling yg ada pada kita dan pada diorg kdg berbeza..

ninaAlona said...

Btul tu...dh nma pn adik agkt..of coz dorg muda lg...pd aku..biar dorg lps bebas...byk lg peluang jmpa dgn org len..
kita just a guidance for certain things...tp tula...biler b'kaitan dgn feeling ni...i dunno what to say...sbb bkn ats kemahuan kita..

RiZa said...

layankan aje perasaan tu tapi jgn smpai mkn diri. kalo tak pasti mohon petunjuk dari-NYA. kadang2 ape yg kita rasa terhadap org tu tak sama dengan apa yg orang tu rasa terhadap diri kita. begitulah sebaliknya..

Cik Waniey said...

along.. cerita pasal adik angkat.. aku pon sama macam ko. dak ni satu tpt keje ngn aku.. ko taw smlm dia luahkan perasaan kat aku yg dia kata dia suka aku... satu perkara yang amat tekejut bagi aku... dan benda ni melibatkan org ketiga bila dia cite kat satu kwn yg lain dia sedih sbb aku rejek dia... entah laa~

ninaAlona said...

Jd misteri lak mnda2 camni...tak mau pkrkan sgt...