Hari ni kat opis tak ramai staf. Ada lebih kurang 10 orang daripada jumlah yang sepatutnya 19 orang. Bos aku pergi Penang. Ada kursus kat sana start semalam. Tinggal aku dan Kak Syaakirah, pegawai yang ada kat sini. Staf yang lain pergi kursus juga. Kat Jempol, Negeri Sembilan. Empat orang yang pergi. Staf yang lain ada yang bercuti.
Suasana kat sini macam biasa. Kurang pengguna sebab masih dalam mode cuti semester. Tapi ada juga student yang datang ke library. Kebanyakannya student Asasi Undang-Undang. Dia orang memang masuk awal. Tapi kat sini ada perubahan lagi. Bilik kerja baru untuk staf dah dibuat semenjak minggu lepas. Semalam, staf angkat meja dan peralatan masing-masing pindah ke tempat baru. Aku pun sama. Kena pindah tempat baru lagi. Rasa-rasanya dalam tahun ni je dah 3 kali aku berpindah tempat. Cuma aku tak masuk je lagi. En Rahman, juruteknik komputer kami tengah upgrading komputer dalam bilik aku. Komputer tu agak lembab sikit jadi kena upgrade sikit nak bagi dia laju.
Disebabkan bos takde, aku lah yang kena memantau tugas-tugas sepanjang proses pemindahan. Berhempas pulas tengok staf angkut barang satu persatu. Sepanjang proses tu juga, kami ada berbincang tentang kedudukan meja staf. Hmmm, harap lepas ni takde masalah takde PC bila suruh buat kerja. Kalau tak jadi haru biru lagi masa nak siapkan SKT baru-baru ni.
Masing-masing pun nampak seronok sikit dah ada tempat baru cuma ada sesetengah kurang berpuas hati. Tak taulah kenapa. Tapi aku bagitau pada mereka perkara macam ni perlu dibiasakan. Perubahan itu penting untuk kebaikan. Cuma takdelah terlalu mengejut. Nanti jadi lain pulak. Perubahan ni kena buat perlahan-lahan. Barulah dapat sesuaikan diri.
Bermula esok, aku dan Kak Syaakirah sibuk balik. Nak buat persiapan sempena kursus hari khamis dan jumaat nanti. Mujur juga buat kat hotel UiTM, jadi persiapan tempat dan makanan dah boleh diuruskan dengan cepat. Cuma tinggal kit kursus untuk dilengkapkan dan tetamu jemputan. Harap-harap takde masalah berlaku. Walaupun dah biasa jadi urusetia kursus, tapi kena jugak berjaga-jaga kan.
0 comments:
Post a Comment