Aku sudah berterus terang. Mengharapkan dia untuk memahami. Tapi nampaknya aku yang kena memahami. Betul kata orang, susah untuk menghalang perasaan seseorang.
Aku sebenarnya rasa serba salah. Aku tak mempunyai apa-apa perasaan pada dia. Dan dia pun mengerti bahawa antara kami adalah kawan tapi macam yang aku cakap tadi susah untuk menghalang dan menidakkan perasaan seseorang.
Tak mahu rasa itu terus membelenggu dia, aku sering beritahu dia agar membuka peluang mengenali orang lain. Lagipun umur dia yang masih muda, masih panjang perjalanan hidup dia. Bak kata orang lagi "Muda-muda kenalah enjoy dulu".
Masih banyak peluang untuk dia. Juga peluang untuk aku muhasabahkan diri. Sampai bila harus aku tutup perasaan ini, aku sendiri tak pasti. Tapi aku sentiasa berdoa agar hati yang tertutup ini akan terbuka suatu hari nanti. Menerima dan menyayangi sepenuh hati.
2 comments:
jgn kata dak master dah r..
lg pn akak mmg ada byk peminat..
len kli psn dak2 muda tu solat istikharah..
thanx faiz...
tp bkn bdk uitm pn...
tp dia tggal kat area kl ni gak..
hahahaha
akak rmai peminat ke?
x tau pn...
akak x wat lg solat istikharah tu...InsyaAllah mlm ni...
Tlg doakn tuk akak skali k...
bg buka jln
Post a Comment