Thursday, October 21, 2010

RuMUSan AkTIviTi MiNggU LepAs

Terlalu banyak nak cerita. Banyak perkara berlaku minggu lepas. Jadi pening pulak nak cerita satu-satu. Senang aku buat rumusan apa yang aku rasa terbaik yang aku jumpa sepanjang aktiviti yang aku buat.

Hari Mesra PTAR 2
Tahun ni kali kedua buat hari mesra kat tempat aku. Tapi tahun ni agak grand sikit sebab ada bajet. Kebetulan tempat kami merupakan lokasi terakhir selepas PTAR 1, PTAR FSPU, PTAR 3 & PTAR 4. Jadi kami buat majlis penutupnya sekali. Dan nama aku naik jadi bendahari maka tugas duit advance dan perbelanjaan jadi urusan aku. Risau jugak mula-mula sebab dapat duit advance hampir 3K. Masuk pulak dalam akaun sendiri. Jadi gabra sangat, takut terbelanja duit tu. Mujur gak aku ni seorang yang berhemah (perasan lagi!). Jadi duit tu betul-betul guna untuk urusan hari mesra je. Memandangkan aku jugak merangkap biro aktiviti dan hadiah, jadi kerja bertambah-tambah. Nak mencari-cari hadiah yang sesuai, nak fikir pulak games mana yang menarik. Betul-betul menuntut keperahan otak nak memikirkan idea-idea menarik. Mujur juga dapat bantuan daripada ketua dan staf. Alhamdulillah, perjalanan hari mesra sepanjang 2 hari tu (ditambah dengan majlis penutup pada petang hari terakhir) berjalan dengan lancar. Aku dapat tau daripada bos, majlis kami tu menjadi buah mulut staf-staf yang hadir. Banyak yang memuji kelancaran program dan hadiah-hadiah. Alhamdulillah sekali lagi, berkat usaha kami yang bekerja. Tak sia-sia jugak aku balik lewat ke rumah (selalunya lepas maghrib) selama seminggu semata-mata nak siapkan program ni.

Bengkel Amalan Terbaik
Sekali lagi menjadi urusetia. Kali ni terlibat dengan pendaftaran. Agak sibuk juga memandangkan bukan staf library sini je, staf dari cawangan pun datang jugak. Sehari sebelum, AJK ramai turun padang, kemas dan buat persiapan. Aku tolong bahagian hadiah dan cenderahati masukkan barang dalam door gift. Banyak juga benda dalam goodies bag tu. set manicure, lanyard library, notepad, pensel, button badge (comel sangat), gula-gula dan asam. Sangat menarik! Dan esok harinya aku datang awal. Macam biasa selesaikan hal kerja sendiri dulu, baru uruskan hal bengkel. Alhamdulillah berjalan lancar walaupun terdapat sedikit isu tapi masih terkawal. Pendaftaran dilewatkan sedikit tapi tak menjadi masalah kerana masih mengikut masa yang ditetapkan. Ada satu cerita kat sini. Aku terserempak dengan kawan lama. Masa belajar dulu. Aku dah pernah cerita pasal mak ayah dia meninggal baru-baru ni dalam blog aku. Mula-mula perasan belakang dia tapi tak pasti sama ada betul ke tak orangnya tu. Lepas tu memang dah ditakdirkan kami betul berjumpa, dia betul-betul lalu depan aku. Tak tau macam mana tiba-tiba terpanggil nama dia. Agak terkejut dia bila dengar nama dipanggil. Aku pun jadi terkejut tengok reaksi dia macam tu. Agak lama kami berborak. Macam-macam cerita keluar. Yang paling best, dia boleh bagitau dia mimpikan aku malam sebelum tu. Huuu, bagus betul mimpi dia. Cerita lain, dia ajak aku pergi kenduri kahwin dia bulan 12 ni. Kawan ni siap cakap kalau aku tak datang, dia nak cari aku kat UiTM ni. Huuuuu....aku cuma boleh bagitau dia aku tak berjanji tapi aku usahakan untuk datang. Cerita yang lagi satu aku dengar dan yang ni buat aku rasa kagum, rupa-rupanya ada kawan sekelas kami yang tengah buat PhD. Orang yang aku tak sangka-sangka pulak tu. Tapi mungkin dah rezeki dia. Aku cuma doakan semoga dia berjaya dapatkan title DR. tu. Bila cakap macam tu buat aku terfikir nak sambung belajar je hehehe. Okay habis bab ni.

Bengkel CoP
Kali ni aku jadi peserta. Agak berat pengisian begkel kali ni. Betul-betul sentuh bab pengurusan library. Aku satu kumpulan dengan Kak Fiza(pustakawan PTAR 3 - senior kat kedah dan masa degree) dan Anuar (Puncak Alam - junior masa degree). Yang lain semuanya orang besar-besar. Aku rasa kami bertiga je yang muda-muda dalam group 8 orang tu. Yang bestnya kami bertiga senyap je sebab tak boleh nak mencelah orang-orang senior bercakap. Cuma jadi tukang taip dan cantikkan slide presentation hehehe. Hari tu aku balik lambat gara-gara masa pembentangan yang agak panjang.

Hari Persaraan Ketua Pustakawan
Hari yang agak kelam kabut. Aku jadi urusetia lagi sekali. Kali ni jadi Urusetia sambutan. Banyak protokol kena ikut. Sebabnya Naib Canselor dan orang besar datang. Jadi persiapan kena buat sehabis baik. Bos aku pun dah jadi kelam kabut. Sekejap kat pentas, sekejap kat kerusi tetamu VIP, sekejap kat ruang makan. Kami pun ikut kelam kabut. kaki aku masa tu tak yah cakaplah. Rasa macam tak jejak lantai pun. Walau macam mana pun, majlis tetap berjalan lancar. Aku sempat bertegur sapa dengan Cik Aniey dan Cik Nurul. Puan Azizah dan keluarga En. Haron pun datang jugak. Puan nampak makin cantik. Sempat dia tanya kat aku dia nampak cantik ke tak? hehehe. Aku menjawab dengan seikhlas hatinya yang dia memang cantik. Yang seronoknya, walaupun VC sibuk dengan tugas dan sepatutnya beliau cuma datang sekejap je tapi VC memang seorang yang sporting. Beliau dan isteri sanggup tunggu sampai habis majlis. Siap makan-makan lagi. Bila acara "send-off" tu agak sedih. Aku sebenarnya tak nak menangis pun tapi entah kenapa bila terpandang Puan Azizah pastu tengok En. Haron salam dengan staf-staf terus je airmata aku bergenang. Puan Azizah yang cool tu terus je bagi tisu kat aku. Alih-alih tengok dia pun menangis jugak hehehe. Anyway happy pension day to Tn. Hj. Haron. Hmmm, dah takde orang yang happy go lucky macam En. Haron nak tegur-tegur staf. Tapi apa-apa pun kami dah ada big big boss baru hehehe...peace  ^_^ v

0 comments: