Wednesday, November 25, 2009

Eheh

Pagi ni ngantuk dan rasa malas tu begitu memuncak ketika bangun. Tapi memandangkan hari ni last day sebelum cuti, terpaksalah ku menggagahkan diri untuk bangun. Dah siap2 (hari ni memang agak lembab aku bersiap, memang betul2 ku paksakan diri) tapi sampai opis tetap awal daripada orang lain. Sebabnya bila dah dalam kereta, memang terasa cam bawak kapal terbang. Kejap je sampai hehehehe.

Sedar tak sedar dah 4 bulan aku kat tempat kerja baru ni (Fuyo!). Rasa cam baru je masuk minggu lepas. Sedar tak sedar gak, aku selalu bangun awal nak pergi keja. Takat ni tak pernah lagi aku bangun lewat yang betul2 lewat hehe. Masa kat tempat kerja dulu ada pernah sekali (eh, dua kali kot) aku terlajak tidur sampai pukul 9. Pergh, masa tu memang kelam kelibut dibuatnya. Gelabah abis tapi tetap cool bila tepon bos "Bos, saya lewat skit. Ada hal peribadi" kuikuikui padahal bangun lambat. Hal peribadi lah konon..ceh. Tapi betul masa tu memang gelabah. Maklumlah baru pertama kali kerja lepas graduate. Rekod nak kena cantekkk!

Tu taklah bermaksud aku nak buat kerja jahat kat tempat baru ni (eheh..skit2 jer hehe). Cuma yela, kalu aku dah terbiasa buat rekod baik (baiklah konon) memang tak pernahlah aku nak buat benda yang tak berfaedah. Tak best lah camtu. Biarlah orang kata aku budak lurus (sebab ikut rules sangat...tapi atas jalanraya ikut suka suki aku je hehe)...ahhh...aku peduli hapa! Janji hidup tak kacau orang. Harap2lah aku dapat kekalkan perangai ku yang ni (bukan yang kat jalanraya tu..adik2 sila jangan ikut perangai saya ni...memandulah dengan berhemah ya).


Haa..pagi tadi pergi singgah main library. Ada tazkirah. Lepas tu ada makan2. Eheh, nasi lemak tu. Banyak betul nasi dia. Semua tu dah siap dalam bungkusan. Jadi, kami amik jer bungkusan tu dan blah. hehehe senang kan...Aku pun tapau je. Balik makan kat tempat aku. Privacy skit hehe.

Hmm, apa lagi ye. Takde dah kot. Oh, cuma hari ni mungkin duduk kat meja rujukan. Ada student datang nak tanya macam2 soalan. Time2 cuti sem pun ada student kan. Takpe2, tanggungjawab tu. Kena laksanakan sebaik mungkin (ayat tak leh tahan)...ok...hwaiting (ni maksudnya berusaha dalam bahasa korea)

0 comments: