Sebenarnya tajuk kat atas tu untuk cerita semalam. Memandangkan semalam tak berkesempatan nak buat entri jadi baru hari ni aku dapat taip. Ok, kenapa jadi hari semalam jadi HARI INI DALAM SEJARAH? Sebabnya ada beberapa benda yang pertama kali dapat aku rasa dalam satu hari. Yang pertama, aku merasa pergi kerja ke Shah Alam naik komuter dari Sentul. Pertama kali juga pergi kerja naik komuter. Pertama kali pergi dan balik kerja menunpang orang sekejap. Banyak kan...
Semuanya berpunca sebab aku tak pergi kerja dengan kereta aku sendiri. Ini pun kira pertama kali jugak aku pergi kerja kat Shah Alam ni tak bawak kereta hehehe.
Kenapa jadi macam tu? Puncanya satu je. Kereta aku kena pecah semalam. Ada orang pecah tingkap dengan niat nak mencuri benda dalam kereta. Malangnya bagi si pencuri tersebut, kereta aku tiada barang berharga disimpan. Malah duit pun aku tak tinggal. Lebih malang lagi bagi si pencuri tu, dashboard aku dah rosak dan tak boleh bukak. Maka mungkin dengan malang yang dirasakan oleh pencuri tersebut, dia sempat merosakkan kereta aku dan berjaya membuat aku rasa malang kerana perlu mengeluarkan wang untuk bayar balik apa yang dia dah rosakkan. Sungguh kesian dan sungguh kurang ajar pencuri itu.
Mungkin korang terfikir kenapa dalam keadaan yang sebegitu cemas, aku masih lagi kena pergi kerja. Percayalah, jika tak ada hal yang begitu penting, aku akan ambil cuti kecemasan. Tetapi, disebabkan aku kena jadi penceramah dan tenaga pengajar untuk sesi latihan kepada rakan-rakan pustakawan satu jabatan pada hari semalam, maka aku tetap kena pergi kerja. Rasa serba salah nak batalkan sesi latihan. Makanan dah tempah, undangan pun dah diberi. Tak mungkinlah nak batalkan. Nak pulak semester baru akan bermula minggu depan. Dah mula sibuk nanti.
Bila bercakap pasal komuter, perkara yang tak boleh lari, tren yang lewat sampai. Selama mana pernah aku naik komuter, rasanya setiap kali akan ada kes tren lewat tiba. Semalam pun sama. Aku dah sampai lebih kurang pukul 7.15. Tren berikutnya dalam 7.40. Sememangnya aku dah berfikir yang aku akan terlewat masuk pejabat memandangkan tinggal lagi 20 minit sebelum msuk waktu. Sedang berfikiran sebegitu, tiba-tiba ada pengumuman yang mengatakan tren akan lewat tiba atas hal yang tak dapat dielakkan. Aku dah mula menggelabah. Bukannya apa, jika masuk pejabat dan terus buat kerja tak apa. Ini aku sedang berada dalam mod sebagai seorang penceramah yang mana waktu aku kena mengajar adalah 9.00 pagi. Dah mula mengira waktu nak sampai pukul berapa nanti.
Sudahnya memang lambat dan aku rasa tak selesa. Seboleh mungkin aku akan tepati janji tetapi mujurlah rakan-rakan dah tau kes aku ni, maka aku dimaafkan. Mujur juga aku berjaya memberi ceramah dengan tenang. Cuma bila masa rehat dan habis ceramah, cepat je aku terfikir pasal kereta tu. Alhamdulillah, mak bagitau kereta dah siap baiki. Risau jugak kalau aku terpaksa ambil cuti hari ni sedangkan banyak kerja lagi nak disiapkan.
Nota kaki: Dugaan pada hari pertama bulan ketiga tahun dua ribu dua belas. 1/3/2012. Ada jugak yang pertama kan kat situ.
0 comments:
Post a Comment