Monday, February 27, 2012

KawAn DataNg RumAH.MajliS Hi-TEa.PertAndinGAn BoliNg

Hujung minggu, ada aktiviti keluar rumah. Sebenarnya dah jarang aku keluar rumah masa hujung minggu. Lebih suka lepak-lepak. Betul-betul jenis orang rumah (homely type). Yelah, nak keluar pun tak tau nak buat apa. Aku ni pulak jenis bukan macam budak perempuan lain yang suka membeli-belah. Duit lebih banyak dihabiskan untuk beli makanan dan aktiviti lain seperti beli DVD anime@cerita jepun dan main boling. Itu pun sekiranya berkesempatan untuk keluar. Jika tidak, duduk di rumah je.

Ok, berbalik kepada cerita. Selasa lepas terima kunjungan member (Cik Aney) yang ingin tumpang tidur satu malam kat rumah. Sebabnya dia ada mesyuarat last minute kena pergi. Tak sempat nak tempah hotel. Jadi, dia telefon lepas aku tak jawab mesej dia. Sori, aku agak sibuk masa tu, tak dengar bunyi mesej. Lepas dah borak-borak dan aku pun setuju, aku terus telefon ayah aku pasal ni. Ayah macam biasa dengan ayat dia kalau orang datang rumah "Tolong kemas-kemas rumah dan bilik. Jangan bagi bersepah sangat terutama bilik along tu." Aku cuma gelak dan cakap "ya,ya along kemas nanti." Hakikatnya, kerja rumah yang paling aku tak suka ialah mengemas rumah. Sangat alah kalau nak mengemas. Pantang sapu sikit dah rasa semput macam orang tak cukup nafas. Bersin tak payah cakap, berjela-jela bunyinya. Sebabnya aku memang alahan pada habuk. Kadang-kadang bila dah teruk naik bengkak badan macam kena gigit nyamuk. Belum campur lagi, gatal-gatal kat badan tu. Asyik nak menggaru je nanti. Mujur sekarang dah kurang, sebab aku selalu jumpa doktor pakar. Sampai bila pun aku tak tau. Selagi ada janji temu dengan doktor, selagi itulah aku kena pergi. Ok, sambung lagi....balik lepas kerja pergi ambil Aney kat Kolej Seroja. Kami bersembang sambil duk fikir nak pergi bawak Aney jalan-jalan kat mana. Sudahnya, pergi singgah ke Wangsa Walk Mall. Senang nak pergi dan dekat dengan rumah je. Kami singgah solat dulu sebelum bawak Aney pergi meronda. Agak kelakar juga sebabnya tak beli apa-apa. Aney yang gila shopping pun tak beli apa-apa. Berjaya jugak aku mengawal diri daripada beli apa-apa DVD (sebabnya tak singgah situ pun, kalau singgah memang dah ada satu DVD kat tangan). Kami pergi makan je lepas tu. Terima kasih kat Cik Aney yang  sudi belanja makan. Dah siap makan, kami solat Maghrib dan terus balik.

Sabtu pulak, teman mak pergi majlis hi-tea. Adik pun ikut sekali. Mula-mula nak pergi naik bas sebab balik karang boleh balik terus dengan mak memandangkan mak kerja pagi hari tu. Hotel yang kami pergi tu dekat dengan hospital mak kerja, jadi takde masalah nak balik sekali. Tapi tak jadi naik bas sebabnya Abang Chik balik rumah, minta dia tolong hantarkan tengahari tu. Dah sampai kat hotel, kami terus jumpa kawan mak sebab mak tak habis kerja lagi. Terus aku dan adik pergi ambil makanan dan makan. Lepas dah makan satu pusingan tu baru mak sampai. Memang banyak pilihan yang ada. Ada nasi putih, nasi goreng, mee goreng. Lauk pula macam-macam jenis. Belum lagi pembuka selera dan pemanis mulut. Siap ada sushi lagi. Memang puaslah makan. Sudahnya balik tu meluru masuk tandas, aku dengan mak hehehe.

Ahad (semalam), ada pertandingan boling anjuran hospital mak. Aku pun masuk sekali. Dah dengar desas-desus masa hi-tea tu yang kawan mak cakap-cakap pasal aku pernah menang sekali masa tahun lepas, jadi kemungkinan besar aku akan menang lagi. Ada aku cerita kat dalam blog pasal ni. Mak risau juga mulanya tapi aku bagitau, rezeki Tuhan nak bagi, terima jelah. Lagipun belum tentu aku akan menang. Kalau menang pun, Alhamdulillah kan. Sudahnya, mak biarkan saja. Kami bertolak lepas Zohor dan sampai di Ampang Bowl Flamingo dalam 15 minit. Sampai-sampai je dah nampak kawan mak tengah ambil hadiah keluar dari kereta. Kami tolong angkat hadiah tersebut sebab banyak. Tak termampu kalau dua orang je nak bawak. Dahlah kawan mak tu mengandung. Dah sudah sampai kat tempat boling kami tunggu peserta lain. Lama juga nak mulakan pertandingan tu. Dari pukul 2 dah jadi pukul 3 kerana duk menunggu orang yang lambat sampai. Masa sebelum mula pun dah ada orang cakap-cakap dengan aku yang aku menang lagi. Nak pulak aku bawa bola sendiri lagilah orang nak cakap. Tapi aku senyum je. Biarlah orang nak cakap apa pun. Bagi aku mungkin ada orang lain yang lebih pandai main. Aku pun tak berharap nak jadi juara lagi. Cukuplah dapat hadiah lagi (hehehehe gaya macam dapat je). Alhamdulillah masa permainan aku dapat  bermain dengan baik walaupun banyak kali diganggu (budak-budak kecil lah selalunya). Markah boling yang ni pun antara yang terbaik aku pernah buat. Keseluruhan dua permainan aku dapat kumpul 327 mata. Dan, Alhamdulillah sekali lagi dengan tak disangka-sangka aku dapat jadi juara. Siap MC dah bagitau "budak ni menang dua tahun berturut-turut". Aku senyum je lah nak buat apa lagi kan. Hadiahnya berupa hamper yang dah nak sama tinggi dengan bahu aku dan baucer JUSCO. Balik tu terus buka hamper. Punyalah tak sabar-sabar nak tengok isi kat dalam. Banyak makanan ringan yang semestinya adik kecik lah yang suka. 

Lepas ni ada lagi pertandingan boling. Bulan 3 nanti. Yang ni pertandingan boling keluarga. Ni acara tahunan jugak. Ada aku cerita jugak kat sini. Nak diikutkan 2 minggu je lagi. Nak kena berlatih bersungguh-sungguh lagi. Harapnya dapat keputusan yang baik jugak.

Nota kaki: Dah siap ajak mak awal-awal nak pergi berlatih hujung minggu ni. Nak ajak ayah sekali hehehe.

0 comments: