Hmmm sebenarnya nak buat entri lain dulu tapi masa tak ada nak buat. Jadi buat entri pasal ni. Walaupun dah lepas sehari tapi nak jugak cakap selamat hari ibu kepada mak, Asiah Endot. Mak lah the best mother ever (rasanya semua anak akan cakap macam tu kan hehehe).
Tak ada buat majlis apa-apa pun tapi semalam dapat jugaklah bagi best gift kat mak. Semalam ikut masuk bowling tournament yang dibuat salah satu jabatan opis mak. Kebetulan mak ajak dan aku memang suka giler, jadi beria-ia lah aku ikut.
Tournament tu buat kat Flamingo Ampang. Sampai kat sana dalam pukul 9.30 pagi. Masa sampai, dah diberi borang nama peserta. Mata aku dah bersinar tengok hadiah-hadiah yang terpampang atas meja. Nak pulak, hamper besau-besau kan. Rasa cam best kalau dapat satu. Dalam hati dah target nak dapat satu hamper tu. Nak bagi kat mak kalau dapat. Sedang elok pulak, announcer bagitau hadiah akan diberi kepada 8 orang individu yang terbanyak jatuhkan pin bagi kategori lelaki dan wanita. Aku dah mula pening. Aku bukannya hebat sangat nak main boling ni. Takat 100 lebih tu bolehlah. Tapi apa-apa hal pun aku tetap nak dapat. At least tempat ke-8 pun cukup lah (tu tempat terakhir tau).
So, lepas tu bermulalah tournament. Aku dengan mak beria-ia main. Nak pulak dua game je,kenalah bersungguh-sungguh kan. Tapi memang mencabar betul lah. Dengan orang yang mengacau, dengan orang yang nak tangkap gambar tengah-tengah alam. Ganggu konsentrasi aku nak melempar je. Tapi Alhamdulillah, aku masih boleh bermain dengan baik. Campur dua game aku berjaya dapat 245 jatuhan pin.
Yang paling seronok, masa pemberian hadiah. Tak disangka-sangka aku dapat jadi juara. Rasa macam mimpi pun ada hahahaha. Masa dia umumkan nama aku tu, terus aku cium tangan mak. Aku dapat hamper besar dengan baucer RM100. Masa tu tengok muka mak berseri-seri je hehehe. Aku siap bagitau tu hadiah hari ibu yang aku nak bagi. Mak senyum.
Walaupun tak sebesar mana, tapi aku rasa dah cukup seronok dapat puaskan hati mak. Yang paling penting aku pun seronok sama.
Nota kaki: Pertama kali dapat jadi juara main boling. Setakat ni banyak kumpul sijil penyertaan je huhu
0 comments:
Post a Comment