Sejak dua menjak tiga menjak ni, aku dilanda gangguan daripada opposite gender...
Hairannya, masa aku menggedik nak berkawan dengan lelaki, takde pulak nak berkawan.
Bila tak mahu menggedik, berduyun tibaaaaa gangguan tersebut. Rasa nak off handphone je. Biar aman sikit.
Yang tak paham, dah cakap tak berminat nak layan, masih lagi nak menghantar mesej-mesej. Nak suruh aku cakap bahasa tamil ke baru nak faham.
Ingat lagi dulu masa kenal dengan mamat ni. Sekali je jumpa dia lepas tu terus tak jumpa dah. Sebabnya, aku tak suka perangai dia. Belum apa-apa dah sibuk gatal nak pegang tangan orang. Belum lagi bab kita orang berlawan pendapat. Cukup sinis dia memerli hal-hal cinta dan institusi perkahwinan. Aku ingat lagi dia pernah cakap "Ala tak payah kahwin pun boleh dapat semua", "tak payah cinta-cinta ni, kita bukan nak setia pun. Berlambak perempuan boleh cari" dan lagi satu "Bukan budak perempuan KL suka sosial ke. Awak kan budak KL. Takat pegang tangan dengan peluk-peluk ni benda biasa je kan." Bengang je aku rasa sampai aku terfikir biar tuhan buka hati dan minda dia. Bagi kesedaran minda dan sivik. Biar ada rasa hormat dengan perempuan. Bagi dia betul-betul rasa sakit akibat jatuh cinta. Masa tu baru dia tahu, penangan cinta ni.
Dan aku rasa apa yang aku cakap kat atas tadi macam dah terjadi kat mamat ni. Mungkin tuhan dah buka hati dia. Masalahnya, aku yang jadi mangsa. Dah lama kami tak jumpa. Dekat 3 tahun. Aku ingatkan dia dah lupakan aku. Bagi aku memang sepatutnyalah dia boleh lupakan aku sebab kami hanya berjumpa sekali saja dengan ending yang best. Takde senyum-senyum, tergedik-gedik masa nak cakap babai. Aku blah macam tu je lepas aku basuh dia habis-habisan. Sikit pun aku tak pandang dia. Agak thrill kan. Memang masa tu rasa sakit hati sangat sampai tak nak pandang muka dia. Umur je dah masuk 30 tapi perangai tak matang langsung.
Sekarang, boleh kata hari-hari dapat mesej dia. Tanya khabarlah, say good night lah. Bab rindu, tak yah cakaplah, sampai naik muak dengar. Tapi minta ampun dan maaf, aku tak nak keluar dah dengan dia. Cukuplah pengalaman dulu. Karang aku takut mulut aku keluar api, terbakar hangus dia pulak nanti.
Cukuplah....
0 comments:
Post a Comment