Pagi ni terbangun lewat. Gara-gara semalam. Tak tahu kenapa semalam jadi rasa teramat letih. Mungkin kerana faktor gegaran semalam, aku dapat rasa kesan dia sikit. Pening kepala sekejap. Ditambah pula kerja yang memerlukan aku menggunakan sepenuhnya otak dan badan untuk fikir dan mengangkat buku-buku. Sampai berpinar mata aku buat shelf reading. Nak kena siap semak baca 17 rak sampai Jumaat ni sebelum proses stock take bermula. Nak siapkan juga laman web FCORP yang tinggal 40% lagi.
Belum tambah hal peribadi lagi. Tu yang menambahkan rasa letih. Tau-tau bangun tadi dah pukul 6.30. Selalu awak bangun 5.20, ni dah terlajak 1 jam. Kelam kabut aku dibuatnya tadi. Sungguh, aku tak dengar langsung bunyi jam. Sungguh ajaib. Sebelum ni, sepenat atau selewat mana aku tidur aku akan tetap terbuka mata kalau dah dengar bunyi jam. Tadi, aku bangun lepas terdengar orang bagi kuliah Subuh kat masjid. Mandi ala askar, solat pun agak kelam kabut, keluar rumah jam 6.45. Cepat kan! Teringat zaman jadi komander dulu. Serba pantas. Mujur ada pengalaman. Boleh jugak guna masa kecemasan hehehe..
Yang pasti selagi aku keluar rumah sebelum pukul 7, aku akan selamat sampai kat opis sebelum jam 8. Tadi pun aku drive tahap kelajuan yang sederhana. Rasa letih tu ada lagi. Tapi ada satu benda yang aku tak faham, kalau tidur awal mesti rasa letih sangat. Kalau tidur lewat, esok pagi mesti cergas. Takkan hari-hari aku nak kena tidur lewat. Macam pelik je kan.
0 comments:
Post a Comment