Sabtu lepas ikut Hari Keluarga Jabatan Surgical (tak pasti nama tu betul ke tak) HKL. Saja nak join family day tempat keja mak. Tapi aku memang selalu ikut apa-apa aktiviti opis mak ni. Jadi peneman mak hehehe. Tapi hari tu kami pergi bertiga, aku, mak dan Abang Chik. Abang Chik ikut sebab dia tau tempat yang kami nak pergi ni. Tempatnya kat Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat. Dekat dengan kawasan rekreasi Sg. Congkak. Klik sini untuk tau pasal Nur Lembah Pangsun.
Kami sampai sana pukul 8.40 pagi. Waktu tu tak ramai lagi staf yang datang. Organizer pun tak nampak muka lagi. Kawan-kawan mak pun baru berapa kerat je yang datang. Disebabkan masa yang ada, aku dan Abang Chik berjalan sekitar kawasan. Agak menarik tempatnya. Betul-betul Eco Resort. Ada sungai, tasik, tapak perkhemahan, ada dusun buah-buahan, kolam ikan, siap ada stadium kecil. Memang sesuai kalau nak buat apa-apa aktiviti team building, family day or camping. Kemudahan yang disediakan agak lengkap. Ada asrama, vila, dewan seminar tertutup dan terbuka, dewan makan dan yang paling penting tandas.
Dah habis meronda, baru organizer sampai dan kami diberi sarapan. Nasi lemak dia agak lain. Dia letak halba, serai dan halia kat dalam nasi, jadi aroma dia sedap dan sambal dia pun terbaik. Puas hati makan. Lepas sarapan, kami terus ke stadium. Stadium dia atas bukit. Masa naik memang semput sebab bukit agak curam. Tak payah susah-susah nak buat warm up. Dah sampai, kami diberi sedikit senaman sebelum memulakan aktiviti sukaneka. Kami dibahagi 4 kumpulan. Aku kena masuk kumpulan lain, terpisah dengan mak dan Abang Chik. Mak kumpulan Kuning dan aku kumpulan Hijau. Macam-macam aktiviti sukaneka ada dan yang paling best diuruskan fasilitator Nur Lembah Pangsun (semuanya lelaki dan budak-budak muda...i like!). Antara acaranya ialah Belon Oh Belon (passing belon kat kawan sekumpulan ke belakang), Gula-gula dalam tepung, Pecah belon, Rabun Oh Rabun (Seorang ahli kena pakai kain penutup mata dan kena ambil seberapa banyak belon yang boleh. Ahli kumpulan kena bagi arahan dari kotak kawasan yang disediakan) game ni paling banyak main menipu hehehe. Lepas tu ada Musical Chair.
Dah habis aktiviti, kami rehat dan makan tengah hari. Nasi ayam disediakan. Pun sedap. Aku suka tapi tak dapat makan banyak. Sebab lepas tu ada aktiviti lagi. Waktu petang, acara kemuncak sukaneka ialah tarik tali dalam sungai. Paling best dan paling seksa bagi aku. Sebab aku kena tarik 7 kali. Sampai kaki aku berdarah luka kena pasir dan batu. Kenapa aku kena tarik sampai 7 kali? Sebabnya untuk team aku, Hijau kitaorang kena tarik 2 kali untuk first round lawan dengan team Kuning. Kalah. Kali kedua, team aku lawan team Biru untuk dapatkan tempat ketiga. Yang ni kena tarik sampai 3 kali. yang tak bestnya team aku kalah lagi. Yang baki lagi dua tu, aku kena import masuk team Kuning. Mak yang tarik aku masuk team dia. Mujur dapat juara. Tak sia-sialah aku berbasah dan berluka. Tapi memang seksa lepas tu, tangan aku sakit sampai sekarang huhuhu.
Aktiviti yang berikutnya, berakit dan bina menara batu. Kami naik rakit yang disediakan dan cari batu-batu untuk buat menara di pelantar yang disediakan di hujung sungai. Kumpulan yang paling tinggi bina menara dikira sebagai pemenang. Lagi sekali, pasukan aku kalah sebab ada orang sabotaj, jadi menara kami jatuh. Tapi aku tak kisah pun sebab acara yang akhir sekali yang aku tak sabar-sabar nak buat. Flying Fox! Tapi risau jugak sebab masa aktiviti berakit tu hujan turun. Takut tak jadi naik Flying Fox. Alhamdulillah, hujan turun sekejap je, jadi dapat peluang. Sementara menunggu peluang nak naik Flying fox, ada seorang fasilitator bagi penerangan dan aku sempat borak-borak dengan dia. Rupa-rupanya dia buat part time kat situ. Student KLMU. Aku ceritalah pasal aku pernah jadi komander dulu. Part yang lepas ni aku suka sikit hehe...Dia tanya umur aku berapa..aku suruh dia teka. Yang bestnya dia cakap umur aku 25 tahun hehehehe...Aku bagitaulah umur aku lagi tua. Dia tak percaya. Siap cakap "Akak nampak mudalah" hehehehe kembang aku sekejap. Dah habis borak-borak, dia keluarkan sesuatu dalam beg. Aku ingatkan apa, rupa-rupanya anak ular sawa. Dia suruh aku pegang. Aku dengan selamba pegang. Takdelah geli sangat. Seronok pegang ular. Kulit dia sejuk.
Lepas tu baru aku dapat buat flying fox. Agak tinggi jugak nak naik ke pelantar tu. Mengah sekejap. Tapi bila dah dapat turun tu rasa tak puas hati pulak sebab sekejap sangat rasanya. Nak kata gayat, tak jugak. Tapi kalau tengok bawah tu masa nak rentas tasik, boleh tahan gak rasa gerun tu. Dah habis semua aktiviti tu barulah, masing-masing tukar baju dan bersiap-siap. Dapat pulak minum petang. Makan sandwich tuna dan telur dan kuih lapis. Pun sedap. Mak siap ambil lebih nak bawak balik. Masa ni, organizer pun bagitau juara keseluruhan untuk Family Day. Kumpulan mak jadi juara. Team aku pulak dapat tempat ketiga. Kira okay lah tu kan...
Nota kaki: Kalau sempat, aku masukkan gambar ya. Nak tunjuk gambar aku pegang ular
0 comments:
Post a Comment