Tuesday, June 07, 2011

MiNi ReuNioN BFF

Dah masuk petang macam ni, mulalah malas nak buat kerja. Jadi, buatlah entri baru. Nak cerita pasal semalam.

Semalam buat mini reunion dengan BFF (best friends forever) masa belajar dulu. Tak cukup korum sebab Cik Salfarina dan Cik Marli tak datang. Dia orang tak dapat datang sebab ada hal. Yang ada cuma aku, Ariza, Dekni dan Maziah. Dapat buat reunion ni pun sebab Maziah ada kursus kat KL. Dia ni je yang jauh. Tinggal kat Perlis. Yang lain semua kerja kat area KL dan Selangor. Nasib baik ada kursus. Kalau tak entah bila nak jumpa lagi. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri.

Mula-mula janji nak jumpa kat lobi hotel Grand Pacific tempat Maziah check in tapi memikirkan yang jalan kat situ agak sesak, nak pulak jumpa lepas waktu kerja, anda semua boleh bayangkan betapa payah nak ke sana. Last last aku call Dekni minta ubah tempat perjumpaan. Kata putus jumpa kat Tasik Titiwangsa. Disebabkan aku orang pertama sampai, jadi aku kena tunggu yang lain-lain. Sementara menunggu, aku ambil peluang lepak tepi tasik. Masa kat sana, aku cari kerusi rehat dan duduk. Bila sorang-sorang, korang taulah apa aku akan buat kan. Ya, aku duduk termenung. Masa tu mulalah nak fikir yang merapu. Siap boleh kata "Best gak kalau lepak sini petang-petang. Kalau aku tengah kecewa ke patah hati ke, boleh jugak datang sini jogging sorang-sorang". Siap fikir nak bawak bekalan baju dari tempat kerja. Sebelum keluar opis terus tukar baju siap-siap pastu singgah terus hehehe.. tapi entah bila masa aku nak kecewa pun aku tak tau hehehe.

Orang kedua sampai Ariza. Elok pulak kelam kabut nak cari parking. Aku pun main hentam je cakap aku kat mana-mana. Kesian orang tu nak cari parking. Rupa-rupanya tak jauh pun dia parking tapi terpaksa tukar park kat sebelah kereta aku. Masa ni, kami duk sembang-sembang. Macam-macam cerita keluar. Sempat call Maziah tanya Dekni dah sampai nak ambil dia dari Arkib. Elok lepas call dia, call Dekni pulak. Betul-betul baru sampai kat situ. Menunggu lagi ketibaan minah berdua tu. Pukul 7 lebih baru sampai. Singgah solat sekejap kat surau. Boleh pulak aku melawak dengan Dekni pasal tempat ambil air wuduk. Kawasannya agak terbuka. Kalau berdiri, dinding tu cuma paras dada. Boleh nampak kawasan luar. Nak pulak mengadap betul-betul berhadapan dengan surau lelaki. Aku cakap kat Dekni nak ambil wuduk kena jalan itik. Tak nak bagi nampak aurat. Kalau berdiri je mesti orang lelaki kat depan boleh tengok dengan percuma rambut kitaorang yang cantik ni hehehe. Mengekek Dekni ketawa masa nak ambil wuduk.

Dah habis solat, baru kami cari warung makan. Aku cadang pergi ke Satay Station. Saja nak cuba kat situ. Agak besar restoran terbuka tu. Sesuai untuk melepak. Kami duduk berdekatan dengan skrin besar. Nak tengok cerita Nora Elena (entah betul ke tak aku eja sebab aku tak berapa tengok sangat. bukan tak nak tengok tapi tak sempat). Bila dah order, masing-masing sambung lagi bercerita. Masa makanan sampai, masing-masing daripada muka happy jadi semacam je. Bukan sebab apa pun, cuma makanan agak sikit. Tapi makanan bolehlah tahan sedapnya. Ariza lagi kesian. Nasib dia kurang baik kot. Boleh pulak nasi goreng paprik dia ada serangga macam belalang kecil kat atas nasi. Kurang selera nak makan tapi terpaksalah telan sebab dah lapar kan. Bila dah habis makan, rasa macam lapar lagi. Terus kami order sate ayam 30 cucuk. Tapi yang menghabiskan sate, aku dengan Ariza je. Orang yang beriya-iya nak makan sate (Dekni) boleh pulak makan sikit je. Nasib baik perut aku muat lagi. Kalau tak rugi je tak dapat nak habiskan sate tu. 

Bila dah habis, jalan ke parking. Sampai kat situ lepak-lepak kejap. Sambung cerita lagi. Sempat jugak tangkap gambar. Part ni seronok sikit sebab kereta semua jenis Saga. Macam buat kelab tak rasmi je. Masing-masing bergambar dengan kereta sendiri kecuali Maziah yang menempel sebab dia menumpang orang. Dah habis bergambar, borak barulah nak balik.

Apa-apa hal pun memang best. Seronok jumpa kawan-kawan lama ni. Rasa macam tak nak balik pun ada. Tapi memikirkan semua kerja besok (hari ni lah tu!), nak tak nak kenalah balik...


Nota kaki: Terima kasih Dekni, Ariza dan Maziah. Nanti jumpa lagi cuma tak tau bila kan. Kalau boleh bagi lengkap korum hehehe

Nota kaki 2: Nak tunggu berita gembira seseorang. Harap-harap menjadi hendaknya hehehehe

3 comments:

RiZa said...

ahahaha.. tak leh lupa la nasi paprik 'special' tu. sabar aje la.. gmbr nnt ek, lum transfer lg..
berita gembira drpd siapa tu?? hehehe...

ninaAlona said...

hehehe..kesian ko...sape-sape je ar..ade berita gembira leh kongsi sma2 kan

Cik Waniey said...

aku baru baca.. wakaka.. mmg sonok jmpa korg.. nnti kita plan bercuti pulak! =)