Sejarah dalam hidup aku pergi balai polis minggu lepas. Tak pernah pergi selama seumur hidup ni tapi terpaksa jejak kaki kat sana. Eh, bukan bukan aku kena tangkap buat salah. Tapi aku nak buat report. Ada kes yang melibatkan aku.
Hari Jumaat tu terpaksa mintak EL semata-mata nak selesaikan kes. Berulang-alik aku nak kena selesaikan perkara ni. Perkara yang betul-betul bagi pengajaran kat aku. Berhati-hati berkawan dengan orang. Aku dah cuba berhati-hati dengan orang ni sebab dah tau perangai dia tapi mengenangkan keselamatan diri yang tak terjamin, jadi ambil keputusan selesaikan guna kuasa pihak berkuasa.
Ya, dia memang marah. Marah yang amat. Sampai menuduh aku perempuan paling s*** dia pernah jumpa. Aku tak kisah dia nak cakap bukan-bukan. Orang yang tengah panas hatinya memang sesuka hati keluarkan segala perkataan yang tak enak didengar. Tapi tak fikir kesannya masa akan datang. Aku dah terbiasa dengan perangai kawan yang sebegitu. Memang dia akan marah dan maki hamun tapi bila dia dalam kesusahan dia tak akan cari orang lain lagi dah. Kawan yang s*** macam aku jugak yang dia cari nanti.
Cukuplah kali ni nak tolong dia. Lepas daripada kejadian tu, aku memang dah tak nak mengaku dia tu kawan. Bagi aku, dia bukan seorang yang baik. Langsung tak menghargai kawan yang banyak tolong dia. Dia pandai cakap yang bukan-bukan pasal aku.
Takpelah, aku sikit pun tak ambil hati atas apa yang dia buat. Aku pun takde rasa nak balas dendam. Bagi aku, aku hanya manusia biasa yang bukan selayaknya nak menghakimi dia. Ada yang lebih berhak. Biar Tuhan balas apa saja yang dia lakukan bukan saja aku tapi orang lain yang pernah dia sakitkan. Doa orang yang teraniaya memang dimakbulkan.
Nota kaki: Mencari kekuatan moral untuk diri sendiri.
3 comments:
sapa g bwk ko sampai ke balai ni weh?kalau balai raya tahan gak, ni balai polis..aish!
ntahla...aku mls nk igt balik dah..mimpi ngeri huhuhu
hmm..sabo2..rencah kehidupan barangkali..kalau x hidup kita linear.bosan plak..hehe
Post a Comment