Pagi tadi datang opis dengan senang lenang. Bawak kereta pun tahap sederhana. Seronok kan dah hari Jumaat. Memang bersenang-lenang lah. Nak pulak esok cuti dan esok juga ada hari keluarga, jadi riang ria terlebih sikit.
Sampai kat opis, naik tangga nak masuk pintu utama, terkejut tengok rak kat luar ada yang jatuh dua tiga buah. Pastu tengok kerusi panjang yang letak sebelah dengan rak dah tercampak kat bawah. Tong sampah pun sama tercampak. Sampah dah bersepah-sepah atas lantai.
Masuk dalam opis kebetulan terserempak dengan staf. Tanya staf tu, dia bagitau ada pelajar mengamuk semalam kat libary. Aku tengok dalam library pun ada kesan amukan. Habis kemek tong sampah besi dalam library. Staf bagitau, student campak tong sampah tu kat staf sebab berang staf nak ambil gambar dia.
Aku masih tak tau kenapa student tu mengamuk tapi ada staf yang cakap student tu sakit mental. Semalam siap polis datang dan hantar student tu ke hospital.
Terkejut gak dengar. Pertama kali aku dengar orang mengamuk kat library. Student pulak tu. Nak kata musim exam, belum masanya lagi. Tapi entahlah, mungkin student dah tak tahan dengan tekanan. Berat kot tekanan dia sampai jadi macam tu.
Nota kaki: Kesian gak dengan student tu tapi aku ada kerja tambahan la pulak. Nak kena buat laporan lengkap hantar ke Ketua Jabatan. Hmmmmmm....
Nota kaki 2: Boleh jadi salah satu pengalaman nak cerita kat anak cucu nanti. Boleh tahan juga kan kerja kat library ni. Macam-macam ada...
4 comments:
pergh! dahsyat gak kes ni. mujur x ada sesiapa yg cedera kan. huhuhu.. jgn la kat tmpt aku jd kes mcm ni gak. musim nk exam ni. nk pindah lg... mintak dijauhkan..
giler rare org mengamuk kat library..haha..mcm2 laa ragam student ni..
Itu la kan..aku pun jrg dgr kes mcm ni tp x mustahil leh jadi...dah b'laku pun huhuhu
kak hani ade citer..dasat jgklah amukan beliau...stress family matters pon ade kan..cyan dier..sabo jele..pasni kene tgung lagi banyak risiko sbb dah kene keje smpi kul 12 ..risau la...alahaiii
Post a Comment