Tuesday, November 29, 2011

NetBook

Sekarang tengah buat tinjauan nak beli netbook (laptop kecik). Nak cari yang standard aku boleh buat kerja dan pakai internet (dan main games sikit-sikit hehehe).

Sebelum ni takde keinginan pun nak beli, memandangkan takde keperluan dan komputer di rumah masih boleh pakai. Tapi memandangkan aku dah terminate W***x internet connection kat komputer bawah maka komputer dah tak berfungsi. Cuma menyimpan data-data lama. dan agak susah aku nak guna.

Jadi, aku cari sesuatu yang memudahkan untuk aku bawa ke sana dan ke mari, ruang untuk bersantai sambil bekerja, serta ruang untuk aku mengemas kini entri blog dengan cepat (itupun jika rajin hehehe), maka keputusan untuk mencari netbook adalah tepat.

Cuma, menunggu sumber kewangan yang mencukupi dan aku boleh mula netbook hunting selepas ini.

Teringat masa mula-mula pakai laptop. Waktu tu semester 4 diploma (tahun 2004 rasanya). Mula-mula dapat agak sedih, sebab dapat laptop takde jenama. Tapi lepas tu seronok pakai sebab memenuhi kehendak (aku dapat main games, tengok anime, buat kerja dengan speksifikasi yang agak ok ketika itu).

Teringat kenangan tengok anime Samurai Kyo Deeper sepanjang malam sehari sebelum exam dengan best friend , Kay Oone. Kerja gila. Mujur pointer ok. Teringat juga yang laptop aku jadi barang wakaf roommate. Guna sampai tak hingat tuan hehehe. Pernah juga laptop tu jadi bahan lepas geram. Dah beberapa kali kena baling, akibat perangai dulu yang agak hangin. Mujur sekarang dah takde tragedi baling-baling barang. Dah insaf..hehehe agaknya. Laptop yang sama jugak yang banyak berjasa masa sambung belajar degree dulu. Masih simpan lagi projek-projek kerja dulu-dulu. Tapi sayang, laptop tu tak boleh On dah sekarang. Habis semua khazanah terkubur dalam laptop tu. Siap dengan gambar-gambar lama.

Aduy lah, teringin nak hantar laptop lama tu pergi servis, aku nak ambil balik semua data-data nak simpan kat hard disk lain. Tak nak hilang kenangan berharga huhuhuhu...

6 comments:

Anonymous said...

netbook? pakai ipad2 aje :)

Anonymous said...

lupa pulak :) tgk MAMA x last night? rasa cam rugi lak x gi singapore. sure leh terserempak ngan korean boybands ;)

Anonymous said...

Salam.. sy ade 1 netbook utk di jual. owner netbook ni perempuan, netbook pun design perempuan, lenovo S10-3S wind. Pki baru dlm 10 bulan. condition terbaik, tiade calar lansgung.spec:
# Intel® Atom N550 Processor
# Microsoft Windows 7 Starter
# 2GB DDR3 SDRAM
# 320GB SATA HDD
# 10.1″ Display with integrated camera
# Intel® Graphics Media Accelerator 3150
# 6-cell Li-ion Battery

Detail: http://www.techshout.com/reviews/2010/16/lenovo-s10-3s-wind-netbook-review-performance-dipped-in-bright-shades/

klu berminat bleh call@ msg 0196446430. Thanks.

ninaAlona said...

Salam Anon 3..terima kasih atas recommendation..nmpk menarik specs dia...saya akan hubungi sekiranya berminat..thanks sekali lg

StingRay said...

ha,jaga-jaga.

Kalau pergi recovery,juruteknik suka selongkar benda-benda berharga.Gambar2 sensitif contohnya.

Hati-hati.Cari orang yang blh dipercayai? =p

ninaAlona said...

OK. noted. Tima kasih :)