Semalam adik aku, Abang Chik belanja kami sekeluarga makan. Takdelah makan benda mahal. Beli KFC je bawak balik rumah. First time, dapat merasa dia belanja makan hehe cuma masa berbuka dia tak ada sebab dia pergi berbuka puasa dengan kawan-kawan Politeknik dia.
Adik aku belanja kami makan ni sempena gaji pertama dia. Alhamdulillah, adik aku dah sebulan kerja kat Kilang Perodua di Rawang. Sebelum ni nak dekat setahun tak bekerja. Duduk lepak rumah, main game. Bukan tak nak cari kerja tapi Abang Chik ni lain macam sikit. Nak pilih-pilih kerja. Lagi satu dia selalu tunggu keputusan nak sambung belajar tapi bukan rezeki dia. Sampai sekarang, masih takde lagi peluang untuk dia sambung belajar.
Sebelum ni pernah juga dia kerja tapi jodoh tak panjang. Dua hari je sempat bekerja. Alasan adik aku masa tu, tempat kerja jauh. Dekat TTDI sana. Mula-mula dapat kat Bangsar, boleh terima lagilah sebab boleh naik LRT je tapi tiba-tiba bos dia nak tukarkan tempat terus adik aku minta berhenti. Ayah ngan mak pun tak berapa setuju pasal tukar tempat kerja tu. Agak jauh dari rumah. Transport pun takde. Nak tak nak kenalah cari kerja lain. Lepas daripada tu, adik aku dapat temu duga lagi. Adalah dalam tiga kali termasuk yang Perodua ni, semuanya adik aku berjaya dapat tapi akhirnya dia pilih Perodua. Jadi semangatlah dia dapat kerja kat sana. Siap dah cari rumah sewa. Alhamdulillah, sekarang tengok happy je dia kerja. Mak ngan ayah pun dah tak risau sangat. Kalau tak hari-hari duk menyuruh adik aku tu cari kerja hehee..
Nota kaki: Terima kasih Abang Chik belanja kami makan. Lain kali boleh belanja lagi hehehe. Oh, nak tunggu adik aku lagi sorang ni bekerja pulak. Boleh merasa lagi adik beradik belanja makan.
Nota kaki 2: Nak tumpang menyempit kat sini nak bagitau, dah siap buat kuih raya pun. Tak banyak cuma 3 jenis kuih. Tahun ni tak beriya sangat nak buat. Beli pun tak banyak. Bagi cukup-cukup rasa je. Kira ok lah tu kan.
0 comments:
Post a Comment