Wednesday, August 29, 2012

SimpTom KuRanG SiHat. TahnIah

Sudah ada simptom berkenaan. Macam mana pun dah berkurangan. Cuma sakit tekak ni nak kena jaga. Air masak/putih/mineral/suam dan yang sewaktu dengannya yang menjadi pilihan sekarang. What to do...itu je yang termampu tahan dek tekak. Ais tidak digalakkan. Menambah perisa kepada kesakitan yang sedia ada.

Aduh...kejap lagi ada majlis makan-makan oleh staf. Banyak menu sedap-sedap. Nak buat-buat pantang rasa macam tak seronok je. Nak kena pantang juga ke? Tapi rasa sikit takpe kan..kan. Kira tutup sebelah mata je la kan..hehehe

Sebelum terlupa, nak ucap tahniah kepada kawan merangkap junior masa sekolah dulu (walaupun tak pernah jumpa kat sekolah), junior satu kursus, satu universiti dan juga rakan ofismate yang tak jadi sebab aku dah berhenti dulu sebelum dia masuk kerja (punya panjang intro nak kenalkan budak ni)..hanif yang sudah selamat melangsungkan perkahwinan pada 24 Ogos lepas. Tahniah...tahniah..semoga jodoh berpanjangan hingga ke akhir hayat. Sori juga tak dapat nak datang kenduri masa 15 Sept. Akak kena balik kampung, sepupu kahwin huhu..

Seronok dengar cerita kawan-kawan dah kahwin. Aku?? hahaha bahagia seadanya. Doa-doakan lah semoga aku dapat kahwin. Nak spesifik lagi?? Korang doakan aku kahwin awal tahun depan. hahahaha

Tuesday, August 28, 2012

CuTi BerAYa

Hari ni baru start masuk kerja lepas cuti beraya yang agak panjang. Heheh seronok raya tahun ni. Banyak berjalan ke rumah saudara mara. Mana tahu tahun depan mungkin susah sikit nak pergi. Sebab?....hehehehe.
Okay tahun ni juga dapat buat macam-macam aktiviti. Main boling, lepak kat TC jam 2 pagi (Teluk Chempedak..siapa2 budak Kuantan memang tahu nama singkatan ni), berkelah sambil memukat ikan. paling seronok berkelah lah. Bayangkan dari siang sampai ke tangah malam berkelah. Tak pernah-pernah dibuat orang tu yang kami buat hehe.

Balik sabtu pagi lepas sahur. kononnya nak cepat sampai. Sudahnya sangkut dua jam kat Lebuhraya Karak smapai ke Tol Bentong. Sebabnya, ramai orang berhenti rehat. Lepas daripada tu jalan clear. Sampai kat Homestay jam 9.30 pagi. Rehat sekejap sebelum kemas rumah dan siapkan juadah berbuka dengan persiapan menu raya. Duduk kat situ untuk beberapa hari sebelum orang datang menyewa. Pada mereka yang datang ke Kuantan, bolehlah nak menyewa homestay kami ni (sempat promosi lagi).

Raya pertama, siapkan juadah Laksa Johor, menu wajib mak buat dan bawa ke rumah arwah tok. Makcik-makcik lain pun ada sediakan menu. Macam-macam ada. Mee jawa, nasi minyak, mi calong, nasi impit, ketupat palas dan rendang. Memang meriah. Nak pula, ramai saudara arwah tok datang. Kerja layan tetamu je lah hari pertama tu.

Raya kedua singgah kubur arwah tok dan toki. Lepas tu, baru keluar berjalan. Pergi rumah saudara dekat Pasar Ikan Beserah, Taman Satelit dan yang mana berdekatan. Memang berjalan habis.

Cakap pasal raya dan cuti panjang memang tak sah kalau tak ada kenduri kahwin. Sempat juga singgah kenduri dekat Bukit Rangin. Kat kawasan homestay pun ada. Ada dalam tiga tempat pergi. Boleh tahan kembung perut, asyik sumbat makanan.

Sambung beraya lagi kat Panching, Balok baru, Balok, Kemaman dan lain-lain tempat hari yang berikutnya. Kesimpulannya, tahun ni memang banyak berjalan. 

Selain daripada tu, aktiviti femes di kalangan kami sepupu-sepupu adalah Whatsapp. Nak pulak buat group chat. Seorang hantar cerita habis semua dapat tau. Senang nak jejak. Masing-masing pun senang nak rancang aktiviti. Yelah, saudara mara ramai. Cara yang terbaik Whatsapp. Sekejap je dah dapat plan aktiviti macam-macam. Rancangan mengenakan orang pun boleh. Rancangan menjeleskan sepupu yang tak dapat join aktiviti pun boleh. hahahaha...memang terbaikk!!



Tuesday, August 14, 2012

IftAr di PapA JohN

Semalam first time berbuka puasa di luar dengan housemate. Kami pergi bertiga dengan anak saudara Kak Kirah. Tempat iftar pun tak jauh dari rumah, kalau nak diikutkan boleh saja jalan kaki tapi kakak housemate kata "pakai baju kurung jadi malas pulak nak berjalan kaki". Maka, pergilah dengan kereta.

Sampai agak awal kat restoran tersebut. Dapatlah pilih tempat yang best-best. Anak buah kak Kirah pilih tempat tepi tingkap yang boleh menghadap pandangan luar. Dah siap pilih tempat, order dulu menunya lepas tu baru keluar jalan-jalan sekitar Plaza Masalam tu. Saja tengok-tengok mana tau ada yang berkenan. Tapi tak beli apa-apa pun. Cuma snek ringan untuk makan malam karang.

Dah puas jalan barulah balik ke restoran, tunggu waktu berbuka dan......Soru!!!

menu yang diorder tapi tak lengkap. Tak dan nak ambil gambar menu lengkap sebab dah bedal dulu.

air wildberry yang menarik. Nampak tak buah ceri kat bawah tu

Monday, August 13, 2012

SamBungAn BisUL

Sambungan daripada cerita bisul.

Hari Jumaat tu tumpang tidur rumah kawan kat Sek.17 memandangkan ada program iftar dengan kawan-kawan opis kat Flaming Steamboat Shah Alam. Masa tu buat tak kisah lagi dengan bisul tu. Yelah tak usik, tak sakitlah. Usik, boleh menyanyi soprano lah juga. Jadi, biarkan.

Petang tu lepas dah siap hantar kawan pergi perhentian bas kat Sek.17, aku dan Kak Fiza pergi ke tempat yang dituju. Aku tak pernah pergi lagi kat situ, jadi jalannya tak familiar. Namun, disebabkan kelebihan yang Allah beri (kata Kak Fiza), kami mudah jumpa tempat berkenaan. Alhamdulillah, setakat ni kelebihan yang Allah beri ni jarang benar aku sesat nak pergi mana-mana. Ibaratnya memang aku tak takut nak explore jalan-jalan sekitar sekiranya aku seorang saja.

Dah sampai kat Flaming, kami jumpa dengan kawan opis yang lain dan duduk. Sementara yang lain tengah berebut ambil bahan-bahan steamboat, aku dan Kak Fiza pergi ambil kuih-muih. Malas nak berebut. Makan saja apa yang ada dulu. Dah sudah berbuka dengan air, aku dan Kak Fiza segera bergegas ke surau. Nak tahu, surau di restoran ni sangatlah kecil. Dalam satu masa boleh muat tiga orang je. Jadi, kena pergi awal-awal solat sekiranya tak mahu beratur panjang macam nak tukar duit raya baharu kat bank. Dah lepas solat, barulah puas hati dapat makan macam-macam. Makan sampai kenyang tu. Rugi bayar RM27 tak makan tapi takdelah sampai kembung perut. Setakat merasa sikit-sikit apa yang terliur saja. Yang ruginya, masa kat sini tak sempat nak bergambar. Rasa teruja nak berbuka tu lebih sampai tak teringat.

Ok..aku kembali pada tajuk. Panjang pula cerita tadi. Ada kena mengena la juga sebenarnya. Dah lepas berbuka, kami balik dan masing-masing tidur tak ingat dunia. Ops, lupa. Ada satu cerita lagi sebenarnya. Ingat tak pasal kawan yang kami hantar ke perhentian bas tu. Rupa-rupanya, masa kami hantar dia bas ekspres tu dah lama gerak. Jadi dia tertinggal bas. Sudahnya, malam tu dia tumpang tidur juga rumah Kak Fiza sebelum bertolak balik pagi Sabtu. Serba salah juga kami dibuatnya sebabnya hantar dia gak terlewat sikit dari jadual. Tak sangka pula bas betul-betul bertolak ikut masa. Memang kesian kat dia. Mujur ada seorang lagi housemate Kak Fiza yang baik hati tolong ambil kawan tu kat perhentian bas.

Ok..aku dah lari jauh...kena kembali lagi ke pangkal jalan. Sambung pula cerita bisul. Keesokan hari (hari Sabtu), lepas hantar kawan yang tertinggal bas tu naik bas lain, aku dan Kak Fiza pergi klinik. Masa sampai tu aku tengok ramai juga orang yang datang. Jadi, giliran aku lambat sikit. Dah tunggu agak dalm 20 minit baru nama aku kena panggil. Masa masuk dalam bilik doktor, rasa tenang saja. Takde rasa cuak. Tapi bila doktor suruh aku baring, mulalah rasa cuak datang berganda-ganda. Bila doktor tu spray ubat bius belakang telinga lagilah rasa dug-dag-dug-dag. Masa dia cungkil bisul tu, sakitnya hanya aku dan tuhan je yang tau. Lepas letak dressing, doktor bagitau jangan buka dan kena jumpa dia lagi Isnin tu nak tengok balik ada lagi tak nanah yang tinggal lepas tu kena cuci. Yang paling tak seronok, doktor kata jangan bagi kena air tempat balutan tu. Aiseh, aku tak dapatlah nak basuh rambut. Terasa betapa tak selesanya nanti. 

Jadi, hari ni dah Isnin. Maka kejap lagi aku kena keluar jumpa doktor. Tak sabar-sabar nak buka balutan ni. Tak tahan. Rasa nak garu-garu saja. huhuhu.

Friday, August 10, 2012

BisUL

Aku rasa betul lah aku ada bisul. Kat belakang telinga. Mula-mula fikir jerawat je. Biasalah, peel jerawat ni memang pelik-pelik. Suka timbul kat tempat pelik-pelik. Jadi, aku biarkan.

Tapi lama-lama jerawat tu tiba-tiba makin membesar. Terus aku terfikir, ni bukan jerawat kalau dah sebesar kacang kuda. Sakit bila picit-picit kat situ. Rasa sakit jugak tiap kali ambil wuduk asyik terkena bahagian tu. Kadang-kadang rasa geram je. Nak je picit-picit bagi pecah. Biar padan muka dia. Pueh hati aku.

Tapi apa kan daya. Aku ni bukanlah berani sangat. Setakat jerawat aku tak kisah lagi. Picit-picit pun sakitnya takdelah teruk sangat. Kalau dah bisul sebesar kacang kuda ni jika dipicit, Aduh! Aku boleh bayangkan sakitnya macam mana. Belum lagi nak bayangkan air nanah yang meleleh keluar tu nanti. Ditambah dengan darah yang meleleh sekali...

Eeeeeeeeee...tak mahu picit!

Huhuhuhu...

Nota kecil: aku kena jumpa doktor nampak gayanya...hmmmmm

Friday, August 03, 2012

LearN How To...

Alhamdulillah..dah selesai Program Bubur lambuk tadi. Dapatlah menolong serba yang patut. Yelah, aku kan AJK kenalah tolong. Alhamdulillah masing-masing dapat sebekas seorang.

Sempatlah juga belajar dengan otai masakan macam mana nak buat bubur lambuk. Banyak jugak bahan-bahannya tadi. Lepas tu,main campak-campak. Seronok kan. Yang penting dah buat dan beri pada staf. Enak tak enak, kejap lagi masa berbuka baru dapat rasa. 

Alhamdulillah dah ada rezeki nak berbuka. Itu pun dah bersyukur hehehe

Thursday, August 02, 2012

HujaN.ProgrAm BuBur LamBuk

Hari ni buat kesekian kalinya, hujan lagi di waktu pagi kat Shah Alam.

Jarang pergi kerja pagi-pagi hujan macam ni. Pagi-pagi dah nampak kilat dan bunyi guruh berdentum. Selalu tengok pun waktu petang-petang.

Takpelah rahmat hujan pagi turun, memandangkan waktu petang asyik cerah.

Esok nak kena bersiap sedia. Dapat arahan jadi AJK Program Bubur Lambuk kat Main Library. Aku kena jadi AJK Persiapan. Siap bagitau bawa pisau dan papan pemotong. 

Pertama kali merasa buat bubur lambuk ramai-ramai. 

Tuesday, July 31, 2012

OffLine

Hmm..semalam ingat nak renew lesen lepas photoshoot. Sudahnya, pejabat pos punya sistem offline. Dan sudahnya lagi, aku tak dapat renew. Maka dengan itu, aku sekarang jadi pemandu haram huhuhu. Hari ni nak pergi renew jugak....tapi.....pagi-pagi cuaca tak berapa mengizinkan. Pagi-pagi masa mandi aku tengok mendung semacam. Elok lepas solat Subuh dah dengar bunyi guruh. Keluar rumah, titik-titik hujan dah mula turun.

Sudahnya, aku kena tangguh pergi ke pejabat pos. Hmmmm, takpe dugaan berpuasa. Cuaca dah baik, aku akan bergerak dengan segera. Tak mahu lambat-lambat. Nanti terlupa.

Monday, July 30, 2012

PhotOshOOt SessiOn

Hari ni nak siapkan laporan KKM, sambungan minggu lepas. Baru dapat siapkan selepas diperam dari bulan Februari dulu. Huhu lama kan. Lepas ni nak buat kerja update silibus untuk projek bahagian Encik Zul. Baru nak siapkan satu program. Ada lagi empat program. Agak mengantuk buat kerja ni. Tedious juga. Banyak benda nak kena semak. Sekejap kat OPAC sekejap kat Nielsen sekejap kat Amazon.com Tapi, buat jelah. Janji dapat siapkan sebelum 15 Syawal (tu tarikh yang dijanjikan hehe).

Petang karang nak singgah pejabat pos dulu sebelum pergi Main Library. Nak renew lesen memandu. Karang tak pasal-pasal masalah timbul. Dah siap renew baru pergi Main Library. Ada sesi fotografi staf perpustakaan. Siap ada photographer jemputan daripada FSSR. Hari ni aku tengok, staf masing-masing pakai hensem-hensem dan lawa. Hehehe nak ambil gambar kan. Mestilah kena cantik, segak, kemas bergaya. Aku? Aku pakai biasa-biasa je janji gambar aku tak comot hehehe. Gambar staf ni diambil untuk tujuan rekod dan kemaskini maklumat staf. Mana-mana staf nak copy gambar tu kena bayar RM2 dan akan diberi cd. Bolehlah guna untuk benda-benda lain yang memerlukan gambar peribadi hehe.

Thursday, July 26, 2012

AlhamdulillaH RezeKi

Dapat tau berita bonus yang baru menjengah, rasa seronok. Alhamdulillah, rezeki. Terima kasih!

Walaupun, gaji bulan Julai baru masuk semalam tapi dah dengar dapat bonus, melonjak-lonjak rasanya (huiiish, jangan seronok sangat, sabar).

Ok. hentikan keseronokan sementara. Kerja masih menanti. Tengah menyiapkan dua kertas kerja untuk program jabatan dan bersama fakulti. Masih lagi mengarang ayat.

Baru je habis menyemak maklumat-maklumat untuk dipamerkan ganti maklumat pameran yang lepas. Dah siap suruh, staf betulkan sikit design bagi kemas. Lepas tu dah boleh cetak dan tampal kat sudut pameran. Oh, tajuk kali ni berkenaan zakat. Kena dengan bulan puasa ni. Bagi ilmu tambahan kat pelajar dan juga staf.

Maklumat kat dalam portal perpustakaan pun nak kena semak semula. Ada penambahan dan kemas kini maklumat. Pada mereka yang nak lihat boleh tengok kat sini http://library.uitm.edu.my/ptar2

Lepas ni nak kena semak semula bahan-bahan dalam Bilik Koleksi Akses Terhad. Bahan-bahan yang nak ditambah dan dikemas kini kena tengok sama ada nak kekal atau ubah ke lokasi lain. 

Tengah hari karang nak pergi PPUM sekejap. Nak melawat staf sakit. Kena jangkitan kuman. Semoga beliau sembuh segera. Kesian pulak dengan mengandung lagi. Harap takde apa-apa berlaku kat kandungan. Amin.

Wednesday, July 25, 2012

PuAsA.RumAh SewA

Semalam hari kedua berbuka di rumah sewa. Takde apa yang istimewa. Sama macam orang lain, beli makanan kat bazar ramadan. Yang penting tak beli banyak-banyak pun. Tak habis nanti dan membazir. Sekadar beli makan yang boleh buat perut berisi. 

Setakat ni tak sempat lagi nak memasak. Yelah duduk dengan sorang je housemate, nak masak takut tak habis pulak. Sudahnya, makan je apa yang ada. (hihihi sebenarnya malas). Nantilah, datang mood nak masak baru aku masak.


Monday, July 23, 2012

SelAmAt MenyAmbuT RamaDan

Hari ni dah masuk hari ketiga berpuasa. Sekejap je rasa kan. Walau bagaimanapun, selamat menjalani ibadah sempurna di bulan ramadan. Minta maaf andainya terkasar bahasa, atau terkurang sopan di mana-mana. Semoga ibadah kita pada tahun ini bertambah baik daripada tahun sebelumnya.



SuDah MenYEwA

Nak dikhabarkan, bermula hari ni aku akan menyewa di Shah Alam. Akhirnya setelah puas menilik dan berfikir barulah aku dapat duduk menyewa. Tapi sedih jugak sebab dah tak dapat berbuka dengan famili tiap-tiap hari. Hujung minggu je aku dapat balik rumah untuk berbuka bersama famili. Kiranya ni pertama kali aku berpuasa di rumah sewa. Nak rasa pengalamannya macam mana...hmmm, belum apa-apa dah mula rasa sedih.

Friday, June 29, 2012

MenYewa

Dah fikir lama sebenarnya nak menyewa kat Shah Alam ni. Yelah, dah tak larat kot nak memandu gombak-shah alam-gombak tiap-tiap hari. Selepas tiga tahun, dah terasa aura ketidaklaratan. Sebelum ni berlagak-megah-gagah-perkasa boleh nak ulang-alik tapi setelah memikirkan tenaga dan sumber kewangan yang boleh buat mata berpusing-pusing, jadi terpaksa melupakan lagak-gagah-perkasa. Kenalah kembali ke dunia nyata bahawa aku ni manusia kerdil. 

Dah mula bertanya-tanya pada kawan, jadi dah dapat tempat. Sekarang ni, cuma nak meyakinkan mak ayah untuk keluar. Yelah, dah lama duduk dengan mak ayah jadi tak tahu apa reaksi mereka. Berdoa banyak-banyak, agar keputusan yang diambil diterima. Mungkin banyak persoalan tapi setelah memikirkan banyak perkara, aku rasa ini jalan yang terbaik. Lagipun bukan aku tak balik rumah. Hujung minggu aku baliklah. 

Nota kaki: Ya Allah, permudahkanlah urusanku.

Tuesday, June 19, 2012

TabAhKan HAti

Ya Allah..mohon ketabahan hati. Mohon doa banyak-banyak kepada Mu supaya mak sembuh. Aku tak tau kenapa aku masih lagi di opis walaupun dah dengar berita mak masuk hospital tadi. Sejujurnya aku risau tapi tak mampu nak buat apa-apa.

Aku takde kenderaan nak balik sekarang. Tengah menunggu seseorang. Tapi dia tak balas mesej dari tadi. Kecewa sangat-sangat ni. Dah buntu. Tak tahu nak buat apa sekarang. Ya Allah, tolong aku.

Tuesday, June 12, 2012

SayA Jadi teNaga PengajAr laGi Hari Ini..Hidup DataStream

Ok. Kena jadi tenaga pengajar lagi kepada rakan-rakan librarian. Walaupun makcik berpuasa hari ni tetapi masih gagah untuk bercakap di depan rakan-rakan. Biasalah senang mengajar rakan-rakan. Kita boleh cakap dengan bahasa yang mudah dan boleh difahami. Memandangkan masing-masing dah tau serba sedikit pasal online database ni, aku cuma terangkan mana-mana perkara yang penting.

Kadang-kadang data yang nak dicari tak susah. Yang jadi susah bila user sendiri tak tahu nak cari apa. Dalam latihan tadi, aku berikan tips-tips yang berguna untuk digunakan. Yang lain, kena rajin explore baru dapat tahu caranya.

Harapnya apa yang aku dah ajar tadi, masing-masing dapat manfaatkan. Kalau masih ada yang tak faham, boleh saja hubungi makcik ni. hehehe 

Monday, June 11, 2012

DuGaan MAcam Ni MemAng Yang TeRbaik Aku HAdapI

Haha Masa aku puasa ni lah macam-macam dugaan nak datang kan. Dah tadi aku terlewat pergi opis gara-gara keretaku yang dipakai oleh somebody and that somebody beria-ia janji nak hantar aku pergi kerja dan aku bersetuju saja lah memandangkan betapa bersungguh-sungguhnya dia. Sudahnya taht somebody boleh terbangun lewat dan kami bertolak dari rumah jam 7.20 pagi. Mula-mula rasa angin jugak tapi fikir tengah puasa, jadi redalah sekejap. Tambah lagi that somebody mohon maaf bersungguh-sungguh jadi aku pun biarkan. Mujur bos tak banyak ragam dan tak banyak soal maka aku terlepas hehe. Nak pulak memang aku kena masuk lewat ke opis sebabnya nak pergi keluarkan duit kat bank pakai kad kredit. 

Dah sampai kat bank, lagi satu dugaan aku terima. Kad aku kena telan dengan mesin ATM. Aduh, masa-masa urgent ni lah dia buat hal. Aku dahlah nak pakai duit tu cepat, boleh jadi masalah pulak. Masa pergi kat kaunter boleh pulak orang tu cakap "Puan kena tunggu dulu ya. Kami tak boleh buka mesin tu sebab kita bagi orang luar. Orang yang nak datang pun tak tau bila sampai. Puan isilah dulu borang ni, nanti kami hubungi puan." Heiiii, kamu tahu tak yang aku nak pakai duit tu SEGERA. bukannya esok,  bukannya petang karang. Memang rasa terbakar je. Ikutkan hati memang nak hambur je tapi bila fikirkan aku berpuasa maka aku tahan. Sempat lagi aku senyum dan minta mereka hubung dengan segera. Tapi boleh mamat tu pandang-pandang semacam je. Taulah aku senyum ni cantik,tak payah nak tengok lama-lama. Bukan aku nak ngorat kamu pun. 

Hmm, sabar jelah..

Friday, June 08, 2012

NoT iN The MoOd

Adeh. Hari ni segala macam angin nak datang. Dengan angin sakit hati, kecewa, risau, marah..bercampur baur jadinya. Mujurlah dah lepas program-program yang mencabar minda. 

Dah lepas kejohanan boling. Baru tadi nak siapkan laporan pelarasan bajet. Kena lengkap, kalau tidak habis gaji I bulan depan. Laporan kejohanan tak buat lagi. Minta tolong staf buatkan sebab aku terpaksa fokus kepada perkara yang lain. Tetapi Alhamdulillah, tercapai matlamat aku nak jadi Top 16 players. Dan tak disangka-sangka aku dapat no 12. Berbaloi dengan segala kerja keras yang aku buat. Bukan senang nak jadi antara yang terbaik dalam UiTM seluruh Malaysia kan. Kira rezeki aku lah tu. Alhamdulillah juga aku dapat hadiah yang tak disangka-sangka daripada coach tak rasmi aku, dapat bola boling baru hehehe. Aku dah siap train pakai bola tu.

Dah lepas jugak, program CIS. Baru semalam habis. Ada suka ada duka sepanjang perjalanan program. Walaupun ada aku rasa kecewa sikit tapi terima je lah dugaan yang datang. Boleh diambil sebagai pengajaran untuk program yang akan datang. Namun, aku tetap berpuas hati. Ini baru sikit. Belum lagi perkara-perkara lain. Jadi kena fikir positif dan teruskan.

Tadi baru lepas sesi temubual dengan Ketua Bahagian Jurnal. Beliau meminta pendapat aku sikit berkenaan online database yang menang highest usage award. Jadi aku beritahu serba sedikit cara promosi dan lain-lain yang berkenaan. Lama juga temubual tadi. Adalah sempat bergosip sikit hehehe.

Hmm..apa lagi. Sebenarnya banyak benda lagi nak cakap tapi tak mampu nak tulis kat sini. Terlalu serabut kot.  Mohon dikuatkan semangat..

Friday, May 25, 2012

YeAh..

Yeah..lega! Semalam dah buat perbincangan pasal perasmian dan teks ucapan. Mujur aku tak kena duk depan dengan VIP. Tak tau nak borak-borak apa dengan KP nanti. Aku jadi orang belakang tabir. Bos yang akan duk depan dengan VIP. Selamat! Mujur juga ada Kak Bai dan Kak Lah di situ. Penyelamat keadaan memandangkan tumpuan aku kena bahagi dua sekarang ni. Satu nak fokus pada program CIS ni satu lagi fokus  pada pasukan boling library. Tu belum lagi nak bahagi tiga bila masuk bab peribadi. Nak tolong mak uruskan hal kenduri doa selamat dan nak beli perabot segala bagai untuk homestay. Mujur ada adik-adik yang boleh dilepaskan tanggungjawab.

Semalam buat latihan rasmi untuk boling. Lelaki dan wanita. Yang lelaki aku tak hiraukan sangat sebab aku dah tengok cara mereka bermain masa rabu petang. Yang wanita aku kena kisahkan. Nak tengok cara mereka pulak. Alhamdulillah, setakat ni ok. Cuma kena tingkatkan lagi latihan. Semalam pun markah mereka agak bagus. Kena kekalkan prestasi. Result aku pun agak bagus tapi risau juga, selalu masa latihan score memang cantik. Bila pertandingan je selalu score tu entah ke mana hala. Harapnya kejohanan kali ni aku dapat fokus. Latihan rasmi sesi kedua aku tak dapat nak join. Nampak gaya berlatih sorang-sorang nanti. Mungkin aku akan berlatih masa lepas mesyuarat Pengurus Pasukan rabu minggu depan. Ada peluang aku nak rasa berlatih kat tempat perlawanan, Sunway. Dah lama tak bermain kat situ. Rasa-rasanya 3 tahun lepas aku pergi sana dengan best friends (Dekni, Sal & Marli). Yup betul 3 tahun yang lepas, aku ada cerita kat sini. Huhuhu lama jugak tu. Dah tak tau rasa lane dia macam mana. Nak kena ujicuba betul-betul ni. Semangat giler nak bermain boling ni hahahaha..menang belum tentu lagi tapi sekiranya menang pun Alhamdulillah rezeki namanya tu.

Esok dah nak bertolak ke Kedah. Baju tak kemas lagi. Aduyai nak kena memikir pulak baju apa nak pakai. Hmmm, nampak gaya aku akan bermain campak-campak je la baju yang mana sempat aku capai nanti. Nak kena kemas baju untuk balik kampung lagi. Beg aku akan jadi dua nanti. Satu pakaian untuk ke Kedah, satu lagi untuk ke kampung. Hmmmm...serabut...

Wednesday, May 23, 2012

SakiT KePala

Hari ni baru terasa kepala sakit. Rasa berdenyut-denyut. Nampak sangat banyak berfikir. Memang betul, tengah menaip ni, otak masih boleh fikir benda lain. Tak pernah berhenti. Kena tahan jela sampai balik nanti. Balik lewat nanti. Nak kena pergi sesi pemilihan boling pastu singgah jap nak jumpa pembekal minyak wangi. Nak ambil stok minyak wangi. 

Nota kaki: Kena sapu balm baru lega ni..

Tuesday, May 22, 2012

MacAm-MAcaM NaK KenA FikIR

Ok.. cuti dah kena tarik sehari. Nak tak nak terpaksa bekerja hari Selasa. Bos minta tolong untuk hadirkan jugak diri untuk bekerja. Mula-mula fikir jugak alasan apa nak bagi kat mak memandangkan malam tadi ayah bagitau tak dapat nak ikut balik kampung sebab bos tak bagi cuti. Ramai staf dah minta cuti memandangkan minggu depan cuti sekolah. Muka mak dah berkerut malam tadi. Terpaksa balik dengan adik-adik dulu jawabnya. Aku akan balik kemudian memandangkan aku kena pergi ke Sunagi Petani dulu.

Tadi, bila dengar bos dah minta tolong untuk datang bekerja, aku dah mula memikir nak cakap ke tidak kat mak. Tapi tak sempat otak nak memikir, tangan dah laju pegang handphone dan dail nombor emak. Bila dengar mak "Helo..." terpaksalah aku terangkan. Mujur mak faham dan beri keputusan kami akan balik ke KL hari Isnin. 

Bila tengok-tengok balik..memang mantap aku kembara kali ni. Sabtu pergi Kedah, Ahad pergi Pahang, Isnin Balik KL. Terbaikkk!! Boleh buat Jelajah Semenanjung Malaysia 2012 kalau aku rajin dan ada cuti dan ada bajet hehehe...

Ok...cerita pasal boling, Alhamdulillah dah selesai bab kelulusan. Wakil untuk wanita pun dah dapat, cuma wakil lelaki kena buat pemilihan. Hari Rabu lepas waktu bekerja nak buat sesi pemilihan. Borang wang pendahuluan pun dah bagi kat Kak Tun nak minta sign KP. Borang transport pun dah siap isi, tinggal nak letak nama peserta je lagi. Surat permohonan pelepasan waktu pejabat pun dah buat. Tinggal nak bagi kat KP je. Hari Khamis pulak ada perbincangan mengenai perasmian dan undangan untuk program CIS kami tu. Petang Khamis ada mesyuarat wakil PTAR untuk boling termasuk sesi latihan lepas tu.

Tak sempat lagi nak fikir pakai baju apa untuk best friend's wedding. Baju nak balik ke kampung pun tak kemas lagi. Hmmm...apa lagi ya? 

Monday, May 21, 2012

Too ManY ThiNGs To Do

Ok. Aku tau aku dah lama tak kemaskini blog. Bukan apa, macam tajuk kat atas tu memang banyak benda aku kena buat. Sejak minggu lepas, aku kena fokus kepada kerja. Memandangkan aku telah dilantik menjadi pengerusi sebuah program, maka memang menjadi keutamaan aku untuk memastikan program ini berjalan lancar. Namun, kita hanya merancang, segala yang terjadi Tuhan yang tentukan. 

Sepatutnya program ini berjalan 15&16hb lepas, tapi ada beberapa kekangan maka terpaksa diubah. Antaranya,  program yang kami jalankan ini melibatkan beberapa agensi dari luar seperti AKPK, KMC BNM dan MII. Ada pertindihan tarikh dengan program yang lain jadi kami diminta untuk mengubah tarikh ke 23&24hb. Namun, disebabkan ada kekangan kepada program lain pulak pada tarikh yang dipilih, terpaksa menukar tarikh kepada 6 & 7 Jun. Dah tiga kali tukar. Aku kesian kan juga AJK yang bertungkus-lumus menyiapkan semua namun kami kena terima hakikat. Walau bagaimanapun, ada hikmah di sebaliknya. Program kami nanti akan bekerjasama dengan program pelajar yang juga akan dibuat di perpustakaan kami pada minggu yang sama. Alhamdulillah program ini mendapat sambutan daripada warga fakulti. Ada pensyarah yang sudi bekerjasama untuk melepaskan pelajar hadir ke taklimat yang diberikan oleh agensi-agensi yang terlibat. Aku berharap tak ada sebarang masalah lagi yang timbul. Untuk mesyuarat seterusnya, aku akan banyak melihat progress program sbelum hari kejadian.

Selain itu, aku juga tengah sibuk menjadi Pengurus Pasukan Boling. Memandangkan UiTM akan buat kejohanan Boling Piala Naib Canselor pada 30 Mei-2 Jun, jadi masa yang tinggal tak banyak. Aku baru saja dapat kelulusan kertas kerja bajet dan sekarang ni tengah menunggu maklumbalas staf yang nak jadi wakil. Minggu ni kami buat latihan sebelum kejohanan minggu depan. Aku cuma tengah tunggu surat kelulusan sebelum nak minta bajet untuk yuran penyertaan, t-shirt dan bayaran sesi latihan. Lepas ni aku nak kena mohon kenderaan dan CTR untuk wakil peserta memandangkan kami kena pergi pada masa hari bekerja.

Minggu ni jugak, ada hal peribadi yang perlu diuruskan. Dah berbincang dengan member nak bertolak ke Kedah Sabtu ni. Hotel dah tempah, tinggal aku nak tau pasal tiket balik ke Kuantan. Lepas wedding best friend aku kena terus balik kampung. Nak uruskan majlis kenduri doa selamat homestay dan rumah baru kakak saudara. Selain tu, nak tengok-tengok jugak kedai runcit yang diuruskan koperasi keluarga. Aku akan bercuti sampai Selasa (29 Mei).

Hmmm....minggu depan langsung tak masuk opis. Lepas cuti aku terus kena pergi ke Kejohanan Boling kat Sunway Pyramid. Minggu selepas tu pulak terus kena fokus dengan program perpustakaan aku tu.

Huhuhu...Kalaulah aku ni boleh dibelah dua. Senang nak uruskan pelbagai perkara tapi takpe ini lah masanya aku nak rasa sibuk kot. Lepas ni tak tau lagi tahap sibuknya macam mana kan. Practice makes perfect.

Monday, May 07, 2012

SAyangKu BuAT Hal LagI

Mesti ada yang tertanya-tanya siapalah sayangku tu?hehehe
Sudah semestinyalah kereta aku. Aku rasa dalam tahun ni ada beberapa kali aku cerita pasal sayangku tu. Ada kat sini dan sini. Kali ni aku nak cerita lagi. Nak tau apa pula yang jadi, kena baca sampai habis hehe.

Pagi tadi keluar rumah. Hujan masih turun. Jadi aku macam biasalah bukalah wiper kan. Takkan nak buka tingkap masa hujan betul tak?

Tengah elok-elok memandu, entah macam mana tiba-tiba wiper yang sebelah kanan (bahagian pemandu ok) boleh tercabut. Terkejut dan terkaget aku kejap. Ah, sudah. Boleh pulak dia tercabut. Aku dah mula risau tapi masih sempat gelak. Yelah, tak pernah-pernah dalam hidup aku wiper kereta boleh tercabut. Nak tutup wiper tu, hujan masih mencurah-curah turun. Sudahnya aku biarkan saja. Mula-mula risau juga sebab aku tak nampak sangat. Dahlah gelap lagi kat luar tu. Lama-lama aku jadi malu nak pulak bila berhenti kat traffic light. Orang duk pandang pelik je kat wiper aku yang sebelah dah hilang hehehe.

Takpe. Tengahari karang aku keluar cari yang lain. 

Hehehe sampai sekarang aku duk teringat lagi macam mana wiper aku leh melayang terbang tadi.

Saturday, April 28, 2012

AktiviTi BaliK KAmpUng TerBaru-PukaT ikAn

Minggu lepas balik kampung 4 hari. Tujuannya nak teman mak dan ayah balik nak selesaikan pembelian rumah nak buat homestay. Kemungkinan besar boleh bermula bulan Mei atau awal Jun nanti. Bila dah siap aku akan war-warkan nanti ya. Selain tu, dapatlah melepakkan diri seketika daripada kesibukan kerja.

Dah alang-alang balik, Paksu aku ada mengajak berkelah di tepi pantai. Tempat biasa kami pergi ke Kampung Sg. Ular. Walaupun nama sungai tapi sebenarnya ni kawasan laut ya. Tengahari tu aku dan mak siapkan lauk-pauk yang nak dibawa. Famili lain pun sama. Siapkan lauk masing-masing. Aku dan mak masak lauk ringkas saja. Lemak putih kubis, ikan goreng dan sambal telur. Dah siap, tunggu untuk Solat Zohor sebelum bergerak.

Dah sampai, masing-masing hidangkan lauk dan sesi makan bermula. Dah siap makan masing-masing mulalah rehat dan buat macam-macam perkara. Yang kelakarnya, perempuan duduk lepak atas tikar, yang lelaki duduk dalam kabin sambil berkaraoke. budak-budak apa lagi. Mandi lautlah.

Bila waktu malam lepas solat Maghrib, Paksu ajak turun laut. Katanya nak memukat ikan. Katanya ikan senang dapat malam-malam. Masa nak pergi tepi laut tu pun dah nampak ada orang lain tengah menjala ikan jugak. Ni kira pengalaman pertama aku tengok orang menjala ikan. Kira jadi nelayan lah walaupun bukan aku yang pergi tangkap. Orang lelaki je yang pergi menjala. Yang perempuan bagi semangat kat tepi pantai hehehe.

Yang seronoknya, memang ada hasil pergi menjala ikan. Seronok tak terkata bila tengok ikan melompat-lompat tersangkut dalam jala. Bukan setakat ikan, ketam dan sotong pun ada. Malam tu kira bernasib baik jugak dapat ikan buntal hehe. Malam tu dapat sembilan ekor ikan termasuklah ikan bulan, ikan ebek. Makan malam dapatlah makan ikan segar. Terasa kemanisan ikannya. Memang seronok sangat.

Mak dah siap bagitau. Balik kampung nanti, lagi sekali akan menjala ikan. 

pemandangan waktu senja di tepi laut

nelayan-nelayan baru mencuba nasib hehe

antara hasil jalaan

bergambar dengan ikan sebelum masak 

lepak-lepak lepas berkaraoke

nelayan-nelayan yang gembira dengan hasil tangkapan

ketam batu

tukang sorak pada nelayan-nelayan pun nak bergambar dengan ikan

JurNal Ke PadaNg & BUkiT TingGi, IndONesia

3 minggu lepas berpeluang jejakkan kaki ke Padang dan Bukit Tinggi, Indonesia. Lawatan kali ni pergi dengan famili Makde dan famili Pak Itam. Ada 15 orang semuanya. Famili aku yang tak ikut cuma Amir dan Abang Cik. Kami pergi ke sana selama 3 hari. Aku ingat lagi yang kami kena keluar rumah seawal 3 pagi untuk pergi ke LCCT sebab waktu penerbangan mula jam 7.50. Sampai di Padang lebih kurang pukul 9.00 pagi tapi agak panas cuaca masa tu. Terasa bahangnya macam dah pukul 11 pagi. Trip kali ni memang tak ada perancangan. Memang datang macam tu je sebabnya pertama kali datang. Yang tau pun cuma Makde itu pun dia dengar pengalaman kawan-kawan dia. Jadi, kami terus cari pemandu di lapangan terbang. Pada mulanya rancang nak naik bas mini tapi orang di sana suruh naik kereta saja. Lama juga mak ayah dan makcik pakcik berbincang pasal ni. Sebabnya kos pengangkutan agak mahal. Untuk sehari je kena bayar RP100,000 satu kereta kalau tak silap aku tak termasuk duit minyak. Kami kena bayar RP300,000 memandangkan 3 kereta kena ambil. Sudahnya kami tetap ambil kereta sebabnya pemandu tu cakap kalau pergi Bukit Tinggi jalannya agak kecil. Jadi bas tak dapat lalu banyak kawasan yang kami nak pergi. Tapi aku rasa macam pemandu yang cakap tu macam tipu pun ada, sebabnya aku nampak banyak jugak bas yang lalu. Tapi terima jelah masa tu, kami tak tau apa-apa sebab pertama kali sampai. 

Dari lapangan terbang ke Bukit Tinggi ambil masa dalam satu jam perjalanan. Sepanjang perjalanan tu, sempat jugaklah tengok pemandangan. Tapi boleh dikatakan, trip kali ni memang banyak kali aku tertidur dalam kereta. Maka, banyak kali jugaklah peluang aku terlepas nak tengok pemandangan sekitar Padang & Bukit Tinggi. Kat sini banyak aku dapat merasa peluang pertama kali, macam pertama kali aku duduk hotel yang tak ada air cond, tapi aku tak rasa panas pun. Sebabnya kami duduk di kawasan yang tinggi. Ala lebih kurang macam kat Genting Highland la. Pertama kali jugak, aku dapat merasa makan telur penyu. Pertama kali dapat tengok dan jejak rumah-rumah minang. Dekat sinilah, asalnya keturunan Minangkabau yang kat Negeri Sembilan tu. Aku tengok orang-orang kat sini tak jauh beza dengan orang Malaysia. Berbeza masa aku Bandung dulu. Dekat sini juga orangnya agak ramah dan bersopan. Susah jugak nak jumpa budak-budak yang datang minta sedekah. Boleh dikatakan aku tak pernah jumpa sepanjang 3 hari kat sana. Memang pengalaman yang berbeza daripada masa kat Bandung dulu. Harga makanan dan membeli-belah tak kurang beza macam harga kat Malaysia. Kalau pandai tawar-menawar dapatlah diskaun sikit. Kat sini boleh kain pasang bersulam. Memang banyak jenis sulam yang dibuat. Selain tu, kain untuk langsir pun boleh dibuat. Kain pelekat dan telekung pun boleh dibeli. Memang cantik buatannya, lebih-lebih lagi telekung. Sulam yang dibuat agak tebal dan halus. Tudung bawal bersulam pun agak terkenal di sini. Sempat jugak aku beli 4 helai tudung.

Antara tempat-tempat yang kami singgah Lembah Anai Air Mancur, Rumah Minang, Lubang Jepang, Jam Gadang, Pasar Atas (tempat beli-belah), Kilang Kopi Bukit Tinggi dan Jambatan Nurbaya. Ada lagi tempat-tempat menarik yang lain tapi kami tak berkesempatan melawat. Dekat sini ada dua gunung berapi yang terkenal iaitu Gunung Merapi dan Gunung Sijangkang. 

Yang menarik perhatian aku bila datang kat sini ialah bila masa makan. Stail di sini, mereka akan hidangkan semua lauk-pauk yang ada atas meja dan kita ambil je lauk yang kita nak. Punya banyak lauk sampai penuh meja. Kadang-kadang lauk ayam pun sampai empat jenis ada kat atas meja tu. Makanannya banyak lauk kering dan tak jauh beza gulai yang dibuat macam di Negeri Sembilan. Cuma lauknya tak pedas sangat. Yang menjadi kegemaran aku ialah sambal lada hijau. Macam sambal belacan la fungsinya, penyedap makanan hehe. Harga makanan akan dikira mengikut lauk yang diambil. Masa mula-mula makan, kami tak tau, jadi ambil je semua lauk yang ada. Sudahnya kena bayar RP800,000. Lepas tu, barulah berhati-hati nak ambil makanan. Satu lagi yang sedap kat sana adalah Bakso. Memang terbaik dan murah. Aku tak ingat nama tapi lebih kurang macam ni lah namanya "Warung Pak..." Harga satu mangkuk Bakso cuma RP10,000. Jadi dua malam kami makan Bakso berturut-turut. Sebab sedap dan nak jimat belanja hehehe. 

Kat bawah ni antara gambar-gambar yang diambil masa pergi ke sana.
Air Mancur Lembah Anai

Depan perpustakaan Rumah Minang

Bergambar di pelamin Orang Minang

Bergambar dengan pasangan pengantin tua hehe

Gmabr beramai-ramai depan Rumah Minang


Antara lauk-lauk yang kami makan. Banyak kan

Lubang Jepang

Gunung berapi yang ada di Bukit Tinggi. Tak silap ni Gunung Merapi 

Jam Gadang

Pasar Atas

Di Kilang Kopi. Kat sini dapat merasa kopi percuma

Wednesday, April 18, 2012

HadiAh


Tak rugi datang online training semalam. Dapat gak hadiah jam. Berkenan pulak aku tengok jam tangan tu. Denagn kaler merahnya, corak yang cantik, ditambah pulak dengan design yang sedikit besar. Kalau letak tangan jauh-jauh pun boleh nampak lagi nombor tu.

Biarlah jam tu sebenarnya murah dan boleh dibeli di pasar malam atau uptown tapi keikhlasan orang nak beri tu kenalah ambil kira ye dak.

Semua yang datang masa latihan dapat jam tu. Ada jugak hadiah lain kami dapat. Bisaanya pembekal akan beri masa sesi latihan. 

Hehehe aku pun dah lama tak dapat hadiah. Dapat hadiah macam ni pun dah melompat-lompat suka

Isi BorAng Cukai secara M-filing

Canggih dah cara nak isi borang cukai sekarang. Sebelum ni, pakai e-filing, sekarang dah boleh pakai m-filing. Memudahkan orang ramai nak isi borang cukai.

Yang ni maklumat aku dapat daripada laman web LHDN -  http://www.hasil.gov.my

Pengemukaan Borang Nyata Cukai Pendapatan Individu bagi pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan (BE) dengan menggunakan peranti mudah alih.
Keperluan m-Filing

  • Pelayar web peranti mudah alih
  • Mod Rangkaian : WAP, GPRS, EDGE atau 3G
Sistem pengoperasian peranti mudah alih yang disokong
  • iPhone dan iPad dengan iOS versi 4.0 ke atas
  • Android versi 2.2 (Froyo) ke atas
  • BlackBerry (versi 6 dan ke atas) dan Playbook
  • Windows Phone versi 7.0 ke atas, 7.5 (Mango) disyorkan
Cara-cara mengakses m-Filing
  • Aktifkan pelayar web peranti mudah alih
  • Taip URL : https://mfiling.hasil.gov.my atau login ke laman e-Filing dan klik ikon 'm-BE 2011'
  • Login dengan menggunakan Sijil Digital sedia ada sama seperti yang digunakan untuk e-Filing
Pengguna baru
Sila layari https://e.hasil.gov.my/ dan klik Permohonan No. Pin untuk mendaftar Sijil Digital



Jadi pada mereka yang tak sempat nak isi borang cukai secara manual bolehlah isi guna handphone masing-masing.

Tak pun pakailah e-filing macam biasa. Seperti biasa, aku nak ingatkan tarikh tutup isi borang ialah pada 30 April 2012.

Tinggal 12 hari je lagi nak kena isi. Isi cepat-cepat ya

Friday, April 13, 2012

PasAl PizA Lagi

Ni cerita lain pulak. Tadi lunch kononnya nak pergi makan Domino's dengan opismate. Yelah, dah dapat kupon diskaun, nak try la kan. Sudahnya, opismate bagitau pulak pasal Papa John punya sup cendawan tu agak sedap, jadi melenconglah idea asal.

Singgah kat Papa John Sek. 9 tu agak awal, jadi tak ramai orang lagi. Interior menarik cuma agak kelam sikit lampunya, jadi kami pilih duduk tepi tingkap. Dah sampai kat meja, kami belek-belek menu yang ada. Dan sudah semestinya, opismate memilih sup pujaan hati dia tu, aku pilih nak ambil set piza untuk dua orang. Harga agak berpatutan. Dalam harga RM30, boleh dapat 1 regular sized pizza, 1 breadstick, 1 potato wedges dan 2 soft drinks. Yang pasti sos cicah potato wedges berbeza daripada sos cili biasa. Tak silap aku, pakai sos salsa. Dan dip untuk breadstick pun berbeza daripada kedai-kedai paiza yang lain, pakai sos butter with garlic (yang ini agak masin tapi masih sedap dimakan bersama roti). 

Secara keseluruhan, memang sedaplah kalau makan kat sini. Minta maaf takde gambar. Takun nanti letak gambar, orang yang membaca ni jadi terliur pulak kan. Saya rasa bersalah nanti. Walau apapun, pada mereka yang berminat bolehlah mencuba makan di restoran ni ya.

KupoN Piza

Masa tengah buat kerja tadi entah dari mana seorang mamat ni datang nak promo dia punya baucer kat aku. Masa dia bagi katalog kupon tu sambil penuh semangat menerangkan segala alah menda promo, aku duk membelek-belek je katalog tu dengan niat tak mau beli. Tapi entah macam mana ayat yang mamat tu pakai jadi power semacam sampai buat aku terpengarauh dengan mudahnya.

Terbang jugak RM20 gara-gara kupon tu. Takpe, yang penting piza tu aku suka makan. Kalau aku tak habis pun, famili aku ada. Nak pulak adik-adik aku memang suka piza Domino's ni. Jadi, biarlah aku beli.


Nota kaki: tula, saja-saja gatal nak beli kan. Mentang-mentang benda favorite, abis hentam walaupun duit tinggal tak seberapa. Ni mula duk terfikir, nak cari duit kat mana nak buat alignment kereta.

Thursday, April 12, 2012

HatI BungA-BunGa

Hati sedang berbunga-bunga. Rasa nak senyum satu hari. Kalau orang datang marah-marah pun aku masih boleh tersenyum. Pelik kan.

Jangan salah sangka ya. Ini tak ada kena mengena dengan kisah cinta. Sungguh! Bukan sebab ada orang suka kat aku atau yang sewaktu dengannya. Cuma hati berbunga pasal Yongseo buat comeback jadi host dalam sebuah rancangan muzik. Aku merupakan peminat mereka jadi bila dapat tahu perkara macam ni memang buat aku jadi teruja habis dan senyum tak henti-henti. Aku suka..suka...suka. Ihik! 

Tuesday, April 10, 2012

KertAs KerjA PertAndinGAn BoliNG

Minggu lepas sebelum bercuti aku sempat hantar kertas kerja untuk masuk kejohanan boling. Minggu ni tak dengar apa-apa berita lagi. Kemungkinan kertas kerja yang aku buat tu kena masuk mesyuarat ketua bahagian. Semalam staf aku dah tanya macam mana dengan projek ni. Aku cuma bagitau apa yang Bahagian Pentadbiran cakap. 

Harap-harapnya lulus kertas kerja yang aku buat tu. Kerja aku akan bertambah sikit nanti tapi aku rasa berbaloi memandangkan kejohanan tu nanti melibatkan semua jabatan dan fakulti. Rugi kalau library tak masuk. 

Tunggu dah dapat berita sahih nanti aku akan war-warkan kepada staf library untuk pemilihan wakil PTAR.

Doa-doalah semoga lulus

MenganTUk Yang LUar BiaSa

Hari ni sepanjang perjalanan ke tempat kerja aku dilanda rasa mengantuk. Sampai kereta aku pun dah tak ikut tanda jalan, asyik ke kiri dan kanan. Serius mengantuk. Sampai ke opis rasa mengantuk tu tetap ada. Jangan kata lah bab yang aku sempat lelap mata satu saat beberapa kali. Mujur takde apa-apa sepanjang perjalanan. Ish, kuat benar rasa mengantuk. Nak kata aku tidur lewat macam biasalah jam 12 aku tidur.

Nampak sangat diri ni dah tua hehehe. Kadang-kadang terfikir nak duduk menyewa tapi sampai sekarang malas nak mencari rumah kat sekitar Shah Alam ni. Aku lagi suka keadaan sekarang. Tunggulah sampai masa aku kena berpindah, aku tetap akan pindah.

Nota kecil: Adik-adik, sila jangan tiru saya. Pastikan anda sentiasa segar sebelum dan semasa memandu.

Monday, April 09, 2012

FrieNds and Good FriendS

Pagi tadi dengan rasa malas memandu ke tempat kerja. Mujur tak rasa mengantuk walaupun malam tadi aku tidur pukul dua. Gara-gara menonton semula WGM Yongseo couple. Lepas tu sempat tolong mak upload gambar dalam facebook dia. Gambar masa kami pergi Padang dan Bukit Tinggi, Indonesia Khamis lepas.

Ok, aku bukan nak cerita pasal cuti, itu dalam entri yang lain. Cuma nak cerita pasal apa yang aku dengar pagi tadi kat radio. Sekarang ni aku rajin buka Fly FM. Lebih-lebih lagi waktu pagi ada sesi Judge Hakim. Aku suka dengar dia bagi verdict yang entah apa-apa. Suka juga dengar Hafiz dan Nadia (sekarang Juls ganti) bergaduh membela klien masing-masing. Tapi, pagi tadi aku suka dengar verdict yang Judge Hakim bagi. 

Saja aku nak quote kat sini perkataan dia. Mengenai kawan.

First quote:
"Friends are like money. You can have it but you can't keep it."

Second quote:
"Good friends are like stars. They can't always shine but you know that they are there."

Sweet kan. Totally in love with those quotes. and agree some more. Especially second quote. Sangat manis.

So for those my beloved friends, I dedicate these to you. Have a nice day!

Thursday, March 22, 2012

KerJa MaLam

Hari ni giliran aku kerja malam kat library juga hari pertama untuk minggu ni aku bekerja. Tiga hari lepas aku bercuti menjaga kebajikan rumah. Mak dan ayah kursus jadi aku ambil alih tugas menjaga adik kecik. Biasalah, aku je satu-satunya anak yang masih tinggal dengan mak ayah. Adik-adik lain duduk kat Shah Alam dan Rawang.

Kalau nak diikutkan ini bukan pertama kali aku kerja sampai malam. Pernah juga sebelum ni, bekerja sampai pukul 11 dan 12 malam. Itu pun kerja lebih masa jika ada program-program besar yang melibatkan aku jadi AJK. Memang akan pekerja yang 'terlebih rajin' masa tu hehehe. Ini pun bukan kali pertama aku kerja on duty ni. Sebelum ni pernah juga kerja Sabtu dan Ahad.

Cuma, ini kali pertama kerja di library sendiri. Sebelum ni, kerja lebih masa untuk pegawai selalu kena pergi library induk. Perubahan baru  setelah diluluskan pihak pengurusan. Jadi, pustakawan di perpustakaan fakulti dapat menjalankan tugas di perpustakaan masing-masing. Masuk pukul 1 balik pukul 10. Macam di tempat aku ni, pustakawan akan bekerja malam 2 kali seminggu ikut giliran. Jadi, hari ni giliran aku selepas beberapa orang rakan pustakawan lain dah menjalankan tugas bermula minggu lepas.

Selepas ini, akan ada lagi giliran bertugas malam sehingga habis semester ni.

Nota kaki: Selamat bertugas kepada mereka yang bertugas malam :)

Thursday, March 15, 2012

Pra Bengkel PS

Pagi ni semangat gila nak pergi pra bengkel...nak taip ringkas-ringkas je ni. Kejap lagi nak masuk bengkel dengar ceramah dulu. Bengkel dijalankan selama dua hari. Selamat perbelanjaan makanan aku untuk dua hari. Yelah, hujung bulan ni kena berjimat cermat. Duit gaji dah makin berkurang. Harapnya, tunggakan gaji boleh dapat cepat. Banyak nak pakai duit bulan depan. Nak tukar mata wang asing lagi, nak simpan sikit untuk renew insurans dan cukai jalan lagi, nak bayar hutang PTPTN lagi...hmmm, kena rancang betul-betul perbelanjaan aku ni.

Friday, March 02, 2012

HaRI Ini DalAm SejaraH

Sebenarnya tajuk kat atas tu untuk cerita semalam. Memandangkan semalam tak berkesempatan nak buat entri jadi baru hari ni aku dapat taip. Ok, kenapa jadi hari semalam jadi HARI INI DALAM SEJARAH? Sebabnya ada beberapa benda yang pertama kali dapat aku rasa dalam satu hari. Yang pertama, aku merasa pergi kerja ke Shah Alam naik komuter dari Sentul. Pertama kali juga pergi kerja naik komuter. Pertama kali pergi dan balik kerja menunpang orang sekejap. Banyak kan...

Semuanya berpunca sebab aku tak pergi kerja dengan kereta aku sendiri. Ini pun kira pertama kali jugak aku pergi kerja kat Shah Alam ni tak bawak kereta hehehe.

Kenapa jadi macam tu? Puncanya satu je. Kereta aku kena pecah semalam. Ada orang pecah tingkap dengan niat nak mencuri benda dalam kereta. Malangnya bagi si pencuri tersebut, kereta aku tiada barang berharga disimpan. Malah duit pun aku tak tinggal. Lebih malang lagi bagi si pencuri tu, dashboard aku dah rosak dan tak boleh bukak. Maka mungkin dengan malang yang dirasakan oleh pencuri tersebut, dia sempat merosakkan kereta aku dan berjaya membuat aku rasa malang kerana perlu mengeluarkan wang untuk bayar balik apa yang dia dah rosakkan. Sungguh kesian dan sungguh kurang ajar pencuri itu. 

Mungkin korang terfikir kenapa dalam keadaan yang sebegitu cemas, aku masih lagi kena pergi kerja. Percayalah, jika tak ada hal yang begitu penting, aku akan ambil cuti kecemasan. Tetapi, disebabkan aku kena jadi penceramah dan tenaga pengajar untuk sesi latihan kepada rakan-rakan pustakawan satu jabatan pada hari semalam, maka aku tetap kena pergi kerja. Rasa serba salah nak batalkan sesi latihan. Makanan dah tempah, undangan pun dah diberi. Tak mungkinlah nak batalkan. Nak pulak semester baru akan bermula minggu depan. Dah mula sibuk nanti.

Bila bercakap pasal komuter, perkara yang tak boleh lari, tren yang lewat sampai. Selama mana pernah aku naik komuter, rasanya setiap kali akan ada kes tren lewat tiba. Semalam pun sama. Aku dah sampai lebih kurang pukul 7.15. Tren berikutnya dalam 7.40. Sememangnya aku dah berfikir yang aku akan terlewat masuk pejabat memandangkan tinggal lagi 20 minit sebelum msuk waktu. Sedang berfikiran sebegitu, tiba-tiba ada pengumuman yang mengatakan tren akan lewat tiba atas hal yang tak dapat dielakkan. Aku dah mula menggelabah. Bukannya apa, jika masuk pejabat dan terus buat kerja tak apa. Ini aku sedang berada dalam mod sebagai seorang penceramah yang mana waktu aku kena mengajar adalah 9.00 pagi. Dah mula mengira waktu nak sampai pukul berapa nanti.

Sudahnya memang lambat dan aku rasa tak selesa. Seboleh mungkin aku akan tepati janji tetapi mujurlah rakan-rakan dah tau kes aku ni, maka aku dimaafkan. Mujur juga aku berjaya memberi ceramah dengan tenang. Cuma bila masa rehat dan habis ceramah, cepat je aku terfikir pasal kereta tu. Alhamdulillah, mak bagitau kereta dah siap baiki. Risau jugak kalau aku terpaksa ambil cuti hari ni sedangkan banyak kerja lagi nak disiapkan.

Nota kaki: Dugaan pada hari pertama bulan ketiga tahun dua ribu dua belas. 1/3/2012. Ada jugak yang pertama kan kat situ.

Monday, February 27, 2012

KawAn DataNg RumAH.MajliS Hi-TEa.PertAndinGAn BoliNg

Hujung minggu, ada aktiviti keluar rumah. Sebenarnya dah jarang aku keluar rumah masa hujung minggu. Lebih suka lepak-lepak. Betul-betul jenis orang rumah (homely type). Yelah, nak keluar pun tak tau nak buat apa. Aku ni pulak jenis bukan macam budak perempuan lain yang suka membeli-belah. Duit lebih banyak dihabiskan untuk beli makanan dan aktiviti lain seperti beli DVD anime@cerita jepun dan main boling. Itu pun sekiranya berkesempatan untuk keluar. Jika tidak, duduk di rumah je.

Ok, berbalik kepada cerita. Selasa lepas terima kunjungan member (Cik Aney) yang ingin tumpang tidur satu malam kat rumah. Sebabnya dia ada mesyuarat last minute kena pergi. Tak sempat nak tempah hotel. Jadi, dia telefon lepas aku tak jawab mesej dia. Sori, aku agak sibuk masa tu, tak dengar bunyi mesej. Lepas dah borak-borak dan aku pun setuju, aku terus telefon ayah aku pasal ni. Ayah macam biasa dengan ayat dia kalau orang datang rumah "Tolong kemas-kemas rumah dan bilik. Jangan bagi bersepah sangat terutama bilik along tu." Aku cuma gelak dan cakap "ya,ya along kemas nanti." Hakikatnya, kerja rumah yang paling aku tak suka ialah mengemas rumah. Sangat alah kalau nak mengemas. Pantang sapu sikit dah rasa semput macam orang tak cukup nafas. Bersin tak payah cakap, berjela-jela bunyinya. Sebabnya aku memang alahan pada habuk. Kadang-kadang bila dah teruk naik bengkak badan macam kena gigit nyamuk. Belum campur lagi, gatal-gatal kat badan tu. Asyik nak menggaru je nanti. Mujur sekarang dah kurang, sebab aku selalu jumpa doktor pakar. Sampai bila pun aku tak tau. Selagi ada janji temu dengan doktor, selagi itulah aku kena pergi. Ok, sambung lagi....balik lepas kerja pergi ambil Aney kat Kolej Seroja. Kami bersembang sambil duk fikir nak pergi bawak Aney jalan-jalan kat mana. Sudahnya, pergi singgah ke Wangsa Walk Mall. Senang nak pergi dan dekat dengan rumah je. Kami singgah solat dulu sebelum bawak Aney pergi meronda. Agak kelakar juga sebabnya tak beli apa-apa. Aney yang gila shopping pun tak beli apa-apa. Berjaya jugak aku mengawal diri daripada beli apa-apa DVD (sebabnya tak singgah situ pun, kalau singgah memang dah ada satu DVD kat tangan). Kami pergi makan je lepas tu. Terima kasih kat Cik Aney yang  sudi belanja makan. Dah siap makan, kami solat Maghrib dan terus balik.

Sabtu pulak, teman mak pergi majlis hi-tea. Adik pun ikut sekali. Mula-mula nak pergi naik bas sebab balik karang boleh balik terus dengan mak memandangkan mak kerja pagi hari tu. Hotel yang kami pergi tu dekat dengan hospital mak kerja, jadi takde masalah nak balik sekali. Tapi tak jadi naik bas sebabnya Abang Chik balik rumah, minta dia tolong hantarkan tengahari tu. Dah sampai kat hotel, kami terus jumpa kawan mak sebab mak tak habis kerja lagi. Terus aku dan adik pergi ambil makanan dan makan. Lepas dah makan satu pusingan tu baru mak sampai. Memang banyak pilihan yang ada. Ada nasi putih, nasi goreng, mee goreng. Lauk pula macam-macam jenis. Belum lagi pembuka selera dan pemanis mulut. Siap ada sushi lagi. Memang puaslah makan. Sudahnya balik tu meluru masuk tandas, aku dengan mak hehehe.

Ahad (semalam), ada pertandingan boling anjuran hospital mak. Aku pun masuk sekali. Dah dengar desas-desus masa hi-tea tu yang kawan mak cakap-cakap pasal aku pernah menang sekali masa tahun lepas, jadi kemungkinan besar aku akan menang lagi. Ada aku cerita kat dalam blog pasal ni. Mak risau juga mulanya tapi aku bagitau, rezeki Tuhan nak bagi, terima jelah. Lagipun belum tentu aku akan menang. Kalau menang pun, Alhamdulillah kan. Sudahnya, mak biarkan saja. Kami bertolak lepas Zohor dan sampai di Ampang Bowl Flamingo dalam 15 minit. Sampai-sampai je dah nampak kawan mak tengah ambil hadiah keluar dari kereta. Kami tolong angkat hadiah tersebut sebab banyak. Tak termampu kalau dua orang je nak bawak. Dahlah kawan mak tu mengandung. Dah sudah sampai kat tempat boling kami tunggu peserta lain. Lama juga nak mulakan pertandingan tu. Dari pukul 2 dah jadi pukul 3 kerana duk menunggu orang yang lambat sampai. Masa sebelum mula pun dah ada orang cakap-cakap dengan aku yang aku menang lagi. Nak pulak aku bawa bola sendiri lagilah orang nak cakap. Tapi aku senyum je. Biarlah orang nak cakap apa pun. Bagi aku mungkin ada orang lain yang lebih pandai main. Aku pun tak berharap nak jadi juara lagi. Cukuplah dapat hadiah lagi (hehehehe gaya macam dapat je). Alhamdulillah masa permainan aku dapat  bermain dengan baik walaupun banyak kali diganggu (budak-budak kecil lah selalunya). Markah boling yang ni pun antara yang terbaik aku pernah buat. Keseluruhan dua permainan aku dapat kumpul 327 mata. Dan, Alhamdulillah sekali lagi dengan tak disangka-sangka aku dapat jadi juara. Siap MC dah bagitau "budak ni menang dua tahun berturut-turut". Aku senyum je lah nak buat apa lagi kan. Hadiahnya berupa hamper yang dah nak sama tinggi dengan bahu aku dan baucer JUSCO. Balik tu terus buka hamper. Punyalah tak sabar-sabar nak tengok isi kat dalam. Banyak makanan ringan yang semestinya adik kecik lah yang suka. 

Lepas ni ada lagi pertandingan boling. Bulan 3 nanti. Yang ni pertandingan boling keluarga. Ni acara tahunan jugak. Ada aku cerita jugak kat sini. Nak diikutkan 2 minggu je lagi. Nak kena berlatih bersungguh-sungguh lagi. Harapnya dapat keputusan yang baik jugak.

Nota kaki: Dah siap ajak mak awal-awal nak pergi berlatih hujung minggu ni. Nak ajak ayah sekali hehehe.

Wednesday, February 15, 2012

Eeeeee..gerAmnyA

Heeeeeeee, geram je rasa sekarang ni. Buat hilang mood je pagi-pagi. 

Aduhlah...macam mana plat kereta boleh tercabut...Nasib baik bahagian belakang. Yang depan tak boleh cabut sebab dah skru.

Tapi yang musykilnya, semalam lepas balik kerja aku tengok ada lagi plat tu...macam mana pagi ni boleh hilang?
Nak kata aku keluar rumah malam tu memang takde.

Yang lagi hairan, setahu aku plat tu takde longgar kat mana-mana. Yelah, masa basuh kereta aku selalu check no plat tu. Lekat kuat lagi. Jadi macam mana?

Kadang-kadang hati ni terfikir jugak benda negatif. Ada ke orang yang nak buat benda macam ni. Ada ke orang yang tak puas hati. Kalau ya pun tak puas hati kenapa tak nak jumpa aku terus, cakap depan-depan. Kenapa nak rosakkan harta benda orang. Tapi tak baik pula nak menuduh yang bukan-bukan...bukannya aku ada bukti pun. Mungkin memang betul plat tu tercabut...

Hmmm...........anggap jelah ni dugaan tapi jujur aku cakap memang aku tak puas hati. Dalam hati aku tu masih terfikir tak mungkin plat tu tercabut sendiri. 

Ni aku main redah je bawak kereta tu pergi kerja. Dahlah jauh. Balik karang baru nak singgah kedai buat plat baru...

Hmmmmm....memang dugaan betul la. Dahlah masa ni gaji dah kurang huhuhu..takpe terima jela dengan reda.

Wednesday, February 08, 2012

PerUtuSan PeNtAdbIraN

Baru saja balik daripada dengar perutusan pentadbiran yang melibatkan tiga jabatan pentadbiran UiTM. Pendaftar, Bendahari dan Ketua Pustakawan UiTM. 

Singgah makan dulu kat kafe sebelum pergi dewan. Takut terdengar perut bunyi masa kat dalam dewan. Dah mendaftar, baru dapat tau ada disertakan makan pagi. Jadi bekalan makan tengahari lah jawabnya hehe. Door gift pun ada, yang menariknya beg sponsor by perpustakaan. Jadi ada jenama perpustakaan di beg tersebut. 

Ucapan pertama diberi oleh Ketua Pustakawan. Banyak intipatinya. Sesuatu yang menarik tapi kesian kat Encik Hidayat yang tak berapa sihat tapi tetap gagah beri ucapan. Antara intipati yang menarik perhatian adalah berkenaan tagline baru perpustakaan "Library For All'. Maksudnya meluaskan rangkaian perkhidmatan perpustakaan yang tak terhad kepada pelajar saja tetapi merangkumi semua pengguna khususnya warga UiTM. Selain daripada itu, beberapa inisiatif perpustakaan untuk meluaskan perkhidmatan termasuklah perubahan jumlah naskhah yang boleh dipinjam kepada staf pentadbiran dari 10 kepada 20 naskhah, pinjaman berkelompok kepada jabatan-jabatan lain, pembukaan perpustakaan selama 24 jam, global outreach dan lain-lain.

Selepas tu, taklimat daripada Bendahari. Temanya ialah "from usual to unsual". banyak inisiatif baru yang dibuat untuk meningkatkan bajet universiti. Termasuk pelaksanaan portal kewangan yang dijalankan secara web sebagai one stop centre. Penggunaan tema lean budget management ditambah baik dengan beberapa perkara untuk menjana kewangan universiti.

Akhir sekali ucapan daripada Pendaftar. Semestinya melibatkan sumber manusia. Pendaftar banyak kali menyentuh tentang Budaya PERDANA selain warga kerja yang berproduktif serta kreatif dan inovatif. Selain itu, ada juga menyentuh tentang warga pentadbiran yang berilmu tinggi. Beri peluang kepada staf pentadbiran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Buat aku terasa nak sambung belajar hehe.

Lepas dengar perutusan tadi, banyak yang aku belajar. Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian dan perlu dibuat tindakan. Apa-apa hal pun perutusan tadi bertepatan dengan tema yang perpustakaan sediakan. Kena juga dengan penstrukturan semula perpustakaan. Semoga terus maju hendaknya. UiTM di hatiku.

Friday, February 03, 2012

PenstrUkturan SemuLa

owah..dah lama tak menulis kat blog ni. Nak cerita banyak ni. Pasal kerja semestinya. Minggu ni minggu terakhir bekerja dengan bos. Lepas ni dia dah balik ke Library utama. Bos masuk Bahagian baru. Lepas ni dapat bos baru dan bakal ketua jabatan baru. Library sini dah siap buat penstrukturan semula. Bermula Februari, semua akan masuk fasa baru. Banyak dah jabatan-jabatan yang dirombak semula. Ikut perubahan skim yang baru dan juga seiring dengan perlantikan ketua pustakawan baru.

Selepas ni, perpustakaan fakulti dah diasingkan daripada Jabatan Pengurusan Pelanggan. Sudah diletakkan di bawah satu jabatan yang lain. Secara tak rasmi, jabatan ni dah dikenali dengan Jabatan Pengurusan Perpustakaan Khusus.

Kat opis bakal terima pertambahan pegawai. Makin ramai pustakawan ada kat sini. Sangat bagus hehe. Minggu depan ada mesyuarat pertama jabatan. Banyak perkara yang akan disampaikan dan yang penting ramai muka-muka baru. Aku je yang masih kekal. Takpe saya suka! hehehe. Banyak lagi benda baru yang aku kena belajar lagi nanti hehehe.

Selain perubahan dari segi struktur dan staf, library pun ada perubahan. Selepas ini, perpustakaan khusus akan dijenamakan semula. Contoh kat tempat aku ni akan dipanggil Perpustakaan Perniagaan dan Perpustakaan Undang-Undang. Koleksi dan perkhidmatan mengikut perpustakaan yang diubah nama. Kena mantapkan lagi kekuatan koleksi dan perkhidmatan. 

Ada banyak lagi perubahan. Tapi tak dapat nak cerita lagi sebab tak dapat berita yang sahih. Yang ini hanya setakat yang aku tau. Nampak macam perubahan besar kan. Tapi perubahan untuk kebaikan aku fikir tak ada masalah. Semua perlu berubah. Kita je yang kena bersedia kan.

Anyway aku tak sabar-sabar nak tau apa perubahan yang ada nanti. Yang pasti kerja akan menjadi tambah menarik. Yang lain-lain, tunggu ajelah nanti hehehe.


Wednesday, January 11, 2012

ChAnge

A lot of things change recently...
More to come...
Affecting me too...
Soon there will be new changes occur...
No matter how...
I will accept that..
We...have to accept that...
Even though there might be some uncertainty..
Even though there might some people unsatisfied...
But it has to be done...

I know I can accept that...
But somehow it turns me to feel unsafe and uncertain...
It should be not like that...
Still need to manage own self to accept those things..
Right now..
It feels like less fun and enjoyable..
Still love to be there...
Need to pray for hope...
Hope that will change something to be better not just good..

Let's hope!
Let's pray!

Friday, January 06, 2012

KetUa PustAKAWan BaRu UiTM

Tahniah diucapkan kepada Encik Noor Hidayat Adnan atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pustakawan Baru UiTM yang berkuatkuasa pada 10 Disember 2011.

Kata-kata aku: Akhirnya dapat juga ketua baru. Lama nak tunggu ni. Berapa kali dah asyik tukar pemangku. Pernah jugak dapat soalan daripada IPTA lain "Bila UiTM nak dapat ketua pustakawan baru?". Sekarang dah dapat pun. Apa-apa hal pun tahniah sekali lagi kepada Encik Hidayat. Semoga di bawah pengurusan beliau akan dapat meningkatkan kualiti perpustakaan yang lebih baik. 

Thursday, January 05, 2012

ReZekI TahuN BarU

Alhamdulillah. Baru dapat tau markah SKT tadi. Markah lebih baik daripada tahun lepas. Dalam seronok tu, masih terima pelbagai nasihat daripada bos besar. Ada lagi yang kena diperbaiki. A lot of skills to improve especially writing skills for official document. I admit that hehe. Kurang mahir nak karang surat rasmi. Lebih-lebih lagi bila nak buat ayat pertama. Mahu setengah jam nak cari perkataan yang sesuai. Mujur ayat-ayat dalam laporan dan minit mesyuarat oleh dikarang. Bos pun takde komen pasal tu. Bagusla kot kerja aku tu hehe. Bila dapat tau markah lebih baik bukan bermaksud dah boleh duduk senang-lenang. Kena fikir cara yang lebih baik untuk majukan diri. Jika boleh, nak kekalkan prestasi terbaik sepanjang tahun (ni boleh jadi azam tiap-tiap tahun). Dalam hati aku, banyak dah perkara-perkara yang dirancang, sedang dirancang, dalam proses, sedang dijalankan. Banyak sebenarnya lagi boleh dibuat kat library ni.

Contohnya sekarang tengah menambah baik senarai tugas staf. Dah siap, boleh laksanakan dalam minggu ni juga. Lepas tu, nak merancang untuk tambah baik servis perpustakaan. Ada yang perlu ditambah baik. Pelan untuk menambah baik rak-rak buku yang sedia ada. Boleh mula masa cuti semester ni. Yang terbaru, learning common. Ada penambahan perabot dan peralatan di perpustakaan. Yang seronoknya, kat library dah dapat TV baru selepas 2 tahun takde tv disebabkan kekangan-kekangan yang ada. Set sofa dan meja baru pun dah sampai. Tersusun cantik di Aras 2. Lepas ni, ada lagi perubahan yang akan berlaku. Huiii, tak sabar-sabar. Hmmmm, banyak lagi sebenarnya ni. Selesaikan satu persatu.

Cakap pasal rezeki ni juga, baru dapat tau aku dah disahkan jawatan. Alhamdulillah sekali lagi. Tahniah juga kepada rakan-rakan sejawat yang masuk melapor diri. Tahniah kat Edayu, Zu, Hafiz, Farabie. Alhamdulillah rezeki di awal tahun baru. Semoga dapat jadi perangsang untuk bekerja dengan lebih baik.

Tuesday, January 03, 2012

SelAmaT DataNg 2012

Entri pertama tahun 2012..hehehe banyak benda yang menanti tahun 2012 ni. Harapnya tahun baru ni buat kehidupan aku cemerlang di dunia dan akhirat.

Amin