Wednesday, June 16, 2010

RuMusaN CeriTa waYang LBS

Malam tadi keluar rumah pukul 8.20 dengan mak dan Amir, AbangChik..Wayang mula pukul 9. Masa dalam perjalanan Amir hampir-hampir nak langgar kereta depan. Kereta depan tu berhenti mengejut tiba-tiba. Aku dengan mak kat belakang memang dah cium kerusi kat depan. Bayangkan betapa rakusnya cara berhenti kereta yang dilakukan oleh Amir. Mengucap panjang aku. Mujur tak langgar. Kalau tak,memang wayang malam tu tak jadi.

Dah sampai kami cepat-cepat ke TGV. Ramai juga orang tangah menunggu nak masuk. Aku sempat lagi dengar lagu kat MP3 sambil berjalan masuk ke panggung. Sebelum masuk, aku dan mak singgah tandas. Ada satu kejadian menarik di situ. Sementara tunggu ada tandas kosong dan kebetulan aku sorang dengan dua orang kakak cleaner yang baru nak cuci, tiba-tiba ada seorang lelaki masuk ke tandas. Masa dia masuk, aku dah terkejut dan tenung dia. Kakak cleaner pun terkejut. Yang lelaki tu pulak boleh tetiba terkaku kat depan pintu. Kami semua terdiam sekejap. Adalah dalam 5 saat camtu. Lepas tu, barulah salah seorang kakak cleaner tu cakap tandas lelaki kat depan. Lelaki tu pun angguk dan terus tunduk. Dah malulah tu hehe. Aku rasa nak tergelak tapi entah macam mana aku leh control muka tenang. Kejadian tu tak sempat aku cerita kat mak dengan adik-adik sebab dah lambat. Kami cepat-cepat masuk panggung. Dah ambil tempat duduk, kami menunggu dengan penuh sabar. Aku tengok muka mak penuh dengan kekaguman dan teruja yang amat. Kami menonton preview filem Mantra sebelum cerita ditayangkan. Agak seram di situ. Tapi nampak boleh tahan ceritanya.

Ok...dan tiba masanya rumusan cerita (agak panjang versi pendahuluan aku kali ni. Yelah banyak benda berlaku sebelum tu). Bagi akulah, ni pendapat aku yang ikhlas tau, cerita ni tak menarik sebab banyak babak dalam novel tak masuk dalam filem. Aku faham sebab masa tayangan yang agak terhad tapi bagi sekurang-kurangnya biarlah cerita tu ada flow, jangan sekejap tukar babak lain lepas tu tiba-tiba masuk babak lain. Aku tak habis lagi nak menghayati babak tu tetiba dah tukar. Lagi satu, flashback macam tak kena. Dan yang lagi tak kena, aku dah boleh tau jalan cerita tu walaupun baru separuh jalan cerita tu ditayangkan. Watak dalam cerita pun perlu dikembangkan. Bagi tonjol watak tu betul-betul. Tapi aku memang suka watak Fazura dalam filem ni. Walaupun sekejap dan watak yang biasa tapi dia boleh bawa watak tu dengan baik. Bukan Farid Kamil dan Lisa Surihani tu tak bagus tapi sebab mungkin dah terbiasa dengan watak diaorang sebagai kekasih, jadi tak ada kelainan bagi aku. Que Haidar macam biasa, memang nampak dia berjaya lakonkan watak orang yang ganas. Bagi akulah watak tu ganas bukan kasar. Watak jahat dia sebenarnya tak menonjol sangat. Bagi aku kalau betul-betul watak jahat tu dikembangkan contoh bukan setakat pukul dan lempang semata-mata tapi tonjolkan reaksi yang betul-betul sayang tapi cemburu yang ketara, aku rasa lah dia akan menjadi watak yang aku benci bukan menakutkan. Betul...lakonan dia buat aku rasa takut yang amat. Macam terasa dia yang lempang aku huhu. Watak Amelia (aku tak tau nama pelakon baru ni) bagi aku biasa jela. Kalau dilatih lagi dia boleh jadi pelakon yang baik. Lagi satu, aku tak tau macam mana nak cakap tapi aku tak suka babak close up muka watak-watak ni. Aku nak tengok cerita bukan nak tengok muka pelakon.

Bagi aku secara keseluruhan cerita ni sederhana je tapi nanti ada bahagian dua pulak. Hmmm, kita tunggu jela macam mana tapi aku harap ada perubahan. Kalau ada babak yang menarik, aku harap fokuskan lebih pada apa yang watak tu buat sampai kita ada feel yang dia tengah sedih ke seronok ke nakal ke apa-apa lagilah. Janganlah nanti tak sempat nak feel tiba-tiba dah tukar babak lain huhuhu. Papehal semoga berjaya untuk bahagian kedua.



p/s: ni pertama kali aku bagi rumusan filem dan agak panjang pulak tu. selalu semua komen simpan dalam hati je ^^

1 comments:

Unknown said...

hahaha.. seriusly, aku pon dah tgk cite ni.. pada awalnya aku igt cite ni bes giler.. xtaw plak hampeh.. watak sedih dia betul2 xmenyusuk hati aku.. btol ckp ko, bila nk dtg je feel sedih tu tiba2 tukar babak lain, so xjadi nak sedih.. jalan cerita dia tu mmg terlampau hampeh.. macam nak cepat habis jek..mmg xsama dgn jalan cerita dalam novel. pastu babak kashah nak ngorat ayu begitu pendek. senang betol dia ngorat ayu tu.. pastu babak dia jadi dak setan cuma di awal cerita.. macam xkena jek klo dijadikan tajuk budak setan..

seyesly, kalo diberi bintang aku kasik 2.5/5. memang xberapa nk bes.. aku rase smbungan utk bahagian kedua tu tajuk dia mesti caterina, mcm dlm novel ahadiat akashah tu.. menceritakan ttg hidupan caterina dengan kashah lepas kematian ayu.. kita tgk je la nnti...