Sunday, June 27, 2010

LapTop BaRu

Malam ni tiba-tiba rajin nak buat blog. Bukan apa sebab mula esok aku ada kursus sampai hari selasa dan rabu pula aku ada lawatan ke perpustakaan fakulti. Takut tak sempat nak buat entri hari ni.

Macam biasa hujung minggu ada je aktiviti. Semalam keluar ikut mak dan adik-adik pergi beli kipas siling baru. Sebenarnya dah lama kipas tu rosak. Dah hampir setahun. Baru dapat tukar semalam. Tak dapat nak cari set yang sama macam kat ruang TV jadi kat ruang tetamu tu lain sikit. Tapi tak kisah pun. Janji kipas tu boleh berpusing kan.  Lepas dah beli kipas, mak nak singgah tempat lain pulak. Tiba-tiba datang angin mak nak beli TV baru. Konon nak letak kat dapur. Senang tak payah gerak-gerak kat depan ruang TV. Entahlah, macam-macam mak ni.

Tu semalam punya cerita. Hari ni pulak, Amir ajak aku keluar. Katanya nak cari laptop. Nak pakai masa dia belajar nanti. Oh, lupa nak bagitau. Adik aku, Amir, berjaya sambung belajar. Amik degree. Yang bestnya kat tempat aku kerja pulak tu, UiTM Shah Alam. Hmmm, kira tak sia-sia dia berhenti kerja. Dapat gak sambung belajar walaupun umur lanjut sikit hehehe. Adik aku yang lagi sorang tu, AbangChik tak berjaya pulak. Kesian pulak kat dia. Beria-ia dia nak sambung belajar jugak. Aku harap dia dapat jugak tawaran sementara dia buat rayuan ni. Ok, sambung cerita pasal laptop. Masa pagi tadi, aku ingatkan aku dengan Amir je yang pergi. Rupa-rupanya si kecik pun nak ikut jugak. Entah mimpi apa, nak ikut pulak. Jadi, kami pun pergi bertiga. AbangChik tak mau ikut. Lebih rela tidur daripada ikut. Masa kami sampai, Dah ramai orang ada kat Low Yat. Kami pun mula Laptop Hunting. Penat jugak turun naik kat situ. Punyalah nak mencari yang berkenan. Last-last dekat 3 jam baru jumpa. Tu pun, mula-mula singgah kat kedai lain. Tawaran dah okay cuma takde stok pulak. Terpaksalah kami cari kedai lain yang boleh bagi tawaran hampir serupa. 


Gambar kat atas tu adalah gambar laptop yang adik aku beli [termasuk menggunakan duit aku separuh]. Tak tau kenapa tapi aku dengan Amir memang berkenan dengan Compaq Presario CQ42 ni. Spesifikasi okay. 4GB RAM, Intel Core i5, 500GB Hard disk, de Wireless, bluetooth, webcam, 5-in-1 Card Reader built-in dan dilengkapi Genuine Windows 7. Design pulak cantik giler. Aku memang jatuh cintan habis dengan design dan colour dia. Memang berbaloi beli [walaupun bukan aku yang guna] tapi tetap puas hati hehehe. jadi, lepas ni PC kat rumah menjadi hakmilik aku sepenuhnya hahahaha gembira betul. Dapatlah aku bermaharajalela lepas ni. Nak main game, nak tengok video, nak download lagu, semuanya boleh. ^^



p/s: tiba-tiba nak jadi jahat. Rasanya nak tukar laptop tu dengan PC yang kat rumah ni hehehehe. Aku sangat SUKA laptop tu.

Friday, June 25, 2010

TazkiRah.KursUs.iLmU

Sekarang ni terasa mengantuk yang amat. Walaupun Kak Syakirah tengah bagi taklimat kat budak-budak baru depan tu tapi langsung tak menarik perhatian aku. Yelah, tengah buat kerja kan [bohong! tengah sibuk buat entri kat sini ;p]

Pagi tadi tak yah cakaplah, memang mengantuk masa dengar tazkirah. Mujur tak tidur sebab seronok gak dengar cuma mata ni je yang degil. Jumpa geng-geng faculty library tadi. Diaorang pun dah tanya pasal kursus minggu depan. Haila....saja nak buat aku gemuruh lagi. Aku ni tak berapa pandai. Cuma kongsi ilmu yang aku tau je. Aku memang suka kalau orang dapat ilmu yang aku kongsikan tu. Lagi suka kalau ilmu tu mereka sebarkan pada orang lain. Sama-sama dapat berkat.

Tadi check PC yang nak guna masa training. Ok, takde apa-apa masalah. Sekarang ni, PC kat Pusat IT dah guna Windows 7. Ada kemajuan lagi. Bila pulak nak upgrade library aku ni? ^^

Minggu depan memang sibuk dari Isnin sampai khamis. Ada banyak agenda. Dah rasa macam-macam kat kepala ni. Mujur dah tak migrain macam masa belajar dulu. Mungkin aku banyak positifkan diri sendiri. Selesaikan satu persatu dengan tenang tak perlu nak serabut-serabut.

Ok....nak sambung buat kerja ni


p/s: macam mana nak kurangkan rasa mengantuk ni?

Wednesday, June 23, 2010

[UPDATE] Big Boss.VisiTs.LibRarY

Dapat berita daripada Pn. Ros a.k.a ketua jabatan kami...the very big boss a.k.a VC will visits library.

Ayooma! Omona! What to do?

Dahlah bos takde. Akulah yang kena take over. Kebetulan pulak aku tengah sibuk mengemaskini Koleksi Hadiah (serius penat buat kerja ni...tapi nak bagi kemas dan cantik..ku gagahkan jua). Memang dah puas aku kemas sampai naik lemas ^^

Sambil tu aku dah warning staf pasal apa-apa yang patut. Sempat lagi telefon bos tanya nak kena sedia apa-apa ke? Mujur tak payah buat laporan. Bagi je laporan yang sedia ada.

Hmmm...apa lagi ye? Takde dah kot....




p/s: ku berdoa kalau boleh janganlah VC datang kat sini hehehe tapi kalau datang pun takpe....Sila-sila lah jemput datang ^^

p/s p/s: Sori sangat-sangat. Sekali dah salah info daa pasal orang yang nak datang. Ni lah akibat misinformation. Nasib baik benda kecik. Kalau benda besar..apa akibatnya ek? Huuuu....anyway terimaaaaa kaaaaasih kat Ayuyu pasal info ni. Haa...lagi satu terimaaa kaaaasih kat Aney bagitau pasal shoutbox tu. Huhuhu cayang kamu dan kamu....

Tuesday, June 22, 2010

TakliMaT.MenGajaR

Baru habiskan diari kerja dan laporan aktiviti bulanan. Minggu ni sibuk gila. Semalam dah buat orientasi kat pelajar baru. Pagi dan petang. Tak tau kenapa terasa kepenatannya. Nampak sangat dah lama tak exercise. Tercungap-cungap nak naik tangga library semalam. Dah lah sesi panjat memanjat tangga dengan sesi jalan-jalan sekitar library pastu dengan sesi menumpahkan air liur bagi penerangan kat budak-budak ni. Dua kali pulak tu. Fuhh, memang terbaeeek!

Nak pulak perangai pelajar baru yang macam-macam. Can see colourful behaviors. Penat gak nak melayan kerenah diaorang ni. Tapi memang amanah untuk aku bagi penerangan dengan sebaik mungkin. Tak sempurna...mungkin...tapi cukup untuk membuatkan pelajar faham. Aku dah siap pesan..kalau tak faham jumpa aku atau Kak Syaakirah.

Petang ni ada lagi satu sesi taklimat. Kali ni, perangai apa pulak yang aku bakal jumpa hehehe ^^

Terima surat jemputan semalam untuk bagi latihan kat pustakawan minggu depan. Aduh! gemuruh beb...

Nak kena mengajar geng-geng pustakawan sendiri. Dahlah aku ni orang baru (yang dah tak agak baru). Tak taulah camne nanti. Nota latihan dah siap cuma tak tengok lagi lokasi kejadian. Tiap kali tengok surat tu, dada aku berdebar bukan main lagi. Bukannya tak pernah mengajar orang ni. Aku ada je pengalaman tu. Tapi beza rasanya mengajar dengan orang yang kita kenal dan tak kenal. Teringat aku masa diploma dulu. Aku kena mengajar kawan-kawan baik pasal subjek akaun kat kolej. Aku takdelah terer mana, entah mimpi pe pulak budak-budak tu mintak aku ajar. Dahlah siap gelak-gelak masa belajar. Perangai serupa, dua kali lima je cikgu dengan anak murid hehehe. Mujur semua lulus cemerlang (tak silap aku kami berenam dapat A...cam tak caya kan). Tapi tu mengajar kawan sendiri okla kot.

Walau apa pun aku akan cuba. Bukan senang nak dapat pengalaman macam ni kan..kan ^^

BERUSAHA \(^_^)9....(dah lama tak cakap ayat ni)


p/s: Aney..nurul...kita bakal berjumpa lagi ^^

Wednesday, June 16, 2010

RuMusaN CeriTa waYang LBS

Malam tadi keluar rumah pukul 8.20 dengan mak dan Amir, AbangChik..Wayang mula pukul 9. Masa dalam perjalanan Amir hampir-hampir nak langgar kereta depan. Kereta depan tu berhenti mengejut tiba-tiba. Aku dengan mak kat belakang memang dah cium kerusi kat depan. Bayangkan betapa rakusnya cara berhenti kereta yang dilakukan oleh Amir. Mengucap panjang aku. Mujur tak langgar. Kalau tak,memang wayang malam tu tak jadi.

Dah sampai kami cepat-cepat ke TGV. Ramai juga orang tangah menunggu nak masuk. Aku sempat lagi dengar lagu kat MP3 sambil berjalan masuk ke panggung. Sebelum masuk, aku dan mak singgah tandas. Ada satu kejadian menarik di situ. Sementara tunggu ada tandas kosong dan kebetulan aku sorang dengan dua orang kakak cleaner yang baru nak cuci, tiba-tiba ada seorang lelaki masuk ke tandas. Masa dia masuk, aku dah terkejut dan tenung dia. Kakak cleaner pun terkejut. Yang lelaki tu pulak boleh tetiba terkaku kat depan pintu. Kami semua terdiam sekejap. Adalah dalam 5 saat camtu. Lepas tu, barulah salah seorang kakak cleaner tu cakap tandas lelaki kat depan. Lelaki tu pun angguk dan terus tunduk. Dah malulah tu hehe. Aku rasa nak tergelak tapi entah macam mana aku leh control muka tenang. Kejadian tu tak sempat aku cerita kat mak dengan adik-adik sebab dah lambat. Kami cepat-cepat masuk panggung. Dah ambil tempat duduk, kami menunggu dengan penuh sabar. Aku tengok muka mak penuh dengan kekaguman dan teruja yang amat. Kami menonton preview filem Mantra sebelum cerita ditayangkan. Agak seram di situ. Tapi nampak boleh tahan ceritanya.

Ok...dan tiba masanya rumusan cerita (agak panjang versi pendahuluan aku kali ni. Yelah banyak benda berlaku sebelum tu). Bagi akulah, ni pendapat aku yang ikhlas tau, cerita ni tak menarik sebab banyak babak dalam novel tak masuk dalam filem. Aku faham sebab masa tayangan yang agak terhad tapi bagi sekurang-kurangnya biarlah cerita tu ada flow, jangan sekejap tukar babak lain lepas tu tiba-tiba masuk babak lain. Aku tak habis lagi nak menghayati babak tu tetiba dah tukar. Lagi satu, flashback macam tak kena. Dan yang lagi tak kena, aku dah boleh tau jalan cerita tu walaupun baru separuh jalan cerita tu ditayangkan. Watak dalam cerita pun perlu dikembangkan. Bagi tonjol watak tu betul-betul. Tapi aku memang suka watak Fazura dalam filem ni. Walaupun sekejap dan watak yang biasa tapi dia boleh bawa watak tu dengan baik. Bukan Farid Kamil dan Lisa Surihani tu tak bagus tapi sebab mungkin dah terbiasa dengan watak diaorang sebagai kekasih, jadi tak ada kelainan bagi aku. Que Haidar macam biasa, memang nampak dia berjaya lakonkan watak orang yang ganas. Bagi akulah watak tu ganas bukan kasar. Watak jahat dia sebenarnya tak menonjol sangat. Bagi aku kalau betul-betul watak jahat tu dikembangkan contoh bukan setakat pukul dan lempang semata-mata tapi tonjolkan reaksi yang betul-betul sayang tapi cemburu yang ketara, aku rasa lah dia akan menjadi watak yang aku benci bukan menakutkan. Betul...lakonan dia buat aku rasa takut yang amat. Macam terasa dia yang lempang aku huhu. Watak Amelia (aku tak tau nama pelakon baru ni) bagi aku biasa jela. Kalau dilatih lagi dia boleh jadi pelakon yang baik. Lagi satu, aku tak tau macam mana nak cakap tapi aku tak suka babak close up muka watak-watak ni. Aku nak tengok cerita bukan nak tengok muka pelakon.

Bagi aku secara keseluruhan cerita ni sederhana je tapi nanti ada bahagian dua pulak. Hmmm, kita tunggu jela macam mana tapi aku harap ada perubahan. Kalau ada babak yang menarik, aku harap fokuskan lebih pada apa yang watak tu buat sampai kita ada feel yang dia tengah sedih ke seronok ke nakal ke apa-apa lagilah. Janganlah nanti tak sempat nak feel tiba-tiba dah tukar babak lain huhuhu. Papehal semoga berjaya untuk bahagian kedua.



p/s: ni pertama kali aku bagi rumusan filem dan agak panjang pulak tu. selalu semua komen simpan dalam hati je ^^

Tuesday, June 15, 2010

WaYanG jOm!

Tadi chatting dengan bro Amir. Tanya jadi ke tak nak nonton malam ni...

Aku semestinya takde bantahan. Mesti mau!
Uihhh...lama dah tak pergi nonton...
Kali terakhir masa dengan bros..tu pun lupa tajuk cerita...tahun lepas tak silap masa tahun baru cina....
Lama kan!

Kali nak tengok pun bukan sebab apa...mak tiba-tiba teringin nak tengok Legenda Budak Setan. Lagipun mak cakap tak pernah lagi tengok rupa wayang zaman millenium ni. Mak pernah pergi masa stail muzik agogo paling popular pada masa itu dan panggung wayang yang tiket harganya tak sampai 20 sen...bayangkan! punyalah lama. Aku rasa nak cari tiket harga RM5 pun agak susah sekarang ni kan kan...

Sebenarnya aku tak berapa minat cerita-cerita sebegini tapi pergi jugak sebab nak memartabatkan filem Malaysia...kira patriotik la ni...boleh tak? Boleh la kan...kan.....kan...

BerUbaH anGin

Yay!

Saja tukar angin sikit..

Dah bosan dengan template yang ringkas..

Kali ni tukar bagi nampak aku ni seorang yang rajin post entri hehehe

cantik kan!

Monday, June 14, 2010

Novel PrincE ChaRminG

Buku terbaru yang dibeli "Prince Charming" karya Ratu Bulan. Beli sebab tertarik dengan kulit buku warna merah jambu (sori tak dapat nak tunjuk kulit buku...tak ambil gambar). Tak tau apa mimpi aku tiba-tiba tertarik dengan warna gadis-gadis. Sungguh bukan aku mimpi. Hormon feminin tinggi kot minggu ni. Dah...sambung balik cerita. Balik rumah buka buku tu baca sinopsis dan baca bab 1. Agak okay permulaan lepas tu aku sambung. Tau-tau dah sampai bab 3. Cerita zaman budak sekolah ala-ala versi jepun. Stail ada budak-budak lelaki super popular, kacak, pandai dan hebat. Tambah pulak dengan budak-budak super popular ni masuk pasukan terhebat sekolah. Biasalah dah nama tajuk buku pun Putera Idaman kan. Dan heroin yang agak brutal campur kasar, egomaniac tapi tak tau rupa dia lawa ke tak (sebab aku tak habis baca lagi). Sesuai dibaca ketika aku tengah nak lepaskan tekanan kerja campur baca benda-benda berat. Nak tahu lebih lanjut cari sendiri kat kedai buku. Bukan kedai baju...K.E.D.A.I  B.U.K.U.

Macam biasa komik tak lupa beli. Acara wajib setiap kali masuk kedai buku. Siap beli dua buah lagi heheh

Ok...tu je kot. Nak sambung buat kerja ni...daa daa


p/s: serius feminin gila aku cakap bye kat korang. rasa lain pulak heh

KegiLaaN akU seKaraNg

Wah..lama tak tulis dalam blog ni. Minggu lepas memang takde mood nak buat sebab terisi masa dengan cuti. Cuti rehat dan cuti sakit. Cuti rehat macam-macam aktiviti buat tapi cuti sakit kerjanya duduk lepak-lepak kat rumah. Jadi takde angin nak menulis kat sini sepanjang minggu lepas.

Komputer di rumah selalu dibuka tapi telah diisi dengan aktiviti lain sampaikan aktiviti berinternet jarang dibuat. Selalu yang dibuat adalah menonton video klip lagu-lagu korea dan bermain game - The Sims 3. Jadi bila sudah sibuk begitu maka keterlupaan kepada aktiviti berblogging adalah besar sekali.

Puas hati aku main game kali ni. Siap habis semua misi aku buat. Balik ni nak sambung lagi hehehehe (kamu jangan tidak tahu...kalau sudah datang kegilaan aku untuk bermain game maka ia tidak akan berhenti. Selagi aku tidak merasa bosan memang hari-hari aku boleh mengadap game tu berjam-jam. Dalam dok main game tu aku tak lupa makan, solat, buat kerja rumah dan tidur..tu semua kerja wajib). Kalau tak buat lebih-lebih lagi kerja rumah aku akan dimarah mak. Cop "Anak Dara Pemalas" akan keluar dengan senang, cepat dan tepat kat aku. Jadi daripada dengar mak marah-marah (saya cukup takut kalau mak marah...garang yang amat. Rasa-rasanya kalau ayah marah okay lagi kot) baik aku buat semua kerja tu. Ala,bukan susah pun. Takat nak basuh baju, jemur baju, angkat baju, lipat baju, kemas rumah, kemas dapur, masak, basuh pinggan mangkuk bukannya apa sangat. Bagi aku yang dah terbiasa buat kerja tu sorang-sorang walaupun ada 3 orang adik lelaki yang kurang boleh diharap (yang 2 orang tu okay lagi,kalau minta tolong boleh lagi nak tolong...yang sorang lagi tak taulah apa nak jadi kat dia tu) semua tu boleh saja. Janji beres kan ^^

Oh, aku baru jer berhabis hampir RM400 beli baju baru...4 pasang baju kurung. Huhuhu melayang gak duit tapi tak kisahlah janji cantik baju tu. Yay, nak bagitau ni...saya dah ada baju raya hahahaha...Puasa pun tak habis ganti dah sibuk-sibuk beli baju baru. Hik biarlah kan...janji beli dan puas hati ^^

Thursday, June 03, 2010

MakLumaN AktiViti AkU

Maklumat baru..dapat call daripada Amir mak masak gulai ikan patin masak tempoyak..Oohh rasa berbaloi puasa hari ni....fuh...sabar....sabar..

Balik jap lagi kena jumpa dealer perfume lagi. Nak ambil barang-barang yang dah dipesan. Hmmm nampaknye kena pakai duit aku dululah jawabnye ni...takpe-takpe nanti claim balik dengan mak ^^

Esok ada temujanji dengan doktor lagi. Nak tengok pasal masalah alahan aku..

Yang lagi satu ni memang tak sabar-sabar nak tunggu...hujung minggu balik kampung...ada Hari Keluarga...Oh yeah!

Mari-mari balik kampung!

AkU.KeRJa.PuaSa

Hari ni ada kerja macam biasa tapi seriously bored. Bos takde. Masuk hospital buat pembedahan batu karang. Memang lama becuti. Mujur masih lagi dalam cuti semester jadi tak banyak aktiviti tapi dah ada pelajar baru masuk. Dengan short course session lagi. Pening gak kepala melayan kerenah diaorang. Masing-masin tak tau lagi keadaan dalam library. Jadi merayau-rayau je kerja diaorang.

Hari ni nak sambung buat pengubahsuaian susunan jurnal. Memang di bawah kendalian aku tapi staf pun ada kerja lain. Ada yang pergi melawat bos kejap. Jadi, aku guna pelajar SKP untuk bantu aku. Mujur ada dia kurang sikit bebanan tugas aku. Fail Meja pun tak mula apa lagi. Entah bila nak mula pun tak tau. Buka-buka je fail tu aku dah menguap jadi camne?

Oh..hari ni aku puasa. Saja nak mengganti puasa. Dah tak lama pun bulan puasa nak menjelang. Baik ganti cepat-cepat tapi aku rasa tahun ni aku paling lambat ganti. Selalunya masa raya aku dah ganti puasa siap-siap. Tak kisahlah kan janji dah ganti kan. Hmmm, kalau sempat nak puasa Rejab sekali. Huhuhu tetiba datang rasa syahdu.

Wednesday, June 02, 2010

KenanGan -> TodAy...PreSent

Baru je habis baca novel "High Maintenance" karya Jeniffer Belle (tak sempat nak cari cover buku ni) . Quite interesting story. Young divorced woman who try to make her life back and still holds a memory towards her loft. Macam agak kelakar bila ada orang yang masih tak boleh lupa kenangan di rumah lama beria-ia nak bekerja balik semata-mata nak kekal duduk kat situ walaupun dihalau(secara baiklah) oleh bekas suami. Macam-macam kenangan yang diingat. Siap boleh ingat dapur bentuk macam mana, lantai jenis apa guna, tingkap macam mana..kat mana. Tapi memang ada orang macam tu kan. Kenangan mana boleh lupa woo...walaupun menyakitkan atau membahagiakan, ia tetap menjadi satu kenangan dalam hidup kita. Mengajar erti hidup. Cuma jangan hidup dalam bayangan kenangan. Semua orang ada masa depan. Kita perlu hadapi masa hadapan. Apa yang pernah kita lalui semalam dan hari ini akan membantu kita masa hadapan. Frasa popular fakulti aku yang digunakan sekarang aku rasa sesuai nak letak kat sini. "Preserving the Past, Valuing the Present, Enriching the Future"...

Kata-kata Master Oogway dalam Kungfu Panda masa aku tengok semalam kat HBO pun ada kena-mengena dengan apa yang aku cakap hari ni...aku tak ingat sangat tapi ayat yang dia cakap tu macam ni..."The you today will make you tomorrow..as today is your 'gift'...that's why it is called 'present'"...(faham tak apa ku nak cakap ni)...


Oklah..nak cari buku lain pulak...nak sambung membaca...