Monday, May 31, 2010

LAgi CeriTa HujuNg MingGu

Rasa-rasanya banyak post aku dalam hujung minggu kan. Nak buat macam mana memang aktiviti aku banyak masa hujung minggu. Tetapi, hujung minggu ni lain sikit ceritanya...nak tau, meh baca kat bawah ni..

1. Jumaat a.k.a Hari Wesak a.k.a cuti
Pagi jumaat dah bangun awal. Bukan nak buat apa pun saja pergi bukak internet pagi-pagi nak lepaskan rindu kat Super Junior hahahaha. Entah kenapa lately ni suka sangat tengok Super Junior. Yang aku tau diaorang ni sangat dorky, cheerful dan cute tapi terharu tengok brotherhood diaorang sampai kadang-kadang ada orang salah anggap diaorang ni gay. Bagi aku mereka ni bukan gay tapi the closeness between them makes people easily misundertood. Tapi takpe yang penting mereka antara korean best group (aku macam dah menganaktirikan SS501 pulak huhuhu Miane SS501!). Tapi aku tetap suka apa-apa mengenai artis korea (Malaysia tetap dihatiku...ayat ambil hati ni  ^^)...

   Ni lah Super Junior yang aku minat sangat-sangat tu..cute kan diaorang ni ^^

Okay..sambung balik cerita. Petang jumaat tu, aku ajak mak pergi shopping kasut. Kasut aku dah terkoyak lagipun nak kena cari kasut untuk konvo. Singgah kat Jusco dan makan kat Food Court. Seprti biasa menu kegemaran aku Black Pepper Chicken with Rice and Soup akan jadi pilihan setiap kali aku singgah kat sini. Dah puas makan, singgah kat supermarket beli sushi. Ni pun salah satu kegemaran aku. Lepas tu baru cari kasut. Rambang mata gak nak pilih. Aku berkenan kat semuanya tapi yang buat aku risau kalau takde saiz. Dahla kaki aku ni jenis susah nak dapat saiz tapi mujur yang aku nak tu ada. Puas gak dapat beli dua pasang. Sempat jugak hasut mak suruh beli hehehe. Akhirnya mak pun terbeli kasut hahahaha. Petang tu balik, aku terus cuba kasut-kasut tu.....Sweet!

2. Sabtu a.k.a hujung minggu a.k.a cuti lagi
Bangun awal macam biasa. Buat kerja rumah macam biasa jugak. Bukak internet dan entah angin mana datang nak buka FB. Ada pulak student yang selalu aku layan masa kat opis online pagi tu dan borak-borak dengan dia kejap. Pastu keluar nak pergi servis kereta. Ada cerita menarik. Aku lupa nak keluarkan duit untuk bayar servis. Dalam dompet ada duit tak sampai RM100. Mau panik aku sekejap. Mujur otak aku cepat bertindak. Aku tanya pada staf kat situ boleh tak guna kad ATM aku. Maknanya kad debit. Dia kata dia cuba key-in dulu jumlah yang patut aku bayar. Kalau dapat, kira selesailah. Alhamdulillah boleh. Selamatlah aku. Kalau tak, naya aku nak menapak cari ATM kat situ. Sempat gak aku cerita hal ni kat Ariza dan ada lagilah hal-hal lain. Mengucap panjang budak tu hehehe...Lepas habis servis, tiba-tiba datang angin nak makan tomyam. Jadi, aku singgah ke pasaraya dan beli bahan-bahan bihun tomyam. Balik rumah, apa lagi masaklah bihun tomyam tu...dan selalunya aku akan tanya seisi rumah untuk jadi hakim masakan. Adik-adik kata sedap...mak kata kurang sikit tapi ayah bangkang...ayah kata dah sedaplah tu hahahaha (aku tau ayah mesti bias...suka lebihkan aku) dan mak mula buat muka tak puas hati ^^

3. Ahad a.k.a akhir hujung minggu a.k.a sepatutnya cuti tapi aku ada kerja huhuhu
Okay...bangun awal lagi sekali lagi dan angin apa melanda tetiba nak basuh kereta. Dah selesai basuh baju dan jemur baju...aku pergi basuh kereta dan sememangnya aku tak mandi lagi pagi tu ahaks maka kerja mencuci aku buat dengan sehabis basah yang mungkin ^^..aku ambil masa yang lama kali ni sebab kereta aku dipenuhi  bendasing terutama atas boot. Ngilu gak dengar masa bunyi span tu bergesel dengan kereta. Penat aku tenyeh. Susah betul nak hilangkan tahi burung tu. Entah apa burung-burung ni makan sampai najis melekat kuat atas kereta. Hisyy, saja je nak bagi senaman tangan kat aku. Dah puas aku basuh, aku segera cari baju nak digosok. Aku kena pergi ke tempat kerja. Ada aktiviti aku kena hadir. Aku sampai kat UiTM dalam pukul 1 dan terus ambil jubah. Hari tu aku kena jadi wakil Ketua Pustakawan untuk hadir sidang terakhir konvokesyen. Lama gak tunggu sebelum sertai perarakan masuk. Sempat gak aku borak-borak dengan pensyarah-pensyarah kat situ (jangan tak tau aku sama level dengan pensyarah ye hehehe). Sempat jugak aku seludup MP3 dalam baju aku. Boleh dengar kalau bosan atas pentas nanti. Pukul 2.30 baru diorang panggil suruh masuk perarakan. Masa lalu ke Dewan Seri Budiman, ramai gak ibu bapa yang tengok. Aku tumpang bangga jap...sekejap je tau ^^...bila dah sampai atas pentas tu, kenalah tunggu perarakan utama dan perarakan Pro canselor masuk. Lepas tu nyanyian Negaraku dan barulah kami duduk. Masa lepas ni memang bosan yang amat. Menunggu hampir 900+ orang graduan nak ambil skrol suatu penantian yang amat menyeksakan tapi berbaloi tengok muka masing-masing bangga dan senyum sampai ke telinga. Terbayang masa aku ambil skrol dulu ^^...seronok! Ada satu kisah menarik masa ni. Ada seorang garaduan terjatuh atas pentas. Perempuan...penerima ANC pulak tu. Dia terpijak kain yang labuh masa berjalan...jatuh terduduk dia. Ramai yang gelak termasuk orang kat atas pentas. Pro canselor pun senyum-senyum. Mula-mula aku tak nak gelak sebab kesian tapi lepas tengok budak tu berlari lepas ambil skrol..aku tak dapat tahan. Memang tergelak lah tapi aku cepat-cepat cover...Yelah atas pentas kenalah control. Ada lagi peristiwa menarik tapi aku tak mau cerita...Ni pun aku rasa nak tergelak lagi masa menaip...Okay, cukup. Jangan gelak dah. Selain daripada tu, aku takde kerja lain. Sementara nak tunggu habis sempatlah aku ambil gambar masa tu...saja nak hilangkan bosan hehe

dapat lagi merasa pakai jubah ^^

ni gambar atas kerusi yang empuk ^^ nampak tak muka aku yang kebosanan


suasana dalam dewan dari sudut atas pentas


entah apa encik tu tengok sampai kena dongak ke atas...

Wednesday, May 26, 2010

Hati YaNg KacAu

Tak tau nak kata apa..tapi nak cakap gak...
Panggilan misteri yang aku dapat masa cuti hujung minggu disambung lagi malam semalam...
Ingatkan dah tak layan, takdela nak mengacau..
TAPI...bila ditambah dengan mesej dihantar..betul-betul buat aku takut..
macam mana dia kenal aku?
macam mana dia tau aku belajar library science dulu?
yang lagi best dia tau aku duk mana pulak tu..
lagi haru siap tau ayah aku pakai kereta apa..
GILA....

bila mintak sebut nama..banyak dalihnya...
aku tanya sama ada pernah berjumpa?
dia kata pernah...
masa belajar dulu...

Bila dia cakap macam tu secara automatik aku teringat siapa...tapi tak tau betul ke tak...hmmmm...entahlah..tak nak fikir bukan-bukan
(Ariza...aku tau kau mungkin kenal siapa tapi tolong jangan cakap apa-apa sebab aku sedang mengenalpasti siapa orang tu)

Dan di malam yang sama..mesej daripada orang yang aku tak berkenan datang menjengah handphone...
Sungguhlah....malam tadi memang malam yang tak sempurna..
Kenapalah mamat tu kacau aku...dah cukup terang dan jelas aku tunjuk yang aku tak suka dia..nak jugak kacau aku...tolonglah, tolonglah jangan kacau.Aku tak suka orang macam kamu dalam hidup aku...

Kalau sungguh berkawan..kawan cara betul...
Jangan ingat sekali dah keluar..kau boleh buat macam-macam..
jangan ingat semua perempuan murah...kau boleh pegang sesuka hati kau...sentuh mana-mana kau nak...
umur kau tu tak melambangkan kematangan kau...sia-sia kau hidup kalau tak mengenal kehidupan sebenar
Jangan kau ingat keseronokan dan kebebasan semata-mata..sampai bila kau mahu berseronok?sampai bila kau nak bebas?
Sungguh..aku benci cara hidup kau




Dah..puas aku luahkan kat sini..

p/s: terima kasih buat seseorang yang aku selalu kacau...jasamu akan aku kenang ^^

Monday, May 24, 2010

EnTri BerGamBar - Tepi PanTai

EnTri BerGamBar - MeLakA 2

EnTri BerGamBar - MeLakA 1

MemOri HujUng MinGgu

Baru perasan tahun ni memang banyak aktiviti hujung minggu. Rasa jarang dapat rehat-rehat lepak-lepak kat rumah. Semuanya aktiviti dibuat luar rumah. Hujung minggu lepas pun sama. Pergi jalan-jalan 1 Malaysia kat Melaka.

Hmm...kalau nak diikutkan cuti ni dah kali kedua aku pergi Melaka tapi pergi mesti tak lengkap satu famili. Masa pergi awal tahun tu (aku ada cerita kat sini) Amir takde, yang kali ni ayah pulak tak ikut sebab ayah kena kerja. Tapi apa-apa hal pun cuti kali ni best jugak. Sewa homestay Jafmanurin kat Ayer Keroh tengahari tu. Kemas barang-barang jap, solat pastu baru keluar. Destinasi pertama, MITC Bowling Centre (pusat boling terbesar di Malaysia dan venue kejohanan Sukma 2010). Saja nak main boling kat situ. Memang best. Bukan setakat ada boling, tempat memanah dan snooker(pool) pun ada. Yang lagi best, aku dapat point bagus hehehe. Tambah best dapat jumpa pelakon Azman Jantan (tak taula korang kenal ke tak tapi aku kenal). Dia main betul-betul lorong sebelah kami. Agak terer jugak dia lempar bola boling tu. Jatuhan pin yang bagus.

Lepas tu kami ke Dataran Pahlawan dan kawasan sekitarnya. Macam-macam gaya aku dengan adik-adik aku buat. Mak pulak jadi tukang tangkap gambar gila-gila kami. sekali sekala je mak ada dalam gambar tu. Dah puas ambil gambar kami singgah ke Carrefour beli barang nak masak esok (nak jimat bajet). Siap lepak sekejap kat padang tu makan McFlurry dan Sundae McD. Sedap tak terkata. Malam tu, naik Menara Taming Sari. Amir siap sewa binokular tengok pemandangan. Memang cantik kalau waktu malam. Siap dapat tengok orang belajar berenang kat kolam renang awam bawah tu. Dah habis meneropong, kami ke jeti Sg Melaka naik Rivercruise. Dah banyak perubahan masa nak susur air sungai. Jambatan-jambatan baru, dinding bangunan ada lukisan mural dan lain-lain. Seronok!

Dah habis naik feri, singgah makan. Pertama kali, order nasi goreng kampung pattaya dan bihun goreng pattaya. Boleh tahan rasanya. Malam tu, balik jer terus tidur. Penat yang amat. Esok pagi, aku bangun terus siap-siapkan bahan untuk buat bihun goreng dan sandwich. Yang ni untuk sarapan pagi dan bekalan untuk makan tepi pantai. Ye, kami ke pantai. Lepas checkout dari homestay, kami terus ke Port Dickson. Singgah di Blue Lagoon (Tanjung Biru)...lepak-lepak kat sana sambil makan dan tangkap gambar (yang ni memang aktiviti wajib). Dah puas makan dan ambil gambar barulah kami bertolak balik ke rumah.



Tu jer cerita bercuti..nanti ada masa aku letak gambar ok....

Friday, May 21, 2010

AkU suDah JatUh CinTa SaMa iTu RyeOwoOk..SupEr JuniOr..

Tak tau kenapa aku buat entri ni kali ni...tapi tak kira nak cakap gak...pada peminat kipas susah mati Super Junior mesti korang dah tengok klip video lagu baru diaorang Bonamana kan....Aku dah tengok live performance diorang dalam Inkigayo..Music Bank dan Music Core....

Seroiusly aku jatuh cintan habis sehabis-habisnya dengan show diaorang...terutama dengan Ryeowook...Sebelum ni aku tak tengok sangat dia tapi aku akui suara dia memang sedap..menikam kalbu tapi lepas tengok persembahan diaorang dalam tiga-tiga program tu terutama lagu Boom Boom..aku betul-betul terpikat...persembahan yang sangat mengagumkan dan melelehkan air liur (??)..betul tak ELF sekalian? Nak pulak masa Ryeowook tengah flip hair dia..aku sudah jadi macam ni O_o...\OoO/...yang lain pun HOT! HOT!...kenapalah badan diaorang mantap-mantap....bikin aku jadi gilak....

Aku tak malu mengaku aku dah tengok hampir 50 kali persembahan diaorang..dan yang pastinya aku akan tengok Music Bank petang ni semata-mata SUPER JUNIOR.......


Ahhhhhhhhh! tak sabarnya

Wednesday, May 19, 2010

BanYaK Nak CeRitA ni...

Hujung minggu yang sibuk sekali lagi. Pergi melawat pensyarah, kenduri kahwin kawan dan bengkel serta mesyuarat yang aku hadir masa Isnin dan Selasa lepas....jom baca jurnal aku ^^

1. Lawat pensyarah kat Shah Alam
Janji dengan kawan, Aniey nak jumpa pensyarah kami Pn Azizah kat rumah di Shah Alam hari Sabtu. Janji waktu petang sebab aku dan Ariza masing-masing ada hal waktu pagi dan Aniey pulak bertolak dari Segamat pagi tu. Mula-mula sampai kami jumpa kat puncak (Puncak Perdana) sebab katanya pensyarah kami ada bengkel. Dan sebab nak buat kejutan kami tak call dulu. Last-last kami yang dapat kejutan. Puan Azizah dah balik rumah. Nak tak nak kami kena ke rumah Pn Azizah. Sampai je kat sana ada pulak majlis perkahwinan jadi tak boleh nak park kereta dekat-dekat. Dah masuk dalam rumah, macam-macam cerita kami sembang dengan puan. Siap dijamu air teh susu dengan keropok,karipap segera dan nugget ikan. dalam pukul 5 lebih baru kami bertolak balik.  

2. Majlis perkahwinan kawan
Ada dua majlis. Satu tengahari satu malam. Siang kenduri kahwin orang melayu yang malam perkahwinan orang india. Tapi dua-dua ni kawan bekas sepejabat aku dulu. Kawan aku, cik Alin pun ada cerita pasal ni dalam blog dia tapi aku nak cerita gak kat sini. Seperti yang Alin cakap, waktu tengahari kami pergi tu memang very the...HOT! Aku pergi dengan Ariza (dia datang jemput..hehehe seronoknya) dan kami terus ke Kajang singgah rumah Alin. 12 tengahari kami dah sampai tapi kena tunggu pulak En Rais dan En Zain. Sementara menunggu tu sempat lagi tengok rancangan korea kat astro...Cinderella's Stepsister. Dah Pakcik dua orang tu sampai, kami pun bertolak dengan kereta En Rais dan bantuan petunjuk tempat oleh cik Alin...Masa kami sampai pengantin tak sampai lagi.Tak boleh tunggu lama-lama sebab ramai orang lagi satu panas. Tapi memang nak puji makanan kat situ...Sedap yang amat! masih terliur dengan ayam masak gulai(aku tak tau nama lauk tu tapi memang sedap..cara dia masak macam ala-ala percik+rendang+gulai) dah habis makan kami terus balik..tak sempat nak jumpa pengantin sempat jumpa sedara mara pengantin je huhu...
Dan majlis sebelah malam buat dekat Bukit Jalil Country & Golf Resort. Sekali lagi aku dijemput Ariza tapi kali ni Yusri pun ada. Kami tersesat jalan sikit tapi sampai jugak tepat-tepat pukul 7. Dan lagi sekali menunggu orang. Cik Alin datang dengan kawan dia Cik Ana. En Rais dengan bondanya dan En Zain. En Zain malam tu nampak segak pakai baju melayu. Masa sampai ramai jugak ex-officemate dulu termasuk bekas bos aku, Pn Zarina dapat aku jumpa. Dah selesai sesi pendaftaran(Tak bley blah majlis kahwin pun ada sesi pendaftaran..ahaks!) kami masuk ke dalam dewan. Interior dewan memang cantik bangat. Ala-ala hindi gitu. Meja pengantin siap ada dekorasi macam pintu gerbang berbunga mengelilingi meja. memang cantik. Makanan sedap tapi kurang sikit daripada majlis tengahari tadi...TAPI...kat majlis ni ada artis datang hehehe...artis yang aku suka, kagumi dengan suaranya dan personaliti yang agak cool..nak tau siapa?hehehe Jacklyn Victor (entah betul ke tak aku eja nama tu)...teringin nak ambil gambar dengan dia masa dalam dewan tapi tak dapat sebab ramai sangat nak bergambar jadi ambikla gambar dari jauh...agaknya dah rezeki aku malam tu, masa keluar dewan nampak Jacklyn tengah berjalan..apa lagi terus lah mintak bergambar...dapat jugak akhirnya ^^. Ada part yang lagi best, siap ada tarian banghra dari Persatuan Banghra Malaysia...malam tu memang aku berangan masuk dalam dunia hindustan hahahaha...apa-apa hal pun tahniah kepada Syarina dan pasangan serta Jamie Koh dan pasangan atas perkahwinan anda. Semoga perkahwinan anda bahagia selamanya.


Yang ni gambar Jaclyn Victor dari jauh


Gambar dengan cik Ariza


Ni hiasan beras berwarna dekat depan tempat pendaftaran


Akhirnya ada jugak gambar dengan artis hehe tapi gelap sikitla


3. Products workshop kat UKM
Aku pergi workshop ni hari Isnin lepas. First time masuk library UKM. Sebelum ni pernah pergi UKM tapi tak pernah masuk library jadi kali ni dapatlah peluang. Pergi sana dengan kenderaan UiTM. Kami berempat dari Shah Alam. Dekat sana jumpa lagi dengan Cik Alin dan Pn Subha,orang UiTM gak tapi Kampus Selayang. Dan lagi syok dapat jumpa member lama, Salfarina.Oh, lagi satu aku jumpa junior masa diploma dulu. Aku tak cam dia mula-mula tapi dia yang tegur aku dulu barulah aku perasan. Huu, ramai jugak orang yang aku kenal masa kat workshop tu. Kami dibahagi kepada dua sesi pengenalan produk baru oleh vendor tapi serius aku tak tahan ngantuk. Walaupun dah disogok dengan nescafe susu gelas besar tapi masih lagi tak dapat tahan..nak buat macam mana kan kalau mata tu dah degil sangat hehehe..tapi banyak jugaklah yang aku belajar. makan tengahari ditaja jadi jimat duitlah aku hehehe...satu hari suntuk dekat sana dan dah macam-macam door gift aku dapat barulah kami balik.

4. Access Dunia 2010 User Group Meeting
Meeting ni kat Swiss Garden KL. Kali ni aku bertolak dari rumah. Kiranya aku tak ke ofis la. Ada insiden berlaku pagi tu masa aku nak ke Stesen LRT Sentul Timur. Ada sebuah motor hampir berlanggar belakang kereta aku masa aku nak buat U-Turn. Aku tak tau nak kata salah siapa...tapi aku memang dah bagi signal awal-awal..cuma yelah mungkin orang tu tak perasan ataupun aku yang tak perasan dia...memang terganggu kejap konsentrasi aku nak drive. Mujur dah nak sampai, kalau tak, merapu jelah aku drive pagi tu. aku tak drive sampai ke hotel sebab aku tak berapa mahir jalan kat situ. Jadi, aku naik Lrt sampai ke Plaza Rakyat dan aku berjalan kaki. Masa kat sini pun aku hampir-hampir tersesat tapi mujur aku tanya dekat mamat india yang jaga parking pasal hotel tu...kiranya aku taklah mengamalkan pepatah "Malu bertanya sesat jalan". dalam sepuluh minit berjalan barulah aku nampak bangunan Swiss Garden tu. Berpeluh-peluh dibuatnya.Tulah rajin sangat nak berjalan tapi takpe anggap tu sebagai satu exercise untuk mengekalkan kesihatan yang cergas hehehe. Jumpa lagi Salfarina kat sana. Kami duduk sama dan dengar presentation yang diberi oleh speakers yang berkaliber. Ada jugak yang bosan tapi isinya tetap ada. Tapi yang paling aku minat masa salah satu presentation berkenaan Library Storytelling. Speaker daripada Singapura (Mr. Lee Chu Keong) yang beri..penerangan dia memang best berkenaan cara nak mempromosi library melalui storytelling. Kat situ terdapat jugak pelbagai booth publisher berkenaan e-journal dan e-books. Part yang paling best makan time dan cabutan bertuah...kenapa saya kata makan time paling best? Sebab bila anda di hotel, anda akan disaji dengan hidangan yang cukup memuaskan nak pulak makanan-makanan tersebut ditaja oleh vendor-vendor.Memang puas tak terkata ^^ Masa makan tengahari aku dapat makan macam-macam..nasi putih dengan baked fish cake...spaghetti, chicken soupchicken chop with black pepper sauce, desserts yg sedap-sedap...uih mak aih...sampai betul-betul kenyang aku tibai ^^...dan cabutan bertuah...rezeki tuhan nak bagi kat aku kot...dalam seumur hidup aku ni pertama kali aku betul-betul bertuah....sebenarnya aku tak mengharap pun..yelah, bayangkan masa pengerusi majlis tengah sibuk memanggil nama-nama orang...aku pulak boleh sibuk mengemas barang-barang nak balik...nampak sangat tak mengharap kan...sekali tu..tup...tup nama aku kena panggil tapi tu pun sebut nama aku salah...mujur nama UiTM Shah Alam tu tak salah...dah tentu confirm la kan nama aku yang dipanggil...masa mula-mula dapat tu kotaknya kecik jer...aku ingat dia letak pen dengan keychain je la dalam tu...sekali bukak...tu dia! Samsung MP3 audio player! hahahaha....gila besh....


ni aku ambil masa presentation..cantik lampu dinding yang bercorak bunga tu


Gambar dengan cik Sal pulak ^^

Hmmm ok...tu je kot setakat ni...Ada banyak lagi nak cerita tapi masuk entri lainlah ye ^^ 

Friday, May 14, 2010

~RumuSan MingGu iNi~

Minggu ni banyak kerja berjalan walaupun dalam cuti semester.Tapi selalu memang begitu.Asal cuti smester banyaklah kursus,seminar,training,lawatan yang kena pergi atau kena uruskan.Macam aku sekarang ni lah....aktiviti dan aktiviti dan lagi aktiviti...jom tengok jurnal aku minggu ni..


1. Mesyuarat bahagian
Hari Isnin petang semua staf masuk mesyuarat.Banyak perkara dibincangkan terutama projek cuti semester. Untuk kali ni, fokus lebih banyak di Aras 3, Koleksi Undang-Undang. Anjakan buku serta ubahsuai kedudukan rak.Penambahbaikan yang perlu dibuat untuk keselesaan pengguna dan staf.Staf senang nak susun buku dan pengguna senang nak mencari bahan.Perkara-perkara lain pun dibincang.Fail meja,tugas-tugas staf yang bertukar dll.

2. Ekspedisi Gua Tempurung
Tugas aku sebagai bendahari dan promosi. Mujur dapat sambutan daripada semua pihak terutama dari Main Library walaupun ada-ada cakap kurang senang di belakang. Duit dah habis dikutip, pelan rancangan pun dah ada.Cuma tinggal nak bagi taklimat kepada peserta dan seterusnya....sesi rombongan bermula hahaha. Jadi, 22hb bergerak..tapi mungkin aku tak dapat ikut huhuhu...dah ada aktiviti lain dengan keluarga...ekspedisi jugak..ke mana??Rahsia hehehehe

3. Latihan Datastream kat KLCC
Pergi masa hari Rabu. Cuma aku dengan Kak Masnida je dari geng pustakawan yang pergi ikut rombongan pensyarah FSKM naik bas UiTM. Abang Razak jumpa masa kat KLCC. Macam-macam hal jugak berlaku masa ni. Biasalah pergi dengan rombongan, mesti ada benda berlaku kan. Ada yang tertinggal bas pastu dengan kesesakan jalan raya kat KL tu.Kerenah pakcik driver yang garang huhuhu. Bila dah sampai pun ada juga hal yang berlaku..kes tersesat salah masuk lif (bukan aku tau...)..mujur jugak jumpa dan Alhamdulillah dapat belajar dengan baik ilmu Datastream tu...balik tu aku dah siap-siap praktik kat opis hehehe. Bolehlah nak ajar student nanti ^^

4. Lawatan ke Perpustakaan-perpustakaan UiTM di Kampus Selayang, Puncak Perdana dan Puncak Alam
Lawatan ni pergi semalam (khamis). Pagi-pagi aku dah terpacak kat Hentian Bas Seroja tunggu staf-staf lain. Mula-mula singgah Kampus Perubatan Selayang.WOW!..tu yang aku boleh cakap.Memang cantik hiasan dalaman library tu. Sungguh moden dan santai. Kombinasi warna hitam putih dinding dan lantai serta kerusi meja yang berwarna-warni memang cantik. Rasa seronok je nak duduk library tu lama-lama hehehe...staf dia tak ramai pun tapi yang aku pasti staf kat situ muka berseri-seri.Mungkin suka kerja kat situ.Tempat cantik, bos pun OK (tabik kat Pn. Atkah...eh! bos aku pun ok pe...hehehe tabik En Ipin) memanglah boleh berseri-seri kan ^^. Kami siap dibawa ke Muzium Perubatan, Klinik VIP serta klinik UiTM. Dah puas lawat,barulah kami minum pagi. Nasi lemak, teh susu istimewa, kek lapis sarawak dan kuih-kuih.Huuu, menyelerakan. Terima kasih Pn. Atkah dan staf yang sudi terima lawatan dari kami....

Ni ruang santai.Santai kan!!


Ni tangga kat library kampus Selayang...mari pusing-pusing ^^

Lepas tu, kami ke Kampus Puncak Perdana.Eeeee...seronoknya  pergi balik tempat aku pernah pinjam meminjam buku dulu masa belajar time degree hehe. Dah berubah banyak.Siap tukar cat lagi.Kaler light purple. So nice! meja studi dah jadi kecik sikit, pusat IT yang cam ala-ala cyber cafe hehehe.Yang paling best ada Automatic Book Dispenser. Fungsinya sama macam vending machine yang korang picit-picit butang keluar air tin bergolek-golek cuma yang ni buku yang keluar. Canggih tak?canggih kan...Teknologi zaman sekarang! Lawatan yang ni aku tak sempat ambil gambar..Handphone tak cukup bateri huhu...Kami dijamu dengan makan tengahari yang sedap...nasi putih,lauk gulai lemak ayam,sayur campur,ikan masin dan ulam-ulam...aahhh terliurnya...Terima kasih En Arshad dan Pn Sakmah serta staf yang melayan kerenah kami yang datang menyibuk hehehe

Akhir sekali, lawatan ke Puncak Alam. Jauh ke dalam nak pergi library ni tapi cantik gak. Yang istimewanya, library ni terbahagi kepada beberapa bahagian bangunan.Maksud aku, level yang sama tapi lot lain-lain.Ala macam korang tengok lot-lot kedai dalam shopping complex..haa,camtulah. Interior dalam ringkas tapi menarik. Nampak kemas dan tersusun. Biasalah, tempat baru tapi memang berbeza sikitlah daripada library biasa..Masa kat sini, minum petang disediakan...air kotak dan sandwich...Okla tu kan...de gak makan-makan..Terima kasih banyak-banyak kat Pn Nik Annita dan Anuar serta staf library Puncak Alam. Banyak gak idea-idea kami dapat dari lawatan ni. Boleh buat penambahbaikan. Sekarang ni library di UiTM nak menjadi Common Learners Place. Jadi banyaklah perubahan nak dibuat...Semoga berjaya hendaknya...

5. Pertandingan Boling Berpasukan PTAR
Lagi sekali dilantik jadi bendahari dan AJK Promosi. Dah war-warkan. Setakat ni respons okay. Dah ada pasukan yang bagi nama.Aku pun tak ketinggalan nak masuk jugak. Mana boleh aku jadi urusetia je...nak main jugak! Nak kena praktislah...skill tu dah kuranglah.Dah lama tak lempar bola...takut kejang pulak tangan nanti ^^...Pertandingan tu pada 5 Jun, jadi aku ada masa nak training...BERUSAHA!


Haa...banyak kan aktiviti aku..tu belum tambah hujung minggu punya aktiviti....minggu depan pulak aku de workshop dengan meeting yang nak kena pergi...hmmmm...Berusaha lagi!!! 

^^

Tuesday, May 11, 2010

Perpustakaan Tun Abdul Razak menang anugerah!

Nak rasa bangga sekejap hehehe...Alhamdulillah, tak sangka boleh dapat. hasil usaha kerjasama dan berkat rezeki yang tuhan bagi ahirnya Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM menang Anugerah Perpustakaan Cemerlang 2009. Aku sebagai salah seorang warganya dapat jugak tumpang sekaki ^^

Hmm malas nak cerita lebih lanjut. Klik sini kalau nak tau






Tahniah PTAR!!

Friday, May 07, 2010

Aku NaK MeRapU Jap

Semalam seharian tak dapat buka blog...kecewa sungguh...
Hari ni dah dapat buka blog..aku pulak yang takde mood nak taip...kecewa jugak...


Sepatutnya esok dapat pergi Tambun..pergi jalan-jalan..tapi tak jadi sebab ada hal lain...agak kecewa tapi kurang sikitlah...
Sepatutnya hal lain tu..kawan ajak jumpa lecturer sakit tapi ada hal lain pulak menyusul...tak jadi lagi...
Tapi mujur jugak tak jadi semua tu...tiba-tiba rasa tak sihat tu ada balik...
Esok cuti kan...nak rehat puas-puas...sambil tengok cerita Your Beautiful buat kali kedua ^^

Tuesday, May 04, 2010

BaSuh KeRetA

Melawan kebosanan tatkala menelek borang kaji selidik pengguna perpustakaan. Berpinar mata aku tengok borang-borang yang banyak tu. Aku boleh perasan ada bintang-bintang sedang berpusing di atas kepala aku. Nak hilangkan bosan mengadap benda alah tu,aku buka blog orang lain dan baca-baca. Boleh gak gelak-gelak kejap.Sambil tu, aku nak buat entri pasal basuh kereta.

Petang semalam lepas balik kerja, aku basuh Saga. Dah lama betul tak basuh. Entah angin apa masuk semalam tiba-tiba nak basuh kereta. Tengah-tengah sakit pun masih gagah nak basuh. Lagi satu sebab aku tengok Saga tu dah berdebu sampaikan bila hari hujan,wiper kereta dah tak lancar nak mengelap tingkap. Jadi aku ambil keputusan nak basuh sampai kilat cantik macam cermin tingkap KLCC yang bersinar-sinar tu.

Dengan penuh berhati-hati aku bersihkan Saga tu.Jenguk-jenguk road tax yang baru tukar. Rupa-rupanya dah setahun usia Saga aku. Selain daripada accident kecil  hari tu,setakat ni Saga takde apa-apa yang rosak.Masih lagi ok.Enjin pun tiptop lagi.Cuma kilometer je cepat naik.Yelah,hari-hari ulang alik Gombak-Shah Alam.Mau tak laju kilometer tu berjalan. Aku bersihkan dashboard dengan pembersih khas.Hilang sudah habuk,yang tinggal pancaran bersinar-sinar. Aku vakum bersih-bersih lantai Saga.Pun bersih jugak.Aku kibas-kibas pengalas karpet.Dah habis semua tu baru aku basuh Saga.Aku letak sabun banyak-banyak dalam baldi dan meletakkan span.Dan selanjutnya, aku mencuci sehabis baik.Setiap sudut,celah sampai ke spring tayar pun aku cuci.Punyalah bersemangat.Peluh-peluh yang menitik tu tak yah cakaplah.Memang dah campur sebati dengan air sabun tapi apa aku kisah.Lepas tu nak basuh balik kan.Jadi...biarkan je lah ye tak.

Dah habis cuci, aku basuh dengan cermat.Hilangkan semua sisa-sisa sabun.Dah puas hati, aku tutup paip air. Aku ambil kain lap. Aku keringkan Saga tu.Macam-macam gaya aku buat.Tolak ke depan,tarik ke belakang,pusing-pusing ikut jam,lawan jam macam-macam lagi lah sampai habis kering.Dah habis lap, aku ambil pengalas karpet,masukkan semula dalam Saga,tutup pintu kereta dan.....


Walllllaaa....dah siap basuh kereta!








p/s: Aku tak sangka cuci kereta ni pun boleh buat cerita.Agak-agaknya berapa markah aku dapat kalau dalam karangan Bahasa Melayu UPSR ek? Nak jugak tahu....

Monday, May 03, 2010

ToloNg MenOlonG

Tolong...mengikut Kamus Dewan Edisi keempat membawa maksud 1)membantu (dengan tenaga,wang,fikiran,dll) 2)melepaskan diri daripada bahaya;menyelamatkan...

Cakap pasal tolong - menolong ni,mungkin ada orang terfikir kenapa kita nak tolong orang?Kenapa orang nak tolong kita?Dan yang paling penting; ikhlaskah orang yang memberi pertolongan kepada kita? Adakah pertolongan yang kita beri tu mengharapkan pembalasan?

Mesti korang hairan kan kenapa tiba-tiba aku buat entri ni.Jangan bimbang jangan ragu (wah macam ada gaya lirik lagu) aku saja nak cerita pengalaman sepanjang aku bekerja. Dari segi pekerjaan aku, antara objektif utama seorang pustakawan adalah MEMBANTU pengguna dalam memberikan kemudahan dan perkhidmatan yang memenuhi permintaan pengguna.Perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan mestilah selaras dengan objektif organisasi di peringkat utama.

Berbalik kepada cerita aku,tugas aku di sini bukannya sesuatu yang senang dan juga bukan sesuatu yang susah.Passion.....atau minat sebenarnya banyak membantu dalam kerjaya.Kalau tidak berminat dalam kerjaya sekarang mungkin kita merasakan pekerjaan yang kita lakukan itu susah.Ikhlas.....kalau kita ikhlas dalam melakukan kerja, sudah tentu kita tidak mengharapkan apa-apa balasan kecuali semuanya dibalas Allah.Sentiasa berusaha.....sebagai seorang pekerja yang ingin meningkatkan mutu kerjanya,mestilah sedaya upaya berusaha untuk menjadi lebih maju.Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk memajukan diri.Dan TOLONG.....tolong diri-sendiri,tolong bos,tolong staf bawahan dan seterusnya tolong orang lain.Tak susah sebenarnya nak tolong.Cuma kita nak atau tak nak saja.Kadang-kadang pernah terfikir,"Apa yang aku dapat kalau aku tolong orang?",kadang-kadang kita fikir macam ni "Susah-susah je kita tolong orang tapi orang tak tolong kita pun",pernah juga terlintas fikiran seperti ni "Biarkanlah dia,pandai-pandailah dia buat sendiri"..semua tu mesti ada kan.Tapi pernah terfikir tak kita yang sebenarnya setiap pertolongan yang kita berikan tak semestinya dibalas oleh orang yang sama.Kadang-kadang tanpa sedar,orang yang kita tak kenal yang menolong kita...

Aku ada dapat satu e-mail yang ada kaitan dengan apa yang aku cakap ni.Aku tak tau siapa pengirimnya tapi aku harap dia diberi balasan kebaikan kerana memberikan ilmu baru.Jadi, sekarang aku pula nak tolong korang dengan beri cerita ni....baca,faham,fikir....


ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?



Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.


“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.


“Mengapa?” balas saya.


“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”


Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?


Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”


Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.


“Oh ramai encik…”


“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”


Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.


“Kakak, boleh saya bertanya?”


“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.


“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”


Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”


Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”


Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.


“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.


“Maksud encik?”


“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”


“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”


“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”


“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”


“Maksud kakak?”


“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”


“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”


Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.


“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”


Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.


“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”


Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”


“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’


“Pasti ada! Insya-Allah.”


“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”


“Subhanallah!”


“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”


“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.


“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”


“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”


“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”


“Maksud encik?”


“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”


“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”


Giliran saya pula tersenyum.


“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.


“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”


“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”


“Maksud encik?”


“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”


“Kenapa?”


“Kita akan sakit jiwa!”


“Kenapa?”


“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.


“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.


“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”


“Ah, kita terlalu ego…”


Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Cuti MaRi BerCutI

Salam...selamat pagi...

Pagi ni takde angin nak buat kerja.Tak berapa sihat.Walaupun tak sihat masih lagi nak pergi kerja.Apa-apa hal pun ni cerita sepanjang balik bercuti hujung minggu lepas..

Pagi Jumaat bangun awal walaupun cuti.Basuh baju kejap sebab fikir sempat jemur sebelum balik kampung.Mak ayah keluar pergi beli bahan-bahan nak bawak balik kampung.Dah habis jemur,kemas-kemas baju nak bawak balik.Tunggu ayah dengan adik-adik solat Jumaat,petang tu baru bertolak balik.Syok sikit balik kampung kali ni.Balik dengan kereta baru hehehe.Sampai pukul 6 petang kat rumah Ayah Long.Tak balik rumah Tok sebab Tok ada kat rumah Ayah Long.Malam tu tolong mak dengan mak long goreng bihun.Masa tu jugak dah rasa macam nak demam.Badan kejap panas kejap sejuk.Tapi tak fikir sangat sebab seronok.Malam tu tidur kat ruang tamu.Dah tak larat sangat.Bentang toto,ambil bantal,letak kepala....terus hanyut....Zzzzzz

Sabtu...
Bangun pagi...memang pagi giler sebab tengok rancangan "Tanyalah Ustaz" (rancangan ni mula tak silap aku pukul 7 pagi...Oh ya! aku solat Subuh dulu tau) kat TV9 sambil baring kat toto....syok woo!Dah selesai mandi tolong mak kat dapur buat sarapan.Pagi tu makan roti canai segera dengan kari pastu tauhu bakar ditambah pulak dengan milo panas...huuu memang Umphh!Tapi makan tak banyak pun sebab badan tak berapa sihat...memang sah aku demam+selsema.Tapi selesema tu kejap ada kejap takde...jadi takla teruk sangat.Tengahari tu Mak Anjang sampai.Bila tukang masak terhebat dah ada...apa lagi memang pekena makan sedap-sedaplah nampaknya.Nak pulak Mak Anjang memang terer masak Mi Calong(mi ni popular kat Kuantan saja...kalau korang cari kat Raub ke Maran ke Jengka memang tak jumpa....kalau nak...datanglah Kuantan...aku siap promote lagi ni hahahaha).Jadi tengahari puas perut aku diisi dengan mi calong.Nak pulak hari hujan tetiba lagi masyuk...Petang tu,singgah Air Terjun Pandan (aku ada buat entri bergambar kat sini dan sini) lepas hujan berhenti.Tempat ni tak jauh dari rumah Ayah Long,dalam 5 minit perjalanan dengan kereta.Kalau dah sampai kat tempat macam tu,apa lagi kerja yang aku boleh buat selain mandi dan mandi dan mandi air sungai...hehehe...memang seronok.Tak hirau langsung dah pasal sakit janji boleh mandi.Nak dekat Maghrib baru sampai rumah.Malam tu lepas makan,terus tidur.Dah tak larat nak buat apa-apa.Penat sangat.

Ahad....
Pagi tu bangun awal gak tapi bermalas-malasan dulu hehehe..mak ayah keluar dengan ayah long,mak long dan mak anjang.Nak tengok Tok Chik.Tok Chik tak sihat.Jadi tinggal aku,adik-adik dengan Tok je kat rumah.Masa aku baru habis mandi,Tok De Enjung sampai.Aku cepat-cepat buat sarapan.Dah kena bising dengan dua-dua tok tu.Tapi yelah,orang sakit mana nak buat kerja laju-laju..Memang tahap superslow macam siput babi.Mujur Tok de faham tapi puas gak kena leter dengan tok sebab tersilap buat kopi pahit hahahaha...Nasibla aku.Dah habis kemas-kemas meja lepas sarapan,aku pun ambil peluang tidur sepuas-puasnya...Memang syok habislah sampai Makde datang pun tak sedar.Tau-tau je Makde kejut nak balik dah.Siap terfikir lagi "Aik,kejapnye Makde datang"...alih-alih tengok jam dah tengahari pun....Fuhhh memang puas aku bantai tidur.Dalam pukul dua, mak ayah baru sampai.Terus mak dengan mak anjang,mak long,tok de pergi masak.Aku?...hehehe...disebabkan aku sakit maka aku dapat kelebihan dikecualikan daripada memasak....makanya aku sambung tidur pastu bangun terus dapat makan...hahaha nikmatnya!Petang lepas Asar,ayah dah bising suruh berkemas.Sebelum balik,kami dihidangkan dengan pencuci mulut.Ada macam-macam benda...puding sagu berkuah,kuih tako,putu mayam kaya,apam berkuah..korang mesti jarang dengar nama-nama kuih tu kecuali kuih tako sebab banyak jual kat bazar ramadan kan.....tu semua kuih yang boleh dijumpa kat kampung aku...nak,jom datang singgah hehehe...Ok,lepas tu apa lagi...balik rumahlah...



Seronok balik kampung.Macam-macam ada.Bulan 6 nanti nak balik kampung lagi.Cadangnya nak buat family day sambil berkhemah...Uweeee...seronoknya!!




p/s: ni laman web Air terjun Pandan.Korang boleh klik kat sini.Aku kena promote la...dah janji dengan abang sedara aku nak tolong dia hehehe...