Tuesday, December 08, 2009

Komik...Perfume

Semalam lepas balik keja singgah Giant sek. 13. Nak jumpa dealer perfume (saya sekarang membantu mak saya jual perfume hehehehe..kalau ada yang nak tau lebih lanjut sila beritahu kat emel saya nina_alona@yahoo.com. yang lain2 saya tak layan. tima kasih)

Sementara nak tunggu dealer tu, pegilah masuk pasaraya jap. Beli barang2 sikit. Kebanyakannya aksesori kereta hehehehe. sambil membeli tu, SMS kat dealer jap tanya pukul berapa nak sampai. Dapat reply, katanya setengah jam lagi. Ok, ada masa lagi nak merayau2. Singgah MPH jap (semenjak jd librarian cam wajib ja nak masuk kedai buku hehehe) belek2 buku, belek2 majalah. Last sekali pegi singgah bahagian komik (wajib!!). Pergh, banyak keluaran yang baru..yay, leh tambah koleksi lagi.

Puas membelek macam2 cara. Dah baca sinopsis. Tengok muka depan cantik ke tak. Huu, susah gak nak buat pilihan. Nak amik yang tu, sayang pulak tak amik yang ni. Yang tu cantik, yang ni pun cantik. Yang tu citer dia best, yang ni pun citer dia best. Arggghh, susahnya!

Akhirnya, aku amik 3 buah komik yang betul2 menarik minat aku. Harap2 citer dia best. Berat hati gak nak melangkah ke kaunter bayar...sebab...hmmm, sebab cam terasa nak amik lagi sebuah. Tapi memikirkan duit dalam dompet tu nak guna untuk perkara lain, huhuhu akhirnya terpaksalah melangkah. Cepat2 aku jalan, tak nak tengok belakang dah. Elok je tengah bayar, petugas kat kaunter masukkan sesuatu dalam bungkusan tu. Free gift!!! Hahahaha, seronoknya. Dapat beg uncang koleksi Gempak starz dengan kit yang dalamnya ada badge, pemadam pensil, sticker yang ada gambar watak2 komik hehehehe.

Aku dapat rasakan mukaku berseri2 bila keluar kedai hehehe. Nasib baik aku tak lupa diri. Mau jer nak balik rumah cepat2. Tak sabar2 nak belek2 komik. Aku pegi ke food court. Dah janji nak jumpa dealer kat situ. Memang timing yang tepat aku rasalah, sampai je kat situ dah dapat mesej daripada dealer yang dia dah sampai. Jumpa dia, tengok2 barang yang dibeli, borak2 sikit, barulah aku balik.

Sampai kat rumah je, mak aku dah siap tengok2 barang yang dibeli. Yela, takut ada yang tertinggal. Mujur, semua ada. Dah habis tolong mak, masuk bilik, kemas2 sikit katil tu, tepuk2 bantal, amik komik baru beli tadi, landing dan baca....




ok, pastu tido lah.

0 comments: