Minggu lepas cuti 3 hari. Nampak cam seronok tapiiiii...indah khabar dari rupa. Mula malam Jumaat tu dah naik gatal2 kat hidung, suhu kat badan pun dah rasa lain macam dan tengah malam tu...Yes!!aku demam dan selsema. Pakej sakit yang hampir sempurna. Hari jumaat tu puas lah aku telan pil selsema. Tengah2 mereng tu sempat kuar lagi pergi bayar duit kereta. Tak mau tangguh2. Singgah bank kejap, ada hal nak kena tanya pasal ASB. Singgah kedai makan beli tosei dengan roti telur kat mak ngan adik kat umah buat sarapan pagi. Petang kul 2 kuar dengan mak dan adik pegi Jusco, nak beli hadiah tuk besday ayah (sori ariza sebab tak dapat jumpa makan tengahari sama2) dan balik tu aku bertambah sakit..dugaan.
*****
Hari sabtu duk lepak kat rumah je. Memang tak larat nak buat apa2 pun. Kerja aku tido..tido..tido
*******
Hari Ahad, selsema dah ok, demam pun dah kurang. Tinggal batuk pulak huhuhu terasa ngilu dan sakit dada. Rasa malas nak bangun tapi dapat mesej dari kawan sekolah dulu ajak kenduri kahwin member kitaorang. Disebabkan dia nak datang amik, aku pun bersiaplah dengan ala kadar. check2 badan kejap kot2 demam lagi ke. Nampak ok, aku kira oklah kot nak kuar ni. Tapi kalau ikutkan hati malas nak pergi kenduri kahwin member ni. Mengenangkan perangai dia yang tak berubah daripada sekolah dulu. Mau rasa sakit hati tu timbul balik dan rasa2 nak balas dendam(yang baiklah sikit cth: tak yah datang kenduri dia) tapi mengenangkan kawan2 sekelas nak datang dan ni lah satu2nya peluang nak jumpa diaorang balik. Maka, dengan berat hati dan berat dada(bukan dada yang itu tapi sakit dada) aku pergilah. Mujurlah....ramai gak kawan2 dulu yang datang. Borak2,lepak2,borak2 lagi, lepak lagi sedar2 zohor nak terlajak. Cepat2 aku ajak member balik. Sempat lagi tukar2 no phone dengan kawan2 lama. Senang nak contact. Balik rumah solat jap, Amir lak ajak kuar pergi beli barang. Mak pun nak ikut, nak beli stok barang rumah. Hmmm, kuar lagi. Takpe2, leh singgah beli ubat batuk(heh, alasan je tu). Dan memang betul, bukan ubat batuk jer aku beli, entah hapa2 barang aku beli. Habis jugaklah duit gaji aku hari tu. Belanja punya pasal. Agaknya, sakit aku ni ada pengaruh dia. Naikkan mood aku tuk membeli belah huhuhuhu
0 comments:
Post a Comment