Heya all!! Dah lama benar tak update blog ni. Bukan pe syok sangat raya sampai lupa nak update. Lagi satu, adik pinjam extension plug komputer, maka tak dapatlah nak update cerita malah nak tengok emel hatta nak main game online pun tak dapat huhuhu...anyway ni cerita sepanjang raya...
~Sehari sebelum raya~
Balik kampung lepas sahur dengan Amir & AbgChik. Ni first time balik dengan adik2 je. Mak ayah dah balik dulu. Mak bagi macam2 nasihat, panduan serta larangan ketika memandu(mak boleh jadi pegawai JPJ yang berjaya hahahaha). Ingatkan bolehlah sampai awal rupa2nya jam di tengah lebuhraya. Sebabnya, ada sebijik kereta buat masalah. Time2 ni lah kereta dia ada problem. Tak pasal2 jam nak dekat 2 jam kat tengah2 highway. Lepas dah alih kereta yang problem tu kat tepi, barulah jalan clear sikit. Tapi lepas tu jam lagi lepas Plaza tol Bentong. Rupa2nya banyak umat kereta, motor, lori dan segala macam nak berhenti kat stesen Petronas tepi highway tu. Nak melepaskan hajat kot. Yela, perjalanan jauh lagi. Amir yang mula2 kata nak singgah terus tak jadi. Maka, kami teruskan perjalanan sampailah ke perhentian seterusnya barulah boleh melepaskan hajat. Alhamdulillah, dalam masa hampir 5 jam kami sampai kampung. Hmm, macam perjalanan nak pergi penang jer padahal kampung kat kuantan. Jam punya pasal...
~Masa Hari Raya~
Masa ni lah nak sakit segala macam. Bayangkan punyalah lemah nak bangun pagi tu walaupun sepatutnya time tu kena bersuka ria, melompat macam entah apa2, tapi memang tak larat. Tapi nak raya punya pasal, bangun gak lah kemas2 rumah tok. Badan rasa panas semacam jer tapi nak gak buat kerja macam2 dan seperti biasa tugasku waktu pagi tu kena gosok baju raya untuk satu famili. Ngaa, letih maaa...Pagi tu memang tak dapat nak pergi solat sunat hari raya, jadi aku tolong2 mak dengan makcik siapkan apa2 yang patut. Hari ni buat laksa johor dengan nasi impit tapi sesungguhnya ku tak lalu makan. Perut dah maha hebat berkeroncong sebab semalam pun tak makan apa2 masa berbuka + pulak pagi raya tu tak sumbat apa2, perghh memang lapar yang amat tapi tekak tak lalu nak makan. Rasa nak baring2 jer time tu. Dah agak2 tengahari sikit barulah ada selera nak makan tu pun tak banyak. Ramai gak tetamu datang rumah tok. Dari segenap pelosok ada. Tak sempat nak keluar jalan2 pergi raya rumah orang lain. Dah petang baru dapat jalan2, tu pun rumah yang nak pergi beraya(rumah Mak Andak belah Tok Chik) takde orang. last2, singgah kubur arwah Toki dengan mak, Mak Itam, Makde, PakCik Man and anak2 diaorang. Dah lama tak pergi kubur, sempat jugaklah mak dengan Makde bersihkan kubur. Aku sedekahkan Al-Fatihah kat arwah toki dengan penghuni kubur yang lain. Lepas tu, raya kedua dan ketiga terima lagi tetamu datang rumah tok. Yang bestnya, raya kedua dapat makan nasi minyak hasil masakan mak dan makcik2 ku yang lain hehehe. Raya ketiga pulak makan laksa pahang ataupun lebih dikenali sebagai laksa lemak. Memang masyuk jer makanan time2 raya ni.
~Petang Raya Ketiga~
nak bertolak balik. Ikutkan rancangan ayah nak bertolak lepas zuhur tapi selalunya memang tak pernah dapat balik time tu sebabnya mak selalu buat2 lambat. Sudahnya kami bertolak lepas Asar, pukul 5. Nasib baik tak jauh, jenuh pulak nak sampai rumah tengah2 malam. First time berkonvoi dengan ayah hehehe. Ayah bawak Myvi, Amir bawak Saga. Ingatkan aku yang drive tapi Amir tak bagi. Dia nak drive gak. Huh! takpe2 nasib baik hari2 aku pergi kerja bawak Saga tu kalau tak kempunan aku heehe. Sampai rumah dalam pukul 8 lebih. Oklah tu, jalan pun tak teruk mana...
~Raya Keempat dan Kelima~
Hah! Ni lagi satu hal. Tak pasal2 ada kerja baru nak kena buat kat rumah. Mak suruh cat rumah. Nasib baik kawasan luar dengan pagar tu jer. Mula2 nak upah orang tapi mahal giler nak kena bayar. Kalau nak diikutkan ayah, tak payah cat rumah tapi sebab rumah tu pun dah lama tak bercat (serius, rumah penuh dengan lumut hijau hohoho) dan ditambah pulak jiran sebelah kiri kanan dah serba baru cat nya, mak pun dah agak2 jeles sikit kat situ, maka kami anak2 mak ayah dikerah menjadi buruh binaan sementara untuk mengecat rumah. Dan dalam masa dua hari tu bahagian bawah rumah dan pagar siap bercat dengan kaler yang cantik (muahahaha cat sendiri tu) dan disambung pulak sebelah atas masa hari ahad. Sebab Hari sabtu takde orang kat rumah. Aku pergi Kedah, Amir kerja dan AbangChik pergi beraya kat Kuala Selangor-Klang-Kuala Selangor. Ayah pun kerja, tinggal mak dengan adik kecik jer.
~Pergi Kedah~
Yang ni pulak cerita kawan ku yang berkahwin. Pagi Jumaat tu tunggu Dekni sampai rumah sebelum kami bertolak sama2 pergi rumah Marli kat Taman Melawati. Lepas tu, kami teruskan perjalanan ke Utara, nak pergi Sg Petani. Mujur ada Sal. Abang dia tolong book kan hotel untuk kami, so, tak payah susah2 nak pikir duduk kat mana nanti. Aku bawak kereta sambil ditemani Dekni kat sebelah dan Marli. Diaorang berdua mulut agak kepoh sikit, takdelah sunyi sangat bawak kereta tu. Ada jer cerita diaorang berdua tu. Aku cuma mencelah sikit2 jer sebab nak fokus dengan pemanduan. karang tak pasal2 jadi menda lain pulak. Sampai kat SP dalam pukul 2 lebih, check in kat hotel, lepak2 jap pastu kami keluar jalan2 balik. Sal siap anta mesej macam2..dah selamat sampai ke?Hotel camne, ok ke?pastu ada nak pergi mana2 ke? - Macam2 lah sampai tak larat aku nak membalas. Nasib baik ada Cik Marli. Dialah yang rajin membalas semua mesej Sal hehehehe. Huu, dah lama bebenar tak datang SP, dah ada macam2 kat situ. Yelah, dulu pernah belajar kat situ. Tempat favorite kitaorang masa belajar dulu tu Central Square. Wujud lagi tempat tu sampai sekarang(memanglah wujud...Ko ni apalah cik nina oii!!) tapi hari tu tak pergi pun Central Square. Kitaorang pergi jalan2 kat tempat baru, the Village Mall. Takde apa2 sangatlah kat situ. Macam shopping complex biasa jer. Singgah pulak kat Tesco(sebelah Village Mall tu jer...leh je jalan kaki tapi disebabkan kemalasan melampau ditambah pulak dengan kepanasan yang membara, kitaorang bawak gak kereta kat sana). Singgah makan pastu beli barang2 sikit, barulah kami balik ke hotel semula. Lepak2, rehat, tido. Esok pagi tu, kami brsiap2, check out hotel dan teruskan perjalanan ke rumah Sal. Dah lama tak pergi rumah dia, so adalah tersesat jalan sikit hehehe. Dah alang2 sampai rumah Sal tu sempatlah kami beraya. Rumah Sal dah lain...renovate abis. Cantik!! Kami lepak2 kat situ sampai pukul 12 lebih sebab nak tunggu Maziah and husband dia datang. Barulah kami pergi sama2 ke rumah pengantin (Syed and Kak Dang). Sekejap jer dah sampai rumah Syed tu. Tak sampai 10 minit pun. Bila dah sampai tu apa lagi, aku and the gang pergi merajinkan diri mencedok makanan hehehe. Kat situ dapatlah jumpa kawan2 lama termasuklah lecturer yang pernah mengajar kami dulu. Kat situ pun jumpa Ariza dengan famili dia. Banyaklah cerita keluar time tu. Fuh!! seronoknya...Agak lama gak aku and the gang melepak kat situ(sebab nak tangkap gambar dengan pengantin punya pasal). Badan dah berpeluh abis. pastu terfikir pulak bila nak balik. Nak bertolak balik ke KL terus ni. Dekni dan Marli dah buat muka cuak bila nak balik. Mujur gak si pengantin paham. Cepat2 kami bergambar pastu borak2 sikit and then balik semula ke rumah Sal, tumpang solat, pukul 4.30 bergerak balik KL. Sampai KL nak dekat pukul 9. Ajak Dekni and Marli makan kat Naili's Place hahahahaha. Suka bebenor aku ngan tempat tu. Lepas hantar Marli balik, aku and Dekni terus ke rumah aku sebab Dekni tinggal kereta dia kat rumah aku.
Haaa...tu cerita masa raya. sori, gambar tak sempat nak letak dalam blog ni. Dah siap upload, nanti aku letak kat entri yang lain okeh...
skip to main |
skip to sidebar
Tuesday, September 29, 2009
Laman Web Rasmi Perpustakaan UiTM
Time is Gold
Search This Blog
Ruang Iklan
1) Sesiapa yang nak pakai Prudential BSN Takaful, boleh hubungi dia ni ~
Nur Shazwani
Tel: 012-4411490
Emel: kekpisang_comel84@yahoo.com
Blog: Cik Waniey's Blog
2) Sesiapa nak minyak wangi jenama yang popular tapi harga yang murah dan halal, boleh hubungi
Asiah Endot (Stokis Kuala Lumpur-Gombak)
Tel: 019-9808015
@
Nik Amanina
Tel: 019-6495855
Emel: ninaalias@gmail.com
Sila lawat laman web HBT Aromas (http://www.halalbestari.com/) untuk mengetahui senarai wangian (dalam Stor Wangian) dan kenali ejen/stokis yang berdekatan dengan anda
Nur Shazwani
Tel: 012-4411490
Emel: kekpisang_comel84@yahoo.com
Blog: Cik Waniey's Blog
2) Sesiapa nak minyak wangi jenama yang popular tapi harga yang murah dan halal, boleh hubungi
Asiah Endot (Stokis Kuala Lumpur-Gombak)
Tel: 019-9808015
@
Nik Amanina
Tel: 019-6495855
Emel: ninaalias@gmail.com
Sila lawat laman web HBT Aromas (http://www.halalbestari.com/) untuk mengetahui senarai wangian (dalam Stor Wangian) dan kenali ejen/stokis yang berdekatan dengan anda
About Me
- ninaAlona
- Seorang pustakawan. Seorang yang suka main games tapi yang senang-senang je. Seorang peminat artis-artis korea. Kalau ada yang serupa minat dengan aku bolehla kongsi info sesama kita. Ok Adios~
Followers
Blog Jabatan2 Perpustakaan UiTM (PTAR)
-
-
Dubai Airport Transfers Luxury1 year ago
-
PTAR MOBILE APP!2 years ago
-
-
Hadiah Pengantin Baru12 years ago
-
Learning Commons@PTAR14 years ago
-
Labels
aktiviti
aku
anime
buah fikiran
buku
cerita wayang
cukai
cuti
dia
Facebook
faculty
famili
Fly FM
gadget
hadiah
haiwan
hiburan
iklan
ilmu
INCEIF
jakim
jalan2
karya
kawan2
kereta
kerja
kesihatan
kursus
lagu
latihan
lawatan
lepas geram
library
makan2
pertandingan
produk kesihatan
PTAR
puasa
rancangan korea
rancangan radio
rasa hati
raya
rumah
saja-saja
sakit
selebriti
shopping
student
sukan
UiTM
UTM
WGM
zodiak
My Blog List
-
what should4 years ago
-
Jamil di Korea - Part 14 years ago
-
-
Beyond The Scene7 years ago
-
.:ispahan cake:.8 years ago
-
~ Singapore - work-related ~9 years ago
-
-
-
2 comments:
wah! sempat gak ko update ek.. aku ni tah bile la rajin nak update sume tu.. huhu..
hahha..knala awal2 krg lupa lak..tak taw dh nk tulis pe
Post a Comment