Semalam merupakan hari yang kelakar...
Amir, my bro ajak pergi berbuka anjuran company dia. Aku pun beria2 lah nak ikut sebab dapat makan FREE hehehe...lagi satu kalau aku berbuka kat rumah jadi tak seronoklah...mak ayah dah balik kampung dengan adik kecik. Takkan aku nak berbuka sorang2. diibaratkan "bagai mengantuk disorong bantal", aku pun terima jelah tawaran lumayan tu.
Masalahnya pula, tempat untuk berbuka tu kan sikit punya baik punya tempat - Sunway Lagoon Hotel. Wah, aku dahlah tak pernah menjejak kaki ke sana tapi dah alang2 tak pernah pergi dan aku terfikir mungkin makanan kat sana akan menjadi sedap2 (tempat mahal tu..) maka aku tetap mengikut haluan hatiku untuk pergi.
Maka, aku pun bertanya lah kat staf2 aku arah nak ke sana. Macam2 pulak yang aku dengar. Ada jalan tu, masuk jalan ni, tempuh lebuhraya tu, pusing kanan, pusing kiri...hah macam2 ada! Aku dah mula cuak takut tak sampai. Dahlah takut tak sampai, pastu kalau dah give up, mulalah pening nak cari jalan balik huhu..
Dalam pukul 4 lebih, aku dengar bunyi guruh. Sudah, nak hujan ke? Aku bertambahlah cuak. dibuatnya hujan, jalan jem, tak ke mana lah aku nanti. Aku hantar sms kat Amir, tapi Amir cakap "Ala pergi jelah. Takpe, ok lagi tu." Huh, budak ni...
Pukul 5 tepat, aku dah keluar. Aku tak kira, asalkan aku selamat sampai. Aku pun mulakan perjalanan dengan berhati2, yelah tempat tak pernah pergi, mestilah slow jer bawa kereta. Entah macam mana, aku main masuk jer jalan mana2, tetiba, tada...aku jumpa!! Hahahaha seronok tak terkata. Dah parking kereta kat kawasan hotel. Aku call Amir. Dia masih dalam perjalanan. Aku pun pe lagi. Jalan2 kat Sunway Piramid lah. Tengok orang main ice skating, pusing sana, pusing sini, tapi tak membeli apa2. Sebabnya takde benda yang buat aku berminat nak beli.
Dah puas aku meronda, aku patah balik ke hotel. Tunggu Amir. Punyalah lambat dia sampai, rupa2nya pakcik tu sesat jalan. Macam biasa, kali ni berbuka lambat lagi. Tapi sampai jer kat Restoran Avanti(dalam hotel tu)...Tu dia!! Macam2 makanan ada kat situ. Aku dengan Amir mulalah rambang mata nak pilih yang mana satu. Tapi sebelum tu aku berkenalan dengan staf2 adik aku dan yang bestnya kitaorang duduk semeja dengan manager2 tu. Mujur aku dapat control nervous aku. Kalau tak mau aku jadi wanita yang paling sopan dan ayu kat situ. Tak kuasa!
Tengah sedap2 makan, Amir bagitau abang chik nak balik hari ni dan suruh amik dia. Nanti dia dah sampai dia call. Aku pun mengangguk je lah sambil makan (aku tak dapat lari drp menikmati makanan yang sedap2 dan jarang dimakan). Kami menghabiskan masa sehingga pukul 9 lebih. Fuh, memang puas hehehe. Macam mana tak puas, dahlah sedap, free pulak tu hehehehe.
Masa nak balik tu, aku jumpa jugaklah dengan staf2 adik aku. salam, ucap selamat. Tapi yang kelakarnya, ada sorang mamat tu tanya kat adik aku..."Bila?" Aku dah agak mesti kawan2 Amir ingat aku ni makwe dia. tanya soalan spesis camtu, memang nak buat aku gelak terguling2. Tapi aku dengan machonya diam jer tapi adik aku pulak beria2 cakap "NI KAKAK AKU LAH!!" Masing2 terdiam. Agaknya diorang nak gelak tapi tak jadi sebab tengok muka stone aku dengan kerut kat muka adik aku. hahahaha kesian diorang.
Hah, lepas tu timbul pulak satu masalah masa nak balik. Aku tak tau jalan!!. Tapi disebabkan aku rasa2 aku leh tau jalan, dengan berlagaknya aku suruh adik aku ikut sekali. Dan sememangnya berjaya walaupun aku dah cuak (tapi muka tetap kool). Dah selamat sampai rumah, aku dengan Amir get ready pulak nak amik abang chik. Tapi masalahnya, jalan kat KL tu macam hape jer malam tu. Jem teruk!! Terus tak jadi nak amik. Last2 abang chik balik naik bas jer. Aku dengan Amir pulak jalan2 cari makanan untuk sahur. Aku rasa macam nak tercabut jer kaki aku. Asyik duduk dalam kereta tekan minyak, brek, minyak pastu brek balik. Rasa2 banyak masa abis kat dalam kereta jer.
Sampai je rumah. Aku kemas apa2 yang patut, gosok baju kerja pastu Zzzzzzz...
skip to main |
skip to sidebar
Laman Web Rasmi Perpustakaan UiTM
Time is Gold
Search This Blog
Ruang Iklan
1) Sesiapa yang nak pakai Prudential BSN Takaful, boleh hubungi dia ni ~
Nur Shazwani
Tel: 012-4411490
Emel: kekpisang_comel84@yahoo.com
Blog: Cik Waniey's Blog
2) Sesiapa nak minyak wangi jenama yang popular tapi harga yang murah dan halal, boleh hubungi
Asiah Endot (Stokis Kuala Lumpur-Gombak)
Tel: 019-9808015
@
Nik Amanina
Tel: 019-6495855
Emel: ninaalias@gmail.com
Sila lawat laman web HBT Aromas (http://www.halalbestari.com/) untuk mengetahui senarai wangian (dalam Stor Wangian) dan kenali ejen/stokis yang berdekatan dengan anda
Nur Shazwani
Tel: 012-4411490
Emel: kekpisang_comel84@yahoo.com
Blog: Cik Waniey's Blog
2) Sesiapa nak minyak wangi jenama yang popular tapi harga yang murah dan halal, boleh hubungi
Asiah Endot (Stokis Kuala Lumpur-Gombak)
Tel: 019-9808015
@
Nik Amanina
Tel: 019-6495855
Emel: ninaalias@gmail.com
Sila lawat laman web HBT Aromas (http://www.halalbestari.com/) untuk mengetahui senarai wangian (dalam Stor Wangian) dan kenali ejen/stokis yang berdekatan dengan anda
About Me
- ninaAlona
- Seorang pustakawan. Seorang yang suka main games tapi yang senang-senang je. Seorang peminat artis-artis korea. Kalau ada yang serupa minat dengan aku bolehla kongsi info sesama kita. Ok Adios~
Followers
Blog Jabatan2 Perpustakaan UiTM (PTAR)
-
-
Dubai Airport Transfers Luxury1 year ago
-
PTAR MOBILE APP!2 years ago
-
-
Hadiah Pengantin Baru12 years ago
-
Learning Commons@PTAR14 years ago
-
Labels
aktiviti
aku
anime
buah fikiran
buku
cerita wayang
cukai
cuti
dia
Facebook
faculty
famili
Fly FM
gadget
hadiah
haiwan
hiburan
iklan
ilmu
INCEIF
jakim
jalan2
karya
kawan2
kereta
kerja
kesihatan
kursus
lagu
latihan
lawatan
lepas geram
library
makan2
pertandingan
produk kesihatan
PTAR
puasa
rancangan korea
rancangan radio
rasa hati
raya
rumah
saja-saja
sakit
selebriti
shopping
student
sukan
UiTM
UTM
WGM
zodiak
My Blog List
-
what should4 years ago
-
Jamil di Korea - Part 14 years ago
-
-
Beyond The Scene7 years ago
-
.:ispahan cake:.8 years ago
-
~ Singapore - work-related ~9 years ago
-
-
-
0 comments:
Post a Comment