Wednesday, September 30, 2009

Kim Hyun Joong ~~ waaaaaaahhh

semalam balik dari kerja terus duduk depan komputer. Nak bukak intrnet sebab dapat update terbaru tentang Kim Hyun Joong (waaaaaahhh seronoknya!!). Tengok kat laman web dapatlah tengok episod terbaru Family Outing(rancangan popular kat Korea) dan yang bestnya bukan setakat ada Kim Hyun Joong, si budak comel Seung Ri dari kumpulan Big Bang pun ada gak (Wah!!jadi teruja yang amat2). Puas gak gelak sambil terguling2 tengok telatah diorang dan artis2 korea yang lain. Macam2 aktiviti diorang buat. Yang paling kelakar bila part Kim Hyun Joong musti keluar lagu soundtrack dari Boys Over Flowers (Ohhh...Paradise lalalala) pastu musti MC rancangan tu akan panggil Hyun Joong - Ji Hoo Sunbae(watak dia dalam Boys Over Flowers). Kalau tengok perangai dia masa dalam rancangan Family Outing tu sebijik dalam rancangan We Got Married tapi yang tak bestnya ada part dia dating dengan Lee Hyori (tak mauuuuu....lagi suka kalau dia dengan Hwang Buin dia huhuhuhuhu). Anyway puas gak dapat tengok rancangan tu. Tak sabar nak tunggu episod seterusnya ahaks! Balik ni nak tengok lagi rancangan tu...Yeah!!!

Kim Hyun Joong....Saranghae!!!

Tuesday, September 29, 2009

~Ringkasan Hari Raya~

Heya all!! Dah lama benar tak update blog ni. Bukan pe syok sangat raya sampai lupa nak update. Lagi satu, adik pinjam extension plug komputer, maka tak dapatlah nak update cerita malah nak tengok emel hatta nak main game online pun tak dapat huhuhu...anyway ni cerita sepanjang raya...

~Sehari sebelum raya~
Balik kampung lepas sahur dengan Amir & AbgChik. Ni first time balik dengan adik2 je. Mak ayah dah balik dulu. Mak bagi macam2 nasihat, panduan serta larangan ketika memandu(mak boleh jadi pegawai JPJ yang berjaya hahahaha). Ingatkan bolehlah sampai awal rupa2nya jam di tengah lebuhraya. Sebabnya, ada sebijik kereta buat masalah. Time2 ni lah kereta dia ada problem. Tak pasal2 jam nak dekat 2 jam kat tengah2 highway. Lepas dah alih kereta yang problem tu kat tepi, barulah jalan clear sikit. Tapi lepas tu jam lagi lepas Plaza tol Bentong. Rupa2nya banyak umat kereta, motor, lori dan segala macam nak berhenti kat stesen Petronas tepi highway tu. Nak melepaskan hajat kot. Yela, perjalanan jauh lagi. Amir yang mula2 kata nak singgah terus tak jadi. Maka, kami teruskan perjalanan sampailah ke perhentian seterusnya barulah boleh melepaskan hajat. Alhamdulillah, dalam masa hampir 5 jam kami sampai kampung. Hmm, macam perjalanan nak pergi penang jer padahal kampung kat kuantan. Jam punya pasal...

~Masa Hari Raya~
Masa ni lah nak sakit segala macam. Bayangkan punyalah lemah nak bangun pagi tu walaupun sepatutnya time tu kena bersuka ria, melompat macam entah apa2, tapi memang tak larat. Tapi nak raya punya pasal, bangun gak lah kemas2 rumah tok. Badan rasa panas semacam jer tapi nak gak buat kerja macam2 dan seperti biasa tugasku waktu pagi tu kena gosok baju raya untuk satu famili. Ngaa, letih maaa...Pagi tu memang tak dapat nak pergi solat sunat hari raya, jadi aku tolong2 mak dengan makcik siapkan apa2 yang patut. Hari ni buat laksa johor dengan nasi impit tapi sesungguhnya ku tak lalu makan. Perut dah maha hebat berkeroncong sebab semalam pun tak makan apa2 masa berbuka + pulak pagi raya tu tak sumbat apa2, perghh memang lapar yang amat tapi tekak tak lalu nak makan. Rasa nak baring2 jer time tu. Dah agak2 tengahari sikit barulah ada selera nak makan tu pun tak banyak. Ramai gak tetamu datang rumah tok. Dari segenap pelosok ada. Tak sempat nak keluar jalan2 pergi raya rumah orang lain. Dah petang baru dapat jalan2, tu pun rumah yang nak pergi beraya(rumah Mak Andak belah Tok Chik) takde orang. last2, singgah kubur arwah Toki dengan mak, Mak Itam, Makde, PakCik Man and anak2 diaorang. Dah lama tak pergi kubur, sempat jugaklah mak dengan Makde bersihkan kubur. Aku sedekahkan Al-Fatihah kat arwah toki dengan penghuni kubur yang lain. Lepas tu, raya kedua dan ketiga terima lagi tetamu datang rumah tok. Yang bestnya, raya kedua dapat makan nasi minyak hasil masakan mak dan makcik2 ku yang lain hehehe. Raya ketiga pulak makan laksa pahang ataupun lebih dikenali sebagai laksa lemak. Memang masyuk jer makanan time2 raya ni.

~Petang Raya Ketiga~
nak bertolak balik. Ikutkan rancangan ayah nak bertolak lepas zuhur tapi selalunya memang tak pernah dapat balik time tu sebabnya mak selalu buat2 lambat. Sudahnya kami bertolak lepas Asar, pukul 5. Nasib baik tak jauh, jenuh pulak nak sampai rumah tengah2 malam. First time berkonvoi dengan ayah hehehe. Ayah bawak Myvi, Amir bawak Saga. Ingatkan aku yang drive tapi Amir tak bagi. Dia nak drive gak. Huh! takpe2 nasib baik hari2 aku pergi kerja bawak Saga tu kalau tak kempunan aku heehe. Sampai rumah dalam pukul 8 lebih. Oklah tu, jalan pun tak teruk mana...

~Raya Keempat dan Kelima~
Hah! Ni lagi satu hal. Tak pasal2 ada kerja baru nak kena buat kat rumah. Mak suruh cat rumah. Nasib baik kawasan luar dengan pagar tu jer. Mula2 nak upah orang tapi mahal giler nak kena bayar. Kalau nak diikutkan ayah, tak payah cat rumah tapi sebab rumah tu pun dah lama tak bercat (serius, rumah penuh dengan lumut hijau hohoho) dan ditambah pulak jiran sebelah kiri kanan dah serba baru cat nya, mak pun dah agak2 jeles sikit kat situ, maka kami anak2 mak ayah dikerah menjadi buruh binaan sementara untuk mengecat rumah. Dan dalam masa dua hari tu bahagian bawah rumah dan pagar siap bercat dengan kaler yang cantik (muahahaha cat sendiri tu) dan disambung pulak sebelah atas masa hari ahad. Sebab Hari sabtu takde orang kat rumah. Aku pergi Kedah, Amir kerja dan AbangChik pergi beraya kat Kuala Selangor-Klang-Kuala Selangor. Ayah pun kerja, tinggal mak dengan adik kecik jer.

~Pergi Kedah~
Yang ni pulak cerita kawan ku yang berkahwin. Pagi Jumaat tu tunggu Dekni sampai rumah sebelum kami bertolak sama2 pergi rumah Marli kat Taman Melawati. Lepas tu, kami teruskan perjalanan ke Utara, nak pergi Sg Petani. Mujur ada Sal. Abang dia tolong book kan hotel untuk kami, so, tak payah susah2 nak pikir duduk kat mana nanti. Aku bawak kereta sambil ditemani Dekni kat sebelah dan Marli. Diaorang berdua mulut agak kepoh sikit, takdelah sunyi sangat bawak kereta tu. Ada jer cerita diaorang berdua tu. Aku cuma mencelah sikit2 jer sebab nak fokus dengan pemanduan. karang tak pasal2 jadi menda lain pulak. Sampai kat SP dalam pukul 2 lebih, check in kat hotel, lepak2 jap pastu kami keluar jalan2 balik. Sal siap anta mesej macam2..dah selamat sampai ke?Hotel camne, ok ke?pastu ada nak pergi mana2 ke? - Macam2 lah sampai tak larat aku nak membalas. Nasib baik ada Cik Marli. Dialah yang rajin membalas semua mesej Sal hehehehe. Huu, dah lama bebenar tak datang SP, dah ada macam2 kat situ. Yelah, dulu pernah belajar kat situ. Tempat favorite kitaorang masa belajar dulu tu Central Square. Wujud lagi tempat tu sampai sekarang(memanglah wujud...Ko ni apalah cik nina oii!!) tapi hari tu tak pergi pun Central Square. Kitaorang pergi jalan2 kat tempat baru, the Village Mall. Takde apa2 sangatlah kat situ. Macam shopping complex biasa jer. Singgah pulak kat Tesco(sebelah Village Mall tu jer...leh je jalan kaki tapi disebabkan kemalasan melampau ditambah pulak dengan kepanasan yang membara, kitaorang bawak gak kereta kat sana). Singgah makan pastu beli barang2 sikit, barulah kami balik ke hotel semula. Lepak2, rehat, tido. Esok pagi tu, kami brsiap2, check out hotel dan teruskan perjalanan ke rumah Sal. Dah lama tak pergi rumah dia, so adalah tersesat jalan sikit hehehe. Dah alang2 sampai rumah Sal tu sempatlah kami beraya. Rumah Sal dah lain...renovate abis. Cantik!! Kami lepak2 kat situ sampai pukul 12 lebih sebab nak tunggu Maziah and husband dia datang. Barulah kami pergi sama2 ke rumah pengantin (Syed and Kak Dang). Sekejap jer dah sampai rumah Syed tu. Tak sampai 10 minit pun. Bila dah sampai tu apa lagi, aku and the gang pergi merajinkan diri mencedok makanan hehehe. Kat situ dapatlah jumpa kawan2 lama termasuklah lecturer yang pernah mengajar kami dulu. Kat situ pun jumpa Ariza dengan famili dia. Banyaklah cerita keluar time tu. Fuh!! seronoknya...Agak lama gak aku and the gang melepak kat situ(sebab nak tangkap gambar dengan pengantin punya pasal). Badan dah berpeluh abis. pastu terfikir pulak bila nak balik. Nak bertolak balik ke KL terus ni. Dekni dan Marli dah buat muka cuak bila nak balik. Mujur gak si pengantin paham. Cepat2 kami bergambar pastu borak2 sikit and then balik semula ke rumah Sal, tumpang solat, pukul 4.30 bergerak balik KL. Sampai KL nak dekat pukul 9. Ajak Dekni and Marli makan kat Naili's Place hahahahaha. Suka bebenor aku ngan tempat tu. Lepas hantar Marli balik, aku and Dekni terus ke rumah aku sebab Dekni tinggal kereta dia kat rumah aku.


Haaa...tu cerita masa raya. sori, gambar tak sempat nak letak dalam blog ni. Dah siap upload, nanti aku letak kat entri yang lain okeh...

Friday, September 18, 2009

BeRbUkA

Semalam merupakan hari yang kelakar...

Amir, my bro ajak pergi berbuka anjuran company dia. Aku pun beria2 lah nak ikut sebab dapat makan FREE hehehe...lagi satu kalau aku berbuka kat rumah jadi tak seronoklah...mak ayah dah balik kampung dengan adik kecik. Takkan aku nak berbuka sorang2. diibaratkan "bagai mengantuk disorong bantal", aku pun terima jelah tawaran lumayan tu.

Masalahnya pula, tempat untuk berbuka tu kan sikit punya baik punya tempat - Sunway Lagoon Hotel. Wah, aku dahlah tak pernah menjejak kaki ke sana tapi dah alang2 tak pernah pergi dan aku terfikir mungkin makanan kat sana akan menjadi sedap2 (tempat mahal tu..) maka aku tetap mengikut haluan hatiku untuk pergi.

Maka, aku pun bertanya lah kat staf2 aku arah nak ke sana. Macam2 pulak yang aku dengar. Ada jalan tu, masuk jalan ni, tempuh lebuhraya tu, pusing kanan, pusing kiri...hah macam2 ada! Aku dah mula cuak takut tak sampai. Dahlah takut tak sampai, pastu kalau dah give up, mulalah pening nak cari jalan balik huhu..

Dalam pukul 4 lebih, aku dengar bunyi guruh. Sudah, nak hujan ke? Aku bertambahlah cuak. dibuatnya hujan, jalan jem, tak ke mana lah aku nanti. Aku hantar sms kat Amir, tapi Amir cakap "Ala pergi jelah. Takpe, ok lagi tu." Huh, budak ni...

Pukul 5 tepat, aku dah keluar. Aku tak kira, asalkan aku selamat sampai. Aku pun mulakan perjalanan dengan berhati2, yelah tempat tak pernah pergi, mestilah slow jer bawa kereta. Entah macam mana, aku main masuk jer jalan mana2, tetiba, tada...aku jumpa!! Hahahaha seronok tak terkata. Dah parking kereta kat kawasan hotel. Aku call Amir. Dia masih dalam perjalanan. Aku pun pe lagi. Jalan2 kat Sunway Piramid lah. Tengok orang main ice skating, pusing sana, pusing sini, tapi tak membeli apa2. Sebabnya takde benda yang buat aku berminat nak beli.

Dah puas aku meronda, aku patah balik ke hotel. Tunggu Amir. Punyalah lambat dia sampai, rupa2nya pakcik tu sesat jalan. Macam biasa, kali ni berbuka lambat lagi. Tapi sampai jer kat Restoran Avanti(dalam hotel tu)...Tu dia!! Macam2 makanan ada kat situ. Aku dengan Amir mulalah rambang mata nak pilih yang mana satu. Tapi sebelum tu aku berkenalan dengan staf2 adik aku dan yang bestnya kitaorang duduk semeja dengan manager2 tu. Mujur aku dapat control nervous aku. Kalau tak mau aku jadi wanita yang paling sopan dan ayu kat situ. Tak kuasa!

Tengah sedap2 makan, Amir bagitau abang chik nak balik hari ni dan suruh amik dia. Nanti dia dah sampai dia call. Aku pun mengangguk je lah sambil makan (aku tak dapat lari drp menikmati makanan yang sedap2 dan jarang dimakan). Kami menghabiskan masa sehingga pukul 9 lebih. Fuh, memang puas hehehe. Macam mana tak puas, dahlah sedap, free pulak tu hehehehe.

Masa nak balik tu, aku jumpa jugaklah dengan staf2 adik aku. salam, ucap selamat. Tapi yang kelakarnya, ada sorang mamat tu tanya kat adik aku..."Bila?" Aku dah agak mesti kawan2 Amir ingat aku ni makwe dia. tanya soalan spesis camtu, memang nak buat aku gelak terguling2. Tapi aku dengan machonya diam jer tapi adik aku pulak beria2 cakap "NI KAKAK AKU LAH!!" Masing2 terdiam. Agaknya diorang nak gelak tapi tak jadi sebab tengok muka stone aku dengan kerut kat muka adik aku. hahahaha kesian diorang.

Hah, lepas tu timbul pulak satu masalah masa nak balik. Aku tak tau jalan!!. Tapi disebabkan aku rasa2 aku leh tau jalan, dengan berlagaknya aku suruh adik aku ikut sekali. Dan sememangnya berjaya walaupun aku dah cuak (tapi muka tetap kool). Dah selamat sampai rumah, aku dengan Amir get ready pulak nak amik abang chik. Tapi masalahnya, jalan kat KL tu macam hape jer malam tu. Jem teruk!! Terus tak jadi nak amik. Last2 abang chik balik naik bas jer. Aku dengan Amir pulak jalan2 cari makanan untuk sahur. Aku rasa macam nak tercabut jer kaki aku. Asyik duduk dalam kereta tekan minyak, brek, minyak pastu brek balik. Rasa2 banyak masa abis kat dalam kereta jer.

Sampai je rumah. Aku kemas apa2 yang patut, gosok baju kerja pastu Zzzzzzz...

Thursday, September 17, 2009

PeNaT taPi HapPy!!

Penat tapi happy...camne tu? Hahaha pelik kan. Tapi memang betul, semalam penat sangat, sekarang ni pun masih terasa baki kepenatan tu. Tapi dalam penat2 pun tetap seronok sebab semalam besday aku hehe. Yang ke berapa?? Tuttttttt...hahaha. Oh, lupa pula nak cerita kenapa...

Ceritanya camni, semalam nak balik rumah awal, kononnyalah nak sampai awal. Maka, pukul 5 tepat aku dah gerakkan keretaku. entah macam mana, tak sampai suku perjalanan pun hujan dah mula turun. Aku masih lagi tersadai kat kawasan Sek. 9 Shah Alam. Punyalah banyak kenderaan ditambah pulak dengan hujan, jawabnya JAM+PLANTA+JAM. Aku mula lah terfikir sempat ke sampai rumah awal..

pukul 5.30, aku masih lagi di Shah Alam. Pukul 6.15 baru nak sampai tol. Pukul 6.30 masih dekat tol bukit jelutong tu. Huh, masa tu aku dah give up nak balik awal. Sempat lagi mesej dengan adik aku. Aku bagitau aku mungkin tak sempat nak balik berbuka. Stuck in the jam. Adik aku pun dia tersangkut gak. Tapi dia mungkin sempat sampai rumah lagi. Aku??

Akhirnya, 6.45 baru aku dapat bergerak dengan lancar kat lebuhraya tu. huu, lega! Tapi masalahnya, memang sampai lambat. Aku sampai kat rumah waktu orang tengah berbuka. Ayah siap buat lawak slapstik "Eh, ingatkan berbuka dalam kereta dah". Huhuhu...

Tapi yang bestnya, dalam penat2 tu mata terpandang kotak kek yang comel atas meja. Yay!! Kek besday. Kek cokolat hahahahaha...seronok. Hilang semua penat. Malam tu siap tolong mak ayah letakkan duit raya. Aku punya pun dah siap. Lepas tu, tengok mak tengah kemas2 barang. Nak balik kampung (pagi ni dah bertolak). Tinggal aku dengan Amir je kat rumah huhu.

Tapi Amir kata hari ni nak ajak berbuka kat hotel. Opis dia sponsor. Yay! Harap2 lah hari ni tak teruk cam semalam. nak kena sampai awal ni. Nak ikut berbuka kat luar hehehe. Esok AbangChik balik. Esok malam gak baru aku dengan adik2 balik kampung. Keretaku lah yang kena jadi mangsa. "SS, kau jangan meragam ya. Esok aku pandu elok2 ya"

Tuesday, September 15, 2009

HuhuHu T.T

Huhuhu pesal page tagged tak leh buka kat pc opis ni...kenapa kamu blocked, KENAPA?? huhuhuhu...Hmmm, takpelah. Dia nak suruh rajin2 buat kerja lah tu. Huhu, sabar je lah

~none~

Ketahuilah kamu semua...bahawa ESOK...harijadi aku..tu jer nak bagitau..sekian terima kasih

Friday, September 11, 2009

BaliK AwaL!!

Yay hari ni dapat balik awal....pukul 3.30 dah nak balik yey...Sebabnya hari ni kena jaga kaunter...staff perempuan kalau kerja jaga kaunter hari jumaat time staff lelaki pergi solat jumaat akan dapat pelepasan balik awal. Muahahahaha seronoknya...

LamBat BerBuKa

Huhu..semalam lambat berbuka. Sebabnya?? Nanti cerita..

Semalam tak rasa mengantuk buat kerja sebabnya ramai student datang tanya soalan. Cakap pasal student ada satu kes menarik semalam. Ceritanya macam ni. Ada satu group ni dah datang sehari sebelum tu, diaorang nak bahan2 dari library untuk projek diaorang. Jadi, aku pun prepare lah ikut apa yang diaorang nak tapi adalah beberapa benda yang buat aku pening sikit. Mula2 tengok tajuk projek berkenaan research tapi yang buat aku tak faham apa kena mengena dengan library. Rupa2nya tajuk research diaorang tu berkaitan dengan technology usage. Diaorang nak minta macam mana library dapat membantu untuk mengurangkan stress pelajar in the usage of technology. Masa diaorang datang semalam, baru aku dapat terangkan kat diaorang apa yang dah library sediakan terutamanya library portal. huh, memang berteknologi sangat hehehe.

Lepas dah tolong student tadi aku pun buatlah kerja aku balik. Datang lagi satu kumpulan nak berjumpa. Mereka pun nak bahan yang sama. Mula aku rasa pelik kat situ. Tengok surat diaorang pun serupa macam group tadi. Ades, macam mana nak buat ni. group tadi dah amik semua bahan. Aku pun jumpalah bos tapi ada student lain pulak dalam tu. Lantaklah, redah je. Dan nak dijadikan cerita student yang jumpa dengan bos pun minta benda yang serupa. Huik?? Apa kes sampai 3 group buat tajuk research yang sama. Takkan lah lecturer tak bagi tajuk lain? Takkan takde sumber lain diaorang boleh cari? Tak ke rasa pelik bila buat research tajuk serupa jer? Macam2 soalan pulak keluar. Iyalah, tapi aku memang tak faham. Dulu masa belajar takde pulak kes macam tu. Kalau senior buat pastu ada junior pun buat oklah sebab lain semester. Ni satu kelas buat tajuk yang serupa. Hmmm, tapi apa2 hal pun aku dan bos sedaya upaya tolong student tadi, so harap2lah diorang boleh buat yang terbaik dan jangan lupa pulangkan balik bahan2 tu kalau dah habis kerja.

Aku balik agak lambat sikit. Bukan apa, amik masa sikit tuk solat Asar dulu. Sampai rumah pun agak lambat, dalam pukul 6.20. Ayah pergi berbuka kat luar dengan kawan2 opis. Mak pulak masuk shif petang. Tinggal aku tiga beradik je nak berbuka. Aku ajak Amir (adik aku) pergi beli makanan untuk berbuka. Si kecik pulak tak nak ikut sebab nak tengok cerita kartun favorite dia. Dasar Budak Kecik!

Aku dengan amir saja pergi cari juadah kat tempat jauh sikit sebab malas dah nak pergi yang dekat dengan rumah. Punyalah ramai umat sampai nak letak kereta pun dah takde tempat. nak tak nak kenalah parking jauh sikit. Dah sampai tu, terus aku dengan amir cari juadah. Masing2 mulalah pening nak beli apa. Aku belilah sikit lauk-pauk dengan pita kebab(si kecik tu minta). Amir pula beria2 nak beli ayam golek. Last2 tak dapat ayam, dibelinya ikan kembung bakar. Lepas tu adalah sikit kuih2 yang kami beli. Dalam duk sedap membeli tu tak sedar jam dah pukul 7.05. Kami pun apa lagi cepat2lah nak balik. Aku lagilah kaget sebab tak buat apa2 lagi tu berbuka. Memang agak kelam kabut aku siapkan juadah. Aku rasa lipas kudung pun kalah masa aku siapkan juadah. nasib baik tak tergolek je ulang alik ke dapur dengan meja makan. Jadinya, kami berbuka lambat sikit tapi Alhamdulillah semuanya ok. Hmm tu lah, nak pergi tempat jauh kan dah berbuka lambat huhuhu. Tapi takpe, pengalaman yang best hehe.

Wednesday, September 09, 2009

HaRi PeLuH SedUniA!!

semalam, satu hari suntuk takde aircond kat library..mujur aku tak banyak berjalan. kalau tak mesti berkati2 air peluh aku menitik. mulalah rasa tak selesa. melekit jer rasanya..

nak tau camne panasnya libraray tu? ibaratnya korang masuk sauna lah. heh, jimat duit nak pergi bersauna. entah berapa kilo agaknya kalori aku turun lepas "bersauna" semalam.

disebabkan library tetiba jadi "pusat sauna" (marilah berpanas bersama saya!) maka tak ramailah student petang tu. pagi dan tengahari jer agak ramai, petang tu aku tengok dalam pukul 3 dah tak ramai student. selalu ada jer student datang kat library tapi kat pusat IT pun tinggal berapa kerat je petang semalam. fuh, leh cipta rekod tu hehe.

balik rumah cam biasa tapi entah camne dah nak sampai area rumah, jalan sesak yang amat. rupa2nya ada orang besar nak datang kat masjid kawasan rumah. nak tau siapa? jeng...jeng...jeng...sultan selangor dan anaknya datang berbuka puasa. menteri besar pun ada. memang sesak habis kawasan rumah. kat masjid pulak tak leh parking sebab khemah2 ada maka kawasan perumahan aku lah jadi tempat parking sementara. jauh bebenar aku parking kereta aku. hmmm, tadi berpeluh sebab masuk sauna...yang ni pulak berpeluh sebab kena menapak balik ke rumah.

boleh jugak nak kata hari tu "hari berpeluh sedunia" bagi aku.

hmmm, kesian...

Monday, September 07, 2009

Tak JadI punYer CeriTa..

Huhuhu...hari ni sedih sgtlah. Ingatkan di hari cuti yang berbahagia ni bolehlah dapat membuat memori yang indah2(macamlah de memori indah hoho). Takdelah, bangun tadi buatlah kerja rumah macam biasa(kat rumah memang camtu...tu lah kerja rutin). Lepas dah kemas rumah, basuh baju, kemas dapur, duduklah lepak depan komputer. Pe lagi, mulalah teroka internet. Macam2 duk cari tapi yang utama download WGM. Sambil2 tu, tengok persembahan SS501(tak tau nape tp dah minat giler ngan kumpulan ni heheheh) kat youtube.

Tengahari tu dapat mesej dari sorang kawan. Nak ajak berbuka. Mula2 nak pergi berbuka kat McD Sogo pastu tukar venue, kat jusco wangsamaju. Aku pun cadanglah nk pegi tempahkan tempat. Suma dah set jadi aku dan 2 orang lagi kawan nak pergi berbuka sama.

Entah camne, petang dalam kul 5.30 aku dah bersiap2 nak keluar. Rasa suma dah ok jer, tapi entah camne kereta aku wat hal. Adehlah, time2 ni lah ko nak wat hal kereta yer. Aku dah mula bengang. Masa dah berlalu. Last2 aku call ayah suh tengok2 kan. Satu hal plak nak kena tunggu ayah. Pastu dapat call dari kawan, tanya aku katne. ‘Aku kat umah lagi lah. Korang pergilah dulu. Copkan tempat.’

Dalam 10 minit baru ayah aku sampai. Tapi masalahnya kereta tak leh start lagi. Uh, camne aku nak buat ni. Ayah call pomen suh datang tengok.

Aku tengok jam kat tangan. Hu, sempat ke nak pergi. Tiba2 aku dapat call. Aiseh kawan aku!!

“Ko jadi ke tak nak pergi. Tukar plan ni. Tak jadi kat wangsa maju tukar AU2. Leh ke tak? Kitorang dah nak sampai ni. Ko tau kan tempat tu?” aih, banyak songeh plak minah ni. Aku nak pergi tapi kereta aku...huhuhuhu. camne nak buat ni. Hmm...

“hmm, aku ada masalah sikitlah. Sori banyak2 tapi aku tak dapat nak join korang lah. Kereta aku ada masalah. Sori yer. Lain kali kita pergi berbuka sama.”

“Ala ko ni, baru jer nak ajak dating sama. De hal la pulak. Hmm, takpelah lain kali ok. Ko jangan tak jadi lagi.”(buat pengetahuan suma kawan aku ni perempuan ye, jangan fikir yang bukan2. Ni memang cara kami berkomunikasi)

Akhirnya, baru aku kereta aku tu sebenarnya meragam sebab satu hari aku tak sentuh dia. Mengada2 betul. Pomen tu sekali jer hentak terus enjin leh jalan. Hampeh, buat malu jer dengan pomen tu huhuhuhu

Friday, September 04, 2009

TaK AdA CeRiTA

Pagi Jumaat yang tenang…dan sesungguhnya Jumaat tu tidak ada kaitan dengan apa yang aku nak tulis sekarang. Dua tiga hari yang ku lalui betul2 satu pun tak boleh dibuat cerita. Kerana apa? Aku pun tak tahu. Mungkin hari2 tersebut merupakan hari biasa? Atau aku yang biasa? Atau akukah yang sebenarnya tak ada cerita? Atau hari yang tak memberi aku cerita? Atau dot dot dot….huuu

Disebabkan takde cerita, aku pun menjelajah ke blog2 orang lain, sekadar unutuk menjadi silent reader. Aku yang sememangnya suka membaca kisah hidup orang (dan aku begitu teringin nak buat cerita yang panjang2 tetapi malangya aku ni bukanlah sorang pencerita yang baik). Aku cukup kagum dengan orang yang boleh bercerita di dalam blog tetapi aku??

Sikit pun tak aku menyesal kerana mungkin inilah gaya aku. Tulis jer apa yang aku rasa nak tulis. Tapi sesungguhnya aku sendiri tak memahami perasaan ku apatah lagi anda sekalian(mungkin kawan yang betul2 mengenali aku tau siapa aku sebenar…dan mungkin tidak hehe). Pape pun aku telah dan akan dan sentiasa menjalani kehidupan yang serba ringkas seadanya. Mungkin selepas ni aku ada cerita yang sensasi…siapa tau kan? Kita tunggu je lah saat itu tiba… ahaks

Tuesday, September 01, 2009

CeRiTa HaRi SabTu & AhAd

Rasanya x terlmbt lg nk ucapkan slmt hari kebangsaan yg ke-52 hehe...sori time cuti mmg xde mood nk memblogkan diri...sbbnya time tu de mcm2 aktiviti lain kena wat spt cth semlm(isnin) dan ahad...pg teman mak shopping baju raya hehehehe....satu famili dh ada kecuali si kecik tu...ssh sket nk cari saiz dia...yg bestnya thn ni dpt pakai ikut kaler feveret aku....BIRU!!!



Sebelum tu nk citer sket kisah hr sabtu...biasalah kna ikut tajuk kat atas tu kan heheh...hr sabtu, aku lepak umah jer sbb ptg nk berbuka ngan kwn2 x-officemate dlu2....so, pagi2 tu mcm2lah aku wat nk mengahabiskan waktu nyer pasal...mula2 sapu laman umah hmmm, ditmbh plak de kucin org mna ntah duk melepas kat laman umah...x pasal2 aku tmbh kebajikan membersihkan sisa2 itu huhuhu...dah abis kemas laman, aku cekau kucin aku lalu ku mandikan dia....hahaha bersih sket ekau....disebabkan mood rajin aku bertmbh aritu...so, aku pegilah basuh sangkar hamster...gumbira giler HamHam aku tu bila aku basuh bekas dia...siap wat aksi ala2 golek sakan kat pasir tandas dia tu hehehe....comey sgt....



Dah abis suma keja umah termasuklah basuh baju, jemur baju dan lain2 barulah aku melepakkan diri kat depan komputer...tu pun x wat pape pun...cma main game hehehe....ptg tu barulah aku bergerak ke Naili's Place(tempat perjumpaan)...dapatlah jmpa geng2 lama(rais, zain, ariza, alin, suhaila & yusri)...haha rindu giler ngn dorg...byk update gak lah aku terima terutama drp pakcik kepoh sorg tu (sori yek Rais hehehe)...selain mkn2 yg sedap byk lg lah benda yg aku borak2 ngn dorg...dlm kul 9 lbh baru aku pulang umah....



Ahad lak, spt biasa aku bgn lewat sket (hehe xdelah lewat mana...dlm kul 10 lbh) dh terdgr suara mak aku jerit..."Along, jom ikut mak shopping!!!"maka aku dgn sepantas mgkn bersiap...adik kecik pun ikut skali...abis banyak gak wang ku nk beli baju raya...de 4 psg baju raya tu lum tmbh ngn baju yg mak jahit heheh..raya sakan ler aku tahun ni...dh smp umah...cba2 test baju jap(suma ok...jgn time raya,tetiba x muat...huhu kempunan aku)...petang tu, aku ajak famili kuar berbuka kat luar...tempatnya??....Jeng...jeng...jeng...Restoran nelayan kat tasik titiwangsa...naper pegi kat situ??sbb cadangan suma kecuali aku(sebab aku yg kena byr hehe...dah janji nak belanja famili klu dpt gaji pertama...so,kaw2 dorg ajak tmpt yg exxtravagantttt)...tp puas ati gak...mcm2 mknan de(buffet 5-in-1 tu)...smp x lalu perut aku nk sumbat...mujur habis suma...blek umah jer msg2 x lalu dh nk wat pape...melepet jer kat ruang tamu(mujur leh bgn solat hehe)...hmmm, kira weekend ni yg paling besh & paling byk $ melayang huhuhu...xpe2 bknnya selalu...