Sabtu lepas memang aku tak boleh tidur.Sebabnya hidup aku diganggu makhluk asing??Haa..makhluk asing??Jeng..jeng..jeng
Jangan fikir bukan-bukan...makhluk asing tu sebenarnya si tikus...ya,tikus.Tikus ni bukan sebarang tikus tapi tikus yang cukup bijaksana.Aku pun tak tau macam mana si tikus ni boleh masuk rumah sebab kat rumah ada bela kucing.Semenjak bela kucing sudah jarang kelibat makhluk ni aku lihat kat rumah tapi baru-baru ni baru perasan ada seekor tikus yang terlepas.Agaknya masa bahagian dapur rumah renovate tikus ni masuk.Nak dijadikan cerita tikus ni masuk dalam bilik aku jumaat malam sabtu tu.Aku dengan penuh sukacita melemparkan diri atas katil dan bersiap-siap untuk tidur.Dah elok lampu dipadamkan,aku pun nak pejamkan mata.Entah macam mana dalam pukul 1,tetiba aku dengar bunyi bising.Bunyi benda berlaga-laga belakang almari.Aku dah gelabah.Yelah,manalah tau kot-kot bunyi......huuuu,menyeramkan.Aku cuba pejam mata nak tidur balik tapi beberapa minit lepas tu,tetiba fail-fail dokumen aku jatuh dengan sendirinya.Terkejut aku dibuatnya sampai tertegak duduk.Aku pandang kat fail yang berselerakan dan terfikir kenapa benda ni boleh jatuh??jatuh sendiri pulak tu??Ada benda ke??Mak!!Aku dah takut...nak hilangkan gelabah ni.Aku cepat-cepat bangun,buka suis lampu,aku susun cepat-cepat fail,tutup lampu,aku terus sambung tidur.
Ingatkan dah OK,rupa-rupanya ada lagi.Kali ni kotak televisyen yang agak besar yang aku letak atas almari baju pulak yang jatuh.Berdentum bunyi dia.Yang ni memang aku terperanjat beruk.Beruk pun tak terperanjat macam tu tau.Aku dalam hati dah mula fikir bukan-bukan.Sapalah punya kerja malam-malam buta ni.Aku malas nak layan(tapi sebenarnya takut),jadi aku sambung tidur>kotak tu aku biarkan je atas lantai...
Nak ditambah lagi kesedapan cerita...sebenarnya aku dah tak boleh tidur lepas tu.Kejap-kejap aku buka mata,kejap-kejap aku tengok jam kat handphone.Sampai pukul 4 pagi aku masih terkelip-kelip.Dalam masa berjaga tu,banyak kali aku dengar bunyi benda berjalan dalam bilik aku tu..Aku dah mula terfikir,ni tak lain tak bukan mesti kerja Cik Ti...Agaknya aku dah bosan sangat dengar bunyi-bunyi tu,aku pergi buka pintu dengan harapan Cik Ti tu akan keluar....TAPI hampeh.Setengah jam aku buka pintu,bayang-bayang Cik Ti pun tak nampak.Dengan hampa,aku tutup pintu balik dan sambung tidur.Dan seperti yang aku cakap kat atas tadi,Cik Ti ni memang bijaksana.Dia tak mau keluar pastu main-main dengan aku pulak.Baru je aku nak lelap,boleh pulak dia datang kat kaki aku dan gigit jari kaki.Mau tak terkujat aku.Tertendang-tendang kaki aku dibuatnya.Seriuslah,memang hampeh punya Cik Ti.Aku jadi bengang+marah+++......huiiii,memang c***** punya Cik Ti.Sudahnya,aku tak boleh baring.Habis mengerekot kaki aku.Siap balut dua tiga kali dengan selimut.Dan gangguan tu tak habis lagi.Si Cik Ti tu buat kacau pulak dengan menggigit wayar telefon kat tepi pintu.Sungguh bising!!aku ambil komik yang ada kat sebelah,aku lempar kat dia.Cik Ti mengelak dan sembunyi belakang almari.Lepas tu dia jenguk-jenguk keluar.SUNGGUH.....dia betul-betul mainkan aku.Permainannya sungguh berjaya.Memang aku tak dapat tidur malam tu...BENCI!!
Dan pagi tu,aku dimarahi ayah.Sebabnya tali wayar telefon putus.Ayah cakap aku suka main langgar-langgar tali wayar tu.Ganas sangat sampai terputus.Masa tu aku rasa cukup bengang....WTH,aku pulak yang kena.Dahla tak leh tidur,kena gangguan (seksual) oleh Cik Ti,ni dituduh pulak aku putuskan wayar...Aku istighfar banyak-banyak dan aku ambil wayar yang terputus tu,aku tunjuk kat ayah.Dengan rilek aku cakap "Ni ada benda gigit sampai putus,ayah" dan memang jelas dan nyata ada bekas gigitan kat situ.Pastu aku cerita kes malam tu dengan ayah dan mak(kebetulan mak keluar bilik sebab dengan ayah bising-bising)...mak dengan ayah geleng-geleng kepala lepas tu...mak siap cakap "abis tu, ni tak tidur langsunglah??"...dengan ringkas aku jawab "Tak!"..memang nampak muka kesian kat mak aku.mujur diaorang tak gelak...kalau tak mau nangis kat situ jugak!Ayah janji nak tolong pasang perangkap tikus....Tapi disebabkan kebijaksanaan Si Cik Ti tu...dia berjaya meloloskan diri keluar dari rumah melalui siling.CISSS...sungguh bijak!
Ok....dah habis...cukup cerita pasal memalukan tu...sungguh ni kali pertama aku dipermainkan.Manusia pun tak buat acara keji macam tu kat aku (belum lagi lah kot...rasanya)
Walaupun tak cukup tidur,siang tu memang aku menggagahkan diri pergi servis kereta.Malas nak tangguh.meter pun dah lebih.Nanti nak pakai untuk balik kampung hujung minggu.Baik pergi servis.Lama gak kena tunggu.Siap kena tukar tayar sebab kena masuk paku.Habis melayang duit aku...Bajet nak simpan sampai tunggu gaji...tapi tak boleh nampaknya.Dalam duk sibuk berfikir sempat gak lelap.Nak qada tidur yang tertangguh.Dalam sejam lebih baru siap...aku saja gatal singgah opis lama dulu memandangkan tak berapa jauh dari tempat servis.Jumpa member-member lama (rais,zain,AYY dan hanif-baru first time jumpa budak tu..)...borak-borak,makan pastu baru balik...
*macam boleh buat cerita komedi kan....huhuhu
skip to main |
skip to sidebar
Monday, March 22, 2010
Laman Web Rasmi Perpustakaan UiTM
Time is Gold
Search This Blog
Ruang Iklan
1) Sesiapa yang nak pakai Prudential BSN Takaful, boleh hubungi dia ni ~
Nur Shazwani
Tel: 012-4411490
Emel: kekpisang_comel84@yahoo.com
Blog: Cik Waniey's Blog
2) Sesiapa nak minyak wangi jenama yang popular tapi harga yang murah dan halal, boleh hubungi
Asiah Endot (Stokis Kuala Lumpur-Gombak)
Tel: 019-9808015
@
Nik Amanina
Tel: 019-6495855
Emel: ninaalias@gmail.com
Sila lawat laman web HBT Aromas (http://www.halalbestari.com/) untuk mengetahui senarai wangian (dalam Stor Wangian) dan kenali ejen/stokis yang berdekatan dengan anda
Nur Shazwani
Tel: 012-4411490
Emel: kekpisang_comel84@yahoo.com
Blog: Cik Waniey's Blog
2) Sesiapa nak minyak wangi jenama yang popular tapi harga yang murah dan halal, boleh hubungi
Asiah Endot (Stokis Kuala Lumpur-Gombak)
Tel: 019-9808015
@
Nik Amanina
Tel: 019-6495855
Emel: ninaalias@gmail.com
Sila lawat laman web HBT Aromas (http://www.halalbestari.com/) untuk mengetahui senarai wangian (dalam Stor Wangian) dan kenali ejen/stokis yang berdekatan dengan anda
About Me
- ninaAlona
- Seorang pustakawan. Seorang yang suka main games tapi yang senang-senang je. Seorang peminat artis-artis korea. Kalau ada yang serupa minat dengan aku bolehla kongsi info sesama kita. Ok Adios~
Followers
Blog Jabatan2 Perpustakaan UiTM (PTAR)
-
-
Dubai Airport Transfers Luxury1 year ago
-
PTAR MOBILE APP!2 years ago
-
-
Hadiah Pengantin Baru12 years ago
-
Learning Commons@PTAR14 years ago
-
Labels
aktiviti
aku
anime
buah fikiran
buku
cerita wayang
cukai
cuti
dia
Facebook
faculty
famili
Fly FM
gadget
hadiah
haiwan
hiburan
iklan
ilmu
INCEIF
jakim
jalan2
karya
kawan2
kereta
kerja
kesihatan
kursus
lagu
latihan
lawatan
lepas geram
library
makan2
pertandingan
produk kesihatan
PTAR
puasa
rancangan korea
rancangan radio
rasa hati
raya
rumah
saja-saja
sakit
selebriti
shopping
student
sukan
UiTM
UTM
WGM
zodiak
Blog Archive
-
▼
2010
(133)
-
▼
March
(19)
- Owhh TaK SaBarNyA
- Tetiba dah tukar setting baru dalam blog ni.Cantik...
- KaRniVaL @ PuNCak
- Ambilan Julai 2010 - Program Profesional dan Pra D...
- CounTing Days~~
- HujuNg miNggU yang.....kyaaa~~~~
- CeraMah BerGitar ~~ UniK
- Aku TegAr Demi DiRi AkU
- KLIBF is ArounD tHe CorNer
- Ada gaya Cam PuiSi tak??
- HaRi BerTemu PeLanGGan HEP UiTM
- CaIRex - Career and Industrial Expo
- PosT TakdE tajuK
- EkSPo SelanGkah Ke UiTM
- LuLuS iNduKsi...
- SigN...atuR...e~~
- NgantUknYaa~~
- SiKiT CorEtaN
- DaH MasuK buLan Mac
-
▼
March
(19)
My Blog List
-
what should4 years ago
-
Jamil di Korea - Part 14 years ago
-
-
Beyond The Scene7 years ago
-
.:ispahan cake:.8 years ago
-
~ Singapore - work-related ~9 years ago
-
-
-
2 comments:
aduhai... rasa nak gelak guling-guling je aku kt kaunter ni.. huhuhu.. sori la.. mmg xthn aku bc kisah ko dgn cik ti.. hehehe..
kan..kan...tp serius tau..yg aku citer ni mmg kejadian btul2 berlaku...
Post a Comment