Friday, March 19, 2010

CeraMah BerGitar ~~ UniK

Semalam pergi dengar ceramah.Member Main Library siap call suruh pergi dengan ceramah tu.Thanks Awin ya!Awin bagitau kalau tak dengar ceramah ni rugi...sebab lain dari yang lain.So,aku penuh semangat waja pergi ke Main Library.Ajak bos sekali tapi bos pula ada meeting KIK.Nak tak nak kena pergi lah sorang-sorang.

Masa sampai sana,aku dah dengar ada orang buat sound check.Siap ada bunyi gitar.'Oh,yang ni lah Awin kata lain dari yang lain'

Tajuk ceramah tu 'Akhlak dan Integriti'.Penceramahnya pulak En. Mohd. Radzi Omar,Penceramah Bebas BPR.Kalau tengok gaya dia memang rocker habis.Takde gaya penceramah langsung.Serius,aku mula-mula fikir leh ke orang ni nak bagi ceramah sambil main gitar.Gaya mak aih...rocker wa cakap lu!Tapi lepas tu....habis hilang semua persepsi aku.Dari mula En. Radzi atau 'Abah' - nama panggilan dia..bercakap memang aku tak nak berganjak langsung.Siap ada keluar cerita profail diri.Memang aku boleh panggil dia ABAH sebab umur dia sebaya ayah aku.54 tahun.Kalau time part dia nyanyi tu,abis semua jenis lagu ada.Dangdut,hindi,lagu P Ramlee semua ada.Tapi lagu semuanya berunsurkan nasihat + ada unsur-unsur humor.Kalau dia bercerita,memang kelakar,siap ada loghat jawa lagi...

Masa akhir ceramah tu,ada part sedih.Abah tayang video amatur kisah seorang ibu yang meninggal dunia dan tinggalkan surat untuk anak dia sebelum meninggal.Anak dia dua orang,sepasang.Yang lelaki kerjanya photographer,perempuan jadi doktor.Yang menyayat hati,ibu tu bercerita dalam surat yang dia tak sempat merasa apa yang anak-anak dia dah janji dengan dia.Anak lelaki dia berjanji kalau dia jadi photographer,dia nak ambil gambar sekeluarga.Anak perempuan dia pulak kata kalau dia jadi doktor,dia nak rawat ibu dia masa sakit.Tapi semua tu tak tercapai sebab anak-anak sibuk dengan kehidupan masing-masing.Aku rasa sayu sangat masa part si ibu duduk tepi tingkap hari-hari tunggu kepulangan anak-anak dia.Lagi sedih,part si ibu sakit tapi anak-anak dia langsung tak menjenguk.Sampailah akhir hayat ibu tu,barulah anak-anak dia sedar tapi sayang dah terlambat.Huhuhu sedih sangat.Masa dah habis,aku nampak adalah dua tiga orang staf perempuan lap air mata.Ada yang pergi toilet sebab tak tahan tengok.Aku pun sebenarnya nak mengalir air mata jugak tapi entah macam mana air mata tu langsung tak nak keluar padahal dalam hati dah rasa nak banjir nangis...

Tapi,papehal pun Abah memang best.Cara penyampaiannya yang unik tu betul-betul buat orang terpikat nak mendengar.Walaupun berulang kali Abah kata suaranya tak sedap masa menyanyi tapi bagi aku suara dia WOW!Petikan gitar dia pun best(walaupun ada lari tune sikit hehehe tapi takpe kesalahan yang tak ketara....OK bagi orang macam aku yang tak terer bab muzik ni)

2 comments:

i-za said...

pergh!! mmg unik tu.. aku pn lum pernah dgr lg org bg ceramah sambil main gitar.. cayalah 'Abah' tu!

ninaAlona said...

huhu..klu ko dgr pn ko x kan tdo nyer..seronok sgt dgr...