Thursday, March 04, 2010

NgantUknYaa~~

Adoyai ngantuklah pulak hari ni.Lepas tak makan supplement(seperti yang dicadangkan oleh doktor ilmuan itu...tak leh nak beza antara supplement dengan herba huhuhu) aku jadi ngantuk pagi ni.Walaupun dah minum nescafe segelas pagi tadi,masih tak dapat menahan "keinginan mendesak" mataku untuk tidur.Puas aku pejam-buka mata aku (ibarat buat senaman mata ^0^) tapi kekuatan kuasa mengantuk tu memang hebat.

Dari tadi mengadap jam kat skrin komputer.Menghitung waktu menanti jam 1.00.Sekarang baru 12.14.~~Uihhhh...cepatlahhhh jam 1.00


*******

Tambah sikit update....Tadi baru habis bagi penerangan pada pelajar praktikal UNISEL tentang library.Tak banyak terang sebab bos dah bagi sikit-sikit pagi tadi.Banyak aku bagi pasal hal kerja.Budak-budak tu tanya peluang pekerjaan macam mana.Aku agak kagum sebenarnya sebab walaupun diaorang pelajar diploma je tapi slilbus diaorang hampir sama dengan silibus degree UiTM.Kalau setakat part cataloging tu,diaorang dah tau tag-tag yang ada,tak macam aku belajar waktu diploma dulu.Semua belajar benda-benda asas ibarat kata-kata lecturer dulu "ibarat belajar atas permukaan air di tasik yang dalam"(tak taulah korang faham ke tak apa yang aku cakap ni,tapi yang penting aku nak sampaikan maksud "asas" tu lah).

Tengah seronok bagi macam-macam nasihat,kasut aku pulak buat hal.Tapaknya terkopak bahagian depan.Buruk sungguh tengok rupa kasut macam tu.Aku sayang nak buang sebab kasut tu cantik...Hmmm,balik nanti taruk gam gajah kat tapak tu.Tak nak bazir duit...

0 comments: