Thursday, March 11, 2010

PosT TakdE tajuK

Pagi ni bangun lewat.Kesan makan ubat lewat dari jadual.Dahla mimpi entah hapa-hapa.Ada ke aku boleh buat magic trick dalam mimpi tu...sungguh pelik!Tak pernah-pernah aku nak buat magic trick macam tu...dalam mimpi je la kot.Sungguh pelik...aku mimpi tengah pandu kereta.Pejam mata sekejap lepas tu tetiba je aku ada dalam bas.Tak tau pergi mana?Yang lagi haru,dalam bas tu bos pun ada.Huh!!Mimpi yang...!Elok je aku toleh ke depan..cepat-cepat aku sedar.Tau-tau dah azan Subuh.Aku lewat bangun huhu.Selalunya aku bangun pukul 5.30 tapi hari memang lewat.Kelam kabut aku pergi bilik air.Aku buat semuanya dalam kadar yang cepat.Macam masa aku jadi komander dulu.Teringat semua perkara kena buat dengan cekap dan pantas.Tak sempat aku nak berbedak.Cuma letak pelembap kat muka terus bergegas ambil kunci kereta dan pandu.

Sampai je kat ofis(menariknya aku sampai waktu biasa yang aku sampai tiap-tiap hari...macam magic trick aku buat dalam mimpi heheh)..terus aku ke tandas dan bersiap semula.Pakai bedak,eye liner,lip balm..betulkan tudung sikit pastu barulah aku belik ke tempat aku.Huh haru...haru.Mujur staf tak ramai masuk lagi...kalau tak mesti kelakar diaorang tengok cik nik macam kartun hari ni.Kelam kabut je jalan.

Hari ni kena edit sikit laporan tahunan,laporan kepuasan pelanggan dan 5S.Semua tu nak disiapkan sebelum 25hb.Semua tu untuk penilaian Pertandingan Anugerah Perpustakaan Cemerlang.Memang agak serabut.Ingatkan Main Library je kena.tempat aku pun kena jugak.Pastu nak kena siapkan bahan-bahan untuk Ekspo Selangkah ke UiTM.Aku kena jadi urusetia untuk Booth PTAR.Semalam mesyuarat lepas Latihan Penggunaan E-Book NetLibrary.Agak banyak perkara yang nak dibuat sempena ekspo.Bos JPPL,Pn. Ros mahu aktiviti dibuat bagi mengelak kebosanan.Dan berkat kerjasama kumpulan,kami cadangkan untuk buat pelbagai aktiviti.Ada kuiz,sesi pengenalan portal library,persembahan slaid aktiviti library,ruangan membaca,cabutan bertuah.Aku bertanggungjawab untuk membawa bahan bacaan lama dan cabutan bertuah.Esok(Jumaat) kena siapkan booth.


..Ok...sudah...kepala dah serabut....nak sambung kerja....

0 comments: