Monday, March 01, 2010

DaH MasuK buLan Mac

Sekejap je dah masuk bulan ketiga dalam tahun 2010.Banyak perkara lagi nak kena kejar untuk tahun ni.Harapnya tercapai semua tu huhu~~

Cuti hujung minggu macam biasa.Tak keluar ke mana-mana pun.Cuaca yang panas menimbulkan rasa malas ditambah dengan sakit leher dan lenguh bahu.Sesiapa pun tak ada mood nak keluar pergi mana-mana.Ah~~ada pengecualian sikit.Hari Jumaat malam Sabtu keluar dengan Amir, jalan-jalan cari piza.Teringin nak makan piza.Dah siap order set bawa-balik untuk satu famili,pergi singgah Wangsa Walk kejap.Jalan-jalan tengok apa-apa yang patut ^^

Singgah kedai video, nak cari DVD You're Beautiful.Baru nak tengok cerita ni walaupun dah tau cerita dia tu.Malangnya,tak jumpa...aishh.Tak maulah nak tengok kat internet.Lama nak kena tunggu.Dah puas kecewa,terus ambil makanan.....balik rumah....makan piza.Puas hati ^^

Hari Sabtu tu tetiba rajin nak masak.Paksa Amir dengan AbangChik pergi beli bahan kat kedai.Petang tu mula sibuk-sibuk kat dapur masak bihun tomyam.Pergh...lama tak masak,nasib baik skill ada lagi.Menjadi jugak lah tomyam tu (hahaha perasan!) tapi kalau semua makan ok je takde yang bising-bising tu kira sedap lah kan ^^

Oklah...nak sambung buat kerja






...BERUSAHA!!!

0 comments: