Tuesday, March 09, 2010

LuLuS iNduKsi...

Tadi terima satu surat.Bukan surat dari secret admirer tapi dari JPbSM (Jabatan Pembangunan Sumber Manusia).Kehadiran surat tu membuatkan aku senyum sampai ke telinga...ahaks


Akhirnya~~~aku lulus dah induksi khusus ^^.Sebenarnya aku dah tau lama yang aku lulus ni cuma nak dapatkan kesahihan melalui surat rasmi je.Hehehehe seronok je rasa.Lepas ni nak kena tempuh induksi umum pulak.Kemungkinan aku kena bulan jun nanti...


Cakap pasal induksi khusus ni teringak pulak kenangan masa tu.Serius...susah gile soalan exam.Siap keluar soalan suruh terangkan piagam pelanggan.Mahu berpeluh aku jawab soalan.Terketar-ketar tangan nak menulis.adalah dua tiga soalan aku tinggalkan kosong sebab tak tau nak jawab.Nak goreng pun tak boleh...tak cukup fakta ^^


Sepanjang hari kursus tu pulak,macam-macam penerangan kena dengar.Berpinar-pinar mata tengok slaid yang macam-macam kaler dan rupa.Ngantuk tak usah ceritalah...memang mata tu asyik nak terpejam.Mujur pergi dengan member-member pustakawan yang lain.Adalah geng.Yang best dapat bercampur dengan geng-geng pentadbir yang lain.Ada penolong pendaftar,penolong bendahari,kaunselor,pegawai sukan,pegawai penyelidik,pegawai sains,pegawai kesatria,pegawai keselamatan,pegawai hal ehwal agama(aku nak terangkan semua jawatan yang ada masa kursus aku pergi,tu pun yang mana aku ingatlah)...doktor pun ada hehehe...memang ramai yang pergi kursus tu.Tak silap aku dalam 90 orang pegawai baru.Tu tak campur lagi dengan pegawai-pegawai lama,staf sokongan....huuuu memang ramai staf UiTM ni...aku paling tak boleh lupa bab makan.Perghh!Hari-hari lauk ayam.Sedap-sedap pulak tu.Huu...kecur air liur teringat balik pasal ni.Anyway,banyak benda yang aku belajar masa kursus tu lebih-lebih lagi pasal UiTM.Tebal nota dia.Nak menghafal tu memang satu kerja yang agak serius dilakukan kalau ada hajat nak ambil PTK (tak tau lagi nak ambil ke tak)


Hmmm tadi ade sesi sain menyain lagi....punyalah ramai student mintak...gile lenguh tangan aku...boleh bengkak jari tangan aku ni.Last-last dah bosan sangat...aku suruh budak-budak tu pergi mintak kat lecturer diaorang.Bukan aku malas,tapi kerja aku tertangguh.Sungguh....aku ada kerja nak buat(blog ni tak termasuk sekali tau)...aku dah siap kira-kira tadi.Dekat 200++ aku sain.BANYAK kan!!Huh..tobat aku tak mau sain dah>kalau takat sikit-sikit takpe...


Tadi pergi selongkar rak-rak buku kat tingkat atas(hahaha takdelah selongkar...aku guna sistemlah nak cari buku ni).Tetiba saja nak test diri sendiri.Yelah,nak jugak mengenal diri sendiri.Tajuk dia More Psychometric Testing by Philip Carter & Ken Russell.Saja nak rekomen kat korang ^^




....Ok....nak sambung buat kerja

0 comments: