Wednesday, June 22, 2011

Baru TaU kENapA

Baru tau kenapa hati aku berdebar-debar tadi. Rupa-rupanya ada berita yang aku dapat. Bukan satu tapi dua. Elok pulak tu satu berita baik, satu berita buruk.

Aku cerita yang buruk dulu. Taklah teruk sangat tapi dah jadi kes polis. Aku baru dapat tau ada student hilang harta benda kat library. Kejadian tu berlaku Isnin lepas. Aku dapat tau pun bila bos bagitau. Staf maklumkan agak lewat. Tapi tak mau salahkan sesiapa sebab masing-masing ada hujah. Tinggal nak cari jalan untuk selesaikan. Bos pun dah buat laporan dan beri penerangan sikit kepada staf berkenaan hal ni. Ada tindakan pembetulan yang perlu dibuat. Memandangkan CCTV yang sedia ada tak cukup, staf kena buat kerja meronda sekali sekala kat kawasan perpustakaan. Notis juga sudah ada tapi kadang-kadang ada tangan yang gatal suka cabut notis. Jadi, penyelesaiannya, letak je seberapa banyak notis yang boleh. Kalau ada tangan gatal yang cabut, kita tampal yang baru. Yang penting, setiap pengguna tahu perpustakaan sudah membuat langkah berjaga-jaga. Manusia ni kena selalu diingatkan. Kalau tak jadi mudah terlupa. Tapi, sekuat mana pun langkah berjaga-jaga diambil, kadang-kadang tewas jugak dengan kelicikan manusia kan. Benda yang memang dah nak berlaku, tetap akan berlaku. Cuma, kita boleh mengawal untuk kurangkan kes je. Eh, banyak cakap pulak aku pasal ni. Yelah, aku pun pernah ada pengalaman kena curi hehehe...

Ok...sudah bab tu. Aku nak cerita bab lain pulak. Berita gembira ni pun bukan aku punya. Aku tumpang gembira untuk orang lain. Budak lelaki yang sedang aku berkawan sekarang ni sebenarnya dah berhenti kerja. Dah tak tahan kerja kat tempat lama. Adalah dalam 2 minggu berhenti. Tadi baru dapat berita dia dah dapat kerja baru. Biar pun gaji tak banyak tapi bagi aku dah cukup baik daripada takde kerja langsung kan. Alhamdulillah, awal bulan 7 dia mula kerja. Harap-harap dia seronok kat tempat kerja baru dia.

DeBaraN HaTi

Hati ni berdebar tiba-tiba. Tak tau kenapa. Rasa laju je denyutan jantung ni gerak. Otak dah tak boleh fokus. Rasa mengantuk yang teramat. Padanlah buat ujian psikologi tadi tak seratus peratus jujur.

Pelik rasa. Macam rasa debaran hati ni orang lain punya.

Mungkin kesan semalam. Perbualan dengan seseorang semalam yang menimbulkan rasa keliru. Kadang-kadang susah nak faham perasaan orang. Kata-kata yang dikeluarkan tak sama dengan apa yang hati rasa. Memaksa kita yang memang dah sedia tak faham untuk fikir lebih lagi.

Sungguh sampai sekarang tak faham. Tak nak fikirkan sangat tapi tak boleh lari rupanya. Buat sakit kepala.


Monday, June 20, 2011

FamilY daY HKL

Sabtu lepas ikut Hari Keluarga Jabatan Surgical (tak pasti nama tu betul ke tak) HKL. Saja nak join family day tempat keja mak. Tapi aku memang selalu ikut apa-apa aktiviti opis mak ni. Jadi peneman mak hehehe. Tapi hari tu kami pergi bertiga, aku, mak dan Abang Chik. Abang Chik ikut sebab dia tau tempat yang kami nak pergi ni. Tempatnya kat Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat. Dekat dengan kawasan rekreasi Sg. Congkak. Klik sini untuk tau pasal Nur Lembah Pangsun.

Kami sampai sana pukul 8.40 pagi. Waktu tu tak ramai lagi staf yang datang. Organizer pun tak nampak muka lagi. Kawan-kawan mak pun baru berapa kerat je yang datang. Disebabkan masa yang ada, aku dan Abang Chik berjalan sekitar kawasan. Agak menarik tempatnya. Betul-betul Eco Resort. Ada sungai, tasik, tapak perkhemahan, ada dusun buah-buahan, kolam ikan, siap ada stadium kecil. Memang sesuai kalau nak buat apa-apa aktiviti team building, family day or camping. Kemudahan yang disediakan agak lengkap. Ada asrama, vila, dewan seminar tertutup dan terbuka, dewan makan dan yang paling penting tandas.

Dah habis meronda, baru organizer sampai dan kami diberi sarapan. Nasi lemak dia agak lain. Dia letak halba, serai dan halia kat dalam nasi, jadi aroma dia sedap dan sambal dia pun terbaik. Puas hati makan. Lepas sarapan, kami terus ke stadium. Stadium dia atas bukit. Masa naik memang semput sebab bukit agak curam. Tak payah susah-susah nak buat warm up. Dah sampai, kami diberi sedikit senaman sebelum memulakan aktiviti sukaneka. Kami dibahagi 4 kumpulan. Aku kena masuk kumpulan lain, terpisah dengan mak dan Abang Chik. Mak kumpulan Kuning dan aku kumpulan Hijau. Macam-macam aktiviti sukaneka ada dan yang paling best diuruskan fasilitator Nur Lembah Pangsun (semuanya lelaki dan budak-budak muda...i like!). Antara acaranya ialah Belon Oh Belon (passing belon kat kawan sekumpulan ke belakang), Gula-gula dalam tepung, Pecah belon, Rabun Oh Rabun (Seorang ahli kena pakai kain penutup mata dan kena ambil seberapa banyak belon yang boleh. Ahli kumpulan kena bagi arahan dari kotak kawasan yang disediakan) game ni paling banyak main menipu hehehe. Lepas tu ada Musical Chair

Dah habis aktiviti, kami rehat dan makan tengah hari. Nasi ayam disediakan. Pun sedap. Aku suka tapi tak dapat makan banyak. Sebab lepas tu ada aktiviti lagi. Waktu petang, acara kemuncak sukaneka ialah tarik tali dalam sungai. Paling best dan paling seksa bagi aku. Sebab aku kena tarik 7 kali. Sampai kaki aku berdarah luka kena pasir dan batu. Kenapa aku kena tarik sampai 7 kali? Sebabnya untuk team aku, Hijau kitaorang kena tarik 2 kali untuk first round lawan dengan team Kuning. Kalah. Kali kedua, team aku lawan team Biru untuk dapatkan tempat ketiga. Yang ni kena tarik sampai 3 kali. yang tak bestnya team aku kalah lagi. Yang baki lagi dua tu, aku kena import masuk team Kuning. Mak yang tarik aku masuk team dia. Mujur dapat juara. Tak sia-sialah aku berbasah dan berluka. Tapi memang seksa lepas tu, tangan aku sakit sampai sekarang huhuhu.

Aktiviti yang berikutnya, berakit dan bina menara batu. Kami naik rakit yang disediakan dan cari batu-batu untuk buat menara di pelantar yang disediakan di hujung sungai. Kumpulan yang paling tinggi bina menara dikira sebagai pemenang. Lagi sekali, pasukan aku kalah sebab ada orang sabotaj, jadi menara kami jatuh. Tapi aku tak kisah pun sebab acara yang akhir sekali yang aku tak sabar-sabar nak buat. Flying Fox! Tapi risau jugak sebab masa aktiviti berakit tu hujan turun. Takut tak jadi naik Flying Fox. Alhamdulillah, hujan turun sekejap je, jadi dapat peluang. Sementara menunggu peluang nak naik Flying fox, ada seorang fasilitator bagi penerangan dan aku sempat borak-borak dengan dia. Rupa-rupanya dia buat part time kat situ. Student KLMU. Aku ceritalah pasal aku pernah jadi komander dulu. Part yang lepas ni aku suka sikit hehe...Dia tanya umur aku berapa..aku suruh dia teka. Yang bestnya dia cakap umur aku 25 tahun hehehehe...Aku bagitaulah umur aku lagi tua. Dia tak percaya. Siap cakap "Akak nampak mudalah" hehehehe kembang aku sekejap. Dah habis borak-borak, dia keluarkan sesuatu dalam beg. Aku ingatkan apa, rupa-rupanya anak ular sawa. Dia suruh aku pegang. Aku dengan selamba pegang. Takdelah geli sangat. Seronok pegang ular. Kulit dia sejuk.

Lepas tu baru aku dapat buat flying fox. Agak tinggi jugak nak naik ke pelantar tu. Mengah sekejap. Tapi bila dah dapat turun tu rasa tak puas hati pulak sebab sekejap sangat rasanya. Nak kata gayat, tak jugak. Tapi kalau tengok bawah tu masa nak rentas tasik, boleh tahan gak rasa gerun tu. Dah habis semua aktiviti tu barulah, masing-masing tukar baju dan bersiap-siap. Dapat pulak minum petang. Makan sandwich tuna dan telur dan kuih lapis. Pun sedap. Mak siap ambil lebih nak bawak balik. Masa ni, organizer pun bagitau juara keseluruhan untuk Family Day. Kumpulan mak jadi juara. Team aku pulak dapat tempat ketiga. Kira okay lah tu kan...

Nota kaki: Kalau sempat, aku masukkan gambar ya. Nak tunjuk gambar aku pegang ular

Friday, June 17, 2011

JumPa KawAn LamA

Seronok betul dapat jumpa member-member lama. Macam-macam cerita ada. Tapi yelah, dah lama tak jumpa, biasalah habis keluar cerita-cerita lama. Tadi terserempak dengan kawan masa belajar dulu. Dia ni antara kawan lelaki yang rapat dengan aku dan geng-geng. Dekni, Ariza, mesti korang kenal dengan Azam kan.

Banyak sembang dengan dia tadi. Dari kafe kat Menara sampailah kat opis aku, PTAR 2 ni. Siap stop kejap tengok result dia pastu sambung balik borak-borak. hehehehe memang best. Yang tak tahan, boleh dia kacau makcik Sal yang dah lama tak contact tu. Siap berlakon jadi librarian kat Kedah kata Sal tak pulang buku lagi. Terkejut makcik tu dibuatnya. Aku dah terkekeh-kekeh gelak. Tu lah Azam, perangai tak berubah. Dari zaman diploma dulu sampai mengajar anak orang sekarang. Aku tak taulah macam mana rupa dia jadi pensyarah kat Merbok tu.

Cakap pasal kawan lama ni jugak, semalam buat lawatan ke Pusat Sumber Petroleum di KLCC. Masa lawatan tu ada sesi perkenalkan staf. Aku perasan ada seorang student internship kat situ macam aku kenal. Aku duk fikir jugak kat mana aku jumpa dia. Masa sepanjang lawatan tu, aku asyik fikir je kat mana aku pernah jumpa. Last last masa dah abis lawatan, baru aku teringat. Rupa-rupanya budak ni junior komander kat Merbok dulu. Bila aku tegur dia, dia pun perasan. Dia pun tanya "Akak ni komander jugak dulu kan." Aku pun menggangguk je lah. Lepas tu mulalah borak-borak dengan dia. Tapi sayang, masa tak panjang. Tak sempat nak borak-borak lagi. Tapi takpe, ada masa boleh jumpa lagi.


Nota kecil: Teringat kenangan masa belajar kat Merbok dulu. Ahhh, rindunya nak balik ke sana. Nak jumpa kawan-kawan lama.

Wednesday, June 15, 2011

LazY SonG

Hari tu kawan opis ada buat entri pasal ni. Boleh klik kat sini kalau nak baca.

Kali ni aku pulak yang rasa. Nak dedicate untuk diri sendiri. Dear me, please enjoy this song




The Lazy Song

Today I don't feel like doing anything

I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone
'Cause today I swear I'm not doing anything

I'm gonna kick my feet up then stare at the fan
Turn the TV on, throw my hand in my pants
Nobody's gon' tell me I can't
I'll be lounging on the couch just chilling in my Snuggie
Click to MTV so they can teach me how to dougie
'Cause in my castle I'm the freaking man
Oh yes, I said it, I said it
I said it 'cause I can

Today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone
'Cause today I swear I'm not doing anything
Nothing at all, nothing at all
Tomorrow I'll wake up, do some P90X
Find a really nice girl, have some really nice sex
And she's gonna scream out
This is great
(Oh my god, this is great)

Yeah, I might mess around
And get my college degree
I bet my old man will be so proud of me
But sorry pops, you'll just have to wait
Oh yes, I said it, I said it
I said it 'cause I can

Today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone
'Cause today I swear I'm not doing anything
No, I ain't gonna comb my hair
'Cause I ain't going anywhere
No, no, no, no, no, no, no, no, no

I'll just strut in my birthday suit
And let everything hang loose
Yeah, yeah, yeah, yeah, yeah
Yeah, yeah, yeah, yeah, yeah, yeah

Oh, today I don't feel like doing anything
I just wanna lay in my bed
Don't feel like picking up my phone, so leave a message at the tone
'Cause today I swear I'm not doing anything

Nothing at all
Nothing at all
Nothing at all

BangUn LewaT

Pagi ni terbangun lewat. Gara-gara semalam. Tak tahu kenapa semalam jadi rasa teramat letih. Mungkin kerana faktor gegaran semalam, aku dapat rasa kesan dia sikit. Pening kepala sekejap. Ditambah pula kerja yang memerlukan aku menggunakan sepenuhnya otak dan badan untuk fikir dan mengangkat buku-buku. Sampai berpinar mata aku buat shelf reading. Nak kena siap semak baca 17 rak sampai Jumaat ni sebelum proses stock take bermula. Nak siapkan juga laman web FCORP yang tinggal 40% lagi.

Belum tambah hal peribadi lagi. Tu yang menambahkan rasa letih. Tau-tau bangun tadi dah pukul 6.30. Selalu awak bangun 5.20, ni dah terlajak 1 jam. Kelam kabut aku dibuatnya tadi. Sungguh, aku tak dengar langsung bunyi jam. Sungguh ajaib. Sebelum ni, sepenat atau selewat mana aku tidur aku akan tetap terbuka mata kalau dah dengar bunyi jam. Tadi, aku bangun lepas terdengar orang bagi kuliah Subuh kat masjid. Mandi ala askar, solat pun agak kelam kabut, keluar rumah jam 6.45. Cepat kan! Teringat zaman jadi komander dulu. Serba pantas. Mujur ada pengalaman. Boleh jugak guna masa kecemasan hehehe..

Yang pasti selagi aku keluar rumah sebelum pukul 7, aku akan selamat sampai kat opis sebelum jam 8. Tadi pun aku drive tahap kelajuan yang sederhana. Rasa letih tu ada lagi. Tapi ada satu benda yang aku tak faham, kalau tidur awal mesti rasa letih sangat. Kalau tidur lewat, esok pagi mesti cergas. Takkan hari-hari aku nak kena tidur lewat. Macam pelik je kan.

Tuesday, June 14, 2011

DeNgar Radio UFM

Masa kerja aku suka dengar siaran ni. Rasanya UiTM kot yang ada siaran radio sendiri. Kalau ada universiti lain yang buat, sila maklumkan kat aku. aku nak dengar.

Pada mereka yang ada kat area Shah Alam boleh buka frekuensi ni di 93.6 fm.

Mereka yang berada di luar Shah Alam, boleh layari secara online UFM Live

Siaran ni bermula jam 7 pagi hingga 7 petang.

Selamat mendengar!

LelAki Itu...

Sejak dua menjak tiga menjak ni, aku dilanda gangguan daripada opposite gender...

Hairannya, masa aku menggedik nak berkawan dengan lelaki, takde pulak nak berkawan.

Bila tak mahu menggedik, berduyun tibaaaaa gangguan tersebut. Rasa nak off handphone je. Biar aman sikit.

Yang tak paham, dah cakap tak berminat nak layan, masih lagi nak menghantar mesej-mesej. Nak suruh aku cakap bahasa tamil ke baru nak faham.

Ingat lagi dulu masa kenal dengan mamat ni. Sekali je jumpa dia lepas tu terus tak jumpa dah. Sebabnya, aku tak suka perangai dia. Belum apa-apa dah sibuk gatal nak pegang tangan orang. Belum lagi bab kita orang berlawan pendapat. Cukup sinis dia memerli hal-hal cinta dan institusi perkahwinan. Aku ingat lagi dia pernah cakap "Ala tak payah kahwin pun boleh dapat semua", "tak payah cinta-cinta ni, kita bukan nak setia pun. Berlambak perempuan boleh cari" dan lagi satu "Bukan budak perempuan KL suka sosial ke. Awak kan budak KL. Takat pegang tangan dengan peluk-peluk ni benda biasa je kan." Bengang je aku rasa sampai aku terfikir biar tuhan buka hati dan minda dia. Bagi kesedaran minda dan sivik. Biar ada rasa hormat dengan perempuan. Bagi dia betul-betul rasa sakit akibat jatuh cinta. Masa tu baru dia tahu, penangan cinta ni.

Dan aku rasa apa yang aku cakap kat atas tadi macam dah terjadi kat mamat ni. Mungkin tuhan dah buka hati dia. Masalahnya, aku yang jadi mangsa. Dah lama kami tak jumpa. Dekat 3 tahun. Aku ingatkan dia dah lupakan aku. Bagi aku memang sepatutnyalah dia boleh lupakan aku sebab kami hanya berjumpa sekali saja dengan ending yang best. Takde senyum-senyum, tergedik-gedik masa nak cakap babai. Aku blah macam tu je lepas aku basuh dia habis-habisan. Sikit pun aku tak pandang dia. Agak thrill kan. Memang masa tu rasa sakit hati sangat sampai tak nak pandang muka dia. Umur je dah masuk 30 tapi perangai tak matang langsung.

Sekarang, boleh kata hari-hari dapat mesej dia. Tanya khabarlah, say good night lah. Bab rindu, tak yah cakaplah, sampai naik muak dengar. Tapi minta ampun dan maaf, aku tak nak keluar dah dengan dia. Cukuplah pengalaman dulu. Karang aku takut mulut aku keluar api, terbakar hangus dia pulak nanti.


Cukuplah....

Monday, June 13, 2011

MemAng NaK kEna TuL nI...

Bengang. Pagi-pagi sudah bikin hati rasa panas. Siapalah yang kurang ajar hack emel aku. Habis hantar emel mengarut kat semua orang dalam mail address aku.

Tak pasal-pasal kena tukar password baru. Aduh, aku tak pernah kacau orang. Nak buka spam mail pun payah. Tak pasal-pasal kena hack.

Hilang mood nak buat kerja.

Saturday, June 11, 2011

CuCi KerEta

Mode sekarang. Penat yang amat. 

Baru lepas cuci kereta. Bukan sebuah tapi dua buah. Basuh kereta Myvi dulu. Dah abis basuh, tengok sekejap hasil kerja sendiri. Puas hati. Nampak kereta mak dah berkilat.

Turn berikutnya kereta aku. Tapi hari dah makin gelap. Biasalah cuci masa dah petang rembang. Cepat-cepat bersih dan vakum. Tapi kalau dah kereta sendiri tak boleh nak main cincai basuh. Mesti ada je yang nak dicuci  bagi betul-betul bersih.

Basuh punya basuh tengok langit dah gelap. Aku cepat kemaskan semua. Masuk dalam rumah. Last last hasil kerja kereta sendiri tak tengok lagi. Dah gelap. Tak nampak. Kena tunggu esok baru nampak hasilnya.

Tuesday, June 07, 2011

MiNi ReuNioN BFF

Dah masuk petang macam ni, mulalah malas nak buat kerja. Jadi, buatlah entri baru. Nak cerita pasal semalam.

Semalam buat mini reunion dengan BFF (best friends forever) masa belajar dulu. Tak cukup korum sebab Cik Salfarina dan Cik Marli tak datang. Dia orang tak dapat datang sebab ada hal. Yang ada cuma aku, Ariza, Dekni dan Maziah. Dapat buat reunion ni pun sebab Maziah ada kursus kat KL. Dia ni je yang jauh. Tinggal kat Perlis. Yang lain semua kerja kat area KL dan Selangor. Nasib baik ada kursus. Kalau tak entah bila nak jumpa lagi. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri.

Mula-mula janji nak jumpa kat lobi hotel Grand Pacific tempat Maziah check in tapi memikirkan yang jalan kat situ agak sesak, nak pulak jumpa lepas waktu kerja, anda semua boleh bayangkan betapa payah nak ke sana. Last last aku call Dekni minta ubah tempat perjumpaan. Kata putus jumpa kat Tasik Titiwangsa. Disebabkan aku orang pertama sampai, jadi aku kena tunggu yang lain-lain. Sementara menunggu, aku ambil peluang lepak tepi tasik. Masa kat sana, aku cari kerusi rehat dan duduk. Bila sorang-sorang, korang taulah apa aku akan buat kan. Ya, aku duduk termenung. Masa tu mulalah nak fikir yang merapu. Siap boleh kata "Best gak kalau lepak sini petang-petang. Kalau aku tengah kecewa ke patah hati ke, boleh jugak datang sini jogging sorang-sorang". Siap fikir nak bawak bekalan baju dari tempat kerja. Sebelum keluar opis terus tukar baju siap-siap pastu singgah terus hehehe.. tapi entah bila masa aku nak kecewa pun aku tak tau hehehe.

Orang kedua sampai Ariza. Elok pulak kelam kabut nak cari parking. Aku pun main hentam je cakap aku kat mana-mana. Kesian orang tu nak cari parking. Rupa-rupanya tak jauh pun dia parking tapi terpaksa tukar park kat sebelah kereta aku. Masa ni, kami duk sembang-sembang. Macam-macam cerita keluar. Sempat call Maziah tanya Dekni dah sampai nak ambil dia dari Arkib. Elok lepas call dia, call Dekni pulak. Betul-betul baru sampai kat situ. Menunggu lagi ketibaan minah berdua tu. Pukul 7 lebih baru sampai. Singgah solat sekejap kat surau. Boleh pulak aku melawak dengan Dekni pasal tempat ambil air wuduk. Kawasannya agak terbuka. Kalau berdiri, dinding tu cuma paras dada. Boleh nampak kawasan luar. Nak pulak mengadap betul-betul berhadapan dengan surau lelaki. Aku cakap kat Dekni nak ambil wuduk kena jalan itik. Tak nak bagi nampak aurat. Kalau berdiri je mesti orang lelaki kat depan boleh tengok dengan percuma rambut kitaorang yang cantik ni hehehe. Mengekek Dekni ketawa masa nak ambil wuduk.

Dah habis solat, baru kami cari warung makan. Aku cadang pergi ke Satay Station. Saja nak cuba kat situ. Agak besar restoran terbuka tu. Sesuai untuk melepak. Kami duduk berdekatan dengan skrin besar. Nak tengok cerita Nora Elena (entah betul ke tak aku eja sebab aku tak berapa tengok sangat. bukan tak nak tengok tapi tak sempat). Bila dah order, masing-masing sambung lagi bercerita. Masa makanan sampai, masing-masing daripada muka happy jadi semacam je. Bukan sebab apa pun, cuma makanan agak sikit. Tapi makanan bolehlah tahan sedapnya. Ariza lagi kesian. Nasib dia kurang baik kot. Boleh pulak nasi goreng paprik dia ada serangga macam belalang kecil kat atas nasi. Kurang selera nak makan tapi terpaksalah telan sebab dah lapar kan. Bila dah habis makan, rasa macam lapar lagi. Terus kami order sate ayam 30 cucuk. Tapi yang menghabiskan sate, aku dengan Ariza je. Orang yang beriya-iya nak makan sate (Dekni) boleh pulak makan sikit je. Nasib baik perut aku muat lagi. Kalau tak rugi je tak dapat nak habiskan sate tu. 

Bila dah habis, jalan ke parking. Sampai kat situ lepak-lepak kejap. Sambung cerita lagi. Sempat jugak tangkap gambar. Part ni seronok sikit sebab kereta semua jenis Saga. Macam buat kelab tak rasmi je. Masing-masing bergambar dengan kereta sendiri kecuali Maziah yang menempel sebab dia menumpang orang. Dah habis bergambar, borak barulah nak balik.

Apa-apa hal pun memang best. Seronok jumpa kawan-kawan lama ni. Rasa macam tak nak balik pun ada. Tapi memikirkan semua kerja besok (hari ni lah tu!), nak tak nak kenalah balik...


Nota kaki: Terima kasih Dekni, Ariza dan Maziah. Nanti jumpa lagi cuma tak tau bila kan. Kalau boleh bagi lengkap korum hehehe

Nota kaki 2: Nak tunggu berita gembira seseorang. Harap-harap menjadi hendaknya hehehehe