Tuesday, March 30, 2010

Owhh TaK SaBarNyA

Sekarang ni waktu kerja lagi....tapi aku rasa macam dah nak melayang-layang.Muka happy semacam.Senyum kalau boleh nak sampai telinga.Hati dah melonjak-lonjak keriangan.

Serius..aku hilang mood kerja!

Aku rasa dah di awang-awangan.Kalau dibayangkan keadaan aku sekarang ni,mesti korang semua boleh nampak kepak kat belakang aku tengah mengibas dengan megahnya membawa aku terbang....wahhh!

Hahaha...imaginasi terlampau tapi pasal terbang tu aku memang tak bohong.Lusa memang aku akan terbang....wahhhhh!

Tak sabar-sabar nak melihat negara orang.

Monday, March 29, 2010

Tetiba dah tukar setting baru dalam blog ni.Cantik...cantik.Ada kemajuan ^^

Jam kat tangan pukul 2.53 petang.Hari ni kena jaga opis memandangkan bos pergi kursus Audit Dalam.Kerja dah separuh siap tapi tak tau sempat ke nak siap semua sampai petang ni.Badan masih terasa penat.Kepala rasa berat.

Baru balik dari Kuantan malam tadi.Sampai rumah pun dah tengah malam.


Malas pulak nak cerita dalam entry ni.Nantilah, kalau rajin aku letak entry bergambar kat post seterusnya.Ada banyak benda aku buat masa balik kampung.Ok...tunggu!

Tuesday, March 23, 2010

KaRniVaL @ PuNCak

Ada lagi iklan.Kali ni daripada fakulti aku belajar dulu



Sila layari laman web fakulti http://fim.uitm.edu.my/ untuk maklumat lanjut


*Aku tak dapat pergi.Ada reunion sekolah mak dan ayah (SMK Beserah) kat Kuantan

Ambilan Julai 2010 - Program Profesional dan Pra Diploma UiTM

Iklan lagi sekali daripada UiTM

Permohonan untuk Pengambilan Sesi Julai 2010 bagi program Profesional dan Pra Diploma(termasuk Sarjana/Doktor Falsafah) sudah mula dibuka

Maklumat lanjut sila layari http://online.uitm.edu.my/






*teringin nak buat masters tapi dah bincang dengan bos tadi...keputusannya - T_T

CounTing Days~~

^^...uweee~~

Hehehehe

tak sabarnya~~~

Monday, March 22, 2010

HujuNg miNggU yang.....kyaaa~~~~

Sabtu lepas memang aku tak boleh tidur.Sebabnya hidup aku diganggu makhluk asing??Haa..makhluk asing??Jeng..jeng..jeng
Jangan fikir bukan-bukan...makhluk asing tu sebenarnya si tikus...ya,tikus.Tikus ni bukan sebarang tikus tapi tikus yang cukup bijaksana.Aku pun tak tau macam mana si tikus ni boleh masuk rumah sebab kat rumah ada bela kucing.Semenjak bela kucing sudah jarang kelibat makhluk ni aku lihat kat rumah tapi baru-baru ni baru perasan ada seekor tikus yang terlepas.Agaknya masa bahagian dapur rumah renovate tikus ni masuk.Nak dijadikan cerita tikus ni masuk dalam bilik aku jumaat malam sabtu tu.Aku dengan penuh sukacita melemparkan diri atas katil dan bersiap-siap untuk tidur.Dah elok lampu dipadamkan,aku pun nak pejamkan mata.Entah macam mana dalam pukul 1,tetiba aku dengar bunyi bising.Bunyi benda berlaga-laga belakang almari.Aku dah gelabah.Yelah,manalah tau kot-kot bunyi......huuuu,menyeramkan.Aku cuba pejam mata nak tidur balik tapi beberapa minit lepas tu,tetiba fail-fail dokumen aku jatuh dengan sendirinya.Terkejut aku dibuatnya sampai tertegak duduk.Aku pandang kat fail yang berselerakan dan terfikir kenapa benda ni boleh jatuh??jatuh sendiri pulak tu??Ada benda ke??Mak!!Aku dah takut...nak hilangkan gelabah ni.Aku cepat-cepat bangun,buka suis lampu,aku susun cepat-cepat fail,tutup lampu,aku terus sambung tidur.

Ingatkan dah OK,rupa-rupanya ada lagi.Kali ni kotak televisyen yang agak besar yang aku letak atas almari baju pulak yang jatuh.Berdentum bunyi dia.Yang ni memang aku terperanjat beruk.Beruk pun tak terperanjat macam tu tau.Aku dalam hati dah mula fikir bukan-bukan.Sapalah punya kerja malam-malam buta ni.Aku malas nak layan(tapi sebenarnya takut),jadi aku sambung tidur>kotak tu aku biarkan je atas lantai...

Nak ditambah lagi kesedapan cerita...sebenarnya aku dah tak boleh tidur lepas tu.Kejap-kejap aku buka mata,kejap-kejap aku tengok jam kat handphone.Sampai pukul 4 pagi aku masih terkelip-kelip.Dalam masa berjaga tu,banyak kali aku dengar bunyi benda berjalan dalam bilik aku tu..Aku dah mula terfikir,ni tak lain tak bukan mesti kerja Cik Ti...Agaknya aku dah bosan sangat dengar bunyi-bunyi tu,aku pergi buka pintu dengan harapan Cik Ti tu akan keluar....TAPI hampeh.Setengah jam aku buka pintu,bayang-bayang Cik Ti pun tak nampak.Dengan hampa,aku tutup pintu balik dan sambung tidur.Dan seperti yang aku cakap kat atas tadi,Cik Ti ni memang bijaksana.Dia tak mau keluar pastu main-main dengan aku pulak.Baru je aku nak lelap,boleh pulak dia datang kat kaki aku dan gigit jari kaki.Mau tak terkujat aku.Tertendang-tendang kaki aku dibuatnya.Seriuslah,memang hampeh punya Cik Ti.Aku jadi bengang+marah+++......huiiii,memang c***** punya Cik Ti.Sudahnya,aku tak boleh baring.Habis mengerekot kaki aku.Siap balut dua tiga kali dengan selimut.Dan gangguan tu tak habis lagi.Si Cik Ti tu buat kacau pulak dengan menggigit wayar telefon kat tepi pintu.Sungguh bising!!aku ambil komik yang ada kat sebelah,aku lempar kat dia.Cik Ti mengelak dan sembunyi belakang almari.Lepas tu dia jenguk-jenguk keluar.SUNGGUH.....dia betul-betul mainkan aku.Permainannya sungguh berjaya.Memang aku tak dapat tidur malam tu...BENCI!!

Dan pagi tu,aku dimarahi ayah.Sebabnya tali wayar telefon putus.Ayah cakap aku suka main langgar-langgar tali wayar tu.Ganas sangat sampai terputus.Masa tu aku rasa cukup bengang....WTH,aku pulak yang kena.Dahla tak leh tidur,kena gangguan (seksual) oleh Cik Ti,ni dituduh pulak aku putuskan wayar...Aku istighfar banyak-banyak dan aku ambil wayar yang terputus tu,aku tunjuk kat ayah.Dengan rilek aku cakap "Ni ada benda gigit sampai putus,ayah" dan memang jelas dan nyata ada bekas gigitan kat situ.Pastu aku cerita kes malam tu dengan ayah dan mak(kebetulan mak keluar bilik sebab dengan ayah bising-bising)...mak dengan ayah geleng-geleng kepala lepas tu...mak siap cakap "abis tu, ni tak tidur langsunglah??"...dengan ringkas aku jawab "Tak!"..memang nampak muka kesian kat mak aku.mujur diaorang tak gelak...kalau tak mau nangis kat situ jugak!Ayah janji nak tolong pasang perangkap tikus....Tapi disebabkan kebijaksanaan Si Cik Ti tu...dia berjaya meloloskan diri keluar dari rumah melalui siling.CISSS...sungguh bijak!

Ok....dah habis...cukup cerita pasal memalukan tu...sungguh ni kali pertama aku dipermainkan.Manusia pun tak buat acara keji macam tu kat aku (belum lagi lah kot...rasanya)

Walaupun tak cukup tidur,siang tu memang aku menggagahkan diri pergi servis kereta.Malas nak tangguh.meter pun dah lebih.Nanti nak pakai untuk balik kampung hujung minggu.Baik pergi servis.Lama gak kena tunggu.Siap kena tukar tayar sebab kena masuk paku.Habis melayang duit aku...Bajet nak simpan sampai tunggu gaji...tapi tak boleh nampaknya.Dalam duk sibuk berfikir sempat gak lelap.Nak qada tidur yang tertangguh.Dalam sejam lebih baru siap...aku saja gatal singgah opis lama dulu memandangkan tak berapa jauh dari tempat servis.Jumpa member-member lama (rais,zain,AYY dan hanif-baru first time jumpa budak tu..)...borak-borak,makan pastu baru balik...



*macam boleh buat cerita komedi kan....huhuhu

Friday, March 19, 2010

CeraMah BerGitar ~~ UniK

Semalam pergi dengar ceramah.Member Main Library siap call suruh pergi dengan ceramah tu.Thanks Awin ya!Awin bagitau kalau tak dengar ceramah ni rugi...sebab lain dari yang lain.So,aku penuh semangat waja pergi ke Main Library.Ajak bos sekali tapi bos pula ada meeting KIK.Nak tak nak kena pergi lah sorang-sorang.

Masa sampai sana,aku dah dengar ada orang buat sound check.Siap ada bunyi gitar.'Oh,yang ni lah Awin kata lain dari yang lain'

Tajuk ceramah tu 'Akhlak dan Integriti'.Penceramahnya pulak En. Mohd. Radzi Omar,Penceramah Bebas BPR.Kalau tengok gaya dia memang rocker habis.Takde gaya penceramah langsung.Serius,aku mula-mula fikir leh ke orang ni nak bagi ceramah sambil main gitar.Gaya mak aih...rocker wa cakap lu!Tapi lepas tu....habis hilang semua persepsi aku.Dari mula En. Radzi atau 'Abah' - nama panggilan dia..bercakap memang aku tak nak berganjak langsung.Siap ada keluar cerita profail diri.Memang aku boleh panggil dia ABAH sebab umur dia sebaya ayah aku.54 tahun.Kalau time part dia nyanyi tu,abis semua jenis lagu ada.Dangdut,hindi,lagu P Ramlee semua ada.Tapi lagu semuanya berunsurkan nasihat + ada unsur-unsur humor.Kalau dia bercerita,memang kelakar,siap ada loghat jawa lagi...

Masa akhir ceramah tu,ada part sedih.Abah tayang video amatur kisah seorang ibu yang meninggal dunia dan tinggalkan surat untuk anak dia sebelum meninggal.Anak dia dua orang,sepasang.Yang lelaki kerjanya photographer,perempuan jadi doktor.Yang menyayat hati,ibu tu bercerita dalam surat yang dia tak sempat merasa apa yang anak-anak dia dah janji dengan dia.Anak lelaki dia berjanji kalau dia jadi photographer,dia nak ambil gambar sekeluarga.Anak perempuan dia pulak kata kalau dia jadi doktor,dia nak rawat ibu dia masa sakit.Tapi semua tu tak tercapai sebab anak-anak sibuk dengan kehidupan masing-masing.Aku rasa sayu sangat masa part si ibu duduk tepi tingkap hari-hari tunggu kepulangan anak-anak dia.Lagi sedih,part si ibu sakit tapi anak-anak dia langsung tak menjenguk.Sampailah akhir hayat ibu tu,barulah anak-anak dia sedar tapi sayang dah terlambat.Huhuhu sedih sangat.Masa dah habis,aku nampak adalah dua tiga orang staf perempuan lap air mata.Ada yang pergi toilet sebab tak tahan tengok.Aku pun sebenarnya nak mengalir air mata jugak tapi entah macam mana air mata tu langsung tak nak keluar padahal dalam hati dah rasa nak banjir nangis...

Tapi,papehal pun Abah memang best.Cara penyampaiannya yang unik tu betul-betul buat orang terpikat nak mendengar.Walaupun berulang kali Abah kata suaranya tak sedap masa menyanyi tapi bagi aku suara dia WOW!Petikan gitar dia pun best(walaupun ada lari tune sikit hehehe tapi takpe kesalahan yang tak ketara....OK bagi orang macam aku yang tak terer bab muzik ni)

Wednesday, March 17, 2010

Aku TegAr Demi DiRi AkU

Sesungguhnya aku kuat demi hidup aku...
aku tegar kerana aku hormat diri aku...
aku tak hirau kerana aku yakin akan diri aku....

mungkin kau lihat aku tidak bersuara...
mungkin kau lihat aku sering tersenyum...
tapi kau tahu hati aku?

Kau mungkin tak jujur dengan aku...
tapi sebenarnya kau yang tak jujur dengan diri kau sendiri..
untuk apa kau buat semua ini?
Sakitkan hati aku?
Nak buat aku marah?
Nak aku rasa kecewa?

Aku tidak hairan aku tidak punya kawan seperti kamu...
aku bisa hidup sendiri...
aku juga ada kawan-kawan yang lebih mengerti...
daripada mempunyai KAWAN yang seperti kamu...

Teruskanlah dengan ketidakjujuran kamu...
Teruskanlah dengan penipuan kamu...

ADA AKU PEDULI???


*Ayat merapu waktu tengahari

Tuesday, March 16, 2010

KLIBF is ArounD tHe CorNer

29th Kuala Lumpur International Book Fair 2010
19 - 28 March 2010
Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur



Log on to http://www.kualalumpurbookfair.com/

Ada gaya Cam PuiSi tak??

Semalam cuti...
Saja ambil cuti....
Terlebih kerja masa hari cuti...

Hari Ahad ada Ekspo...
Aku kena jadi exhbitor...
dekat booth library betul2 tepi pintu...

Orang ramai bagai nak rak...
sampai aku pun susah nak gerak..
Aish..betul2 sesak...

Sampai ke petang ada lagi orang...
tak cukup pagi,petang pun ada orang datang...
sampai senyum pun dah naik kejang..

Kiranya berbaloi kami bersusah payah..
petang tu dapat anugerah..
booth pameran terbaik kategori unit/bahagian....alhamdulillah..

Dah cukup waktu kami berkemas...
Banyak pulak barang kena kemas...
siap ada komputer 3 biji,TV Flat 39" sebiji,tempat pameran buku serta settee 1 set..
Memang betul2 kami berhempas pulas...

Balik rumah ingat nak rehat..
Rupa-rupanya ada lagi kerja nak kena buat...
kena kemas barang2 dalam kabinet...
sebab dapur nak kena renovate...

Sampai malam kena kerja...
aku rasa penat tak terkira...
malam tu tido memang lena...


Sekian...

HaRi BerTemu PeLanGGan HEP UiTM

Hari Bertemu Pelanggan HEP dan Alumni UiTM
17 - 18 Mac 2010
Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS), Dewan Sri Budiman, Dewan Annexe UiTM Shah Alam




klik poster untuk keterangan lanjut

CaIRex - Career and Industrial Expo

CAIREX 2010

Date: 16- 18 March 2010
Time: 8.30 - 6.00 pm
Venue: Dewan Sri Budiman & Annexe Hall, UiTM Shah Alam


More info log on to http://www.jobshop.uitm.edu.my/

Thursday, March 11, 2010

PosT TakdE tajuK

Pagi ni bangun lewat.Kesan makan ubat lewat dari jadual.Dahla mimpi entah hapa-hapa.Ada ke aku boleh buat magic trick dalam mimpi tu...sungguh pelik!Tak pernah-pernah aku nak buat magic trick macam tu...dalam mimpi je la kot.Sungguh pelik...aku mimpi tengah pandu kereta.Pejam mata sekejap lepas tu tetiba je aku ada dalam bas.Tak tau pergi mana?Yang lagi haru,dalam bas tu bos pun ada.Huh!!Mimpi yang...!Elok je aku toleh ke depan..cepat-cepat aku sedar.Tau-tau dah azan Subuh.Aku lewat bangun huhu.Selalunya aku bangun pukul 5.30 tapi hari memang lewat.Kelam kabut aku pergi bilik air.Aku buat semuanya dalam kadar yang cepat.Macam masa aku jadi komander dulu.Teringat semua perkara kena buat dengan cekap dan pantas.Tak sempat aku nak berbedak.Cuma letak pelembap kat muka terus bergegas ambil kunci kereta dan pandu.

Sampai je kat ofis(menariknya aku sampai waktu biasa yang aku sampai tiap-tiap hari...macam magic trick aku buat dalam mimpi heheh)..terus aku ke tandas dan bersiap semula.Pakai bedak,eye liner,lip balm..betulkan tudung sikit pastu barulah aku belik ke tempat aku.Huh haru...haru.Mujur staf tak ramai masuk lagi...kalau tak mesti kelakar diaorang tengok cik nik macam kartun hari ni.Kelam kabut je jalan.

Hari ni kena edit sikit laporan tahunan,laporan kepuasan pelanggan dan 5S.Semua tu nak disiapkan sebelum 25hb.Semua tu untuk penilaian Pertandingan Anugerah Perpustakaan Cemerlang.Memang agak serabut.Ingatkan Main Library je kena.tempat aku pun kena jugak.Pastu nak kena siapkan bahan-bahan untuk Ekspo Selangkah ke UiTM.Aku kena jadi urusetia untuk Booth PTAR.Semalam mesyuarat lepas Latihan Penggunaan E-Book NetLibrary.Agak banyak perkara yang nak dibuat sempena ekspo.Bos JPPL,Pn. Ros mahu aktiviti dibuat bagi mengelak kebosanan.Dan berkat kerjasama kumpulan,kami cadangkan untuk buat pelbagai aktiviti.Ada kuiz,sesi pengenalan portal library,persembahan slaid aktiviti library,ruangan membaca,cabutan bertuah.Aku bertanggungjawab untuk membawa bahan bacaan lama dan cabutan bertuah.Esok(Jumaat) kena siapkan booth.


..Ok...sudah...kepala dah serabut....nak sambung kerja....

Tuesday, March 09, 2010

EkSPo SelanGkah Ke UiTM

Aku nak iklankan sekejap pasal ni...


Ekspo selangkah ke UiTM

Bila???? 13-14 Mac 2009 (Sabtu & Ahad)

Jam Berapa??? 9.00 pagi - 6.00 petang

Kat mana??? Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam (untuk Negeri di luar Selangor dan Kuala Lumpur, sila rujuk pada poster)

sila klik poster untuk besarkan imej

LuLuS iNduKsi...

Tadi terima satu surat.Bukan surat dari secret admirer tapi dari JPbSM (Jabatan Pembangunan Sumber Manusia).Kehadiran surat tu membuatkan aku senyum sampai ke telinga...ahaks


Akhirnya~~~aku lulus dah induksi khusus ^^.Sebenarnya aku dah tau lama yang aku lulus ni cuma nak dapatkan kesahihan melalui surat rasmi je.Hehehehe seronok je rasa.Lepas ni nak kena tempuh induksi umum pulak.Kemungkinan aku kena bulan jun nanti...


Cakap pasal induksi khusus ni teringak pulak kenangan masa tu.Serius...susah gile soalan exam.Siap keluar soalan suruh terangkan piagam pelanggan.Mahu berpeluh aku jawab soalan.Terketar-ketar tangan nak menulis.adalah dua tiga soalan aku tinggalkan kosong sebab tak tau nak jawab.Nak goreng pun tak boleh...tak cukup fakta ^^


Sepanjang hari kursus tu pulak,macam-macam penerangan kena dengar.Berpinar-pinar mata tengok slaid yang macam-macam kaler dan rupa.Ngantuk tak usah ceritalah...memang mata tu asyik nak terpejam.Mujur pergi dengan member-member pustakawan yang lain.Adalah geng.Yang best dapat bercampur dengan geng-geng pentadbir yang lain.Ada penolong pendaftar,penolong bendahari,kaunselor,pegawai sukan,pegawai penyelidik,pegawai sains,pegawai kesatria,pegawai keselamatan,pegawai hal ehwal agama(aku nak terangkan semua jawatan yang ada masa kursus aku pergi,tu pun yang mana aku ingatlah)...doktor pun ada hehehe...memang ramai yang pergi kursus tu.Tak silap aku dalam 90 orang pegawai baru.Tu tak campur lagi dengan pegawai-pegawai lama,staf sokongan....huuuu memang ramai staf UiTM ni...aku paling tak boleh lupa bab makan.Perghh!Hari-hari lauk ayam.Sedap-sedap pulak tu.Huu...kecur air liur teringat balik pasal ni.Anyway,banyak benda yang aku belajar masa kursus tu lebih-lebih lagi pasal UiTM.Tebal nota dia.Nak menghafal tu memang satu kerja yang agak serius dilakukan kalau ada hajat nak ambil PTK (tak tau lagi nak ambil ke tak)


Hmmm tadi ade sesi sain menyain lagi....punyalah ramai student mintak...gile lenguh tangan aku...boleh bengkak jari tangan aku ni.Last-last dah bosan sangat...aku suruh budak-budak tu pergi mintak kat lecturer diaorang.Bukan aku malas,tapi kerja aku tertangguh.Sungguh....aku ada kerja nak buat(blog ni tak termasuk sekali tau)...aku dah siap kira-kira tadi.Dekat 200++ aku sain.BANYAK kan!!Huh..tobat aku tak mau sain dah>kalau takat sikit-sikit takpe...


Tadi pergi selongkar rak-rak buku kat tingkat atas(hahaha takdelah selongkar...aku guna sistemlah nak cari buku ni).Tetiba saja nak test diri sendiri.Yelah,nak jugak mengenal diri sendiri.Tajuk dia More Psychometric Testing by Philip Carter & Ken Russell.Saja nak rekomen kat korang ^^




....Ok....nak sambung buat kerja

Monday, March 08, 2010

SigN...atuR...e~~

Faham tak tajuk kat atas tu?Tak faham aku ada caranya nak bagi faham.Sila baca tajuk di atas laju-laju,sure korang lepas tu faham dah tajuk tu kan ^^

Ok...today back at work as usual.early wake up today since dah terasa basah kat baju dengan curahan air peluh di badanku.Memang panas giler malam tadi.memang terasa rimas badan melekit-lekit ni.

Pagi tadi kat ofis,pergi breakfast dengan kak Syaakirah.Sepanjang jalan dan waktu makan banyak bercerita dengan kisah student yang macam-macam.

Balik ke ofis,terus isi laporan aktiviti dan siapkan statistik minggu lepas.Sempat gak buka emel peribadi dan blog ni.Tengok apa-apa yang patut.

Dan,dalam pukul 11 aku dihujani kebanjiran student yang minta tandatangan aku untuk pengesahan PTPTN diaorang.Mula-mula sorang dua je yang datang.Masa aku tunduk,belek-belek pastu sain,adalah dalam seminit dua aku angkat je kepala...TU DIA!!Berduyun tibaaaaa~~~

Mula-mula sain cantik je dah lepas-lepas tu aku hentam je,janji nampak serupa.Aku berjaya memaksa rela kan budak-budak tu untuk cop sendiri kertas-kertas diaorang tu.Tak kuasa aku nak buat banyak-banyak kerja.Kita kena bijak memanipulasikan keadaaan..betul tak? ^^

Tak silap aku, hampir 2 jam kerja aku sain je.Rasanya berpuluh-puluh kertas aku letak tandatangan yang terchomel aku ^^....sampai korbankan masa lunch aku tadi.


Huii...penat gak sain-sain ni ye!!

Got a call from bestFwen..dekni.Tanya pasal masters kat UiTM berapa yuran.Aku terangkan sikit-sikit apa yang aku tau.Borak-borak sikit.Cerita pasal plan nak pegi kenduri kat kuantan,tanya pasal member-member lain,pasal kerja etc.Sempat gak YM dengan junior yang baru kerja.Cerita lagi pasal hal macam-macam...



Then,continue with neverending work...




p/s:Tetiba je aku rasa cam artis popular yang tandatangan untuk peminat-peminat aku pulak...ahaks....sekali-sekala berangan macam ni seronok gak ^^

Thursday, March 04, 2010

NgantUknYaa~~

Adoyai ngantuklah pulak hari ni.Lepas tak makan supplement(seperti yang dicadangkan oleh doktor ilmuan itu...tak leh nak beza antara supplement dengan herba huhuhu) aku jadi ngantuk pagi ni.Walaupun dah minum nescafe segelas pagi tadi,masih tak dapat menahan "keinginan mendesak" mataku untuk tidur.Puas aku pejam-buka mata aku (ibarat buat senaman mata ^0^) tapi kekuatan kuasa mengantuk tu memang hebat.

Dari tadi mengadap jam kat skrin komputer.Menghitung waktu menanti jam 1.00.Sekarang baru 12.14.~~Uihhhh...cepatlahhhh jam 1.00


*******

Tambah sikit update....Tadi baru habis bagi penerangan pada pelajar praktikal UNISEL tentang library.Tak banyak terang sebab bos dah bagi sikit-sikit pagi tadi.Banyak aku bagi pasal hal kerja.Budak-budak tu tanya peluang pekerjaan macam mana.Aku agak kagum sebenarnya sebab walaupun diaorang pelajar diploma je tapi slilbus diaorang hampir sama dengan silibus degree UiTM.Kalau setakat part cataloging tu,diaorang dah tau tag-tag yang ada,tak macam aku belajar waktu diploma dulu.Semua belajar benda-benda asas ibarat kata-kata lecturer dulu "ibarat belajar atas permukaan air di tasik yang dalam"(tak taulah korang faham ke tak apa yang aku cakap ni,tapi yang penting aku nak sampaikan maksud "asas" tu lah).

Tengah seronok bagi macam-macam nasihat,kasut aku pulak buat hal.Tapaknya terkopak bahagian depan.Buruk sungguh tengok rupa kasut macam tu.Aku sayang nak buang sebab kasut tu cantik...Hmmm,balik nanti taruk gam gajah kat tapak tu.Tak nak bazir duit...

Wednesday, March 03, 2010

SiKiT CorEtaN

Masuk kerja hari ni pukul 12.45 tengahari.Lambat sikit (banyak sebenarnya lambat tu hahaha) sebab pagi tadi pergi HKL. ada temujanji dengan pakar dermatologi.Semalam aku MC.Dapat masa jumpa pakar ENT.Gaya bunyi macam teruk je sakit aku kan.Nak kata teruk tu taklah tapi ibarat doktor-doktor aku cakap kalau dibiarkan boleh membahayakan huhuhu.Seram sejuk dibuatnya ~~

Bercakap pasal jumpa doktor tadi.Adalah sikit ketidakpuasan hatiku.Bukan aku tak suka doktor tu.Beliau ok cuma caranya tak membuatkan aku rasa nak bercerita lebih lanjut tentang sakit yang aku alami.Takkanlah aku nak kena betul-betul sakit sampai bengkak satu badan baru nak tunjuk kat dia yang aku sakit kulit.Memang aku hari ni bernasib baik sebab penyakit kulit aku takde masalah.Yang hairannya,selalu kalau doktor pakar macam ni mesti dia tanya sejarah pesakit sebab dia perlu tau punca penyakit.Tapi tadi lepas dia tanya sikit-sikit terus bagi kesimpulan apa yang patut aku kena buat dan tak.Confius aku kejap.Bukan apa,dulu aku pun pernah pergi jumpa pakar kulit kat tempat yang sama jugak cuma pakarnya lain.Dia tanya macam-macam soalan.Memang penat nak jawab tapi puas hatilah sebab dia tau punca dan macam mana nak cara nak cegah.Entahlah~~ tapi memang kurang rasa puas hati tak dapat nak terangkan betul-betul sakit aku macam mana. Huh...sampai sekarang masih tak hilang rasa tu tau...

Oklah..enough about that


Semalam pun jumpa pakar tapi yang ni takde sebarang masalah.Dah lepas checkup,doktor bagi tarikh temujanji baru dan bagi MC.Singgah kat kafeteria hospital.Makan nasi ayam.Sedap!!Balik terus rumah lepas tu.Kemas rumah jap,jemur baju,lipat baju,cuci pinggan mangkuk yang bersepah-sepah.Nak harapkan adik-adik,HARAM,sorang pun tak mau buat.Mentang-mentang budak laki.semua kerja nak campak kat aku sorang.Dah rasa macam orang gaji kat rumah tapi aku tak kisah sebab seronok walaupun terpaksa kena buat.Kalau tak buat rasa semak otak tengok rumah bersepah.Lagipun tak nak kena marah dengan emak.Nanti terasa hati huhuhu.


Ok..enough about that too
Ni nak cerita pasal hal lain pulak.Semalam disebabkan aku MC maka satu hari suntuk aku duk depan PC, tengok macam-macam rancangan korea hehehe.Dan yang paling best aku tengok satu program realiti tentang kumpulan terbaru favorite aku C.N Blue.Aku start tengok kumpulan ni masa diaorang mula-mula debut awal tahun ni.Lagu-lagu diaorang memang best tapi yang jadi favorite aku lagu I'm Alone/Odd One Out.Lagi satu yang buat aku minat sebab ahli kumpulan ni begitu berbakat(+ handsome sangat2 ahaks ^^).Kumpulan ni terdiri daripada 4 orang ahli.Ketua dia nama Jung Yonghwa(vokal,rapper,gitar),Lee Jonghyun(vokal,gitar utama),Lee Jongshin(bass) dan Kang Minhyuk(drum).Tapi ni bukan bermakna aku tak minat SS501.SS501 tetap no. 1 dihatiku cuma sekarang aku cambahkan minat kat artis korea yang lain heeee~~


Dari kiri:~Jongshin,Jonghyun,Yonghwa dan Minhyuk

Lagi satu aku nak tambah.Jung Yonghwa ni kalau korang perasan, dia ni lah yang pegang watak ShinWoo dalam drama You're Beautiful.Cuba perhati betul-betul muka dia.Mesti korang perasan kan (sebab tu aku minat kumpulan ni wink...wink ^^).Kalau korang tak tengok lagi cerita You're Beautiful,aku sarankan korang tengok.Dan perhati watak ShinWoo tu.Sweet sangat dia dalam tu...Tapi jangan tengok lama-lama tau ahaks...Lagi satu berita nak bagi tau.Jung Yonghwa ni dah berlakon dalam We Got Married.Ngeeeeee~~ Pada sesiapa yang biasa tengok We Got Married,korang mesti tau kan macam mana jalan cerita program ni kan ^^.Aku ada terangkan serba sedikit pasal cerita ni.Dan selebriti wanita yang bertuah dapat jadi pasangan Yonghwa ialah Seohyun dai kumpulan Girls Generation/Seo Nyuh Shi Dae.Diaorang dah mulakan pengambaran bulan Februari lepas.Jadi tunggu jelah episodnya kat dalam Youtube hehehe...aku dah tengok 1st episod.Seronok gak walaupun aku tak faham bahasa korea(dapat tangkap sikit-sikit je).Waaaaa~~ cepat-cepatlah keluar yang ada sarikata English.Aku nak tengok!!


Ni lah pasangan terbaru dalam WGM - Yonghwa dan Seohyun




*Tak sabar-sabar nak balik rumah...nak sambung tengok C.N Blue punya cerita...kya~~~ ^^
**Tetiba rasa tak macam SIKIT pun coretan aku ni...ahaks

Monday, March 01, 2010

DaH MasuK buLan Mac

Sekejap je dah masuk bulan ketiga dalam tahun 2010.Banyak perkara lagi nak kena kejar untuk tahun ni.Harapnya tercapai semua tu huhu~~

Cuti hujung minggu macam biasa.Tak keluar ke mana-mana pun.Cuaca yang panas menimbulkan rasa malas ditambah dengan sakit leher dan lenguh bahu.Sesiapa pun tak ada mood nak keluar pergi mana-mana.Ah~~ada pengecualian sikit.Hari Jumaat malam Sabtu keluar dengan Amir, jalan-jalan cari piza.Teringin nak makan piza.Dah siap order set bawa-balik untuk satu famili,pergi singgah Wangsa Walk kejap.Jalan-jalan tengok apa-apa yang patut ^^

Singgah kedai video, nak cari DVD You're Beautiful.Baru nak tengok cerita ni walaupun dah tau cerita dia tu.Malangnya,tak jumpa...aishh.Tak maulah nak tengok kat internet.Lama nak kena tunggu.Dah puas kecewa,terus ambil makanan.....balik rumah....makan piza.Puas hati ^^

Hari Sabtu tu tetiba rajin nak masak.Paksa Amir dengan AbangChik pergi beli bahan kat kedai.Petang tu mula sibuk-sibuk kat dapur masak bihun tomyam.Pergh...lama tak masak,nasib baik skill ada lagi.Menjadi jugak lah tomyam tu (hahaha perasan!) tapi kalau semua makan ok je takde yang bising-bising tu kira sedap lah kan ^^

Oklah...nak sambung buat kerja






...BERUSAHA!!!