Wednesday, January 06, 2010

SaRapaN

Minggu ni dah minggu ketiga pergi sarapan dengan kak Syakirah kat Bangi Kopitiam.Bukan kat Bangi tapi kat Sek. 7 Shah Alam.Mau jenuh aku nak ulang alik pulak Bangi-Shah Alam semata2 nak pergi sarapan.


Nak tau kenapa selalu pergi kat situ.Jawapannya....entah,saja suka2 hahahahahaha.Takdelah.Sebenarnya agak best sarapan kat situ.Tempat strategik,dekorasi cantik(ala2 antik..siap ada koleksi barang2 antik kat satu sudut),harga boleh tahan dan yang penting makanan sedap(bagi akulah,kalu orang lain aku tak tau)....


Lagi satu, dia ada promosi untuk makanan.Maknanya ada set2 tertentu dan pastilah harganya lebih murah berbanding beli satu2 hidangan.Favorite aku, set A(roti bakar 2 keping, telur separuh masak 2 biji dan air kopi) dan set C(nasi lemak, telur separuh masak 2 biji dan kopi putih Ipoh(Ipoh White Coffee))...yang set C ni aku melantak bila betul2 lapar.


Cuma,kat sini tak ada banyak pilihan makanan kerana tema restoran ni lebih kepada melepak2 bukan setakat tempat makan semata2.Konsepnya ialah "Muhibah".Maknanya,kita datang kat situ sambil beramah mesra(bukan dengan pekerja restoran tu tapi dengan orang yang korang pergi sekalilah...tetapi kalau nak berkenalan pe salahnya, ye tak hehehehe)....





Oklah, tu je kot.Opsss, sebelum tu nak tunjuk gambar salah satu hidangan kat Bangi Kopitiam


Nampak menyelerakan..kan.Tu Dolly noodle dry with sausage and egg(mak aih panjang betul namanya)

*kalau nak tau pasal Bangi Kopitiam klik sini

2 comments:

Kaseh Esmiralda said...

cam best jek...

nak turun s.alam soh nina belanja breakfast bleh...

ninaAlona said...

hehehe..pe salahnya..jom dtg s.alam..

haa lg satu...qaseh dh tau psl xtvt yg nak dibuat bln ni...semlm check kat triple S M'sia tp x smpt nk bca btul2..

igt nk join..hopefully xde pape la hari tu