Wednesday, April 13, 2011

Tak BaLik RumAh

Semalam buat kerja gila. Semuanya jadi tak betul. Kecelaruan minda yang maha hebat memaksa aku buat sesuatu untuk bertenang.

Mujur ada kawan yang membantu. Betul, semalam aku tak balik rumah. Tak ada kemampuan nak memandu kereta. Beberapa kali hampir terbabas. Memikirkan keadaan yang sebegitu, aku memikirkan jalan yang terbaik untuk tidak mengambil risiko. Lantas, aku menghubungi kawan untuk menumpang sebentar di rumah dia. Aku hanya fikirkan untuk menumpang rehat sekejap dan malam tu aku akan balik tapi atas nasihat kakak ni, aku terus tak jadi balik. Tumpang tidur rumah dia. Memang gamble habis. Rasa bersalah pun ada sebab mengganggu dia, tapi kakak ni cukup baik benarkan aku menumpang. Dia tau aku nampak sungguh miserable semalam. Dia kata muka aku nampak macam orang yang terlampau tertekan.

Mujur dia ada. Mujur juga ayah boleh terima alasan aku tak balik rumah. Cara kami habiskan masa ~~ teman dia beli kek hari lahir untuk teman serumah, makan sup power, pastu tolong kawan serumah jolok buah mangga yang akhirnya selamat dikorbankan menjadi kerabu mangga pedas tapi sedap. Terima kasih kepada Kak Ina, tukang buat kerabu mangga. Kelakar bila ingat balik cara aku jolok mangga atas bumbung pakai payung je hehehehehe. Dah la rumah sebelah tu lelaki bujang, mesti diaorang fikir, apa lah budak-budak perempuan sebelah ni dok jolok-jolok payung. Hahaha! biarkan janji dapat makan kerabu mangga.

Sekarang ni aku dah ok. Syukur juga, emosi aku cepat berubah. Sekejap je dah boleh jadi biasa. Tu pun kalau ada kerja gila yang aku boleh buat ;)

Nota kaki: Terima kasih banyak-banyak Kak Fiza yang tolong saya. Dahlah bagi tumpang tidur, belanja makan, baju pun bagi pinjam. Hanya Allah je yang dapat balas budi akak. Lain kali saya minta tolong akak lagi ye hehehehe

2 comments:

Cik Waniey said...

along.. ko de prob pe beb??

ninaAlona said...

aku gaduh ngn org...org tu de mslh peribadi pastu x psl2 aku yg kena..tp slh aku gak...approach dia x kna timing...kna time dia tgh bad mood...mmg kna mrh la