Semalam satu hari suntuk takde elektrik kat opis. Blackout start jam 11 lebih. Elok je sebelum tu ada temu ramah dengan student pasal security and risk at office. Ada pulak student tanya pernah berlaku apa-apa kejadian tak? Aku dengan senang hati jawab "kalau setakat blackout tu adalah beberapa kali." Tup tup sejam lepas temu ramah blackout terus. huhuhuhu masin mulut aku ni kan...
Kalau dah blackout, dah sah library bergelap kan. Yang hairannya makin ramai student masuk dalam library. Aku jadi pening tengok gelagat budak-budak kat sini. Mula-mula biasa je, tapi dah masuk dua jam takde elektrik, staf dah tanya "Cik Nik tak call bos ke nak buat macam mana ni?" Aku suruh staf jaga pintu jap. Tolong tengok dan semak beg student. Takut-takut ada yang bawa keluar bahan library. Bos aku pulak pergi dengar ceramah, kebetulan kat bangunan yang sama. Semestinya bergelap jugak. Pukul 1 lebih baru bos turun.
Aku tengok keadaan dalam library. Masa ni lah nak tengok gaya macam-macam student. Yang tidur, tak yah cakaplah, memang ramai. Macam-macam gaya tidur ada. Dah siap terlentang, baring tepi rak,tidur atas kerusi, macam-macam lagi lah. Belum lagi tengok pelajar bersembang dalam library yang kuatnya mengalahkan bunyi bising kat pasar. Tu baru student yang duduk depan pintu utama, belum lagi yang kat dalam-dalam tu. Staf aku beberapa kali cakap "shhh" nak suruh perlahankan sikit suara. Lepas tu, bos suruh staf kejutkan semua student dan minta diaorang keluar. Dalam pukul 3 library tutup tapi staf kena stay sampai pukul 4.45. Nak tunggu pak guard datang kunci pintu library. Kalau keluar awal takut student masuk dalam library time staf takde. Tu pun ada jugak student datang nak masuk library. Tak paham-paham, kalau library dah bergelap mestilah tak boleh nak buat apa-apa hatta nak pinjam buku pun tak boleh. Hmmmmm...
Agak lama juga blackout kali ni. Sampai ke malam. Pihak fasiliti siap cakap mungkin sampai pukul 7 malam kalau tak ada apa-apa. Yang seronoknya, kami tak buat kerja pun semalam. Yang tak seronoknya, kerja tertangguh. Hmmm.....
Nota kaki: Pagi ni pulak kakak cleaner bagitau, air takde. Hmmmmm....boleh aku tahan sampai air ada? Masalahnya tak tau bila air akan ada, aduh....
0 comments:
Post a Comment