Baharu nak kemas kini blog. Minggu ni agak sibuk. Baharu sahaja lepas kursus penulisan kertas kerja dan Hari Mesra Pelanggan di PTAR FSPU.
Mesti korang nampak pelik kan aku guna ayat Bahasa Melayu baku kat atas. hahahaha kesan daripada kursus yang aku pergi. Memang tabik dengan cara En. Karim dari DBP yang menjadi penceramah kami selama dua hari berkursus.
Selama ni ingat dah jadi orang Melayu, dah tak payah nak belajar lagi Bahasa Melayu dengan betul. Sibuk nak belajar bahasa-bahasa asing.Tapi masa kursus hari tu, rupa-rupanya banyak kena belajar lagi tentang Bahasa Melayu. Kosa kata, simpulan bahasa, tatabahasa, dan banyak lagilah. Ada banyak perkataan yang kita tak tau tapi ada dalam Kamus Dewan.
Kata-kata penceramah tu masih lagi aku ingat. Katanya "Betulkan apa yang biasa, biasakan apa yang betul". Sebagai contoh, selama ni kita asyik cakap รฏnterview tu temujanji tapi sebenarnya adalah janji temu (siap kena jarakkan ayat tu ya). Kalau selama ni asyik sebut penganggur sebenarnya ada perkataan lain kita boleh gunakan iaitu "tuna karya" maksud tuna=tiada, karya=kerja. Ada lagi beberapa perkataan lain, tapi aku tak ingat.
Kalau sempat rajin-rajinkan tengok Kamus Dewan ataupun dalam laman web DBP ya!
0 comments:
Post a Comment