Friday, August 27, 2010

[UPDATE]RuMusaN InduKsi

Akhirnya..benda yang dijanjikan dah tiba...

Banyak benda aku nak cerita ni. Banyak benda aku terjah sepanjang dua minggu lebih aku berkursus. Belum lagi tambah cerita aku balik kampung. Jadi, aku mula satu-satu dulu. Kita mulakan dengan induksi ye.

Aku bertolak kat sana dengan menumpang kawan satu jabatan. Kami berempat (aku, Ayu, Moja@Hafiz, Farabie) bertolak dengan kereta Moja dan kami berkonvoi dengan 3 buah kereta lain. Yang aku kenal masa tu cuma Anuar dengan Amir. Yang lagi dua orang tu tak kenal (tapi aku kenal diaorang dah masa kursus tu...lama beb! dua minggu tu...). Kami sampai Perak dalam pukul 3. Masa sampai, aku dan Ayu daftar bilik dan ambil seterika tapi lepas tu kena tukar bilik lain sebab bilik kami air-cond rosak. Lepas tu, kami dibahagi kumpulan dan aku dengan Ayu bernasib baik dapat satu kumpulan (itu pun ada bantuan hehehehe). Lepas tu, aku cerita dalam bentuk rumusan seminggu sebab aku malas nak taip panjang-panjang.

Minggu Pertama
Hari pertama, kami dah dibahagi dua kumpulan besar (Wawasan dan Warisan) dan kami menggunakan dua dewan yang berbeza mengikut nama kumpulan. Aku dan yang lain-lain dalam Wawasan. Masa kat dewan pulak kami dibahagi lagi dalam kumpulan yang kecil. Aku dan Ayu dalam kumpulan 10 dan tambah dengan ahli-ahli yang lain, kami semua ada 11 orang. Kami semua kena buat aktiviti membina kumpulan dan menara impian. Oh, aku lupa. Aku dilantik menjadi penolong ketua kumpulan. Tugas yang tak akan lari jauh dari aku tak kira mana-mana aku pergi. Mesti ada je jawatan aku kena pegang. Okay, sambung balik. Lepas dah buat carta organisasi, logo, bendera, visi, misi dan menara, kena buat pembentangan malam tu. Semua ada 5 kumpulan dan macam biasa kumpulan kami yang terakhir. Aku rasa kumpulan kami buat yang terbaik dan yang lain pun ok tapi ada benda yang buat aku terasa malam tu tapi aku tak mau fikir bukan-bukan, jadi aku stop kat situ je. Lepas tu, kami ada kelas tiap-tiap hari dan yang penting tiap-tiap pagi kami kena menyanyi lagu Negaraku dan Wawasan 2020. Tapi yang best, kami makan 6 kali sehari tu pun minggu kedua aku dah muak sebab menu sama je. Dalam minggu tu jugak kami diberi tugasan. Dua tugasan individu dan dua tugasan kumpulan. Tugasan individu tak susah tapi kena buat tiap-tiap hari. Buku kerja tu tiap kali penceramah habis bagi ceramah kami kena tulis balik kandungan ceramah dalam point-point. Ada 10 point untuk setiap tajuk dan tak silap aku ada dalam hampir 20 tajuk yang ada. Aku sememangnya buat dengan bersungguh-sungguh sebab selalu disogok cerita-cerita orang gagal oleh penceramah setiap kali kelas. Buat takut hamba saja...padahal takdelah gempak sangat yang beria-ia kata orang ramai gagal. Kalau nak tahu kenapa aku kena bersungguh-sungguh, sebabnya di penghujung induksi ada peperiksaan, jadi, nak kena studi. Memang agak mencabar jugak, sebab masa untuk studi tu boleh dikatakan takde. Setiap hari, ada aje aktiviti kena buat sampai ke malam. Bila dah balik bilik, tak fikir benda lain dah. Badan mesti dah buat port baik atas tilam, lepas tu Zzzzz...
Dalam dua minggu induksi tu, cuma ada sehari je cuti. Masa tu pulak nak kena siapkan kerja-kerja lain yang kena dibuat. Dengan assignment individu,kumpulan, aktiviti berkumpulan, nak kena prepare pulak untuk buat persembahan masa malam gala lagi, memang penuh masa cuti tu dimanfaatkan. Lagi sekali tak dapat studi.

Minggu Kedua
Minggu paling sibuk. Dengan aktiviti sukaneka yang bermacam-macam ragam (tak terkecuali aku)..dengan kelas lagi..fuhhh,memang sibuk. Aku rasa takde kerja lain dah aku buat sepanjang kursus. Rutin yang sama je. Pagi breakfast, pastu pergi kelas, pastu minum pagi, pastu kelas balik, makan tengahari pulak, solat, pastu masuk kelas lagi, minum petang, aktiviti riadah, makan malam, buat kerja individu, tengah malam baru tidur. Haa, macam tulah tiap-tiap hari. Tpai, time sukaneka tu best. aku paling suka part main tarik tali. Beria-ia aku tarik sampai luka tapak tangan. Tapi berbaloi! menang tau. Puas jugaklah. Dapat merehatkan otak setelah disumbat dengan macam-macam isi ceramah masa kelas. Yang lagi seronok bila dapat siapkan group assignment. Aku dapat rasakan aura puas terpancar kat muka aku bila pegang assignment yang dah siap dibinding tu. Bukannya satu tapi dua. Agak bangga jugaklah dengan group sendiri masa tu, dapat siapkan kerja. Yang selepas ni lagi best, kami kena fikir idea untuk buat persembahan untuk malam dinner. Mula-mula dah ada idea nak buat rakaman video - sketsa pasal nilai-nilai murni. entah macam mana, ustaz rahman(ketua kumpulan aku...kami panggil dia ustaz sebab dia ada aura ustaz hehehe) bagitau kumpulan kami (kumpulan 10 Wawasan) kena bergabung dengan kumpulan 5 Warisan. Jadi, nak tak nak, aku kena pergi meeting dengan kumpulan belah sana. Kira aku, ustaz dan En. Ariffin jadi wakil kumpulan yang kena pergi berbincang. Mula-mula bincang, aku dengan uztaz pakat nak kekalkan idea dan kumpulan sebelah sana ok. Sebab diaorang baru nak brainstorm idea nak buat persembahan. Mula-mula nak buat Sketsa P Ramlee tapi lepas tu tak jadi sebab diaorang kata nak cari sesuatu yang hampir sama dengan kumpulan kami. Yelah, at least tak lari jauhla topik. Entah macam mana, ada seorang ahli kumpulan bagi cadangan suruh buat boria, masa tu kebetulan dia tengah tengok boria dalam YouTube. Dan kebetulan ahli-ahli kumpulan sana memang happening. masing-masing otak gila-gila, jadi semua setuju nak buat. Yang bestnya, sorang pun tak tau nak menari boria! Masalahnya masing-masing dah gian goyang tangan, tapi tak tau nak koreograf. Masa tulah jugak, aku rasa aku buat statement yang aku rasa nak cekik diri sendiri lepas tu. Aku tercakap kat ustaz yang aku pernah menari boria dulu (gara-gara jambori komander tu punya pasal) dan kebetulan ketua kumpulan 5 yang kebetulan jugak ahli-ahli diaorang panggil ustaz fauzi (kami punya ketua nama ustaz rahman hahaha berapa kali aku nak sebut nama dia) terdengar aku cakap macam tu. dan secara automatiknya aku dilantik pengajar menari boria secara tak rasmi. SUNGGUHLA!..aku rasa nak ketuk-ketuk je kepala aku masa tu tapi nak buat macam mana...Mula-mula tu memang segan sangat..sebab kumpulan sana ramai lelaki dah tu pulak perangai sorang-sorang huuu seriously crazy...tapi lepas-lepas tu jadi kelakar pun ada. Sebab masing-masing kayu. Susah nak menari. Puas jugak aku jerit macam Linda Jasmin dalam Akademi Fantasia nak mengajar diaorang menari (baru ku tahu ku ada bakat lain sebenarnya hehehehe). First day, memang kelakar. Lagu dah ada (Boria Miskin Kaya - Senario). Aku ciptalah sikit-sikit geraktari yang ringkas supaya senang mamat dan minah kayu ni boleh menari. masing-masing berterabur menari. Ikut gaya suka hati sendiri. Tapi enjoy! bila dah lepas berlatih, diaorang ada ajak ahli-ahli kumpulan kami join. Dan-dan time tu jugak ustaz rahman suruh aku dengan En. Ariffin join. Siap tanya lagi sapa lagi yang boleh join. So, masa kami balik bincang dengan kumpulan, ada jugaklah yang nak join, tapi tak ramai. Memandangkan masa persembahan tu lama (dalam 10 minit), jadi kami bahagi dua. Kumpulan 5 buat boria dan kumpulan kami buat group video. Tapi 4 orang ahli termasuk aku kena masuk boria. Kami ambil masa 3 hari je nak berlatih boria dan alhamdulillah tak sia-sia. Masa malam gala tu, kumpulan kami yang paling banyak dapat sambutan hehehehe...masing-masing happy. aku ingat lagi masa menari tu memang terpaksa buang perasaan segan. Mula-mula jelah rasa segan, lepas tu bila dah duduk atas pentas tu, aku rasa dah tak ingat hapa pun. Syok menari hahahaha! memang best, sampaikan geng-geng boria tu cakap dengan aku diaorang tak puas. Rasa nak naik balik atas pentas tu dan menari lagi. hahahahaha asbestos punya perangai. Tak sedar tinggal sehari je nak exam. Hari-hari terakhir macam biasalah, sibuk nak hantar semua kerja-kerja dan studi untuk exam. aku ingat lagi, masa studi tu, aku banyak tidur hehe penat tak hilang lagi. Tapi biasalah, cakap hal studi mulalah mulut tu nak menguap je. Tapi bersengkang mata jugaklah baca nota-nota yang tebal sangat tu. Bila time exam tu, punyalah nervous sampai teringat-ingat masa belajar dulu. otak sibuk menghafal macam-macam ayat azimat. Alhamdulillah, aku rasa berbaloi jugak tidur pukul 2 pagi, soalan tu aku boleh je jawab. Rasa macam air mengalir, idea dalam otak aku masa tu. Dapat keberkatan kot hehehe...

Apa-apa hal pun, aku dah berjaya lepasi induksi tu. cuma tak tau apa keputusannya. Aku harap luluslah hendaknya...amin...


Ni aku letak gambar-gambar masa kejadian. Have a look ;)
Ahli kumpulan aku - TITAN (Kump. 10)


Menara kumpulan kami - Menara Pandora
Ni kami punya carta - Pandora Tree

Tengah sibuk buat assignment kumpulan. Serius tu
Masa Sukaneka (muka aku terlindung belakang kakak pakai tudung pink huhu)
Yeah! Kumpulan Boria 5 & 10. Best wooo!


sumber: Noredayu pic's. Thanks Ayue!

Thursday, August 26, 2010

SelAmaT Hari KemErdekaAn!!

Sebelum aku terlupa, aku nak ucap Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-berapa adik-adik?
Tak tau?..
Meh sini nak bagitau
Kita sekarang menyambut kemerdekaan yang ke-53 ya adik-adik sekalian.

Tak tau tema merdeka tahun ni?
Tak tau jugak?
Ok...kakak pustakawan nak bagitau lagi...
Tema tahun ni ialah "1 Malaysia menjana tranformasi"

Nak tau logonya macam mana?
Nak tunjukla ni..
Macam ni ha...

Nak tau rasionalnya logo ni?
Logo ini melambangkan Visi Negara iaitu mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai Semangat Cintakan Negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Ia mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa

Lagu baru sempena kemerdekaan juga ada. Liriknya kat bawah


LAGU 1MALAYSIA


Berdiri teguh di bumi nyata
Untuk Semangat Satu Malaysia
Sepakat Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan

Perpaduan Merapat-rapat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia


Korus

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus 2x

Satu Malaysia untuk semua

Pencipta Lagu : Nik Nizam
Penulis Lirik : Lokgha



Ok...Tu aje..terima kasih...

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia!

TazKiRah BulaN RamaDhan

Tadi pergi PTAR1 dengar tazkirah. Banyak ilmu baru belajar lagi hari ni. Nak pula Ustazah yang memberi tazkirah tu sungguh bersemangat walaupun dalam bulan puasa. Terima kasih Ustazah Hjh. Norrihah!

Antara yang sempat aku tangkap masa dengar tazkirah tu:
- Bulan Ramadhan adalah bulan penghapus segala dosa dan merupakan bulan keberkatan.
- Bulan Ramadhan merupakan masa untuk kita menjaga kesempurnaan zahir dan batin
- Bulan dilimpahi nikmat yang banyak
- Bulan rezeki yang melimpah ruah

Ada satu perkara yang aku suka masa Ustazah bagi. Beliau ada beritahu Bulan Ramadhan ni merupakan bulan bonus pahala untuk lelaki dan perempuan dengan mengerjakan "sunat luarbiasa" untuk pasangan yang berkahwin. Bonus pahala untuk lelaki adalah membenarkan isterinya bangun awal untuk melakukan solat sunat Tahajjud dan lelaki itu sendiri yang menyiapkan makanan untuk bersahur. Manakala yang wanita kerana melakukan solat-solat sunat pada waktu malam yang tak dapat dilakukan pada bulan-bulan biasa. Menarik kan!

Lagi satu, Bulan Ramadhan adalah bulan "berjemaah". Sebabnya satu keluarga dapat mengeratkan silaturrahim ketika "berjemaah" semasa sahur, "berjemaah" semasa berbuka, lagi untung "berjemaah" waktu Maghrib dan yang kelakar tapi masih relevan nak shopping raya pun "berjemaah" :)

Sedekah paling afdal adalah sedekah di bulan Ramadhan.

4 golongan yang syurga rindukan ialah:
- pembaca Al-Quran
- orang yang memelihara lisan
- orang yang memberi makan pada orang yang lapar
- orang yang berpuasa di bulan Ramadhan

Akhir sekali, "Seseorang yang memberi makan pada orang yang berpuasa akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu"

Friday, August 20, 2010

BooK That HavE ReaD and goiNg tO be ReaD

Just finished read a book Arousing Suspicions by Marianne Stillings. Very sexy suspense. A good story indeed (walaupun cover buku tu menimbulkan isu-isu seksualiti hehe sebab tu saya tak letak...ala, bukan teruk mana pun gambar tu...cuma peluk-peluk je). It is a story about a dream interpretor named Tabitha accidently involved in a series of murder cases  in California which lead her to Inspector Nate Darling, a young handsome detective. She who has a gift that can see a vision of someone's dream just by touching them, interpreted one of her clients  whom having a few bad dreams - and it's all about murdering people. Next day, a news came out on someone being murdered and the surprise is the victim was being murdered exactly like the visions Tabitha had from her client. Inspector Nate investigate the case but seems not to believe Tabitha.  But after another cases which had the exact details like Tabitha's information, he suspects Tabitha may have connections to those cases. Kalau nak tahu selanjutnya, baca sendiri ye hehehehe..Morals of this story are appreciate your gifted talent and do not underestimate someone's talent. Even though people might not believe you, be strong and confident of who you are.

Okay, continue to read another book or books, I guess ;). 'Re-inventing Tara' by Lennox Morrison and 'Mister Fabulous and Friends' by Celia Brayfiled

SS3

aku dapat makluman baru. Saja nak cerita kat sini...

Super Show 3 yang akan dibuat di Malaysia dah ada tarikh tetap...

26 Mac 2011

Owhhh! Aku tak sabar-sabar nak pergi..

Aku dah ketinggalan SS2 atas sebab-sebab tertentu..

Kali ni aku tak mau tertinggal....

Uwah! Super Junior!

Thursday, August 19, 2010

NosTalGia Kad RaYa

Tadi buat blog hopping jap. Saja nak baca entri-entri orang lain. Singgah satu blog, cerita pasal kad raya. Hehehe seronok bila ingat zaman dulu-dulu dapat kad raya..tapi bukan aku punya...ayah punya...dapat dari ofis dia, jusco bagi. Kalau emak pulak mesti dari Avon hehehe.

Aku suka tengok design kad raya tu. Cantik-cantik. Lebih-lebih lagi kalau ada lukisan timbul. Aku suka gosok-gosok tangan aku kat tulisan tu. Rasa macam seronok je :)

Cakap pasal kad raya ni kan. Teringat dulu masa sekolah. Aku rasa sekali je dalam hidup aku dapat kad raya. Itu pun kawan-kawan perempuan yang bagi. Budak lelaki? Jangan harap sebab time sekolah dulu aku tak berapa rapat dengan budak lelaki walaupun dulu aku sekolah campur. Lagipun, aku masa sekolah dulu, lain sangat dengan sekarang. Dulu aku lone ranger, orang pun tak nak dekat dengan aku sebab aku pendiam. Lagi satu muka aku bukan seorang yang friendly. Jadi, budak-budak takut nak kawan dengan aku. Itu dulu ye. Bukan masa sekarang. Sekarang ni, aku rasa aku lain sikit. Tapi masih ada part pendiam tu cuma muka taklah bengis macam dulu hahahaha. Whatever!

Cuma aku ingat ada sekali aku pernah terima kad raya dari seorang budak lelaki. Masa tu aku belajar kat universiti. Aku ingat lagi gambar kat muka depan kad tu. Ada tiga tangkai bunga ros warna merah jambu dan warna background dia kaler peach. Ayat dia dalam tu simple je. Cuma ucap selamat hari raya dan ingat kat dia selalu. Tu aje. Simple but sweet. Oh ye..tipu kalau aku cakap aku tak rasa apa-apa masa baca kad tu. Dalam hati aku berbunga-bunga wo. Tapi takdelah nak terkinja-kinja lompat cuma senyum meleret jela sepanjang hari. hahahaha hebat sungguh penangan kad raya tu.

Tapi tu semua kenangan je. Aku dah tak ingat aku letak kat mana kad tu. Entah-entah dah buang. Tapi aku tetap tak lupa kenangan tu. Satu kenangan yang manis :)


p/s: Tahun ni aku dapat kad raya tak?? hehehehe

Monday, August 16, 2010

"PaGi YanG InDah"

Tak taula apa nak cakap..cuma boleh bagitau ni je...

Kereta aku kena langgar oleh sang "kancil" warna kuning muda masa nak pergi kerja tadi!

Mujur calar sikit dan mujur kesabaran yang tinggi ada dalam hati aku masa tu...

Hancur habis mood aku pagi ni..


(doakan kekuatan hati untuk bekerja dengan baik....walaupun macam dah takde perasaan nak buat kerja hari ni)

Tuesday, August 10, 2010

PuaSa Dah TiBa

Lagi sekali aku tak dapat nak menunaikan janji untuk buat entri pasal induksi dan balik kampung lepas. Terlalu sibuk. Tak sempat nak bermalas-malasan di rumah. Ada je benda nak buat sepanjang masa huhuhu. Takpe-takpe hidup mesti diteruskan.

Oh yeah....oh yeah...oh yeah, yeah, yeah...hahahaha macam gumbira sangat-sangat. Puasa nak menjelang. Sekali lagi bersyukur dapat menempuh Ramadhan yang mulia. Kepada semua kawan-kawan yang mana kenal dan baca blog ni, saya nak minta maaf banyak-banyak kalau ada apa-apa kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan secara sengaja atau tidak. Saya pun telah memaafkan kesalahan anda semua ye. Kira kita sekarang 0-0 ye.

Uh....cakap pasal bulan puasa teringat berbuka kat luar dengan kawan-kawan. Rindu nak berbuka dengan kamu dan kamu dan kamu dan kamu.


P/S ~ Pada kawan-kawan: Takde acara berbuka kat mana-mana ke? Ajaklah kawanmu yang kerinduan nak berbuka sama-sama ni hahahaha

Friday, August 06, 2010

aKu Nak cAkaP sikit....

Dah lama sangat aku tak menulis..
Nak cerita pasal induksi tak lepas-lepas lagi...
nak cerita pasal kemalangan kat kampung tak keluar butir-butir ayat..
belum lagi nak tambah dengan hal Hari Mesra Pelanggan pulak...
nak campur dengan macam-macam hal kat ofis masa aku takde...

Nampak macam stress kan...
Tapi aku tak tau kenapa otak aku tak serabut pun....
cuma hati aku rasa gundah-gulana
Biasalah hati tu...macam-macam dapat rasa

Kenapa hati aku gundah-gulana (ayat sastera yang macam entah hapa je)
Aku tengah tersepit sekarang....
Antara bos dan staf bawahan....
masing-masing ada pendirian..
bos baru mestilah dengan cara pentadbiran baru..
tapi entah kenapa ada staf yang terlebih emo...
bagi aku...aku takde masalah...
selagi apa yang bos kata itu betul mengikut prosedur...
aku tetap akur...
mana mungkin nak melawan kata-kata orang atasan..
tapi ada juga staf yang nak menegur kata-kata bos...
amat berani...tapi tak kena tempat...
benar bos melakukan perubahan...perubahan yang baik....
tapi kenapa mahu persoalkan?
adakah perkara itu membebankan?
adakah perubahan itu menyusahkan?
menyusahkan siapa?...diri sendiri?

aku jadi tersepit...
bos rujuk pada aku pasal sesuatu
staf serbu aku untuk berkata sesuatu...
ya...aku mendengar...dan akan selalu mendengar
mana yang baik aku akan cakap..
mana yang buruk aku akan menegur..tapi bukan dengan cara menentang..
pertahankan sesuatu yang salah adalah kerja yang sia-sia
sudah pasti perkara itu salah...maka tetap salah. tidak akan jadi betul...

mohon diberi kekuatan...
berdoa untuk kebaikan semua...
cuba renung diri sendiri...
apakah kerja yang dibuat selama ini betul
kerja...ikut prosedur...ikut undang-undang...jangan ikut peraturan "ikut suka aku la"
hati kena ikhlas...
barulah kerja itu menjadi baik...
barulah sikap itu bertambah baik...
dan kita pun akan dapat faedahnya...