Monday, April 19, 2010

KerJakU

Hari Isnin.Masuk kerja je dah ada macam-macam atas meja.Bukak emel pulak,lagi macam-macam kerja.Takpe-takpe,lagi bagus ada kerja daripada duduk makan gaji buta ^^

Sabtu lepas teman Amir pergi temuduga sambung belajar.Aku menggunakan kelebihan aku sebagai seorang staf di situ maka kami dapat pergi dengan mudah.Masa dalam kereta,berkali-kali budak tu bagitau aku betapa gemuruhnya dia.Kalah orang nak pergi perang.Aku cuma gelak je.Baru temuduga untuk sambung belajar tu.Belum lagi duduk bersila depan tok kadi masa akad nikah.Lagilah gemuruh gila hehehe.Alhamdulillah,walaupun ada silap faham sikit tapi adik aku berjaya jugaklah menghabiskan temuduga.Mudah-mudahan dia akan dapat.Kalau jadi,makanya dua orang adik aku masuk U balik ambil ijazah.Along dia orang ni je tak sambung-sambung lagi.Hajat nak sambung masters tertangguh.Bos tak galakkan sangat sebab aku baru masuk kerja.Banyak benda nak kena stabil dulu baru boleh sambung.Bila cakap camtu kat mak,mak pulak cakap apa susahnya,bukannya ganggu waktu kerja pun.Yelah,tapi nanti ada kursus lah,aktivitilah,kerja pun tak sah jawatan lagi.Aku nak kena setel semua tu baru boleh.Karang bercampur dengan assignment,kursus,presentation,kerja..tak ke parah otak aku nak memikirnya.Ada rezeki nanti aku sambung.

Minggu ni aku sibuk (tapi ada masa jugak nak buat entri ni hehehe).Macam-macam kerja.Nak pulak library aku nak anjurkan dua aktiviti besar.Dan tak pasal-pasal aku kena jadi urusetia untuk dua-dua aktiviti tu.Agak berpinar mata nak tengok kertas kerja.Tambah pulak meeting dan meeting dan meeting.Ditambah pulak dengan kerja hakiki.Huish...tak terlarat tangan nak buat semua tu.Bos pulak takde.Staf pun tak ramai.Ada yang pergi kursus.Ada yang ambil CTR sebab nak study tuk exam.Mana-mana staf yang ada jer bertugas.Jadual kerja pun terpaksalah diubah nak menggantikan staf yang tak ada.Nak pulak time exam ni,lagilah sibuk.Shif sampai pukul 11 malam.Kesian jugak dengan staf.Mana nak buat kerja hakiki,nak kena jaga kaunter,layan kerenah student,masalah peribadi lagi.Tak terlayan semua tu tapi dah nama pun kerja nak pulak dalam memberi perkhidmatan kena "senyum dan mesra" selalu,digagahkan jugaklah.Tapi yang seronoknya diaorang ada OT.Boleh claim.Lagi banyak OT,lagi banyak boleh claim.Aku jer tak boleh claim.Sain claim bolehlah huhuhu.


Oklah...sambung buat kerja...



Berusaha \(^0^)9

0 comments: