Friday, April 09, 2010

KehiLangaN

Hari ni aku kehilangan satu benda yang begitu penting dalam hidup aku.Kalau takde benda tu aku jadi sasau,tak tentu arah tapi anehnya sampai saat aku menulis ni aku masih tenang.Korang nak tau ke apa yang aku hilang tu?

Aku hilang kad bank dan satu-satunya kad yang hilang dalam dompet.Tak tau mana aku letak.Tapi setakat ni aku tak pernah hilang benda-benda penting macam I/C,lesen memandu dan kad bank sebab aku seorang yang cukup berhati-hati dalam bab ni.Aku jarang cuai kecuali kalau aku dah serabut (tapi aku jarang serabut).Memang cemas tapi aku tenangkan diri dan cuba mencari di tempat-tempat yang aku pernah jejak sebelum tu.Yang hairannya,kad-kad lain elok tersusun dalam dompet.Duit pun ada tapi macam mana kad bank boleh hilang.Sungguh musykil!

Bila sebut kad hilang ni,teringat kejadian dompet aku kena curi masa aku belajar dulu.Masa tu kat UiTM Kedah,aku ambil diploma.Aku tak ingat semester bila tapi yang aku jelas masa tu kami ada ujian kat Dewan Mini dan aku berbaju kurung.Masa ujian tu kami kena tinggalkan beg di luar dewan dan entah macam mana aku tertinggal dompet dalam beg.Mungkin masa tu tengah fokus nak jawab soalan jadi sampai terlupa nak bawa dompet sekali.Ya!silap aku jugak tu.Aku cuma sedar bila aku check beg, aku perasan dompet dah takde.Masa tu memang panik.Yelah,semua dokumen penting dalam tu.Mujur kawan-kawan ada,jadi diaorang nasihatkan aku buat report kat pak guard.Dah selesai buat report,pak guard tu nasihatkan aku suruh telefon pihak bank blockkan kad bank dan bagi cadangan supaya aku cari kat dalam kawasan yang berdekatan.Mana tau mungkin terjumpa.Kalau tak jumpa jugak baru buat laporan polis.Dalam fikiran aku,kalau aku tak jumpa dalam masa 24 jam,banyaklah benda aku kena buat.Nak kena report polis,Pegi JPN kena buat I/C baru.Dahlah masih belajar,mak ayah jauh....tak ke haru dibuatnya...

Entah macam mana, dah jadi rezeki aku.Aku dapat jumpa balik dompet aku.Tu pun atas pertolongan pakcik-pakcik dan makcik-makcik guard kat situ.Salah seorang pak guard tu kata mereka jumpa dompet aku kat dalam tong sampah dekat dengan Bangunan Pentadbiran (serius dompet aku bau semacam lepas tu...eeeee!).Aku bersyukur sangat masa tu.Memang aku rasa muka aku berbunga-bunga masa tu.Terima kasih banyak pada pakcik-pakcik dan makcik-makcik guard yang sudi menolong.Semoga mereka dimurahkan rezeki dan panjang umur.Hilang beban aku...

Tu kenangan dulu yang memang aku tak lupa....









....diam......















Huhuhu aku nak kad bank aku balikkkkkkkkk......macam mana nak topup handphone ni...


p/s:korang semua tak yah risau ya....aku dah block kad aku cuma sekarang ni aku mati kutu kejap...nak kena tunggu hari Isnin baru dapat kad baru.....

p/s p/s: Dapatlah aku merasa macam mana orang miskin yang takde duit....buatkan aku rasa bersyukur yang sebenarnya ada orang merasa kehidupan yang lebih teruk daripada aku....

1 comments:

aRiZa said...

huhu.. cian ko.. ade kot terselit kt mn2.. sbr byk2 ek..